Sabtu, Mei 31, 2014

KEPUTUSAN PRK TELUK INTAN


Barangkali ramai sedang menunggu dengan penuh debaran keputusan Pilihan Raya Kecil, PRK Teluk Intan.

DAP mempertaruhkan calon Melayu, Dyana Sofya manakala BN menampilkan Datuk Mah Siew Keong.

Keputusan tidak rasmi, BN meraih 20,157, Dyana, 199,19.

Beza, 238 undi.



Nampaknya, Lim Kit Siang akan bertolak awal ke Gelang Patah.

KEPALANYA TERCERAI DARIPADA TUBUH


[ Anak gelandangan ]

Ramai telah membaca kisah kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun 6 bulan, Siti Soffea Emelda ABDULLAH, leher dikelar sehingga terputus kepala di tepi Sungai Kelang, berhampiran Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur.

Tengkorak belakang kepala mangsa didapati pecah akibat hentakan kuat dalam kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam, 29 Mei 2014. Mayat Soffe ditemui tertiarap dan berpakaian lengkap.

Ibu mangsa, Siti Salmy Suib, 32 tahun, penganggur dan hidup bergelandangan di ibu kota. Pada jam 3 petang, anak kecil itu ditinggalkan ibunya di tingkat 4, Kompleks Kota Raya bersama rakan segelandangan sebelum masuk ke tandas.

Mangsa kemudian didapati hilang.



Hasil maklumat disalurkan oleh orang awam, suspek dipercayai warga asing, berbangsa India dilihat mendukung kanak-kanak menyusuri tebing Sungai Klang. Suspek juga merebahkan mangsa dan kemudian menghempaskan sesuatu ke kepala kanak-kanak terbabit.  

Dikejar oleh orang ramai dan polis, suspek terjun ke sungai berhampiran. Menurut Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Law Hong Soon, dia mungkin mati lemas.


Gerakan mencari suspek dilakukan oleh Jabatan Bomba dan penyelamat, kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur serta kakitangan Jabatan Pertahanan Awam Kuala Lumpur.

Serpihan seramik tajam dan sepasang selipar milik suspek ditemui di lokasi kejadian.



Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

Menurut polis, motif kejadian masih lagi disiasat.


Kawasan kira-kira 50 meter dari pusat membeli-belah, Kota Raya, lokasi kelompok gelandangan tidur pada waktu malam.



Antara mereka anak warga Rohingya. 


Saya pernah menemui sebilangan daripada gelandangan terbabit pada November 2011.

Klik di sini.


Jumaat, Mei 30, 2014

KES ROGOL KELANTAN : LONDEH DAN SEBAT


Video wanita memukul lelaki diikat kaki dan tangan tersebar di laman sosial. Bagaimanapun mengikut maklumat disalurkan oleh rakan pemberita TV3 di Kelantan, Shahnun Hanif Suhaimi, video di bawah tiada kaitan dengan kes pelajar 14 tahun dirogol di Ketereh oleh lebih 30 lelaki, pada 20 Mei lalu.

Suspek di dibelasah dalam rakaman itu, mengalami kecederaan di kepala, dilaporkan terbabit merogol remaja berusia 12 tahun di Pantai Seri Tujuh, Tumpat.

Klik di sini.


Berhubung kes rogol di Ketereh, polis telah memberkas 14 suspek termasuk seorang gadis. Suspek berusia di antara 15 dan 38 tahun dan direman 7 hari untuk siasatan manakala gadis ditahan, direman 6 hari untuk siasatan. 


Polis berasa curiga kerana gadis itu, teman mangsa, tidak membuat laporan polis berhubung kejadian rogol berlaku. Dia kemudian turut membuat laporan polis, mendakwa dirogol.

Lokasi kejadian dilaporkan, rumah tinggal di Kampung Hutan Pasir.



Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, ACP Lai Yong Heng, tiga beranak berusia di antara 15 dan 38 tahun juga diberkas di sekitar Ketereh. Mereka disiasat berhubung kes sama.

Klik di sini.

Polis masih terus memburu suspek lain disyaki terbabit dalam kes rogol barangkali membabitkan bilangan suspek paling ramai di Malaysia itu.

CADBURY : POSITIF ATAU NEGATIF DNA BABI?


Itulah soalan utama kini berlegar di minda ramai rakyat Malaysia khususnya umat Islam

Jawabannya bakal diperolehi dalam tempoh 5 hari sahaja lagi. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia akan menerima keputusan rasmi ujian 2 sampel produk Cadbury, sedang dianalisa oleh petugas makmal di Jabatan Kimia Malaysia, JKM.

Sebelum ini Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM, melalui kenyataan rasmi Ketua Pengarahnya, Datuk Noor Hisham Abdullah mengesahkan 2 produk Cadbury mengandungi DNA babi, porcine.

Klik di sini.

Apa pun keputusan ujian makmal JKM itu kelak, pastinya menimbulkan pelbagai soalan susulan. 

Jika keputusan ujian didapati NEGATIF ...  

1. Bagaimanakah ujian sebelumnya dibuat di makmal KKM menunjukkan keputusan positif? 


2. Biarpun bukan keputusan rasmi, tentunya umat Islam pastinya ingin mengetahui fakta, bagaimanakah kejadian itu berlaku? Lekeh benarkah Pegawai Teknologi Makanan di Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan itu?

3. Wujud kebarangkalian KKM akan disaman.

 Jika kelak keputusan ujian didapati POSITIF ...

1. Adakah petugas terbabit dalam proses pengeluaran 2 produk itu dengan sengaja mencampurkan porcine atau sebaliknya?

2. Apakah tujuan sebenar mereka?

3. Cadbury Confectionary (M) Sdn. Bhd bertanggungjwab untuk menjelaskan kepada pengguna, adakah produk Cadbury lain tidak dicemari oleh porcine? Sedangkan belum semua produk syarikat itu dihantar ke makmal JKM untuk diuji.

4. Pelbagai pihak bakal menyaman syarikat pengeluar produk itu.

Kini tanpa disedari, ramai menggunakan perkataan 'Cadbury' sebagai ganti nama untuk 'babi'.  


Rabu, Mei 28, 2014

KEMANGKATAN SULTAN PERAK : TERHAKISNYA ADAB MALAYSIAN INSIDER (UPDATED)

Sebagai anak kelahiran Perak, saya berasa sungguh terkilan membaca paparan akhbar online Malaysian Insider.

'In early 2009, he attracted heavy criticism for his involvement in the removal of Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin as the menteri besar while Pakatan Rakyat was in power, which led to the constitutional crisis in Perak.
His decision was reversed by a High Court, which ruled that the sultan was not constitutionally permitted to dismiss the menteri besar.
However, the Court of Appeal later held the ruler was right in appointing Zambry of Barisan Nasional as the menteri besar, despite the latter not winning a vote of confidence in the legislative assembly' - Malaysian Insider 

Perlukah isu seperti itu dibangkitkan pada ketika ini?
Tatkala negeri Perak dan negara sedang berkabung, tambahan pula jenazah Al-Marhum masih belum dimakamkan lagi, portal berita itu berterusan berpolitik. 
Klik di sini.
Barangkali editor Malaysian Insider tidak mengetahui erti adab. Adab dijunjung dek orang Melayu. 

SULTAN PERAK MANGKAT


Dukacita dimaklumkan, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbudin Shah Ibni Al Marhum Sultan Yussuf Izudin Shah, 86 tahun,  mangkat pada jam 1.30 tengah hari tadi di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.


Berita itu diumumkan secara rasmi oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.

Al-Fatihah

FELDA ANTARA PEMEGANG SAHAM TERBESAR CADBURY DAIRY MILK MALAYSIA - CHE GU BARD

Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia, Che Gu Bard dilapor memaparkan status di bawah dan kemudian bertindak memadamkan kenyataan itu.

Mengapa? 


Tatkala isu penemuan DNA babi, porcine dalam 2 produk keluaran Cadbury Confectionary (M) Sdn. Bhd hangat diperkatakan, semalam pemimpin Parti Keadilan Rakyat itu memaparkan kenyataan di atas di facebook.

Status itu kemudian dipadamkan setelah portal Felda Voice mendedahkan, kenyataan itu, satu pembohongan.

Berikut antara kenyataan Felda Voice ...

'FHB (Felda Holdings Sdn. Bhd) hanya mempunyai saham sebanyak 9.87% sahaja dalam Cadbury Malaysia. Ia tidak mempunyai kuasa pengurusan mahu pun kawalan ke atas produk-produk asas bagi menghasilkan coklat-coklat yang tercemar dengan DNA babi tersebut. Pelaburan FHB sudah tentulah berasaskan pengiktirafan JAKIM mengenai produk halal Cadbury'

Nampak gayanya, Che  Gu Bard, harus kembali belajar Ilmu Hisab atau Matematik asas.

Barangkali dia tidak melakukan penyelidikan teliti terlebih dahulu sebelum tergesa-gesa mencetak kenyataan itu di laman sosial miliknya. Namun jika fakta sebenar tidak didedahkan oleh Felda Voice kepada masyarakat, kesannya amat buruk kepada pelbagai pihak.

Klik di sini.

Lebih molek jika pihak pengurusan Felda sendiri mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dakwaan itu.

PPIM : JANGAN KHIANATI HAK PENGGUNA


[ Gambar hiasan ]

Ketua aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan mendesak umat Islam di Malaysia memboikot semua produk keluaran Cadbury Confectionary (M) Sdn. Bhd.


Dua sampel produk syarikat terbabit, sebelum ini disahkan mengandungi DNA babi, porcine oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM, sedang diuji sekali lagi oleh makmal di Jabatan Kimia Malaysia.

Hasil ujian bakal diumumkan dalam tempoh 6 hari lagi.

Ujian itu terpaksa dilakukan kerana makmal digunakan oleh KKM sebelum ini, bukan makmal rasmi digunakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM, dalam pengeluaran sijil pengesahan halal.

"Kita tidak mahu JAKIM sekadar memberi amaran tanpa ada sebarang tindakan tegas dan kemudiannya memberikan kembali sijil halal kepada syarikat terbabit," ujar Nadzim.

Selasa, Mei 27, 2014

DUA INDIVIDU BELUM DISAHKAN SUSPEK OLEH POLIS

Gambar 2 individu disiarkan dalam entri 26 Mei bertajuk 'Rempuhan Maut', klik di sini dimuatnaik daripada laman facebook 'Parit Buntar is my hometown' dan masih lagi menunggu pengesahaan pihak polis. Gambar sama juga saya dapati turut disebarkan oleh banyak media sosial lain seperti di Wechat dan Twitter.

Mereka tidak bersalah selagi belum dijatuhkan hukuman oleh mahkamah.

DYANA SOFYA HARUS MELAKUKAN PEMBEDAHAN LIDAH


Lihat kenyataan calon DAP di Pilihan Raya Kecil Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud, dipetik oleh Malaysian Insider pada 21 Mei 2014.



Berikut kenyataan Dyana disiarkan oleh Sinar Harian, hari ini.


Dua kenyataan diungkapkan bercanggah. Pada 27 Mei, ibu Dyana, Yammy Samat mengistiharkan keluar Perkasa.

Klik di sini.

Dyana berkata, bak lidah ular. Justeru molek jika dia menjalani pembedahan kecil di luar negara, supaya lidahnya diubahsuai, bercabang. Memudahkan masyarakat pengundi mengetahui, dia penipu tegar.



[ Sumber : WakeUpMalaya ]

LAMAN FACEBOOK KPDNKK MERAIH 815 LIKES SEJAK 2011

Mari bersama kita teliti fakta amat menarik.

Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM mengumumkan secara rasmi, 2 produk keluaran Cadbury Confectionary (M) Sdn. Bhd, didapati mengandungi DNA babi.

Umat Islam di seluruh Malaysia telah mengetahui berita itu.

Berikutan berita panas disebarkan secara meluas di media cetak, elektronik dan sosial, banyak pihak mengambil keputusan untuk memboikot produk Cadbury. Malahan ada pertubuhan bukan kerajaan, NGO, membuat kenyataan media akan menyaman syarikat terbabit.

Apapun, pada hemat saya, lebih baik ditangguhkan terlebih dahulu kerana semalam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM, KKM, Jabatan Kimia Malaysia,  Jabatan Standard Malaysia serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, KPDNKK, mengadakan mesyuarat khas.

Dua sampel, sebelum ini disahkan oleh KKM dicemari DNA babi akan dianalisa semula oleh Jabatan Kimia Malaysia dan keputusan ujian bakal diperolehi dalam tempoh 7 hari.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Othman Mustapha berkata, makmal Jabatan Kimia, makmal rasmi digunakan oleh JAKIM kerana mendapat akreditasi daripada Jabatan Standard Malaysia.

Maksudnya?

Keputusan diumumkan oleh KKM, tidak dianggap rasmi biarpun telah berjaya menggemparkan umat Islam di seluruh negara. 

Soalan bakal dijawab dalam tempoh seminggu lagi, adakah dua produk Cadbury itu benar benar mengandungi  DNA babi atau tiada DNA babi?

Jika syarikat itu disaman dan kemudian Jabatan Kimia memutuskan produk tiada mengandungi DNA babi, bagaimana? Usaha terbengkalai separuh jalan.  

Bagaimanapun KKM dalam tempoh terdekat dilapor akan melakukan pemeriksaan menyeluruh ke atas semua produk Cabbury bagi memastikan tidak mengandungi DNA babi, seperti diumumkan oleh menterinya,  Datuk Seri Dr. S. Subramaniam. 

Klik di sini.

Baguslah.

Apakah kaedah pemeriksaan digunakan? Mampukah KKM memeriksa sampel semua produk Cadbury ditawarkan di pasaran? 

Pastinya makmal KKM tidak digunakan berikutan keputusan tidak diiktiraf. 


KPDNKK juga tidak ketinggalan untuk melaksanakan tindakan. Pengarah Penguatkuasa Kementerian itu, Roslan Mahayudin berkata, mengikut Akta Perihal Dagangan 2011, mereka didapati masih menjual dua produk mengandungi DNA babi itu boleh didenda RM100,000 atau dipenjara 3 tahun atau keduanya

Rakyat Malaysia, khususnya umat Islam tentunya berpeluang membantu penguatkuasa KPDNKK, rakamkan gambar produk, sertakan alamat penjual dan paparkan di laman sosial kementerian terbabit.

Setakat ini laman facebook KPDNKK memiliki 815 like sahaja sejak Oktober 2011.

Jika benar ia laman rasmi, kasihan.

Klik di sini.

Isnin, Mei 26, 2014

REMPUHAN MAUT




Al-fatihah buat Lans Kopral Azuan Abdullah, 25 tahun, terkorban akibat dilanggar oleh beberapa penjenayah menaiki dua Honda Civic, berhampiran Alor Pongsu, Perak. Sebuah lagi kenderaan digunakan, Toyota Wish.

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, mangsa meninggal di tempat kejadian pada kira-kira jam 10 pagi tadi. Akibat rempuhan kuat,  Azuan tercampak di tepi jalan manakala motosikal ditunggangnya terhumban ke dalam longkang.

Rakan setugas arwah cedera parah dan dirawat di Hospital Raja Pemaisuri Bainun di Ipoh.


Sebelum kejadian, penjenayah terbabit dilaporkan merompak van membawa rokok.  


Kenderaan MPV digunakan oleh penjenayah kemudian ditemui dibakar di ladang pisang di Lunas, Kedah, 60 kilometer dari lokasi kejadian. 

Polis terus memburu suspek kes terbabit. 

Azuan, anggota Unit Ronda Bermotosikal, dijadualkan bakal mendirikan rumah tangga pada awal bulan Jun akan datang.

Begitulah lazimnya tugas pegawai dan anggota Pasukan Polis Diraja Malaysia, PDRM. Sewaktu melaksanakan tanggungjawab, mereka memperjudikan nyawa. 

Sebilangan dijemput oleh Allah lebih awal.

Takziah kepada keluarga Azuan dan juga PDRM.

Ahad, Mei 25, 2014

ADAKAH KEPUTUSAN 'U-TURN' MENGENAI KANDUNGAN DNA BABI DALAM DUA PRODUK CADBURY AKAN DICAPAI ESOK?

Saya menerima kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM, Dato' Othman Mustapha, dihantar melalui WhatsApp.



'KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
BERKENAAN
KENYATAAN MEDIA MESYUARAT KHAS ANTARA JAKIM, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA DAN AGENSI BERKAITAN MENGENAI PENGESANAN DNA PORCINE DALAM COKLAT SUSU DENGAN KACANG HAZEL-CADBURY DAIRY MILK

Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia akan mengadakan mesyuarat khas bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Standard Malaysia (JS) dan Jabatan Kimia Malaysia (JKM) berhubung isu penemuan DNA Porcine dalam dua sampel coklat Cadbury ; Coklat susu dengan kacang hazel-Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (Batch no) 200813 M01HI2 dan Coklat susu dengan buah badam-Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (Batch No) 221013 N01RI1 pada esok, 26 Mei 2014.

Segala keputusan mesyuarat tersebut akan dimaklumkan kepada media sebaik sahaja mesyuarat selesai. Dalam pada itu juga, Jakim akan turut memanggil syarikat berkenaan untuk mendapatkan maklumbalas lanjut berhubung perkara ini.

Sehubungan dengan itu, Jakim memohon semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi yang tidak berasas terhadap isu ini bagi mengelakkan keresahan awam.

Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK AGAMA DAN NEGARA
‘Saya Yang Menurut Perintah’

DATO’ HAJI OTHMAN BIN MUSTAPHA
25 Mei 2014'

Saya berasa tertarik dengan kenyataan di perenggan terakhir.

'Sehubungan dengan itu, Jakim memohon semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi yang tidak berasas terhadap isu ini bagi mengelakkan keresahan awam'

Adakah masyarakat membuat sebarang SPEKULASI yang tidak berasas mengenai isu dua produk Cadbury mengandungi DNA babi? Adakah kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM, Datuk Noor Hisham Abdullah satu SPEKULASI?

Hairan, setelah berita disebarkan di seluruh negara terutama melalui laman sosial, kini bak timbul pula keraguan melampau berhubung berita diistiharkan oleh KKM.

Klik di sini.

Jika esok, mesyuarat memutuskan dua produk terbabit tidak mengandungi DNA babi, Alhamdulillah. Kegusaran umat Islam di Malaysia mengenai status produk terbabit akan dileraikan.

Dalam erti kata lain, selama ini, umat Islam tidak memakan DNA babi, porcine.

Namun timbul beberapa soalan perlu dijelaskan oleh KKM. Siapakah individu bertanggungjawab menyebarkan dokumen di bawah di laman sosial?


Mengapakah Pegawai Teknologi Makanan, C44, Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan, KKM melakukan ujian itu? Siapakah mengarahkan ujian terbabit dilaksanakan? Adakah ujian dibuat oleh makmal itu tidak berkredibiliti?

Soalan lebih signifikan lagi, mengapakah Noor Hisham mewakili KKM mengeluarkan kenyataan rasmi di media sosial?


Kenyataan ternyata menggemparkan jutaan umat Islam di Malaysia.

Saya percaya jika keputusan 'u-turn' dicapai esok, maka kredibiliti KKM di mata masyarakat marhaen bakal tercalar. 

JAKIM usah terlalu gembira kerana badan itu dan KKM, dua agensi kerajaan. Keputusan flip-flop bukan sahaja mencemarkan imej syarikat pengeluar produk, Cadbury Confectionary (M) Sdn. Bhd malah memberikan gambaran kepada masyarakat, kenyataan rasmi agensi kerajaan boleh dipertikaikan.

Apapun keputusan bakal dicapai oleh pihak berkuasa terbabit esok, ia satu kerugian buat umat Islam di negara.

...  status halal-haram beberapa produk berasaskan coklat, dihidangkan kepada pengguna Islam diperkotak-katikkan secara terbuka.

Apapun, saya harapkan selepas ini panda tidak marah lagi ...


Sabtu, Mei 24, 2014

RAMAI ORANG ISLAM MALAYSIA MAKAN BABI

Berita 2 produk Cadbury disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM, mengandungi DNA babi, porcine, kini viral di laman sosial.

Klik di sini.

Berita sama dimuatkan di Buletin Utama TV3.

Tinjauan saya ke 7-Eleven, Giant dan EON Big awal malam tadi mendapati 2 produk terbabit, Dairy Milk Hazel Nut dan Dairy Milk Roast Almond telah ditarik dari rak Cadbury.

Berikut kenyataan rasmi dipaparkan di facebook Cadbury Dairy Milk :

'Kami di Cadbury ingin memberi maklum balas berkenaan dengan laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pagi ini.

Pihak kami telah dimaklumkan bahawa Cadbury Dairy Milk dengan kacang Hazel (nombor siri 200813M01H I2 yang tarikh luputnya adalah pada Nov 13, 2014) dan Cadbury Dairy Milk dengan Buah Badam (nombor siri 221013N01R I1 yang tarikh luputnya adalah pada Jan 15, 2015) telah diuji positif dengan kesan DNA khinzir. Pihak kami telah mengambil tindakan segera dengan menarik semula kesemua produk-produk yang terjejas daripada pasaran.

Produk-produk Cadbury yang lain adalah tidak terjejas dalam siri ujian yang telah dilakukan.

Pihak kami sedang menjalankan sisasatan rapi ke atas kesemua rangkaian bekalan kami bagi memastikan kualiti produk kami terus mematuhi kesemua piawaian yang telah ditetapkan. Pihak kami juga ingin menegaskan bahawa kesemua cokelat Cadbury Malaysia adalah dihasilkan di Malaysia dan dijamin Halal menerusi sijil JAKIM, dan ini termasuk sumber bekalan bahan-bahan mentah dan lokasi yang digunakan. Kami mengamalkan prosedur kawalan kualiti yang ketat dan memastikan produk kami mencapai standard tertinggi dalam keselamatan dan kualiti produk.

Kami ingin mengucapkan terima kasih ke atas sokongan yang diberikan kepada Cadbury'


Perhatikan, TIADA permohonan maaf dikemukakan oleh pihak pengurusan Cadbury Dairy Milk, dalam kenyataan di atas.

Melalui komen orang ramai di facebook Cadbury, sokongan itu diyakini semakin luntur di kalangan pengguna, rata-rata sebelum ini penggemar produk terbabit.



Pihak pengurusan Cadbury Dairy Milk harus menjelaskan kepada pengguna Islam : 

1. Bagaimanakah 2 produk terbabit mengandungi porcine?

2. Siapakah individu/pihak bertanggungjawab mencampurkan porcine itu ke dalam produk?

3. Sejak bilakah pengguna beragama Islam ditawarkan produk mengandungi porcine?

4. Bagaimanakah pengguna Islam berpeluang mengetahui, peralatan digunakan untuk mengeluarkan 2 produk haram itu tidak digunakan sewaktu memproses produk lain keluaran Cadbury?

5. Apalah tindakan Cadbury untuk menangani kes pengguna Islam selama ini ditipu?

6. Mengapakah Cadbury tidak memohon maaf daripada pengguna beragama Islam dalam kenyataan rasmi dicetak di facebook?

7. Apakah tujuan sebenar porcine dicampurkan ke dalam produk ditawarkan kepada pengguna beragama Islam.

Cadbury seharusnya tahu, terbabit dengan sentimen agama, bak mencelupkan tangan ke dalam kuali minyak mendidih.

Berita lebih menarik, KKM membuat pengumuman secara terbuka berhuung kes ini, pada jam 5.41 petang, 23 Mei lalu. 

Klik di sini.

Manakala, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM , hanya mengeluarkan kenyataan rasmi menarik kembali Sijil Pengesahan Halal 2 produk Cadbury itu pada kira-kira jam 6 petang tadi.

Klik di sini.

Perbezaan waktu, hampir 24 jam selepas KKM bertindak berani berkongsi maklumat tepat di laman facebook agensi itu.


Kelembapan JAKIM terbukti. Mungkin Ketua Pengarah JAKIM, Dato' Haji Othman Mustapha tertidur lena seketika.


Jika berlandaskan  kenyataan JAKIM ... 

"... pemeriksaan secara berkala terhadap syarikat pengeluar produk berkenaan telah dibuat dan pemeriksaan terakhir adalah pada 20 Februari 2014 dan didapati mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia"

Maksudnya, DNA babi telah dicampurkan ke dalam 2 produk Cadbury selepas tarikh itu.  


JAKIM usah lepas tangan.

Hemat saya, agensi itu wajib menjalankan siasatan terperinci terhadap produk disahkan mengandungi DNA babi itu dan menjelaskan fakta di sebalik kejadian kepada semua rakyat Malaysia beragama Islam.

... BUKAN sekadar menarik kembali sijil pengesahan halal produk itu.

Pengguna Islam, kini berstatus 'pemakan DNA babi', berasa ditipu telah mula bersuara. 

Mereka mendesak agar produk Cadbury Dairy Milk diboikot. 

Dalam hal ini, saya amat bersetuju.



Apapun, TAHNIAH kepada Ketua Pengarah KKM, Datuk Noor Hisham Abdullah dan kakitangan beliau. Jika pendedahan ini tidak dibuat, pasti lebih ramai orang Islam di negara ini berterusan makan DNA babi.

CADBURY DNA BABI



Dua produk Cadbury disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mengandungi DNA babi, porcine.

Klik di sini.




Agak mustahil jika pengeluar produk itu, Cadbury Confectionary (M) Sdn. Bhd  tidak mengetahui produk terbabit dicampur dengan DNA babi, porcine.  

Apakah tujuan mereka sebenarnya?

Molek jika umat Islam di Malaysia memboikot semua produk Cadbury biarpun syarikat terbabit kini bertindak menarik kembali produk itu dari pasaran.

Oh! Tidak, saya dan keluarga tidak akan membeli produk syarikat itu lagi. Setakat ini syarikat terbabit belum lagi mengeluarkan kenyataan memohon maaf.

Facebook Cadbury, klik di sini.

Jumaat, Mei 23, 2014

PENGGUNAAN CERMIN GELAP DIKAJI SEMULA - HISHAMUDDIN HUSSEIN

Semalam, saya bertemu pemilik kedai menjual aksesori kenderaan, Ah Keong.

"Kalau material pelapik gelap cermin kenderaan, tidak boleh dijual dan digunakan oleh orang ramai, mengapakah Jabatan Kastam Diraja Malaysia membenarkan bahan itu diimpot secara sah ke Malaysia? Bahan itu dikenakan cukai oleh pihak kastam. Maksudnya pelapik itu bukan material terlarang. Apabila dibawa masuk ke negara kita, kerajaan memperoleh pendapatan melalui cukai. Adilkah sekiranya cukai dikutip tetapi peniaga kedai aksesori dilarang menjual bahan itu?," katanya. 

"Bahan pelapik cermin itu diimpot dari mana?," soal saya.

"Singapura dan China, dari Korea pun ada," balas Ah Keong.

Peniaga itu kemudian menimbulkan isu lain, lebih menarik.


"Hampir semua orang tahu, Puspakom hipokrit. Kalau kenderaan MPV impot, contoh jelas Toyota Estima dan Alphard, memang cermin belakang dan tepi, gelap. Sebelum kenderaan itu didaftar, cermin gelap digantikan dengan cermin cerah. Bila dibawa untuk pemeriksaan dan pendaftaran, Puspakom luluskan. Penjual kemudian memasang kembali cermin gelap ke kenderaan sama dan diserahkan kepada pembeli. Sebilangan kenderaan bercermin gelap juga dilengkapi oleh lampu HID, xenon. Lampu sangat terang sehinggakan mengganggu penglihatan pemandu lain. JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) melarang penggunaan lampu xenon, kalau kenderaan ditahan, penguatkuasa saman tetapi masa di Puspakom, mengapakah lampu itu tidak diganti seperti cermin gelap?," tambahnya.

"Mengapa?," soal saya. 

"Sebab mentol lampu kenderaan impot itu tidak boleh diganti. 'Kaki' mentol lain tidak sama dengan kaki mentol xenon. Satu lagi, saya pun hairan. Kalau kita perhatikan sebilangan kenderaan menggunakan nombor pendaftaran 'Putrajaya' dan 'IM4U'. Saiz aksara itu tiada masalah kerana memenuhi spesifikasi JPJ tetapi saiz nombor di bawah, kecil. Sama macam saiz nombor pendaftaran motosikal. Mengapakah pihak berkuasa tidak menyaman kenderaan sebegitu? Sebab nombor pendaftaran dibeli mahal? Sebab  ada tulisan 'Putrajaya'?," soal Ah Keong.

Tambahnya, kaedah penguatkuasaan JPJ  harus diselaras dan diperkemaskan.

"Saya fikir, pemilik kenderaan wajar dibenar menggunakan cermin gelap tetapi bersyarat. Contohnya, cermin belakang boleh digelapkan, bukan cermin di bahagian pemandu dan penumpang hadapan. Kalau gelap akan menghalang pandangan cermin sisi kanan dan kiri, bahaya terutama apabila memandu pada waktu malam. 


Hari ini, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, membuat kenyataan akhbar, aspek penggunaan cermin gelap akan dikaji semula. 

Beliau mendengar maklum balas rakyat.

Klik di sini.

'klia2' ITU SALAH


Saya tertarik dengan tulisan Profesor Linguistik Universiti Kebangsaan Malaysia dipaparkan oleh Berita Harian.

Singkatan nama lapangan terbang terbaharu, ikon rasmi negara itu, ditulis 'klia2', salah.

Sepatutnya ditulis 'KLIA2' kerana itu nama khas.

"Jangan diteruskan penggunaan bentuk yang salah ini atas apa-apa jua alasan. Natijahnya ialah sebagai nama tempat khusus, ia kata nama khas. Untuk ini, cara tulisan kata nama khas dalam sistem Rumi mana-mana bahasa pun, termasuk bahasa Inggeris, sudah ditetapkan," catat beliau.

Klik di sini untuk membaca artikel disiarkan.

Jika pihak pengurusan atasan Malaysia Airports Holding Berhad berjiwa besar, bentuk tulisan itu pasti akan ditukar. Jika kita tidak menghormati bahasa ibunda sendiri, siapakah lagi?

MRT CORPORATION TOLONG BERHATI PERUT


Rakyat Malaysia tidak menentang pembangunan malah bersyukur dengan kemajuan ditempa oleh negara.

Pembinaan landasan keretapi Aliran Transit Massa, MRT di daerah Kota Damansara kian rancak. Malangnya, ada waktu tertentu menyusahkan orang ramai.  Petang semalam, tatkala hujan turun lebat, saya memberhentikan kenderaan di stesyen minyak di Persiaran Surian untuk merakamkan gambar di bawah.



Air didapati bertakung di jalan utama bersebelahan tapak pembinaan landasan MRT. Berikutan itu pergerakan lalu-lintas menjadi amat perlahan.


MRT Corporation melantik puluhan kontraktor terbabit dalam pembinaan projek mega itu. Tidakkah ada seorang daripada jurutera bertugas mampu mengatasi masalah air bertakung di jalan itu?



Tidakkah ada seorang daripada jurutera terfikir kaedah terbaik untuk mengalirkan air berlebihan ke anak sungai berhampiran.


Melalui pengamatan saya, keadaan jalan dinaiki air sebegitu amat membahayakan kenderaan kecil seperti motosikal. Bukan semua pengguna jalan itu pemilik kenderaan pacuan empat roda.


Kejadian air melimpah itu bukan kali pertama, kes berulang.

Saya memohon MRT Corporation agar berhati perut dalam melaksanakan tanggungjawab membina kemudahan untuk orang awam.  Berapa kali lagikah kejadian membebankan orang ramai itu harus berulang? 

Mustahil jika mampu melaksanakan pembinaan berskala raksaksa tetapi gagal menangani bahana jalan banjir.