Isnin, Mei 12, 2014

LELAKI INI MEMPERLEKEHKAN KASTAM DAN POLIS DI SANDAKAN


Mereka sering berkunjung ke bandar Sandakan, Sabah tentunya berasa muak melihat wajah lelaki di atas. Barangkali dia boleh dianggap sebagai ikon penjual rokok seludup di situ.

Dia antara warga asing memperlekehkan pihak berkuasa, kakitangan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, pegawai dan anggota polis bertugas di Sandakan.


Dia selamba berdiri di kawasan awam sambil mengendong beberapa karton rokok seludup dan bersedia menjual secara bungkus kepada pelanggan.

Dia juga mampu tersenyum biarpun menjalankan kegiatan melanggar undang-undang.


Hampir separuh hari saya memerhatikan pergerakannya namun tiada langsung kelihatan penguatkuasa tempatan muncul, mendekati dan memberkasnya.

Di manakah pegawai dan kakitangan kastam Sandakan? Di manakah pegawai dan anggota polis? Di manakah pula penguatkuasa Imigresen?

Tidakkah mereka menyedari kehadiran penjual rokok seludup itu? Bukan seorang tetapi dianggarkan hampir 80 orang.

Klik di sini.


Lebih menakjubkan, Pondok Kawalan Bersepadu membabitkan pelbagai pihak berkuasa, didirikan di hadapan Pasar Umum Sandakan, kurang 50 meter dari lokasi penjual rokok seludup berdiri.

Oh! Mungkin pondok itu sekadar perhiasan sahaja.


Anggota polis menaiki kenderaan, lalu-lalang berhampiran kelompok penjual rokok berhimpun. Barangkali van itu tidak memilki brek untuk berhenti.


Jika pihak berkuasa ingin terus dihormati, mereka wajib melaksanakan sepenuhnya tanggungjawab dipikul.


Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk Seri Khazali Ahmad  dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mungkin boleh mengarahkan kakitangan mereka di Sandakan untuk bertindakn membanteras kegiatan penjualan rokok seludup secara total.


Datuk Seri dan Tan Sri, 'kudis' usah dibiarkan sampai bernanah.

15 ulasan:

  1. Maaf kata, anggota penguatkuasa adalah pelanggan tegar. Macam ada unsur rasuah ujud di sana.

    BalasPadam
  2. saudara jangan salah sangka mereka bukan tak tahan panas duduk kat baawah payung tu, tapi kat pejabat ari ni ada banyak fail yang kena kemas kini, lagipun minggu ni pelatih baru masuk mendaftar , cun cun lg tu

    BalasPadam
  3. Sama2 kita benteras kegiatan haram.Mari kita bantu PDRM dan Kastam tangkap PATI.Jgn kita jadi sekongkol dgn PATI.

    BalasPadam
  4. Silap haribulan bro boleh dimasukan dalam "black listed" imigresen Sabah kerana cuba membuka bijik mata Pengarah Imigresen yang agak "tertutup" dalam mengendalikan sesetengah issue.

    BalasPadam
  5. Mereka sebenarnya bukan memperlekeh kastam dan imigresen, tapi mereka membuktikan bahawa kawtim mereka telah berjaya mem pondan kan jabatan2 tersebut. Ya lah, kalau dah kawtim baikkkk punya, takkan nak tangkap lagi kot? cuma puak2 ni saja tak pandai jaga line.....

    BalasPadam
  6. Polis?kastam?imigresen??apa lg..usah diherankan..bhagian penguatkuasa disabah ibarat adik beradik pd mereka ini..pengedar dadah ditangkap esok dh boleh bebas..sembang rasuah di hadapan org ramai..harapkan baju berlencana tapi tiada integriti....penjawat awam pangkat rendah di sabah bolehg hidup mewah sbb rasuah...kasihan borneo...

    BalasPadam
  7. Dah terbukti pun, mcm mna klau siarkan di TV3 temukan KM, KPN Sabah, Pgrh Kstm, Imigresen, wawancara Datuk, Tan Sri adakah ini benar apakah tindakan? wah pasti muka rasa dipanah petir. Kadang2 lmn web, blogger2 ni tak da power org tak baca dan tak kisah.

    BalasPadam
  8. hahaahaaaaa......sila ambil perhatian pihak yang berwajib,perkara ni dah lama berlaku since aku masih sekolah lagi(mr.mazidul dapat bayangkn x berabad dah dorang beroperasi seperi kat atas??)..bagi aku masalah ni x ada penghujungnya?????nak cegahh kegiatan mereka senang je,kita kena balik ke tahun 80an...tapi adalah mustahil kita nak balik ke tahun 80an,.begitu lah juga nak bersihkan kan sabah dari kegiatan seperti di atas!!!!hahahaaaaaa......

    BalasPadam
  9. alah bisa tegal biasa .... dia mencari nafkah dgn menjual rokok ..apa dia kisah tentang undang-undang !! Apatah lagi di tempat seperti SABAH yang kaumnya atau ' org sepertinya' dapat bergerak dan bernafas tanpa masalah, Saya tak Nampak isu pendatang sepertinya mampu diselesaikan dengan mudah. Pihak polis yang amanah pun rasanya tak berani nak memandai bertindak ... sebab nyawa mereka tiada galang gantinya. Undang-undang tak mampu menjamin keselamatannya.

    BalasPadam
  10. bukan sahaja di sandakan..di mana2 shj di sabah ini..byk org seperti ini..pergi la ke mana shj..even ibu negeri bandar kota kinabalu tu..apa tah lagi daerah kecil2..mmg nyata yg menjual itu bkn pnduduk tmptn..mereka akn duduk2 dpn deretan kedai..berlonggok..brsama kerusi yg mudah di pindah2..dn mereka menyorok kan stok jualan mereka dlm kedai2 yg brhampirn..dlm longkang2..dlm tong sampah..sesiap yg hendak mmbeli hnya drive thru..x pyh parking kereta..lalu shj..lg hebat dr drive thru MCD..

    BalasPadam
  11. Cuba pi periksa kakitangan atau penguatkuasa kerajaan atau orang ramai yang merokok, rokok apa yang mereka hisap.Rokok kena cukai ka atau pun tak.Gerenti rokok seludup punya.

    BalasPadam
  12. perkara ini memang sudah lama berlaku. namun, pihak atasan masih tidak dapat membendungnya, bukan di sebabkan kesukaran untuk menangkap penyeludup dan penjual rokok tersebut tetapi kerana segelintir daripada pihak pengutkuasa telah di osgok dengan wang ringgit setiap bulan. hal ini saya ketahui daripada rakan saya kerana saya pun berasal dari sandakn. saya sudah biasa melihat fenomena tersebut dan pnjualan rokok secara terbuka adalah perkara biasa kepada masyarakat umum sandakan. sesetengah pihak kastam dan polis hanya meminta wang sogokan setiap bulan daripada semua penjual rokok di pasar sandakan agar mereka tidak menggangu kegiatan penjual rokok berkenanaan. sesiapa yang tidak memberikan bayaran, maka pihak berkuasa akan menangkap rokok mereka. kejadian ini sangat tidak adil. peniaga yang lain susah payah berniaga dan membayar cukai manakala penyeludup rokok hanya mampu besenang lenang sahaja. jadi tidak mustahil la tauke rokok di sandakn tu jadi kaya-raya. seharusnya tauke2 tersebut yang perlu di bekas dulu. semoga pihak atasan tidak bersubahat dengan penjenayah. jujur la dalam menjalankan tugas. sebagai polis sepatutnya menjaga keamanan negara bukan menghancurkan negara. jangan keran sikap segelintir pengutkuasa yang tidak bertnaggungjawab semua pihak terkena tempiasnya seperti 'gara2 nila setitik, rosak susu seblnga'.. maju la bangsa untuk negara!!!. hanya sekadar perkongsian. tidak melibatkan mana2 pihak. :)

    BalasPadam
  13. assalamualaikum, saya di sini hanya ingin memberi sdikit perkongsian. kegiatan pnyeludupan dan pnjualan rokok mmg sukar dibendung bukan keran pihak pengutkuasa tidak mampu menanngkap mereka, tetapi kerana segelintir pihak penguatkuasa ingin tumpang sekaki merasai 'hasil' jualan rokok tersebut. melalui cerita yang saya dengar, sesetengah pihak penguatkuasa memang bersekongkol dengan penyeludup dan penjual rokok d psar sandakan. fenomena pnjualan rokok d sndkan tu memang alah bisa tegar biasa bg pnduduk sandakn khasnya. memandangkn saya pn org sandakan, saya memang suda biasa dengan persekitaran tersebut. melalui sumber yang saya tahu, segelintir pihak penguatkuasa telah diberi wang sogokan oleh semua pnjual,tauke dan penyeludup rokok tersebut untuk setiap bulan. wang sogokan ini seperti 'gaji' bulanan tmbahan kepada pihak berkuasa trsebut. sesiapa yg tidak membyar wang itu setiap bulan, maka pihak bkuasa akan berusaha menangkap rokok mereka mnakala yang sudah membayar wang tersebut akan selamat dari 'undang2' yang dibuat pihak berkuasa tersebut. jadi tidak heran la jika kejadian ini berlanjutan sampai sekarg. hal ini memang tidak adil, kerana peniaga lain brsusah-payah membyar cukai untuk berniaga tetapi pnjual dan tauke2 rokok trlpas dr cukai tersebut. maka tidak heran la jika mereka menjadi kaya-raya dengan hasil duit rokok itu. sepatutnya pihak berkuasa perlu menangkap tauke2 rokok tersebut dhulu agar kegiatan ini dapat dihentikn. segelintir pihak polis dan kastam seharusnya jujur dalam menjalankn tugas. kepada yang terlibat perlulah dihukum kerana mengambil rasuh. penguatkuasa seharusnya menjaga keamanan negara bukan menghncurkn. jangan kerana 'nila setitik, rosak susu sebelanga' . majulah kita untuk negara. jika bukan kita yang menjaga negara kita siapa lagi????..... sekadar perkongsian, tidak melibatkan sesiapa.. take note!.... :)

    BalasPadam
  14. pihak penguatkuasa yang terlibat perlu dihukum kerana melnggar etika. :)

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.