Jumaat, Mei 23, 2014

MRT CORPORATION TOLONG BERHATI PERUT


Rakyat Malaysia tidak menentang pembangunan malah bersyukur dengan kemajuan ditempa oleh negara.

Pembinaan landasan keretapi Aliran Transit Massa, MRT di daerah Kota Damansara kian rancak. Malangnya, ada waktu tertentu menyusahkan orang ramai.  Petang semalam, tatkala hujan turun lebat, saya memberhentikan kenderaan di stesyen minyak di Persiaran Surian untuk merakamkan gambar di bawah.



Air didapati bertakung di jalan utama bersebelahan tapak pembinaan landasan MRT. Berikutan itu pergerakan lalu-lintas menjadi amat perlahan.


MRT Corporation melantik puluhan kontraktor terbabit dalam pembinaan projek mega itu. Tidakkah ada seorang daripada jurutera bertugas mampu mengatasi masalah air bertakung di jalan itu?



Tidakkah ada seorang daripada jurutera terfikir kaedah terbaik untuk mengalirkan air berlebihan ke anak sungai berhampiran.


Melalui pengamatan saya, keadaan jalan dinaiki air sebegitu amat membahayakan kenderaan kecil seperti motosikal. Bukan semua pengguna jalan itu pemilik kenderaan pacuan empat roda.


Kejadian air melimpah itu bukan kali pertama, kes berulang.

Saya memohon MRT Corporation agar berhati perut dalam melaksanakan tanggungjawab membina kemudahan untuk orang awam.  Berapa kali lagikah kejadian membebankan orang ramai itu harus berulang? 

Mustahil jika mampu melaksanakan pembinaan berskala raksaksa tetapi gagal menangani bahana jalan banjir.

7 ulasan:

  1. Balasan
    1. "saya membaca tampalan ini".

      btw. saya pelik dengan kebanyakan penunggang motosikal di Malaysia.
      kenapa mesti pakai jaket/sweater/baju hujan terbalik macam tu?
      ada pulak saya nampak siap zipkan di belakang lagi. apa faedahnya?

      Padam
    2. Saya membaca tampalan ini :) refer previous post.

      Padam
    3. putra..diorang pakai sweater mcm tu sebab takmau kena tempias hujan dari depan

      Padam
  2. Baru faham maksud smti hehe. Saya pun penduduk kota damansara. Kalau hujan tak lalu sini mesti banjir.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.