Sabtu, Mei 17, 2014

HENTIKAN MEMPROMOSI KAREKTER LELAKI BERSUARA LEMBUT DI KONTI RADIO

Awal pagi semalam, kenalan saya, berusia 37 tahun menelefon. Kedengarannya, dia berada di dalam kenderaan.

"Saya dengan isteri dan anak, dalam perjalanan ke rumah pengasuh. Isteri memandu," ujar  'Dzul'.

"Oh! Ok, ada kejadian menarik ke?," soal saya.

"Bang, sebenarnya sudah lama terbuku di hati. Cuma pagi ini baru teringat untuk meluahkan pandangan," katanya.

"Ada kesalahan saya lakukan ke?," tanya saya kepada ayah dua anak itu.

"Ish! Tiada. Saya cuma ingin mengadu hal. Isteri saya, suka sangat mendengar radio ketika memandu, terutama pada waktu pagi," balas Dzul.

"Jadi?," soal saya.

"Saya muak sampai muntah hijau setiap kali mendengar penyampai radio menampilkan karekter lelaki bersuara lembut. Lelaki tetapi mengajukkan gaya bercakap perempuan. Sekian lama, persembahan sebegitu menjadi 'santapan' telinga pendengar setiap hari. Persoalanya, mengapakah harus diwujudkan watak, contohnya,  Mak Jemah, Fifi dan Mak Neng di siaran radio? Apakah tujuan penerbit program itu sebenarnya? Memang selama ini saya menyampah mendengar celoteh lelaki bersuara lembut itu. Suara lelaki keras tetapi dilembutkan. Tadi, anak lelaki saya terbangun dari tidur dan bingkas bertanya, ayah orang yang bercakap di radio itu, lelaki ke perempuan?," katanya.

"Apakah jawaban awak?," soal saya.

"Saya ternganga bang. Serba-salah saya, bingung  untuk memberikan respon. Dia anak kecil, jawaban kita kongsikan kini, bakal terpahat di otaknya. Terpaksa berfikir sekejap sebelum menjawab, itu lelaki," ujarnya.

"Kalau lelaki mengapakah suara dia macam perempuan ayah? Itu soalan susulan anak saya. Barangkali penerbit siaran radio itu mampu memberikan jawaban. Tidak saya. Pada pandangan saya, lebih molek jika watak lelaki bersuara lembut tidak dipromosikan secara keterluan di siaran radio. Penyampai jika pelawak sekalipun tidak perlu membawakan watak bersuara lembut untuk melawak. Tidak lawak pun. Kekadang saya terfikir, tatkala pemimpin kerajaan dan masyarakat bersunguh-sungguh membantah pengiktirafan kelompok LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual dan Trangender), beberapa stesyen radio bak tergila-gila menerapkan watak itu di kalangan pendengar setia. Adakah kita ingin memupuk gejala, sekarang anak lelaki kita pakai spender, kelak dewasa mereka memakai g-string? Sekarang mereka memakai singlet, kelak memakai coli?," soal kenalan itu. 

Saya terdiam.


[ Gambar Hiasan ]

"Tidakkah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Ahmad Shabery Chek atau pegawai jabatan itu  pernah terdengar penampilan suara lelaki lembut di corong radio pagi? Adakah Shabery reda dengan bukan budaya tetapi gejala sebegitu? Kita berasa marah apabila sebilangan ahli parti pembangkang menyokong LGBT tetapi pada masa sama, unsur LGBT berterusan disumbatkan ke telinga pendengar saban hari.  Adakah kementerian berhajat menghalalkan karekter lelaki bersuara lembut ditonjolkan kepada jutaan pendengar? Apakah faedahnya? Saya mohon sangat abang tuliskan di blog mengenai trend negatif berlaku, agar masyarakat pendengar menyedari kepincangan sedang dipromosikan di dunia penyiaran radio negara kita. Permintaan saya kepada pihak kerajaan, hentikan promosi karekter lelaki bersuara lembut di konti radio. Saya jamin, stesyen terbabit tidak akan kerugian sesen pun kalau karekter itu ditiadakan," jelasnya.

"Baik, akan saya tuliskan," janji saya.

"Terima kasih bang," balas Dzul.

Saya yakin pembaca blog ini juga mempunyai pandangan peribadi berhubung isu  ini.

26 ulasan:

  1. Setuju...seingat aku dulu zaman Dato mohd rahmat jadi menteri penerangan, memang takde lelaki lembu atau pun buat~buat lembut.

    Dalam rancangan lawak realiti pun sering kita nampak ada watak,gaya mak nyah. Kenapa ya? Apakah pelawak dah tak de idea lain???

    Aku rasa ,mana~mana radio yang buat suara~suara lembut tu, elok hentikan lah ya. Mana radio chanel yang buat panggilan hangus tu..cubalah ubah format sbb dah kurang menyengat. Jgn marah, hanya pandangan peribadi aku.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebab tu lah kita kena dengar radio RTM..radio swasta memang menyampai ikut suka hati mereka..itulah agung kan lagi radio2 swasta ni..aku pernah tanya sorang budak remaja ni, biasa dgr radio mana? jawabnya radio..tettttttttttttttttttt.. (swasta lah tu), bila aku tanya, radio RTM dengar tak, macam klasikfm, nasionalfm, budak tu jawab, RTM ade radio ker?..erkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!

      Padam
  2. Aku setuju..malah bkn itu aje..yg menjerit,mengilai mcm pontianak pun ada..tak ada langsung pesonaliti mcm seorang dj. Cara bercakap umpama bercakap dalam pasar, Bahan2 cerita pun tak ada yg membina..apatah lagi nk di jadi tauladan yang baik. Kalau setakat jadi dj tapi peranan umpama nasi tambah lebih baik tak payah. Tolong lah pada pihak yg berwajib..buatlah sesuatu agar perkara sebegini tak belaku di setesen2 radio kita...saya yg mendengar pun rasa malu.

    BalasPadam
  3. seingat saya pernah satu ketika dilarang lelaki buat gaya ala2 perempuan masa zaman kumpulan lawak senario...dlu2 slalu senario bawak watak2 perempuan..tapi byk bantahan dari persatuan2 wanita terutama wanita UMNO ketika itu...sehingga la kumpulan senario tidak lagi melakonkan watak2 perempuan...digantikan perempuan tulen sebagai pelakon jemputan...

    BalasPadam
  4. Hentikanlah...jangan mengundang laknat daripada Allah swt. Maksiat memang ada di mana-mana tetapi ini mengaja mencari bala. Hairan juga dengan ustaz-ustaz yang selalu keluar kat TV kenapa tak tegur.

    BalasPadam
  5. Haram perbuatan tu ..........lakukan sesuatu sebelum terlambat.
    Daripada ibnu Abbas ra katanya, “Rasulullah saw melaknat lelaki yang meniru gaya perempuan dan perempuan yang meniru gaya lelaki” (Riwayat Al-Bukhari)
    Kekadang geli dengar suara lelaki pembaca berita ala-ala maknyah. heee........

    BalasPadam
  6. Bagus tajuk nie,lama sdah terbuku dihati.Menyampah betul kalau dengar suara ala-ala pompuan nie walhal depa lelaki sejati....yg ada 4 bini pon buat suara camtu. Apa depa tak terpikiaq ka pendengar suka ka atau tak suka.Tak tau la kalau pendengar radio zaman skrng nie,mungkin depa suka.Tak menarik pon kalau buat suara camtu.Siaran radio bukan melayu takde pulak suara2 camtu.MENYAMPAH.......tutup radio or tukar rangkaian.

    BalasPadam
  7. Saya rindu untuk mendengar suara penyampai radio seperti Noramin, Zainaldin Zainal, Halim Din dan ramai lagi seangkatan mereka yang bersuara "jantan". Penyampai seperti mereka tak perlu menjadi watak lain kerana mereka memahami peranan "penyampai". Masalah penyampai sekarang yang mengeluarkan suara lelaki lembut yang dibuat-buat kononnya mahu menghidupkan suasana yang menceriakan dan mempopularkan stesen mereka. Malah penyampai radio sekarang lebih banyak "merapu" daripada menyampaikan hal-hal yang mendatangkan faedah. Pihak yang bertanggungjawab hendaklah membendung perkara ini sebelum ia menjadi satu penyakit. Inilah masalahnya apabila pihak stesen radio meletakkan keuntungan melebihi tanggungjawab "mendidik" masyarakat melalui radio......

    BalasPadam
  8. Setuju, kepada DJ yg bertugas Waktu pagi tu..rentikanlah buat perangai tak senonoh tu. Kepada penerbit pulak, cubalah cari idea lain dan kawal la sikit DJ tu. Aku meluat betul bïla ada yg buat lawak pondan ni, Tak pasti la pulak samada mereka saja buat lawak atau bila malam mereka mmg dah transform jadi nyah

    BalasPadam
  9. Ikut hukum, haram. Ini yang di budayakan golongan penghibur di Malaysia terutama bila ada slot lawak.

    Dalam radio kereta ( sesekali dengar iklan ) kita kenal dengan penghibur ini.
    Hati berkata juga... terpekik terlolong... hingga hilang seni nya... tambah lagi pengacara / penghibur perempuan melayu di halwa telinga atau bersiaran di tv, tertawa / terpekik seolah histeria sambil mengilai panjang, menunjukkan kedangkalan sopan perempuan melayu. Perhatikan sahaja gelagat mereka menjengkelkan berbanding siaran yang di kelola kafirun. Saya pernah saksikan Raja Azura ( isteri orang ketika itu) mengelolakan rancangan hiburan di mana tanpa segan silu beliau naik, duduk di pikul atas bahu seorang peserta lelaki, lalu jatuh, sambil ketawa tanpa batas ! Jelek sungguh !

    Pergaulan bebas, perlakuan LGBT dan seumpama nya di paparkan di tv berleluasa tiada kawalan malah di galakkan pula secara visual. Dalam halus menghancurkan akidah anak-anak muda, hilang kesopanan dan tata susila malah menjadikan hati mereka mati, bergelumang zina dan maksiat, perkara dosa utama dalam Islam. Kadangkala realiti nya bukan Islam, di kaca tv, masih bermoral.

    Satu lagi, dalam berlawak jenaka, di sebut nama 'Allah' dalam dialog. Lagho lantas persendakan Tuhan yan Satu ? Kenapa ini terjadi ? Seni yang bukan lagi seni di beri ganjaran dan anugerah ! Belum lagi pakaian...

    Selami lah kewajaran impak nya kepada Agama Islam keseluruhan nya. Perhatikan kemungkaran terutama dengan berani memaparkan dalam media siber tanpa maruah dan malu, menjadikan diri itu lebih hina dari binatang ( syaitan la tu...) otak yang tidak di mafaatkan.

    Bukan tidak boleh cuma di mana garis panduan nya ?

    BalasPadam
  10. Pembetulan. Jika memakai G-String tidak semestinya transgender. Kerana ada juga G-String untuk lelaki. Maaf... Saya setuju sekali agar lawak-lawak yang menggunakan suara-suara tersebut dihentikan. Jika didengar, yang buat suara-suara tu hanya di stesen radio yang penyampainya MELAYU. Stesen radio Inggeris, India mahupun Cina tiada pun lawak sebegitu. hmmm... Melayu

    BalasPadam
  11. Lawak yg menyindir.. tp dalam masa yg sama seperti mengiktiraf golongan lelaki lembut. Fikirkanlah impaknya.

    BalasPadam
  12. Betul tu.. Pagi-pagi tu elok buat tazkirah pagi..

    BalasPadam
  13. Persepsi org ramai ialah radio sbg media massa patut bersifat universal dan perfect.Bukan saja radio berperanan menyampaikan maklumat tetapi juga sebagai media hiburan.Dan bermacam ragamlah tema,cara,gimik utk memikat pendengar.Radio berebut mendapat pendengar.Nak naikkan ranking radio para penerbit berlumba2 "mencipta" pembaharuan.Mungkin "suara lembik" yg disaji sebuah stesyen radio tempatan adalah salah satu strategi penyampaian dan tarikan stesyen tersebut.Dan ada pendengar yg suka ada pula yg tak suka.Persepsi pendengar ialah dj cuma nak menghibur.Kalau tak suka caranya putar ke stesyen lain.Itulah persepsi kita.

    Apapun penerbit pasti peka dan bijak menilai yg baik buruk sesuatu.Jgn menentang arus normal.Masyarakat kita tidak menerima golongan LGBT.Maka elakkan mempromosi golongan tersebut.

    hehehe habislah FIfi..

    BalasPadam
  14. apa nak hairan.. ada watak dalam animasi upin ipin pun ada mat lembut.. dari kecik anak anak kita dah diasuh..

    BalasPadam
  15. Ramai yang tidak suka mendengar suara jantan diperempuankan. Tapi terpaksa dengar sebab itu yang disantakkan. Stesen radio hanya fikir keuntungan berdasarkan apa yang mereka rasa popular dan untung. Salah kerajaan yang tak kawal ke atau salah stesen radio yang nak untung? DJ hanya ikut kemudi penerbit.

    BalasPadam
  16. Dalam filem @ drama pn ada memaparkan watak lelaki lembut..macam mana tu??

    BalasPadam
  17. SMTI-Dah lama tunggu tajuk ini dibincangkan. DJ Melalut, merosakkan Bahasa Melayu dan seolah olah mempermainkan Hukum Islam.

    BalasPadam
  18. Suka suka suka baca entri ni. Selalunya kalau tengah dengar radio dalam kereta, muncul jer suara bapok, Kjee terus ubah channel radio lain!! UnclePali jugak loya sangat tau!

    BalasPadam
  19. Saya pernah menyuarakan hal ini kepada suami dulu. Rupanya ramai yang berfikiran sama cuma tidak dizahirkan kepada umum. Bukanlah kita hendak menjatuhkan mereka cuma bila ada yang tidak patut perlulah ditegur kan. Sekarng kami hanya mendengar Radio Bernama, walaupun ianya tidak berorientasikan hiburan kami tetap menyukainya. Banyak maklumat yang boleh kita perolehi daripada Radio Bernama ni.

    BalasPadam
  20. SAYA BERSARA TERUS DENGAR SIARAN RADIO kecuali RADIO KLASIK NASIONAL . Pertama .. nada suara DJ nya tak buat jiwa kalut .. telinga berdesing . Penuh santun .. lunak dan bahasa pun agak teratur. tiada gelak atau ketawa mengilai. Tak banyak celoteh dan lawak yang mengarut.

    BalasPadam
  21. Alhamdulilah..akhirnya keluar tajuk ini yg dibincangkan. Bukan sahaja DJ suara lelaki pondan yg harus diambil perhatian..suara DJ perempuan yg terjerit membingitkan telinga dan lepas cakap 'kurang ajar' memang biasa kita dengar di stesen radio tu. Saya rindukan suara Noraini Ibnu, Premah, Pok Pok & Tu Tu suatu masa dulu..

    BalasPadam
  22. Apa yang saya lihat..Dunia hiburan sekrang menjadikan isu lelaki lembut itu sebagai trend.. dan seolah tarikan. Jika isu itu yg perlu kita hadapi utk menjawap persoalan anak - anak.. kita yg harus ambil tindakan iaitu dengan menukar siaran radio atau TV yang tidak menyiarkan watak nyah tersebut. Antara siaran radio yg bermaklumat dan bermanfaat adalah RTM dan IKIM. Itu sedikit pandangan dan cadangan dari saya.

    BalasPadam
  23. Sudah jadi lumrah bisnes, mahu dapat keuntungan melalui rating, dgn menonjolkan kelainan dari yg lain. Dalam kelainan tu ada kalutnya jugak. Saya memang meluat dan menyampah dgn watak2 suara pompuan mcm Abang Jem & Mak Neng di Sinar FM. Elok dihentikan saja. Saya rasa Saleh Yaakop masih boleh cari makan lagi kalau `mak neng & abang Jem' ditiadakan.

    BalasPadam
  24. Setuju sgt. Salah satu sebabnya saya dh tk dgr siaran radio2 tersebut. Meluat bila dengar suara2 sumbang tu di radio. Skarang ni sy bertukar siaran light n easy..peace...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.