Saya menerima kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM, Dato' Othman Mustapha, dihantar melalui WhatsApp.
'KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
BERKENAAN
KENYATAAN MEDIA MESYUARAT KHAS ANTARA JAKIM, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA DAN AGENSI BERKAITAN MENGENAI PENGESANAN DNA PORCINE DALAM COKLAT SUSU DENGAN KACANG HAZEL-CADBURY DAIRY MILK
Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia akan mengadakan mesyuarat khas bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Standard Malaysia (JS) dan Jabatan Kimia Malaysia (JKM) berhubung isu penemuan DNA Porcine dalam dua sampel coklat Cadbury ; Coklat susu dengan kacang hazel-Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (Batch no) 200813 M01HI2 dan Coklat susu dengan buah badam-Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (Batch No) 221013 N01RI1 pada esok, 26 Mei 2014.
Segala keputusan mesyuarat tersebut akan dimaklumkan kepada media sebaik sahaja mesyuarat selesai. Dalam pada itu juga, Jakim akan turut memanggil syarikat berkenaan untuk mendapatkan maklumbalas lanjut berhubung perkara ini.
Sehubungan dengan itu, Jakim memohon semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi yang tidak berasas terhadap isu ini bagi mengelakkan keresahan awam.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK AGAMA DAN NEGARA
‘Saya Yang Menurut Perintah’
DATO’ HAJI OTHMAN BIN MUSTAPHA
25 Mei 2014'

Saya berasa tertarik dengan kenyataan di perenggan terakhir.
'Sehubungan dengan itu, Jakim memohon semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi yang tidak berasas terhadap isu ini bagi mengelakkan keresahan awam'
Adakah masyarakat membuat sebarang SPEKULASI yang tidak berasas mengenai isu dua produk Cadbury mengandungi DNA babi? Adakah kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM, Datuk Noor Hisham Abdullah satu SPEKULASI?
Hairan, setelah berita disebarkan di seluruh negara terutama melalui laman sosial, kini bak timbul pula keraguan melampau berhubung berita diistiharkan oleh KKM.
Klik di sini.
Jika esok, mesyuarat memutuskan dua produk terbabit tidak mengandungi DNA babi, Alhamdulillah. Kegusaran umat Islam di Malaysia mengenai status produk terbabit akan dileraikan.
Dalam erti kata lain, selama ini, umat Islam tidak memakan DNA babi, porcine.
Namun timbul beberapa soalan perlu dijelaskan oleh KKM. Siapakah individu bertanggungjawab menyebarkan dokumen di bawah di laman sosial?
Soalan lebih signifikan lagi, mengapakah Noor Hisham mewakili KKM mengeluarkan kenyataan rasmi di media sosial?
Kenyataan ternyata menggemparkan jutaan umat Islam di Malaysia.
Saya percaya jika keputusan 'u-turn' dicapai esok, maka kredibiliti KKM di mata masyarakat marhaen bakal tercalar.
JAKIM usah terlalu gembira kerana badan itu dan KKM, dua agensi kerajaan. Keputusan flip-flop bukan sahaja mencemarkan imej syarikat pengeluar produk, Cadbury Confectionary (M) Sdn. Bhd malah memberikan gambaran kepada masyarakat, kenyataan rasmi agensi kerajaan boleh dipertikaikan.
Apapun keputusan bakal dicapai oleh pihak berkuasa terbabit esok, ia satu kerugian buat umat Islam di negara.
... status halal-haram beberapa produk berasaskan coklat, dihidangkan kepada pengguna Islam diperkotak-katikkan secara terbuka.
Apapun, saya harapkan selepas ini panda tidak marah lagi ...
Apapun, saya harapkan selepas ini panda tidak marah lagi ...
Saudara Mazidul jika kita bincang hal yang tidak kita pasti apa yang sebenarnya berlaku dalam Jabatan mereka kita seperti membuang masa.,,seolah-olah hasilnya nanti mengecewakan.
BalasPadamKita buat langkah atau plan kedua ,langkah B boikot terus semua keluaran syarikat berkenaan sampai bungkus; Kita boleh dapatkan coklat dari syarikat lain yang lebih bertanggung-jawab terhadap masyarakat yang berbilang keadaan. Ketika ini telah ada beberapa syarikat muslim yang mengeluarkan coklat yang baik dan bermutu ;cuma kurang didedahkan dan kita pun kurang ambil tau.
Siapa sebenarnya yang babi nie............
BalasPadamAnak saya peminat chocolate, nasib baik tak suka yg ada kacang2 nih, selalu beli yg pure choc shj. Kalau ada offer selalu jugak beli cadbury, nampaknya lepas nih nak kena cari alternatif lainlah plak.....
BalasPadamSemasa rombongan JAKIM membuat pemeriksaan bagi pengesahan tahap "halal" terhadap kilang pengeluar produk Cadbury, kita nak tahu semasa balik tu dengan "tangan kosong" ke atau ada terima "sedekah" tertentu dari pihak pengurusan Cadbury ? Jangan terkeliru diantara "pertuduhan" dan "pertanyaan"..
BalasPadammazidul poyo
BalasPadamEsok kita akan tahu siapa BABI.......
BalasPadamkalu rakyat katakan pihak berwajib slalu lmbt bertindak, adakah sudi teguran kami?? kami bkn pakar kimia, agama, polis dll....tp bl pihak2 ini asyik lambat / slalu nak jaga hati cadbury susahhhlah macam ni
BalasPadam