Ahad, Mei 18, 2014

PELEKAT LULUS CERMIN GELAP

Jabatan Pengangkutan Jalan, JPJ, berulang kali melaksanakan operasi menyaman pemilik kenderaan bercermin gelap. 

Menurut  Kaedah 5(1) dan Kaedah 5(3) Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 2000, menetapkan cermin depan hendaklah telus cahaya tidak kurang 70% manakala cermin belakang dan tepi, telus cahaya tidak kurang 50%.

Jika pemilik kenderaan didapati melanggar kaedah itu, bagi kesalahan pertama, mereka boleh didenda RM500 atau dipenjarakan kurang 2 minggu. Pelaku kesalahan kali kedua, boleh didenda RM1,000 atau dipenjarakan kurang 2 bulan atau keduanya.

Mungkin pernah terlintas di fikiran kita sebagai pemilik kenderaan, siapakah sebenarnya individu berhak menggunakan cermin kenderaan gelap? 

Berikut kenyataan saya petik daripada laman sesawang JPJ.

'Pemasangan kaca gelap diberikan kepada orang-orang tertentu seperti di bawah kaedah 11(a) dan 11(b), Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991. Mana-mana orang yang tidak termasuk dalam kaedah 11(a) dan 11(b) yang menghadapi masalah kesihatan kulit terdedah atau dengan ancaman keselamatan boleh memohon pengecualian khas untuk pemasangan khas untuk pemasangan cermin gelap' 

Pada Oktober 2009, saya menghubungi pegawai JPJ di Putrajaya dan bertanyakan soalan, siapakah 'orang-orang tertentu' dimaksudkan?

Menurut beliau, berikut senarai individu berhak menggunakan kenderaan bercermin gelap. Senarai di bawah, katanya dimuatkan di dalam buku Akta Pengangkutan Jalan. 

1. DYMM Baginda Yang Dipertuan Agong
2. Sultan
3. Tengku Mahkota
4. Raja Muda
5. Hakim Mahkamah Tinggi
6. Panglima Tentera Darat
7. Ketua Polis Negara
8. Perdana Menteri
9. Pesakit kulit disahkan oleh doktor pakar hospital kerajaan
10. Individu keselamatan terancam dan permohonan menggunakan cermin gelap disokong oleh Ketua Polis Negeri

Klik di sini.

Merujuk senarai di atas, kenderaan Pengarah JPJ Negeri serta kakitangan, pegawai dan  anggota Pasukan Polis Diraja Malaysia, Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia, dilarang menggunakan cermin gelap TANPA kebenaran Ketua Pengarah JPJ dan disokong oleh Menteri Pengangkutan Malaysia.

Kakitangan (Pusat Kenderaan Berkomputer) PUSPAKOM juga wajib mendapatkan kelulusan sekiranya ingin menggunakan cermin gelap. 

Jika kenyataan di atas kurang tepat, sila JPJ perbetulkan agar rakyat Malaysia tidak terkeliru.

Hemat saya, jika JPJ ingin menyaman kenderaan orang ramai bercermin gelap, agensi penguatkuasa kerajaan terbabit wajib menyelesaikan isu cermin gelap kenderaan impot, kini banyak dipandu di Malaysia.



MPV recon, Toyota Alphard, contoh terbaik. Cermin belakang dan sisi kenderaan dimpot dari Jepun itu sediakala gelap sewaktu dibawa masuk ke negara kita. Apakah kesudahan tindakan JPJ terhadap pemilik kenderaan itu?

Saya menghubungi kenalan memiliki Toyota Alphard.

"Penjual menukar cermin gelap kenderaan kepada cermin 100% telus cahaya, cerah, sebelum dihantar ke PUSPAKOM untuk pemeriksaan. Selesai lulus pemeriksaan dan didaftarkan, penjual kemudian menukar kembali ke cermin gelap sebelum diserahkan kepada pembeli. Pembeli tidak diberikan pilihan untuk menggunakan cermin cerah. Dalam kes ini, pengguna teraniaya. Harga cermin cerah Alphard bukan murah untuk dibeli sendiri," ujarnya.



Semalam, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye menyarankan pihak bertindak terhadap premis menjual material menggelapkan cermin tidak menepati spesifikasi ditetapkan oleh JPJ. Bagi saya, itu tidak lebih daripada satu saranan berulang. 

Beliau juga berkata, cermin gelap bukan satu satunya kaedah mengekang haba untuk keselesaan pengguna kerana terdapat pelbagai lagi produk kalis haba di pasarkan.

Klik di sini.

Lee barangkali terlupa, kenderaan MPV tidak memiliki ruang menyimpan barang tersorok seperti dimiliki oleh kereta sedan. Penggunaan cermin gelap mengurangkan risiko penjenayah melihat pelbagai barang diletakkan di bahagian belakang lalu menceroboh kenderaan terbabit.

Pertengahan bulan Jun, JPJ bakal melaksanakan operasi besar-besaran menyaman kenderaan bercermin gelap.

Terbaca status rakan di facebook, katanya lebih molek jika penguatkuasa JPJ membuat operasi awal di pintu masuk ke pejabat JPJ di setiap negeri, memeriksa setiap cermin kenderaan kakitangan agensi itu  terlebih dahulu. Pastikan undang-undang diaplikasikan kepada pemandu awam, juga dipatuhi oleh pegawai serta anggota pihak berkuasa.



Operasi kemudian disusuli di beberapa lokasi lain seperti pintu masuk utama, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri, Ibu Pejabat Polis Daerah, Balai Polis, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia dan Puspakom. Pastikan, tiada kakitangan penguatkuasa menggunakan cermin gelap tanpa kelulusan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad dan disokong oleh Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hisahamuddin Hussein.

Periksa juga semua cermin kenderaan digunakan untuk menjalankan operasi. Jika tidak mendapat kelulusan bertulis, tentunya status kenderaan itu melanggar Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 2000.

JPJ usah lupa untuk memeriksa kenderaan orang kenamaan, seperti menteri, ahli parlimen, ketua jabatan, selain daripada individu disenaraikan berhak menggunakan cermin gelap. Kenderaan mewah dan berpemandu, bukan isyarat muktamad membuktikan cermin gelap kenderaan terbabit diluluskan. Ringkasnya, laksanakan undang-undang tanpa memilih bulu.

Jika tindakan itu tidak diimplementasikan, saya berasa amat khuatir.  

Kini orang ramai lazimnya memiliki telefon bimbit dilengkapi kamera. Jika mereka merakamkan gambar kenderaan pihak berkuasa bercermin gelap di jalanraya, pelbagai soalan bakal ditimbulkan. Spekulasi tercetus.

 Adakah penggunaan cermin gelap itu diluluskan?

Cadangan saya, wajar seandainya JPJ mengeluarkan pelekat khas, ditampal di cermin depan kenderaan diluluskan penggunaan cermin gelap,  'LULUS CERMIN GELAP'. Tindakan itu pasti membantu orang ramai untuk melontarlkan jauh tanggapan negatif, undang-undang hanya dilaksanakan di kalangan masyarakat marhaen sahaja.

Sekaligus, soalan berikut lebih mudah untuk dijawab.

"Mengapakah pihak berkuasa boleh menggunakan cermin gelap biarpun tanpa kelulusan sepatutnya, kami tidak?"

40 ulasan:

  1. saya pernah tengok kenderaan peribadi pegawai polis trafik dan pegawai jpj gelap giler..lepas ni saya akan ambil gambar jika berpeluang. jika mana2 penguatkuasa nak saman saya..saya akan tunjukkan gambar itu terlebih dahulu..

    berkenaan mpv tu..jgn salahkan pembeli sebab hampir semua kenderaan recon import dibeli dlm keadaan bercermin gelap pd cermin belakang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan ke Abg Mazidul dah jelaskan dalam artikel ni?

      1. Kalau dapat pengecualian bertulis dari pihak berkuasa.
      2. Penjual kereta recon tukar cermin biasa semasa pemeriksaan PUSPAKOM.

      Padam
  2. Tindakan tersebut 100% akan mendapat tentangan atau protes rakyat.BN akan hilang kuasa pd PRU14.

    Kenapa nak menyusahkan rakyat? RM400 dan lebih bukan murah utk menukar kpd cermin cerah.

    Sebelum PRU13 pun terdapat bbp "tindakan" bbp agensi kerajaan yg dibuat utk menimbulkan kebencian rakyat.Kini dah mula lagi.Tak hairanlah BN akan hilang banyak undi.(Mungkin saya kena berfikir semula).

    BalasPadam
  3. jpj selalu kacau kucing kurap yang naik motor

    BalasPadam
  4. Mazidul saya cadangkan kita memuatnaik di laman sesawang (website) gambar gambar kenderaan yang menggunakan cermin hitam penuh tak kira kenderaan awam mahupun agensi agensi kerajaan bersama nombor pendaftaran.

    BalasPadam
  5. Di Benci krn kuatkuasakan suatu yg betul itu tak patut ditentang.. jika ditentang tand aorg yang tentang itu bebal dan bodoh dan memang kaki melanggar undang2. Apakah org2 mcm kau cannonpit hanya akan sokong kerajaan yg ikut selera korang? esok lusa kalau buat operasi tangkap 'ayam'/ maknyah/ GRO pun puak2 ko akan ckp menyusahkan rakyat dan tumbangkan krjn itu?? so nk angkat krjn yg biarkan rakyat buat salah dan undang2? then jdlah negara KOBOI..

    isu skrg ialah kalau nk kuatkuasakan undang2 cermin gelap.. buat betul2 ikut undang2.. kompuan dan koyak cermin gelap tak kira darjat dan pengaruh. Terutama pegawai2 JPJ sendiri yg ckp tak serupa bikin. Kenderaan peribadi mereka sendiri kdg2 seperti kereta lumba haram, tp bila kena pd org awam bukan main lagak utk kuatkuasa.

    Jgn jd krjn yg lembik takut rakyat pd hal yang benar atau jgn jd krjn yg buat undang2 utk ikan bilis.. jerung kat atas dan lanun2 besar bebas dr undang2...

    Sekian!

    BalasPadam
  6. Penah tgk kereta alphard tokey cina di jb,semuacermin tinted gelap.kemudian dia tunjuk kad berwarna kuning ada logo jpj yg membolehkan dia pakai cermin gelap.bley mohon ke?brp ribu kena byr kalau nak dpt kad ni.

    BalasPadam
  7. Jangan double standard dalam menguatkuasa sesuatu undang-undang..apatah lagi bila melakukan operasi. Operasikan dulu "anak buah" sebelum buat operasi kepada pemandu awam diluar. Baru orang tidak menunding jari ke arah kita balik..betul tak? Setiap s.o.p ketika operasi perlu di patuhi..

    Seperti rumput....kalau tak cabut akarnya pasti ianya akan tumbuh balit...nie tak..asyik rumput je kena potonggg....akarnya tak..

    Apa kata JPJ buat operasi besar-besaran kat kedai accesories kereta yg ada jual tinted? masuk tv3 rancangan khas operasi cermin gelap...? Tengok ada gabra ke tidak..

    sekian.

    BalasPadam
  8. Nak perketatkan undang2 tak de masalah...tapi biarlah adil...ini MYVI cermin gelap kena saman...kereta mewah X kena saman....bangsa melayu kena bayar saman....bangsa cina bayar duit kopi je...Owner kereta cermin gelap kena saman....penjual tinted X kena saman...apa punya undang-undang ni.... KERAJAAN DAH TAK DE DUIT KE...jgn lupa check jugak kereta yg ada signal lampu MERAH...lampu ketiga X de....EXZOS bising....no. plat....JGN INGAT CERMIN GELAP HANYA PENJENAYAH AJE YG PAKAI...

    BalasPadam
  9. Memang agak terkilan jgak ngan undang2 pelik kerajaan mslaysia kepada orang awam yang miskin...
    Bab guna cermin gelap orang kaya2,orang ads pangkat,snak2 buah mereka...
    Kata salsh guna cermin gelap. mcm lampu putih jgak la...kata salah guna...tp bersepah y guna terutama kerrta mewah..
    Rakyat ditibdas kroni diutamakan...

    BalasPadam
  10. Kaji semula peraturan tersebut, Benarkan saja penggunaan cermin gelap........

    BalasPadam
  11. Undang2 ciptaan manusia bole diubah....pinda je undang2 dan jadikan legal....kalau perkara2 lain kita boleh bandingkan atau mencontohi negara2 lain kenapa psl cermin gelap ni kita xnak bandingkan....

    BalasPadam
  12. amat setuju dengan soalan pada perenggan terakhir. atau jika kamu rasa kamu perlu boleh, bolehkan juga untuk kenderaan awam lain, baik yang mahal atau yang murah. adil bukan?

    BalasPadam
  13. Saya fikir adalah perlu kajian lab (lab test) dilaksanakan untuk mengenalpasti kebaikan dan keburukan penggunaan cermin gelap untuk kenderaan awam. Jika kajian telah dibuat hebahkan hasilnya. Hasil kajian tersebut boleh dirumuskan samada penggunaan cermin gelap kenderaan awam boleh meningkatkan kadar jenayah, kemalangan maut atau pemanduan berbahaya di jalanraya. Sekiranya kajian tersebut memberikan keputusan sebaliknya, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) perlu mengkaji semula akta sedia ada agar lebih bersifat responsif bukan destruktif kepada kemaslahatan hidup masyarakat awam. Setiap pelaksana undang-undang seharusnya peka kepada perkembangan dunia semasa dalam waktu yang sama bersikap adil tanpa kompromi melunaskan tanggungjawab. Jika banyak negara telah membenarkan penggunaan cermin gelap kenderaan secara bersyarat mengapa negara kita tidak?

    BalasPadam
  14. Bila kuatkuasakan undang2 jer ada yg tuduh kerajaan xde duit.. so xpyh kuat kuasa undang2 lah.. bebas.. buat lah apa pun. langgar org ke.. no speed limit.. langgar lampu merah.. potong ikut sedap.. Jika kes cermin gelap ini tak betul caranya..betulkan lah bukan bising pasal duit entah apa kebenda. Jd rakyat yg bebal dan besar kepala yg nak buat apa sahaja.. langgar lampu merah pun slamber.. ramai yg tak peduli undang2.. inilah negara yg terlalu lembut dgn rakyat yg besar kepala..
    sbb itu jenayah pelbagai macam naik mencanak bila sekecil2 undang2 diperlekeh, tidak dikuatkuasa dgn betul dan telus.. takut dgn ugutan rakyat2 yg semakin kuat bebal ini..



    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju.. jika tiada atau kurang dengan Disiplin Diri, inilah jadinya. Sekarang trend 'double parking' di mana-mana saja. Daripada dua hala dah jadi satu hala. Ingat nak menyenangkan diri dia jer, menyusahkan orang lain pula.

      Padam
    2. Tahu tak nape aku tuduh kerajaan X de duit....sbb nape dari dulu undang-undang cermin gelap yg telah lama wujud tp BARU SKRG NAK DI KUATKUASAKAN...puncanya krjn dah mula nampak itu lubuk duit....nape waktu dulu penguatkuasa hanya selalu kacau budak moto je....nape krjn X kacau kedai Aksesori...brp byk no. Plat yg salah...plastik tinted yg tidak di benarkan di jual...nak basmi biar dari punca....bukan buat kerja mcm meludah aje...itu pasal la aku kata kerajaan X de duit...buat kerja bermusim...bila penuh....kita lepak dulu...bila nak kering....sampai depan rumah sanggup tunggu...utk KERAJAAN TOLONG SERIUS LA SIKIT...JGN BYK SEMBANG...jgn lupa check kereta pegawai anda sama...KUMAN JAUH NAMPAK BANGKAI GAJAH SOROKKAN...

      Padam
  15. Selagi masalah kakitangan penguatkuasa yang "terlampau mesra rakyat" dan gemar "bersalam salaman sambil menggaru garu tapak tangan" semasa mengambil dan menyerahkan kembali lesen memandu selepas diperiksa, maka selagi itulah penguatkuasaan undang undang tidak akan berjaya dan gagal dalam mencapai matlamat asalnya. JPJ memerlukan "pembersihan" secara total !

    BalasPadam
  16. bak kate kawan saye...isap dadah -- salah, jjual dadah salah , tinted gelap salah,, jual tinted gelap X salah --- So ?? apo citooo???

    BalasPadam
  17. Pandangan saya JPJ perlu pinda akta cermin gelap.
    1. Faktor cuaca di Malaysia yang panas dan kering. Cermin gelap dapat mengelakkan silau dan haba.
    2. Kajian nenunjukkan kebanyakkan kemalangan di malaysia bukan di sebabkan cermin gelap.
    3. Kuatkuasakan hanya untuk kenderaan awam sahaja. Kelonggaran untuk kenderaan peribadi.
    RAKYAT DI UTAMAKAN.
    Tq.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silap kenyataan tu bro, mencegah UV adalah punca utama dibuat tinted tu dan sebagai contohnya perekat tinted 3m yang 70% lut cahaya pun amat berkesan menebat haba dan silau dan bukan nya bererti yang gelap pekat tu saja cara menebat haba dan silau. Masalah nya ramai pemandu kereta mewah terutamanya termasuk yang berhajat hendak melakukan jenayah, mengambil kesempatan dari kelemahan perlaksanaan undang undang ini. Kenderaan yang di tinted terlalu gelap juga menjejaskan pemandangan terutamanya apabila memandu disebelah malam.

      Padam
  18. Saya 2 x guna kereta recon. Mula estima. X da pengalaman ingat jpj benarkan gunakan cermin gelap bukan ditinted. Sekali kena saman. 2nd time alphard awal2 saya dah tukar cermin putih. Malas nak kena saman. Kita settle saman sekali nak renew lesen saman tak dipadamkan dalam sistem. Marah betul saya.
    Sepatutnya kalau betul x dibenarkan cermin gelap or tinted gelap , awal2 lagi kereta recon ditukar menjadi putih. Masuk malaysia semua cermin putih. Jangan cermin hitam. Ini masuk malaysia boleh hitam bila dijalan tak boleh pula. Kan pelik tu. Perlaksanaan sepatutnya dari awal awal. Filem tinted pun patutnya dibawa masuk yang warna putih je. Yang hitam tak boleh bawa masuk malaysia .....

    BalasPadam
  19. Saya guna pick up. Pasang kanopi belakang yg digunakan sebagai bonet, simpan barang. cermin kanopi di pasaran semuanya cerah. Jadi, xsalah kalau tinted cermin bagi gelap, nak elakkan org luar nampak apa isi dalam barang kita. Sekarang bukan mcm 5@6 tahun dulu. Pick up turck dah jadi kereta family. Jadi JPJ kn pk balik. Compartment belakang dibenarkan untuk menggunakan tinted gelap ataupun cermin gelap.

    BalasPadam
  20. berani ke JPJ nak saman pemilik keta besaq2 yg bertinted tu? dah tentu jawapannya TIDAK, nak pulat kat papan nombor plate tu ada penutup Crown. lagi la gayat nak saman, kecut teloq nak saman. hari saman esok dah kena pangil dengan pegawai...oopsssssssssss

    BalasPadam
  21. p/s buat penguatkuasa undang2. jika nk laksanakan undang2... pandang ke singapore...
    kalau setakat nk MENUNJUK kamu tak makan gaji buta/telus/bersih atau ape saja slogan2 yang indah khabar
    dari rupa... sila pandang ke indonesia.. amacam? lu nk malaysia jd mcm mane? org singapore seronok masuk malaysia sebab boleh bawak keta laju2 n buat apa saja bende yg x boleh di lakukan di singapore..
    indonesia pun suke masuk malaysia sebab... KITA SERUMPUN... sama aja di indon atau di mlaysia

    BalasPadam
  22. Sultan dan tengku mahkota atau raja muda boleh cermin gelap..lain kerabat apsal ramai yg cermin gelap? Raja Muda Perak..steady tak cermin gelap pun. Nak elak jenayah? Memang betul dan setuju sgt front seat kene cermin terang..but untuk smua orang la. Tak perlu pilih kasih. Again semua orang..takkan driver VIP pun nak sorok muka. Masalah KULIT? Lagi satu undang 2 lapok. Cermin Gelap tak menghalang cahaya panas menembusi. . Yg paling cerah boleh mencegah kadar panas..Seperti Vkool, Sahara X dll. Last sekali saranan saya jom tukar pakai langsir. .amacam gelap 100 percent

    BalasPadam
  23. Kena tangkap sekali mereka yang pasang

    1. Strobe light (ni celaka paling besar)
    2. Signal yang warna selain kuning
    3. Nombor plet yang tak ikut spec (tambah plet Siam, GB, Amerika dan ntah hapa-hapa)
    4. Yang pasang emblem Majlis Datuk/Diraja

    Saya juga cadangkan kerajaan bermurah hati. Bagi lah share kutipan saman dengan pihak berkuasa. Daripada mereka kutip duit haram, baik dia laksana tugas sambil tambah pendapatan. Undang-undang terlaksana, negara pun aman. Macam ni je cara nak bendung rasuah.

    Buat apa kita nak takut kalau kita tak buat salah?

    BalasPadam
  24. Pekara cermin gelap ini adalah satu isu hangat..kerajaan sebenarnya menunjukkan kebodohan menguruskan undang undang negara yang tidak telus...nyamuk seberang laut boleh nampak gajah depan mata buat tak tahu...Ini juga menunjukkan berapa banyak rahsuah semata mata untuk dapatkan cermin gelap pada kenderan si pemilik kenderaan tersebut...

    BalasPadam
  25. Luluskan cermin gelap,kereta yang tak ada tinted memang nampak bodoh.orang yang nak haramkan cermin gelap ni kereta dia pasti nampak bodoh punya

    BalasPadam
    Balasan
    1. jgnlah menampakkan kebodohan diri sendiri dengan kata kereta takde tinted nmpk bodoh...adakah fungsi tinted hanya utk buat kereta nmpk pandai?

      Padam
  26. Macam tu la kita.. Pihak atas selalu yang betul dan benar. Kita yang semut ni di pijak-pijak.

    BalasPadam
  27. kenapalah cermin gelap sikit pun nak kacau..rakyat tak tahan dah dengan macam2 hal dikenakan...beli kereta mahal2 ,ingat nak selesa jalan dengan famili dah masalah ini pulak...kacau sungguh..bila no 14 nak ditimbulkan nie...

    BalasPadam
  28. klw setakat bukat sticker LULUS CERMIN GELAP silap2 nnt klon pun ada....zaman skang kn zaman teknologi..mcm2 boleh buat.....pelikk kenapa kenderaan dari jepun mmg dah sedia ada dgn cermin gelapp..kenap malaysia tak contohi jepun?bila pasal automotif abis dok amk teknologi jepun..bila hal mcm nie takde ke pikir pulak??

    BalasPadam
  29. Sebagai pemerintah mestilah fokus pada isu-isu yg lebih matang untuk dihangatkan seperti medium untuk mengurangkan kadar rasuah yg tinggi, gejala sosial yg meruncing serta menggalakkan perpaduan kaum dll. Tahap intelek masyarakat sebenarnya dipacu oleh pemerintah. Cerdik ayah mendidik inn sha alah cerdik la anak2. Hapuskan double standard. Kembalilah kepada tuntuta fitrah manusia yg sebenarnya. Fitnah hanya akan memusnahkan manusia.

    BalasPadam
  30. Akum,
    tuan saya baru jer buat inspection kat puspakom bangi,pasal nak tukar nama ...tetapi semasa inspection cermin keatas kereta yang saya baru beli imbasan cermin nya GAGAL dan selepas dikoyak plastic cermin sisi saya dapati cermin tepi belakang kereta tidak ditinted pun tetapi result cermin itu fail...sedang kan kereta import yg saya beli ini cermin nya tidak gelap pun . saya tidak berpuas hati dengan undang2 cermin gelap...tetapi cermin x gelap pun GAGAL dalam inspection puspakom..dimana saya nak hantar kereta untuk buat inspection yg betul2 telus dan meyakinkan saya sebagai penguna.
    toong balas. tq.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.