Rabu, Mei 21, 2014

MENGAPAKAH LELAKI BERCOLI?

Fakta tidak dapat disangkal, majoriti kita pernah terserempak lelaki berbuah dada dan bercoli. 

Bentuk tubuh, stail rambut, gaya berjalan dan gerakan tangan tidak ubah seperti perempuan. Wajah pula disolek rapi, berbedak dan bergincu, kekadang melebihi penampilan perempuan sejati. Pergilah ke ruang penjualan minyak wangi di pusat membeli-belah terkemuka di negara ini dan pastinya kita melihat kelompok ini.

Sebilangan berbuah dada kecil, sebaik tersembul, sebaik ada. Sebilangan lagi kelihatan amat selesa bercoli, buah dada terbonjol. 


Tentunya penampilan mereka itu disaksikan oleh ribuan pelanggan. Mata beberapa pelanggan samada lelaki atau perempuan, barangkali tidak dapat lari daripada melihat penampilan sebegitu.

"Mengapakah awak memakai coli sedangkan awak lelaki?"

Pastinya soalan 'panas' itu hampir mustahil untuk diajukan oleh orang ramai memerhatikan lelaki bercoli. Justeru, tindakan majoriti, mendiamkan diri sewaktu berurusan dengan mereka. Maklumlah, rakyat pelbilang kaum di Malaysia ramai menyanjung peradaban tinggi, tidak gemar untuk mengguris hati individu lain.

Oleh itu senario lelaki bercoli tidak begitu menjadi topik hangat diperbincangkan.  Kita melihat dan kemudian berlalu.

Mampukah pemimpin negara, golongan ilmuan dan pakar agama menjawab soalan, mengapakah sebilangan lelaki bercoli? Sedangkan dunia memperakui, coli adalah pakaian dalam kaum perempuan, bukan lelaki. Seperkara lagi, adakah lelaki terbabit mahukan dinding, lantai, kabinet dan lampu di pusat membeli-belah menyaksikan coli dipakai?

Tentunya tidak. Hakikatnya, mereka ingin kita melihat buah dada serta coli itu. Mereka berasa bangga jika 'aset' itu menjadi tumpuan. 

Soalan lebih signifikan, tidakkah kita melihat kebarangkalian sebilangan mereka terbabit dalam gejala LGBT?

Jika diperhatikan, tabiat lelaki bercoli semakin menular di Malaysia kerana tidak ramai antara kita berani menegur penampilan seperti itu. Kini lelaki bercoli boleh dilihat di premis menjual peralatan solek wanita, di salon dan juga di pejabat.

Bagaimanakah jika suatu hari, anak kita melontarkan soalan cepu emas ...

"Ibu, orang itu lelaki tetapi mengapakah dia bercoli?"

Apakah jawaban kita?

8 ulasan:

  1. En Mazidul perlu juga perhatikan iklan terbaru D'Herbs berkenaan dengan lipstick Collagen. Agak menggalakkan LGBT apabila pelakon lelaki memakai gincu tersebut yg menyebabkan bibirnya menjadi merah.. Semalam ternampak iklan tersebut dipaparkan di TV3 pada jam 11.00pm - 12.00pm.. Bagaimana TV3 boleh meluluskan iklan tersebut untuk siaran??? Kemanakah pihak Quality Control atau Manager bahagian Siaran Iklan berbayar TV3 untuk memantau iklan-iklan yg menjurus kepada LGBT seperti iklan D'Herbs tersebut..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju dengan komen saudara.."geli" nak tengok iklan macam tu..

      Padam
  2. terlajak laris...sebab tu terlajak arah..

    BalasPadam
  3. soklan tuh ok lagi... kalau tetiba anak lelaki kita cakap...
    " Mak, saya pun nak pakai coli mcm abang tuh boleh tak?"
    adushh

    BalasPadam
  4. Apakah jawaban kita?
    Jawapan saya kepada si anak itu
    Di dalam dunia ini sifat baik dan sifat jahat.
    selepas dari dunia ini mereka semua menerim balasan atas apa yang mereka lakukan.
    apa yang kamu lihat itu adalah perkara yang haram.

    BalasPadam
  5. Mak Long belum pernah terjumpa lagi gelagat lelaki berpakaian coli di kedai-kedai di khalayak umum. Rasanya kalau terjumpa rasa ringan juga mulut ni menegor… Sudah hampir 18 tahun tinggal di luar negara, tetapi masyarakat lelaki bercoli bergitu belum ternampak jua lagi.

    BalasPadam
  6. iklan tu untuk golongan tu le..nak muntah tengok

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.