Rabu, Januari 09, 2013

NYATAKAN PENDIRIAN BERHUBUNG HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT

Himpunan Kebangkitan Rakyat bakal berlangsung di Stadium Merdeka pada 12 Januari 2013. 


Ada pihak bersetuju dan ada pula pihak tidak menyenangi perhimpunan sebegitu dengan alasan tersendiri.

Bagaimana jika kita mengadakan pungutan suara di sini? Sila catatkan 'SETUJU' atau 'TIDAK SETUJU', itu sahaja.

Jika ingin berhujah, silakan tetapi komen berbentuk serangan peribadi atau memaki-hamun tidak akan dilayan.

Terima kasih kerana memberikan kerjasama.

Let's start now!

69 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Biar la dia nak buat asalkan tak langgar peraturan dan undang-undang atau sebabkan kekacauan. Semua orang berhak adakan perhimpunan tapi buat la dengan aman dan ikut cakap pihak berkuasa. Walau bagaimanapun umum pun tahukan tujuan sebenar perhimpunan tu ialah untuk cetuskan kekacauan agar dunia tengok Malaysia ni tiada demokrasi la, rakyat kena tindas la, dan macam-macam lagi. Kalau ada insiden polis pukul peserta lagi baik boleh promosi bagus punya. hati-hatilah polis kerana peserta perhimpunan tu memang digalakkan untuk memprovokasi agar mereka dibelasah. Perhimpunan ini adalah peluang terakhir anwar ibrahim dan pembangkang membuat kacau bilau sebelum PRU, kira last resort sebab kalau nak tunggu demokrasi rasanya sampai bila pun pembangkang takkan dapat undi majoriti selagi bersikap yang macam sekarang ini. Sudah nampak tujuan mereka berebut untuk perintah bukan sebab mahu buat kebaikan atau betulkan kesilapan tapi semata-mata nak kuasa dan boleh buat ikut suka. Tolonglah matang sikit dan jujur. Malu mempunyai pembangkang paling tak berguna dalam dunia.

    BalasPadam
  3. Menunjuk perasaan adalah satu proses yg di benarkan didlm perlembagaan negara M'sia, ianya diamalkan di seluruh dunia yg mengambil sistem demokrasi sebagai cara pemerintahannya.

    Bagi saya, mereka yg tidak bersetuju ini adalah dari kalangan penyokong BN yg merasakan tidak perlu mengadakan tunjuk perasaan tetapi mereka juga sudah beberapa kali mengadakan tunjuk perasaan terhadap kerajaan negeri yg di terajui oleh Pakatan Rakyat.

    Jadi jelas, mereka yg tidak bersetuju ini adalah dari jenis hipokrit, bila kena ke dia, boleh, kena ke org, tdk boleh....... jenis tak guna.

    BalasPadam
  4. sepatutnya buat perhimpunan membantah kalimah ALLAH SWT yg maha suci daripada digadaikan semata2 kerana undi

    BalasPadam
  5. tak setuju.....kalau dah ramai tu faham2 la.....semua nak tunjuk kuat.....baik buat demostrasi bantah ulamak pas sokong kalimah allah kepada kafir......yang setuju lagi tak guna...banyak makan semut.....!

    BalasPadam
  6. Tak Setuju,

    sejarah membuktikan bahawa perhimpunan hingga kini tak ada satu pun yang aman

    Tak Setuju

    pilihanraya dah dekat, belajar cara pangkah yang betoi

    Tak Setuju
    gunakan hak masing-masing

    Tak Setuju
    sapa nak bayar overtime polis, rela, trafik, SB, FRU, Doktor, Nurse, Bomba, bidan, bomoh siam, staff Masjlis yang kena cuci lepas berhimpun, pemandu, tukang sapu,

    Tak Setuju,
    negara maju buat demo pun huru hara, inikan pulak malaysia.

    Tak setuju
    Banyak benda lain boleh buat dari buat demo yg tak berfaedah

    Tak Setuju
    lebih baik ajar anak ngaji dari ajar anak jadi ganas

    Tak Setuju
    kalau tak adil macam mana selangor, kelantan, kedah, p.pinag boleh depa menang

    Tak Setuju
    sebab niat diaorang saja orang dah boleh baca yang depa gila kosa

    Tak setuju
    sebab lebih baik demo kalimah Allah dalam Bible diharamkan, bila PAS setuju lepas ini akan ada Gereja Jemaah Allah di Shah Alam sebagaimana di Bandung. Gereja jemaah Rasul di Bandung

    Tak Setuju
    sebab semua yang turun demo akan lupa bawak otak depa ke stadium, semua tinggal otak diStadium.

    kesimpulannya, yang setuju hanya mereka yang rasa tertindas sebenarnya mereka yang malas berusaha, tidak banyak berdoa, mengharapkan kebajikan dan kurang amalan.

    warga Shah Alam juga

    BalasPadam
  7. SETUJU. Tapi perlu mengikut undang-undang. Dan tiada provokasi.

    BalasPadam
  8. Setuju. Buatjelah.
    Akan tetapi bagi saya isu tetap pusing pusing kat situjelah. .
    Maaf saya agak canggung bila Pas bersama DAP. .
    Dan saya anti pada DAP. .

    Say nk to DAP. .

    BalasPadam
  9. saya memang tak setuju dengan mana2 perhimpunan jalanan samada yang dibuat oleh pihak PR mahupun BN. cuma selepas saya lihat video perhimpunan di jalanan sewaktu ambang tahun baru 2013 yg tak ubah macam orang tidak bertamadun membuatkan saya berfikir balik kenapa selama ini berfikiran secara double standard?

    http://buasirotak.blogspot.com/

    BalasPadam
  10. berhimpun bantah penggunaan nama Allah itu lebih bagus...kalau tidak...satu hari nanti org kristian akan tepuk bahu org islam dan cakap "tuhan" kita sama...ulamak yg membenarkan walau dibantah tegas oleh sebilangan yg lain..sudah nyanyuk dan gelap hati....ALLAH yang Maha Esa yg disembah oleh Rasullullah dan berjuta muslimin yg lain hanya 1...aku melayu islam dan Allah swt tuhanku yg satu dan aku x sanggup menyekutukan Dia....

    BalasPadam
  11. setuju..pihak umno bn selalu mengatakan pembangkang tidak ada sokongan,jadi kenapa perlu takut apabila mereka buat perhimpunan seperti ini..pihak polis jgn memprovokasi lagi pada peserta perhimpunan,insyaallah aman semuanya.kekecohan yg terjadi sebelum ini adalah kerana provokasi pihak polis terhadap perserta..kerajan perlu beri keadilan kepada parti pembangkang.jangan bila kerajaan buat apa pun semuanya betul dan diangguk oleh lembu2 penyokong mereka tapi bila pembangkang yg buat semuanya tak betul.walaupun ada sedikit kehairanan bila pihak polis benar2 bekerjasama pada kali ini dan secara tiba2 pula pihak katak lompat si PERKASA yg tidak akn membuat perhimpunan pada kali ini seperti ada sesuatu yg dirancang pulak rasanya..apa pun kita serahkan pada allah supaya perhimpunan berjalan lancar semuanya.amin

    BalasPadam
  12. Kalau filsuf Cina ditanya soalan ini, mereka akan berkata, "Mu."

    Soalan yang nampak begitu mudah sewajarnya mempunyai jawapan mudah, tetapi soalan ini jelas lebih dalam daripada apa yang disangka.

    Maka, sewajarnya jawapan paling tepat yang boleh saya berikan ialah, "Mu."

    Saya pasti saudara Mazidul lebih arif dalam hal-hal undang-undang dan perlembagaan negara, maka sekiranya sesiapa ingin mengadakan perhimpunan, maka haknya dilindungi undang-undang selagi mereka mengikut lunas undang-undang yang ditetapkan.

    Pernyataan "sejarah membuktikan semua perhimpunan akan berakhir dengan keganasan" adalah bersifat jahat (malefience) dan di tempat-tempat yang lebih matang, merupakan satu asbab yang membolehkan seorang itu disaman.

    Saban minggu, ada perhimpunan di sekolah, tiada masalah.

    Kenapa kalau nak adakan perhimpunan selepas sekolah akan ada keganasan?

    Persoalan yang lebih baik yang perlu ditanyakan ialah, "Adakah anda bersetuju dengan idea/objektif/tujuan perhimpunan"?

    Sekali lagi, soalan ini sukar untuk dijawab.

    Himpunan raksasa ini adalah hasil gugusan pelbagai isu yang dihasilkan oleh kelemahan, kepincangan dan kegagalan kerajaan hari ini.

    Sebelum anda semua melaungkan semboyan bosan bahawa saya ini pembangkang, kalian sudah tersilap. Saya menyokong kerajaan Malaysia. Saya bukan pembangkang, saya tidak pernah bertanding pilihanraya.

    Berbalik kepada idea asal, maka apa yang berlaku dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat adalah kebangkitan rakyat hasil kesedaran politik menuntut perubahan. Ini ialah apa yang disebut sebagai gerakan politik progresif.

    Nyatanya, kesedaran politik dewasa ini sudah semakin meningkat. Ia bukan sesuatu yang buruk, bahkan sesuatu yang baik untuk negara. Sewajarnya ia diraikan.

    Dengan kewujudan media sosial, ia membolehkan kesedaran politik kian bercambah.

    Walaupun idea politik golongan ini berbeza dengan parti pemerintah (baca: parti pemerintah, bukan kerajaan. Kerajaan dan parti pemerintah merupakan dua entiti yang mempunyai definisi yang berbeza), ini tidak menghilangkan status warganegara golongan ini. Mereka masih rakyat.

    Justeru, jangan hilangkan hak mereka. Jangan halang hak mereka. Mereka masih rakyat.

    Menjawab persoalan sama ada saya bersetuju dengan idea/objektif/matlamat Himpunan ini, "Ya, saya bersetuju dan bersimpati dengan idea sebahagian daripada Himpunan ini dan matlamat secara keseluruhan Himpunan ini. Himpunan ini wajar diraikan."

    Kata orang putih,“Great people talk about ideas. Average people talk about things. Small people talk about other people.”

    BalasPadam
  13. Tak setuju... cukup cukuplah berdemo. Banyak lagi kerja berfaedah boleh buat. Tak kira la pihak mana pun... demontrasi tak mainkan perubahan total. Lihat Mesir.. masih sibuk berdemontrasi yg ruginya rakyat sendiri.

    BalasPadam
  14. Setuju @ tidak b'gantung pada penilaian masing2. Kita msti buat penilaian terhadap 2 sudut yg berbeza.

    Persoalannya skrg, apa tujuan b'himpun? dan kenapa pula ada yg tak sokong? Jangan disebabkn hnya berita di TV sebelah pihak jer bkata2, anda terus p'caya. contoh, kalau ada pihak yg menuduh,mstila pihak yg tertuduh ada hak untuk membela diri. Andai kata sorang jer yg b'peluang bsuara & sorang lg tak diberi peluang. mmgla nmpk die sorang jer betul.

    Bab kata Malcom X:
    1. "The media's the most powerful entity on earth. They have the power to make the innocent guilty and to make the guilty innocent, and that's power. Because they control the minds of the masses."
    2. “If you're not careful, the newspapers will have you hating the people who are being oppressed, and loving the people who are doing the oppressing.”

    Frankly, pandangan aku:
    Tak ada perkara benar atau salah,
    melainkan fikiran kita memilih untuk m'percayai perkara tu benar.

    Tujuan rakyat berhimpun untuk tuntut hak, rasanya tak ada masalah. Hak rakyat bsuara. Pemimpin dipilih pun sebab rkyat. Biarla rkyat buat penilaian sndiri. Nama pn musim PRU, masing2 mncari ruang.


    BalasPadam
  15. Assalamualaikum...demokrasi dalam pelembagaan negara.SETUJU.

    BalasPadam
  16. Setuju amat!!..
    P/s: tak setuju duk umah diam2.

    BalasPadam
  17. Saya DAP = Duduk Atas Pagar hehehe korg nak buat apa pun buatlah asal jgn ganggu agamaku... sekali ko ganggu agamaku aku sanggup mempertaruhkan nyawaku... ingat tu kafir harbi semua...

    BalasPadam
  18. Setuju diadakan, tidak setuju(himpunan), jika pihak pemerintah menyelesaikan atau mencerahkan kepada rakyat apa yg dibangkitkan dgn isu2 berprofile tinggi semasa ini

    BalasPadam
  19. Sangat tidak setuju...

    provokasi tak boleh nak predict... orang yang ingin menangguk di air keruh sentiasa tunggu peluang saja... ini adalah masa terbaik.

    BalasPadam
  20. Tak setuju. Hujung minggu saja masa untuk bersama anak dan keluarga. Yang bekerja hujung minggu mencari nafkah terjejas mata pencarian kerana huru hara dan kesesakan Jalanraya.

    BalasPadam
  21. Kenapa perlu buat pada 12.1.13?
    Kenapa tak baut tahun lepas je? semasa cuti krismas atau tahun baru?

    BalasPadam
  22. TIDAK SETUJU...!!! mempertahankan agama Islam lebih penting dari menunjukkan pd seluruh dunia sapa kuat...bila dah dekat pilihanraya suma baru terkial2 nak tunjuk hebat...klu nak sgt tunjuk hebat..pegilah Palestin sana berperang bersama rakyat palestin mempertahankan agama,bangsa dan tanahair diorg...confirm x berani...nak pertahankan penggunaan Kalimah ALLAH pun bercanggah pendapat..inikan pulak nak membantu rakyat palestin....cehhhh...

    BalasPadam
  23. Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, saya SANGAT TIDAK BERSETUJU sebarang tindakan yang boleh mengganggu ketenteraman pihak yang tidak terlibat..."Oh my God, what happen to this country????i though this country different from others..this is our first and last visit to Malaysia"....kata-kata seorang pelancung dari Middle East ketika terperangkap di dalam SOGO ketika perhimpunan BERSIH 2.0 yang lepas...

    BalasPadam
  24. Setuju. Perhimpunan ini adalah saluran sebilangan rakyat yang tidak bersetuju dengan sesetengah dasar kerajaan dan bangkit untuk protes apabila suara-suara mereka sebelum ini dipandang sepi oleh kerajaan.

    BalasPadam
  25. Boleh demonstrasi untuk tujuan yang betul. Apa tujuan mereka nk demo? Jadi saya TAK SETUJU demo pada 12/1/13 nanti.

    BalasPadam
  26. Untuk menuju negara maju, kita harus terima perhimpunan adalah sebahagian daripada demokrasi ...

    BalasPadam
  27. saya setuju kalau
    1. tak musnahkan harta benda awam
    2. tidak berlaku kekacauan
    3. tiada maki hamun dan provokasi
    4. tidak mengganggu orang awam yg lain dlm apa jua bentuk.
    5. sebelum bersurai sila kutip semua sampah supaya tak menyusahkan pihak pengurusan fasiliti

    sekian terima kasih , wallahuaalam

    BalasPadam
  28. Setuju. Ini hak dalam negara demokrasi. Lagi pun dibenarkan undang2. Yg tak setuju tolong jgn ganggu.

    BalasPadam
  29. setuju kalau dibuat secara aman dan mengikut undang2

    tak setuju kalau tak ikut undang2 dan mnenyusahkan penduduk sekitar, nanti kang seminggu sebelum perhimpunan polis dah tutp jalan sana sini, jem weihh nak g kerja.. tension

    BalasPadam
  30. nampaknya, lebih ramai tak setuju dari setuju.

    Berjaya juga tv kita. Kalau anda mencari bahan maklumat media selain tv, saya yakin anda mesti berubah fikiran. Tv adalah Penyebar maklumat rakyat kena tau, bukan Perlu tau. Senang ceriTa, benda yang sudah ditaPis.

    tak Percaya?
    Saya tak memaksa Pun suruh Percaya. You need to figure that out for yourself.

    BalasPadam
  31. Kata pungutan suara, setiap pembaca blog ini berhak untuk menyatakan pendirian mereka. Ada masalah ke Iola?

    ... seperti juga hak untuk mengadakan perhimpunan.

    TV pun banyak siaran, termasuk tv Pas, tv PKR, Astro, RTM dan sebagainya.

    Biarlah orang ramai membuat pilihan, setakat ini, semua komen dihantar ke sini, saya paparkan.

    BalasPadam
  32. Tak setuju adakan perhimpunan jika sistem pilihanraya adil pada semua parti dan kerajaan adil.

    BalasPadam
  33. MaaPkan saya, en. Mazidul.
    Bukan itu maksud saya.

    Itu hanya Pandangan Peribadi saya,
    belum TenTu beTul. Saya b'pendaPat begitu kerana keadaannya begitu.

    Tv yg saya maksudkan tv yg kebiasaan rakyat dengar, tv1,tv2,tv3,tv7.Bukan semuanya bkemampuan memiliki tv lain. Tambahlah Pula ada yang dok luar kawasan.Itu yg sy maksudkan. Bila saluran maklumat tidak tePat,itu yg mempengaruhi pemikiran kiTa + p'bezaan pendapaT.Aikk..rasa macam lari topik pula.haha~

    Saya rasa lebih baik saya berundur, saya Tak mau la pandangan saya di salah Tafsir.

    BalasPadam
  34. Iola, jika awak mendakwa TV disenaraikan itu melaporkan berita tidak tepat, tv mana memaparkan berita paling tepat?

    Relaks, kata berhujah, usah lari bila disanggah.

    Tapi jika ingin mengundurkan diri, silakan. Lagipun awak telah lari jauh daripada topik sebenar.

    Terima kasih.

    BalasPadam
  35. tak setuju...Pengalaman bertahun-tahun di sebuah negara yang memperjuangkan demokrasi mutlak serta hak asasi manusia mengundang lebih banyak keburukan daripada kebaikan...saya mungkin tersilap tapi kita semua akan berada di hadapan Allah kelak dan akan dipertanggungjawabkan di atas setiap perbuatan, tulisan hatta lintasan hati...dan saya tak pandai nak jawab di hadapan Allah kelak. Dosa yang dah sedia da ini pun dah tak tertanggung...Marika sam-sama doakan kesejahteraan Malaysia dan rakyat keseluruhannya. Semoga teraju negara kelak adalah mereka yang ikhlas, jujur serta menjunjung hak Allah dan RasulNYA...ampun maaf Encik Mazidul seandainya komen saya terkeluar dari tajuk yang dibincangkan...Wallahu'alam

    BalasPadam
  36. Tidak Setuju

    Sejak dari Bersih 2 - 3 dahulu, semua menyusahkan saya, keluarga dan rakan-rakan....

    dan sy yakin, yang lain pun mengalami kesukaran pada masa kejadian...

    BalasPadam
  37. TIDAK SETUJU. Saya pun rakyat juga..:D pengundi yg sah dan byr tax juga..;p

    BalasPadam
  38. Salam brother Mazidul,

    We are truly sorry for intruding upon your blog but a 57-year old woman requires the assistance of TV3 in location her daughter (Siti Nor Ain bte Tallib) that had gone missing for 10 years.

    Please visit our blog for more information. Thank you and sorry again for the intrusion.

    BalasPadam
  39. Aku dah lagi lama berhimpun 98 lg,x dpt apa pun. Nak tanya satu. .korang dah mendaftar NGUNDI ? KALU BLUM JANGAN BANYAK CAKAP! aku berniaga rugi banyak tau..bencinya aku eii....tak setuju tauuuuuuuu....,!

    BalasPadam
  40. setuju.

    malaysia sudah 55 tahun merdeka.

    BalasPadam
  41. Tok berapo setuju!Demo loni tok srupo mulo...

    BalasPadam
  42. Saya tak setuju ..kerana..saya sayang malaysia, tanahairku, keamanan, kesejahteraan, agama dan bangsaku.

    BalasPadam
  43. Tidak setuju di Kuala Lumpur setuju di Shah Alam. Kuala Lumpur adalah pusat perniagaan, lumpuh KL maka lumpuh la kebanyakkan urusniaga perniagaan Malaysia. Apa jaminan pihak disana akan tiada unsur2 provokasi dan subversif?

    Ruang demokrasi memberi peluang untuk rakyat utk berhimpun dan meluahkan perasaan. Jaminan tersebut juga digazetkan dlm perlembagaan. Dinegara2 maju yg subur demokrasinya seperti US, UK dll, tujuan berhimpun itu jelas dan objektif, tiada berbaur hasutan malah sgt jelas maksud mereka utk berhimpun.

    Perhimpunan Kebangkitan Rakyat 2013 adalah salah satu bentuk perhimpunan yg tidak berobjektif dan berbayang maksudnya. Apakah keperluan rakyat untuk BANGKIT? Adakah kerna ditindas atau dizalimi atau dinafikan hak atau rasuah kerajaan sedia ada? Kenapa perkataan rakyat, mereka sudah 100% tidak mewakili semua rakyat. Kenapa tidak menggunakan title seperti Perhimpunan Kebangkitan Pakatan Rakyat? Inilah makna berbayang maksud.

    Kepada peserta perhimpunan, adakah maklumat2 yg benar dan tepat dimiliki para peserta sebelum berhimpun seperti contoh: kerajaan BN rasuah? Adakah bukti disertakan? Scorpene, Altantuya dll. Walaupun dibuktikan dgn kenyataan pihak jurisprudence Perancis dan kenyataan bapa altantuya, masih lagi isu ini dimainkan dgn secara yg misleading? Adakah tidak mereka2 ini dimomokkan isu supaya ditanam kebencian dan supaya pihak berkepentingan mampu menangguk diair keroh demi kepentingan dan survival politik mereka?

    Persoalan yg lebih baik adalah: Adakah mereka lebih baik dari pilihan sedia ada? Apa maklumat yg kita ada utk memberi pertimbangan adil kpd mereka? Buku jingga? Manifesto? Bukankah buku jingga itu adalah berita ekonomi sampah yg mengkhayalkan pembaca dgn logik implementasinya yg sgt lemah? Manifesto mereka bukankah hanya janji yg perlu ditonjolkan tetapi tidak wajib ditepati bak kata MB Selangor.

    Nah..Malaysian mengamalkan politik & kecenderungan berpartisan tiada sebab musabab yg kukuh untuk memilih tetapi berdasarkan kepentingan masing2, baik berdasarkan ras mahupun agama. Bakul sampahkan shj prinsip dan perjuangan kerana ahli2 politik anda dan saya kebanyakkannya memikir diri sendiri kdg2 melebihi tuntutan yg dibenarkan kecuali pada sesetengah dari mereka yg menonjol dari yg lain, melakukan yg terbaik utk Malaysia utk maju dan terus pragmatik dari segi halatuju dan juga matlamat.

    Maka jawapan saya, HARAMKAN shj perhimpunan memperbodohkan rakyat, anda dan saya ini.

    BalasPadam
  44. assalam ...

    SETUJU = kalau betul agendanya .. tujuan dan matlamat jelas.

    TAK SETUJU = kalau saja mempersendakan,mempolitikan, memperbodohkan,mempergunakan orang awam atas kepentingan orang lain.

    BalasPadam
  45. Saya tak setuju sama sekali.

    Berdasarkan sejarah perhimpunan 'aman' sebelum-sebelum ini saya tak rasa perhimpunan HKR ini akan jadi 'aman' memandangkan diadakan di tengah kota yg dari situ saja sudah saya persoalkan tujuan mereka. Sengaja mencari kota yg sesak agar perhimpunan itu diwar-warkan terus ke dunia luar, menagih ihsan negara luar dgn cara paling kotor dan jijik.
    Pembangkang Malaysia pengecut! Jika benar perhimpunan mereka boleh gah di mata dunia seperti acuan mereka, mereka boleh adakan kat mana saja perhimpunan besar tersebut. Bukan tertumpu di KL saja.
    Pergi buat di Shah Alam, Kota Bharu, Cerok Tok Kun…kalau benar pengikutnya ramai, dan nak mem'bangkit'kan rakyat tentu ramai yang datang berduyun-duyun ke perhimpunan tersebut menyokong pembangkang.

    BalasPadam
  46. pinjam kata fahmi zulkifli

    "Kata orang putih,“Great people talk about ideas. Average people talk about things. Small people talk about other people.”

    undi 2000 pun salah kira..

    ajak mahasiswa berdemo waktu minggu peperiksaan..

    menyusahkan kehidupan warga kota..

    saya tidak setuju melainkan dibuat pada waktu dan lokasi yang sesuai.

    berhimpunlah separuh penduduk malaysia sekalipun,ambillah sebanyak masa sekalipun asalkan jangan menyusahkan hidup orang lain

    BalasPadam
  47. Tidak Setuju sama sekali.

    sudah letih melihatkan "kematangan" ahli-ahli politik kita ni. Menyusahkan. Saya sendiri terpaksa batalkan urusan di KL esok disebabkan kebimbangan bertembung dgn puak-puak yang banyak masa terluang itu.

    FTN

    BalasPadam
  48. setuju sesangat, yang mana x setuju x payah datang, x terasa pun kalau x datang, faham lah kita siapa mereka!!!!

    BalasPadam
  49. x setuju sesangat, yang mana setuj datang aje la, x terasa pun kalau datang. faham lah kita siapa mereka!!!!!

    BalasPadam
  50. Tidak setuju...buat ape nak berhimpun berpanas berhujan berembun...

    BalasPadam
  51. maaf lambat mengulas....mulanya macam x kisah sangat, tapi bila tgk aftermath dia kena rasa kisah pulak. demo masa 12.1.13 tu pada saya tiada masalah. itu hanya spekulasi bahawa rally tu untuk pertahankan anwar dan syamsidar.

    andai dikatakan ini hak demokrasi, maka mudahnya "majority over minority" dan kalau hendak dikirakan, penganjur patut ambil pungutan suara sama ada suara majoriti membenarkan rally itu.

    personally, saya SANGAT TAK SETUJU sebab...."apa guna wakil rakyat pakatan kalau tak boleh nak meWAKILkan rakyat mereka dalam saluran yang betul ie. dlm parlimen?"

    janganlah cakap isu SPR x teluslah, speaker dalam dewan berat sebelah lah....itu pun spekulasi.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.