Petang 4 Januari 2013, saya berjalan sambil meninjau tingkat pertama, berhampiran pintu utama Tropics Damansara Perdana Shoping Center, Petaling Jaya, Selangor, bersama rakan, Shaiful Hady.
"Itu kedai menjual beg tangan milik Azhar Sulaiman," bisiknya.
Pantas saya berdiri di hadapan premis terbabit sambil mengintai ke dalam kedai.
"Hey! Bro Mazidul Akmal," kedengaran jeritan dari dalam.
"Sejak bila bro berniaga di sini?," soal saya.
"Kira-kira dua bulan lalu, dua haji sebelum Raya Haji, masuklah," jemputnya.
"Boleh saya masukkan cerita fasal kedai ini di blog?," soal saya lagi.
"Boleh, Alhamdulillah. Saya dan rakan niaga, Wan Rafiza Wan Abdul Rahman, menjual pelbagai jenis beg tangan diimpot dari Tampa, Florida, Amerika Syarikat. Harga kami tawarkan lebih murah berbanding harga beg sama dijual di pusat membeli belah. Kalau pelanggan memesan secara online, barangkali harga lebih murah sedikit tetapi mereka terpaksa menunggu kira-kira lima minggu untuk beg sampai ke tangan. Jika mereka datang ke sini, kami memang ada ready stock, cash and carry, pilih, bayar dan bawa pulang dengan bergaya," jelas pelakon dikenali ramai itu.
Pembelian beg boleh dibuat menggunakan kad kredit.
Pantas saya mencapai sebuah daripada beg tangan dipamerkan secara rawak.
"Kalau beg tangan begini, berapakah harganya?," tanya saya kepada peniaga berusia 44 tahun itu.
"RM990 sahaja, kalau di kedai lain, RM1,160, banyak perbezaannya. Sebaik pelanggan mengetahui kadar harga kami tawarkan, sebilangan mereka spontan bertanya, adakah beg tangan dijual di I-Glam Dash ini original? Lazimnya saya menghulurkan name card saya kepada mereka dan berkata, itu penama untuk disaman jika beg kami pasarkan didapati tiruan. Majoriti beg berjenama COACH tetapi ada juga beberapa beg tangan LV, Guess dan Gucci. Beg terbabit dihantar oleh kenalan atau pelanggan untuk dijual kepada mereka berminat.," balas Azhar.
"Siapakah selalunya berada di kedai ini?," tanya saya.
"Rafiza dan jika ada waktu terluang, saya juga berada di sini. Sebenarnya ramai rakan media sudah berkunjung ke sini. Saya tidak membuat opening ceremony kerana konsep kelakar saya, jika ada opening nanti mesti ada closing. Tidak mahulah begitu kerana saya memang minat berniaga sekalgus berpeluang bertemu dengan orang ramai," guraunya sambil tertawa.
Menurutnya, dia lebih gemar memulakan busines secara bersahaja namun dalam tempoh dua bulan mereka berjaya mencapai sasaran bilangan produk sepatutnya dijual.
"Sebelum membuka perniagaan ini, saya sempat bertanya kepada lebih 5,000 friends di Facebook untuk mendapatkan input mereka. Facebook saya, Azhar Sulaiman. Rafiza atau saya panggil Jaja memang sudah lama bergiat menjual beg tangan melalui online dan saya dapat tahu busines dia di Ipoh, Perak. Lalu saya bertanya kepada dia, mengapakah tidak kita membuka perniagaan bersama? Dia bersetuju. Beg dijual di sini berharga di antara RM300 dan RM2,000. Pelanggan kami, kakitangan syarikat swasta dan kerajaan. Selain pelanggan tempatan, warga asing juga berkunjung ke sini. Manakala rakan Facebook saya berpeluang bertanyakan kepada kami mengenai harga beg dipaparkan di laman media sosial," ungkap anak kelahiran Raub, Pahang itu.
Biarpun usia telah mencecah 40 an, Azhar kelihatan masih muda dan sentiasa bersikap mesra.
"Kebanyakkan beg kami jual sesuai untuk digunakan secara harian, contohnya untuk dibawa ke tempat kerja. Kami dapati, ramai pelanggan gemarkan beg bersaiz besar untuk memuatkan pelbagai barangan elektronik mereka. Kalau boleh, mereka hendak memasukkan semua barang ke dalam sebuah beg tangan. Beg di sini unik kerana kami tidak mengambil pesanan secara banyak bagi setiap unit. Oleh itu pelanggan harus datang cepat untuk memilih dan membeli beg tangan bersesuaian dengan citarasa mereka," celah Jaja.
Selain memasarkan pelbagai jenis beg tangan, bahan solekan berjenama Miss Rose juga ditawarkan di sini.
"Produk solekan Miss Roze ini diimpot dari Dubai, tahan lama, kalis air dan pengguna tidak perlu melakukan solekan berulang," kata Azhar.
Soalan seterusnya saya ajukan.
"Siapakah gadis itu?"
"Oh! Ini Batwoman! Sebenarnya kita menjual baju dipakai oleh superhero ini. Baju unik dan dijahit oleh pereka fesyen berpengalaman untuk dijual kepada mereka berminat," jelasnya.
"Saya ingatkan girlfriend bro tadi sebab sejak dari saat saya masuk ke kedai, dia setia berdiri di situ," usik saya.
Azhar tersenyum.
"Setiap hari kedai ini dibuka di antara jam 12 tengahari dan 10 malam, tujuh hari seminggu. Andai pelanggan ingin datang, sila hubungi Jaja di talian 012 532 5050. Khusus untuk semua pembaca blog Mazidul, kami akan berikan diskaun harga 10% untuk pembelian, cuma berkunjung ke sini dan katakan, saya pembaca blog Mazidul, itu sahaja," kata Azhar.
SILA SEBARKAN KANDUNGAN ENTRI INI
Sekadar berkongsi FB Kedai I-Glam: https://www.facebook.com/iglamdash
BalasPadampergh terbaeklah abang azhar sulaiman kita ni dah jadi businessman berjaya
BalasPadamhttp://buasirotak.blogspot.com/
SMTI
BalasPadamPerrgghhh... beg utk golongan mak datin dan pompuan kaya raya or berlagak kaya jer ni...apapun keep it azhar as usahawan...
BalasPadamBANkami.Blogspot
SMTI..
BalasPadamalahai ... tak termampu lerr ambo nak memilikinya. sekadar pegang, belek dan bergambar dengan beg ...boleh le kot .. :)
BalasPadamKalau pakai bag replica masuk kedai ni kene tangkap x? mcm artis yg kena tahan masuk paper baru2 ni..hehehe macam2 hal itu pon nak tangkap ke.. mcm lah salesgirl/salesman tu xpnah pkai tiruan...puiiiiiii~!!
BalasPadamSMTI
BalasPadammahalnya...rasanya xmampu nk beli handbag kt kdai azhar ni...bli yg klon je la... :(
BalasPadam