Selasa, Januari 15, 2013

WAKIL JABATAN KOMUNIKASI KORPORAT TNB TELAH DIHUBUNGI

Jika benar 'pondok' di bawah kepunyaan TNB, sambungan kabel dilakukan kelihatan amat membahayakan orang ramai sekaligus mencurigakan.


Baca di sini.

Saya percaya, kakitangan TNB berpengalaman berupaya menjelaskan kejadian sedang berlaku hanya dengan melihat gambar dipaparkan di entri terdahulu.

Sekali lagi saya tegaskan, sebelum ini, 'pondok' terbabit dikelilingi oleh puluhan rumah kongsi pekerja warga asing bertugas menyiapkan bangunan berhampiran. Kesemua rumah dihuni, dibina daripada papan dan kayu lebihan projek pembinaan.

Jam 1.28 tengahari tadi, saya menghubungi TNB di talian 03-2296 5566 dan disambungkan ke Jabatan Korporat Komunikasi TNB.

Saya kemudian memperkenalkan diri kepada kakitangan lelaki menyambut panggilan.


"Keadaan kabel berselerakan membahayakan nyawa orang ramai. Mohon kejadian ini disiasat. Semua gambar di lokasi dan laporan telah saya muatkan di blog mazidulakmal.com. Andai terdapat penjelasan, sila hubungi saya semula dengan menggunakan telefon mudah alih," ujar saya.

"Nombor telefon ada dicatatkan sekali di blog ke?," soal lelaki terbabit.

Barangkali dia terfikir, nombor telefon mudah alih saya, sama statusnya seperti nombor aduan untuk pelanggan TNB.

"Tidak, balas saya"

Nombor terbabit kemudian saya berikan kepadanya.

Sehari sudah berlalu, setakat ini tiada kakitangan TNB menghubungi saya dan saya masih menunggu ... Jika kakitangan TNB terbaca entri ini, sila komen dan luahkan pandangan.

Terima kasih.

SILA SEBARKAN KANDUNGAN ENTRI INI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.