Selasa, Januari 15, 2013

AWAS BAHAYA!



Petang semalam saya ke Signature Park, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor, kawasan baru sahaja dibangunkan.

Melalui pemerhatian saya, sampah tidak dikutip bersepah di belakang bangunan sedangkan beberapa buah restoran mula beroperasi di kawasan sama sejak lebih 9 bulan lalu.


Setelah minum di sebuah daripada restoran, saya meninjau kawasan di belakang bangunan dan terlihat struktur berikut.


Sebelum ini, kawasan lapang terbabit dibina kongsi perumahan pekerja kontrak warga asing. Berasa hairan, saya kemudian berjalan menghampiri pondok terbabit sambil merakamkan gambar.


Struktur pada awalnya kelihatan seperti tandas curah itu saya telitti sebelum didatangi seorang pengawal keselamatan menunggang motosikal.

"Itu Tenaga Nasional Berhad, TNB, punya. Wayar hidup dan digunakan untuk membekalkan elektrik ke dalam bangunan dijangka siap sepenuhnay dalam waktu terdekat," ujar pengawal terbabit.

"Masakan TNB punya kerana wayar berselirat di tanah dan tiang, tentunya bahaya kepada orang ramai," celah saya.


Saya perhatikan, kabel dari pondok terbabit dibiarkan di atas tanah dan dihubungkan ke bahagian dalam bangunan berhampiran.


Apakah sedang berlaku di lokasi itu? Saya akan menghubungi pihak TNB untuk mendapatkan penjelasan dengan kadar segera.

5 ulasan:

  1. SMTI-Sangat berbahaya, silap-silap ada orang jadi 'garing' ni.

    BalasPadam
  2. smti..sy rasa dorg ni curi bekalan eletrik ni..xkn xde sapa2 yg cuba utk mgadu kt tnb??

    BalasPadam
  3. sila baca entri terbari mazidul,,ianya merupakan bekalan sementara tnb kpd kontraktor ttp kontraktor tidak mematuhi faktor keselamatan..tnb telah diconnected supply..harap maklum

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.