Kira-kira jam 10.15 pagi tadi, saya terlihat beberapa anggota polis trafik berdiri di Lebuh Raya Damansara-Puchong, LDP, di Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Saya kemudian memberhentikan kenderaan di lokasi selamat di tepi jalan sebelum merakamkan gambar.
Mangsa berdua, mungkin dalam perjalanan pulang ke rumah dari Batu Caves sempena perayaan Thaipusam. Dipercayai motosikal ditunggang terbabas dan terlenggar tebing jalan di sebelah kiri sebelum motosikal tercampak ke seberang longkang besar. Seorang mangsa telah dihantar ke hospital manakala seorang lagi terperosok ke dalam longkang, kira-kira berkedalaman 5 kaki dan maut," ujar pekerja LDP.
Setelah Pegawai Penyiasat tiba di lokasi, gambar mangsa dirakamkan.
Melalui pengamatan saya, tubuh luaran mangsa tidak mengalami kecederaan parah, hannya kulit kaki kiri kelihatan terkopek.
"Setelah diperiksa, tiada kad pengenalan diri ditemui pada tubuh mangsa, mungkin dokumen itu telah disimpan oleh rakannya. Tidak pasti siapa menunggang motosikal sebelum kejadian berlaku," ujar pekerja sama.
Mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk dibedah siasat.
Peringatan saya kepada semua ...
Jika terserempak kemalangan jalanraya dan berhasrat ingin membantu, pastikan kenderaan dan diri anda diparkir serta berada di lokasi selamat.
Kejadian telah berlaku, mangsa barangkali tercedera atau meninggal dunia. Justeru, pastikan kita tidak terbabit dalam kemalangan kedua di lokasi sama.
excident sudah...
BalasPadamTRAGEDI "HARI RAYA"
BalasPadamadusss...
BalasPadammalas nak cakap la. mesti bawak laju.
BalasPadamLAWAK:RITUAL MANDI BUNGA DI AFRIKA!
AMARAN:BERHATI-HATI KETIKA MENAIKI PENGANGKUTAN AWAM!
GEMPAR:APA YANG SAYA TAK SUKA PASAL BURGER BAKAR ABANG BURN!