Isnin, Januari 14, 2013

ANDAI MANIFESTO BUKAN JANJI, PERLUKAN DIPERCAYAI?

Sebelum Perhimpunan Kebangkitan Rakyat, HKR, dilaksanakan, pihak penganjur telah bersetuju untuk mematuhi 27 syarat ditetapkan oleh pihak berkuasa mengikut Seksyen 15(1) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Akhbar Sinar Harian hari ini memaparkan berita, polis telah mula menyiasat pihak penganjur berikutan pelanggaran beberapa syarat.

Klik di sini.

Mengadakan perhimpunan secara aman, hak rakyat dan hak terbabit telahpun dizahirkan pada 12 Januari lalu.

Sama seperti hak rakyat Selangor untuk menuntut bekalan 20 liter padu air percuma seperti digariskan dalam manifesto Pakatan Rakyat sebelum Pilihan Raya Umum, PRU ke-12 lalu.



Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, manifesto BUKAN janji.

Kita semua tahu, sebelum PRU ke-13 kelak, parti terbabit bertanding bakal mempersembahkan manifesto kepada bakal pengundi. Manifesto akan dibaca dan dihebahkan kepada semua rakyat berhak mengundi.

Sedikit sebanyak kandungan manifesto berupaya mempengaruhi keputusan undi rakyat.

.... tetapi andai manifesto BUKAN janji, perlukah dipercayai?

Klik di sini.untuk membaca fakta.

2 ulasan:

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.