Selasa, Januari 08, 2013

NAMPAKNYA WARGA MALAYSIA SAHAJA TAKUT ...


Kira-kira jam 5 petang tadi, saya memandu ke pasar malam di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor. Waktu itu lokasi terbabit masih lagi tenang dan agak lengang. 


Sewaktu berjalan, saya terpandang peniaga berbangsa Melayu duduk di gerai menjual pelbagai jenis biskut berbungkus.

"Barapakah harga sebungkus?," soal saya.

"Dua ringgit, kalau tiga bungkus, lima ringgit," ujarnya mesra.


Kasmari Muhammad, 52 tahun, bekas tentera dan pernah berkhidmat di kem Tentera Udara di Subang, Selangor.

"Tiga belas tahun saya berkhidmat sebagai tentera kemudian bersara awal," kata ayah tiga anak itu.


Menurutnya, di Petaling Jaya, dia membayar RM208 setahun untuk menyewa sepetak tapak gerai di pasar malam itu.

"Kadar sewa di sini berbeza berbanding kadar di Subang Jaya. Apapun, kalau lesen tidak diperbaharui sebelum 31 Disember, kena denda RM100. Kekadang cemas juga kita sebab pada masa sama, anak masuk sekolah bulan Januari, banyak menggunakan duit," keluh peniaga beg di sebelah.  

"Lazimnya begitulah, kita orang Melayu apabila berniaga, berasa takut jika tidak memiliki lesen. Takut barang kena sita, takut kena denda," sampuk saya.

"Saman RM300," celah rakan Kasmari.

Saya kemudian bergerak ke arah gerai menjual ulam-alaman dan merakamkan gambar berikut.


"Orang Myanmar makan jering?," soal saya kehairanan.

"Makan, mereka selalunya membeli sampai dua tiga pinggan. Sepinggan, 300 gram, RM2," jawab Norhayati Basri, 22 tahun.

Dia berniaga bersama ibunya.


"Cuba tanya mereka," tambah Norhayati.

"Jering dalam bahasa Myanmar apa?," tanya saya kepada pelanggan wanita.

"Tenggidi, di Mynmar banyak," balasnya.

"Itu apa?," soal saya kepada ibu Norhayati.


"Temu kunci, antara ramuan untuk membuat jamu tetapi sebilangan orang suka mencampur dengan bayam rebus. Mereka kata sedap tetapi bau kuat," balas wanita itu.

Pada awalnya, saya pergi lebih awal ke pasar malam terbabit untuk meninjau kegiatan pengemis warga asing berketurunan Kemboja, dikatakan berleluasa. 

"Memang mereka tidak pernah miss datang ke sini setiap kali pasar malam. Sekitar jam 6 petang macam itu, mesti ada. Mula-mula 'emak' mereka, wanita Myanmar akan masuk dahulu melakukan tinjauan. Jika tidak melihat kelibat pihak berkuasa, barulah semua pengemis senegara dia akan datang dan duduk di sebelai gerai kami bersama kanak-kanak. Kebanyakan pengemis kudung kaki atau tangan. Saya yakin petang ini, mungkin mereka sudah mengetahui kedatangan Mazidul, jadi semua tidak datang," ujar peniaga menjual ayam.


"Saya bukan polis, bukan juga kakitangan Jabatan Imigeresen," balas saya ringkas.

Saya difahamkan, lazimnya pengemis terbabit duduk di ruang kosong di dalam gambar di bawah. Tidak berputus asa, saya menunggu.


"Selalunya pengemis warga Kemboja dibawa ke sini menggunakan kereta Kancil dan mereka kemudian dijemput untuk pulang selepas waktu pasar malam beroperasi tamat," ujar rakan peniaga ayam.

Khuatir kehadiran dikesan, saya masuk ke dalam kereta dan beredar. Sewaktu memandu saya terlihat pengemis warga asing di hadapan premis menjual nombor ekor.


Mungkin dia tahu, kesemua mereka mencuba nasib untuk menjadi kaya-raya justeru pasti tidak keberatan untuk menghulurkan seringgit dua kepadanya.

Kira-kira jam 7 malam, saya kembali ke pasar malam sama dan terlihat lelaki warga Bangladesh menjual petai di tepi jalan.

"Saya kerja kilang, tolong kasi jual ini petai," katanya sebaik didekati.

Saya hanya memerhatikan tingkah lakunya sebelum dia tiba-tiba melarikan diri, meninggalkan petai tergantung begitu sahaja.


"Di sini bukan sahaja Bangladesh berniaga, Cina dari China dan Indonesia pun sama. Bukan ada lesen. Bila penguatkuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya, datang, mereka akan melarikan diri," ujar penjual daging.

"Nampaknya warga Malaysia sahaja takut untuk mencari rezeki di pasar malam tanpa lesen, kan?," soal saya.

"Begitulah," balasnya kesal.

Saya kemudian menemui penjual buah-buahan, Aziz Saud, 52 tahun. Dia berniaga bersama dua pekerja berbangsa Melayu.


"Saya menjual buah-buahan lebih dua puluh tahun di pasar malam. Melalui pengamatan saya, semakin ramai warga asing berniaga tanpa lesen. Mereka tidak peduli langsung untuk mematuhi undang-undang kita," ujar peniaga berasal dari Bandar Baru, Kedah itu.


Tanpa berlengah saya cuba mencari bukti kepada kenyataan dilontarkan oleh Aziz dan terserempak dengan penjual udang di bawah.


"Beli udang bang?," katanya.

"Kamu orang mana?," balas saya.

"Aceh," katanya.


"Kamu berniaga di sini ada lesen?," tanya saya dengan nada perlahan.

Dia menggelengkan kepala dan kelihatan kaget.

"Boleh saya bertanya satu soalan? Kalau di Aceh, orang Malaysia seperti saya boleh berniaga sewenang-wenangnya tanpa lesen sekaligus melanggar peraturan ditetapkan di Indonesia? Untuk pengetahuan kamu, semua peniaga warga Malaysia di sini, mencari rezeki secara sah di tanahair sendiri, setiap tahun mereka membayar lesen kepada pihak berkuasa tempatan, sedangkan kamu ... ," kata saya. 

Dia membisu dan kemudian bertindak tanpa diduga ...


... dan beredar lalu menghilangkan diri di celah ramai pengunjung pasar malam


"Sebenarnya sudah lebih setahun dia berniaga di situ tanpa lesen," bisik peniaga kuih berdiri di sebelah saya sambil memerhati.

Saya hanya mengajukan beberapa soalan dan berbekalkan kamera digital, tidak lebih daripada itu. Semua tahu, saya bukan pegawai atau anggota pihak berkuasa, tidak membawa gari atau dilengkap senjata.

Justeru mengapakah dia harus melarikan diri?

... dan meninggalkan ...


12 ulasan:

  1. bagus saudara mazidul.
    saya tahu bukan niat saudara utk menyekat
    rezeki orang (wpun sesama Islam).
    Namun harus patuh spt mana orang kita patuh.
    Itu baru adil.

    BalasPadam
  2. SMTI: Kenapa pihak berkuasa terlepas pandang kes-kes sebegini? Memang terlepas pandang atau sengaja melepaskan pandangan? Adakah mereka sewenang2nya dilepaskan dan hanya warganegara Malaysia sahaja yang perlu ditahan dan didenda???Pelik benar saya...

    BalasPadam
  3. ape kate try jejak tgk dari mane diorang dpt supplier utk meniaga... mungkin tuan melayu tapi upah pekerja asing utk meniaga secara haram...

    BalasPadam
  4. Sepatutnya, pihak berwajib yang buat pemantauan... Ini tidak? En Mazidul pula yg turun padang membuat tinjauan. Tidakkah pihak berwajib menpunyai kumpulan risikan?

    BalasPadam
  5. Biasa la pihak berwajib..makan gaji buta..bila ada orang komplen baru nak turun padang....tiada pemantauan berterusan...

    BalasPadam
  6. Orang asing tiada kad pengenalan...hidup mereka gamble..apapun mereka sanggup buat..orang kita penakut sbb hidup terlalu senang dan bila ditindas hanya mendiamkan diri...BANkami

    BalasPadam
  7. BETOI .. Di Malaysia tercinta ini banyak perkara PELIK berlaku. Antaranya rakyat tempatan berniaga tanpa lesen didenda dan dirampas barang niaganya. Dirikan gerai sesuka hati .. siaplah. Pasti dirobohkan. tapi warga asing tidak pula. Sama ada berlesen ke tidak, saya tertanya-tanya; adakah mereka boleh boleh datang ke negara kita untuk berniaga seperti itu. Tak kiralah .. berniaga di pasar malam ke, di jalanan ke .. MEREKA BERANI BERNIAGA di tempat asing. Malah boleh sewenang-wenangnya masuk kampung jual ais krim.. jual karpet. Kalau kita ke negara mereka ada ke orang kita yang berniaga begitu ? Rasanya pasti dibalun oleh warga tempatan !! Satu lagi persoalan, kenapa pihak berkuasa tidak boleh memantau secara berterusan. Janganlah sekadar menjengah sebab selepas mereka beredar, keluarlah 'semut-semut api' ni.

    BalasPadam
  8. isehh bro..
    mlm tu..
    ada org tertentu terlepas..
    temu kecil.. petai.. udang free !!

    BalasPadam
  9. Abang Mazidul,kat Sarawak ni orang Indonesia semakin merampas kerja orang Sarawak. Di bandar serian kesayangan saya ini mereka sudah mula diambil bekerja di pasaraya2 dan kedai2 sebagai pembantu kedai. Pekerja anak tempatan diberhentikan dengan pelbagai alasan.Tokey2 kedai mengambil kesempatan memberi upah yang sedikit kepada pekerja Indon. Tak lama lagi,ramilah anak2 tempatan mengemis di negeri sendiri.

    BalasPadam
  10. MALAYSIA BOLIH...itulah slogan yg digunakan olih pendatang indonesia bila kita tanya aktiviti mereka di negara ini..termasuk tinggal satu bilik tanpa nikah...suami di indon..isteri tinggal bersama lelaki lain di negara ini..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.