Kira-kira jam 12 tengahari tadi saya dimaklumkan, anak saya dan 5 rakannya, berusia di antara 10 dan 12 tahun pergi ke 7-Eleven berhampiran Central Park, Sunway Damansara, Petaling Jaya, Selangor selepas selesai bermain futsal.
"Kami masuk mengambil dua minuman slurpee dan membayar RM2.40 setiap satu. Kemudian mengambil mi segera dan ke kaunter untuk membayar, selepas itu duduk di kerusi berhampiran meja bulat di dalam 7-Eleven. Rakan lain sudah minum ketika di padang futsal. Mi segera kami kongsikan bersama," kata anak bongsu saya, 12 tahun.
Mereka kemudian duduk sambil berbual sebelum pembantu jualan berusia 55 tahun datang menghampiri.
"Pak cik itu menjerit. Dia berkata, ini kau tak bayar lagi! Haram engkau ambil tidak dibayar! Semua budak ini memang bangsat! Kejadian itu disaksikan oleh semua rakan dan dua pelanggan berkebetulan berada di dalam 7-Eleven," ujar kanak-kanak berbaju kuning di bawah.
Saya memanggil mereka untuk mencatatkan keterangan berhubung kejadian didakwa berlaku.
"Pak cik itu marah sangat sebab saya tertumpah slurpee sedikit di atas lantai. Hanya sebesar saiz duit syiling 20 sen sahaja," celah adiknya, berbaju merah.
Dia berusia 10 tahun dan bertubuh kecil tetapi petah berkata-kata.
Berikutan ketakutan dan didesak, anak saya pergi semula ke kaunter sekali lagi dan membuat bayaran untuk harga minuman slurpee buat kali kedua.
"Mereka dua orang ini memang nampak saya membayar kali pertama," kata anak saya.
"Ada resit?," soal saya.
Dia menggelengkan kepala.
"Tiada resit untuk barang kami beli dan bayar," katanya.
Saya perhatikan wajah mereka.
"Kami kemudian mengemaskan meja dan keluar dari 7-Eleven. Sekali lagi, pak cik itu menjerit, hoi! Aku terajang seorang seorang! Inilah perangai budak sekolah! Kau ingat aku tidak tahu keadaan kantin kamu di sekolah?," tambah anak kecil berbaju kuning.
Apakah hubung kait di antara 7-Eleven dan kantin di sekolah? Sekolah manakah dimaksudkan oleh pekerja itu?
Nantikan jawabannya ...
Apapun, semua kenyataan dikongsikan boleh dianggap sekadar dakwaan kerana mereka kanak-kanak. Untuk menyingkap fakta, saya dan rakan, Razali Harun, bergerak ke lokasi kejadian.
Laporan seharusnya seimbang.
Laporan seharusnya seimbang.
Sebaik tiba di lokasi, kami berdiri di hadapan premis perniagaan itu dan saya rakamkan gambar berikut dari luar.
Melihat kelibat saya, lelaki bermastautin di Seksyen 6, Kota Damansara itu keluar dan mendekati kami dengan senyuman.
"Awak memanggil anak saya dan rakan dia bangsat?," tanya saya.
"Awak memanggil anak saya dan rakan dia bangsat?," tanya saya.
"Minta maaflah," katanya
"Kalau saya panggil anak awak bangsat, apakah awak rasa?," soal saya.
"Saya terasa, terasa," balasnya dengan wajah selamba.
Perbualan penuh saya rekod menggunakan perakam Sony.
Perbualan penuh saya rekod menggunakan perakam Sony.
"Awak mendengar dia memanggil anak saya dan rakan dia, bangsat?," soalan saya lontarkan kepada Pengurus Stor 7-Eleven, berusia 28 tahun, berasal dari Pahang.
"Saya dengar," katanya.
"Seven Eleven terkenal dan perbuatan pekerja awak mengugut hendak menerajang budak-budak tidak patut. Jika ingin bertarung, carilah individu setara (kekuatan). Adakah mereka melakukan kesalahan sehinggakan boleh didakwa mengikut Kanun Keseksaan atau Enakmen Kanun Prosedur Jenayah Syariah Negeri Selangor?," kata saya.
Pengurus itu hanya diam membisu.
Pengurus itu hanya diam membisu.
"Pekerja awak itu pernah mengurung beberapa pelajar sekolah rendah termasuk anak sulung saya di dalam tandas Sekolah Kebangsaaan Seksyen 11, Kota Damansara. Zaman ini orang ramai prihatin terhadap budak-budak tetapi orang bersikap sebaliknya dengan budak-budak. Namapun budak-budak. Tetapi kalau sudah memanggil mereka bangsat, sesiapa mendengar pun pasti marah," celah Razali.
Klik di sini untuk membaca liputan kes terbabit.
Berikutan anaknya dikurung, Razali kemudian membuat laporan polis, klik di sini. Berikut gambar pembantu jualan terbabit, dirakamkan sewaktu bertugas sebagai pengawal keselamatan.
"Saya ingatkan dia mampu menjaga tingkah-laku. Kita kasihan melihat dia, bekerja untuk menyara 7 orang anak tetapi nampaknya dia tidak mahu belajar daripada kesilapan lampau," kata Razali.
Pekerja terbabit berada di dalam premis sewaktu saya dan Razali meneruskan perbualan bersama Pengurus Stor.
"Mengapakah dia bersikap begitu? Adakah itu sikap pekerja 7-Eleven melayan pelanggan? Adakah pelanggan kanak-kanak itu merosakkan harta hak milik 7-Eleven? Mengapakah mereka perlu dipanggil bangsat? Tidakkah awak pernah tertumpahkan air di rumah sendiri sewaktu kecil? Jika pernah, adakah awak layak dipanggil bangsat hanya kerana perbuatan tidak disengajakan itu? Biar saya tanya awak kerana awak menyeliakan premis ini," soal saya.
Mengikut kamus Pelajar Dewan Bahasa Edisi Ke-2, perkataan 'bangsat' ditakrifkan sebagai orang berperangai jahat dan miskin.
Saya bukan orang kaya tetapi tidak juga miskin.
"Bukan macam itu. Dia mungkin tertekan, tindakan di luar kawalan. Budak-budak ini regular customers dan selalu datang selepas bermain futsal. Saya pun tidak faham mengapakah kejadian ini berlaku," jelas pengurus muda itu.
"Jadi, perlukah tekanan didepani pekerja 7-Eleven itu dilepaskan kepada pelanggan?," celah saya.
"Tidak perlu," katanya ringkas.
"Sebagai individu bertanggungjawab terhadap premis ini, tidakkah ada usaha untuk menghalang tindakan dia?"
Soalan itu saya kemukakan tetapi dia mendiamkan diri.
"Saya datang ke sini untuk membayar ganti rugi sekiranya kanak-kanak itu melakukan perbuatan merugikan 7-Eleven. Saya juga berhasrat untuk membayar sekiranya perlu sebagai upah pekerja awak membersihkan lantai berhampiran mesin slurpee itu," kata saya.
"Tidak perlu. Saya betul betul minta maaf dan berjanji kejadian serupa tidak akan berulang lagi," balasnya.
Terima kasih kepada 3 kakitangan pengurusan 7-Eleven sudi menghubungi saya. Saya berharap kes ini disiasat secara terperinci dan tindakan wajar dilaksanakan. Rakaman video serta audio temu bual bersama Pengurus Stor dan pembantu jualan terbabit berada dalam simpanan saya andai diperlukan sebagai bahan rujukan.
Jika terdapat sebilangan kakitangan 7-Eleven sukar untuk berkomunikasi secara profesional bersama pelanggan tanpa mengira peringkat usia, mereka boleh dihantar menyertai sesi CakapDotCom.
Pada 30 Januari 2013, pihak pengurusan 7-Eleven diwakili 2 kakitangan syarikat terbabit telah memohon maaf berikutan keterlanjuran bahasa pekerja terbabit.
Saya berharap, kejadian serupa tidak akan berulang lagi di kemudian hari.

UPDATE

smti..sakitnya hati bila bc kisah ni...
BalasPadambila orang dewasa menggunakan perkataan kasar dan biadap,tak heran kanak2 akan menirunya...bgaimanalah anak2 pekerja tu agaknya?
BalasPadamTahniah tuan Mazidul berani kerana benar takut kerana salah, kenapa tuan tidak belasa dia cukup2, padan muka dia bikin panas...
BalasPadamBro Mazidul,
BalasPadamDulu saya pernah jadi staf 7-E.
Staf 7-E memang ada yang baik, ada yang kurang sopan (walaupun tak ramai).
Kalau nak penyelesaian lebih efektif, minta nombor telefon FM atau AM.
(FM = Field Manager, AM = Area Manager).
Kalau SM (Store Manager), kadang-kadang cakapnya staf tak mau dengar.
ayat last sekali tu best..siap promo lagi... :)
BalasPadamsib baik staf 7-11 kawasan saya baik2 dan sopan orgnya :)
BalasPadam