Selasa, Januari 01, 2013

THE KEPOMPONG



"Jom! Pergi ke rumah Roze di Rasah Kemayan," pelawa Gazali Abdul Rahman.

Kira-kira jam 8.30 malam, kami bertolak ke Negeri Sembilan, Gazali memandu.

Sebaik tiba di rumah rakan sewaktu menuntut di Shah Alam, Selangor, pada tahun 1985,  saya terdengar lagu  'Kejora' dipopularkan oleh kumpulan Search, berkumandang di udara, dinyanyikan secara langsung.


"Ini gabungan dua kumpulan, The Kepompong dan Prodigy ditubuhkan pada tahun 1985 dan 1987. Saya pengasas kumpulan The Kepompong ditubuhkan di Amerika Syarikat, bersesuaian dengan nama institusi kita pernah belajar dahulu, Kolej Pengajian Persediaan, KPP," jelas pemain drum, Patt Kadir.


Klik di sini untuk mengetahui perkembangan kumpulan The Kepompong.


Mendengar mereka mempersembahkan koleksi lagu berbahasa Inggeris dan Melayu lama membuatkan saya dan rakan lain mengimbau kenangan lalu ketika kumpulan pemuzik seperti Search dan Lefhanded berada di kemuncak persada seni tanahair.

Lihat reaksi rakan saya, antara penonton persembahan percuma di ruang rumah Roselaini Abu Zahar (Roze) dan Huzainey Thamby Hussain.


Barangkali teruja atau sekadar mengusik rakan baik, Gazali atau 'Ayam' merakamkan visual pemuzik. Norzal   Ghazali atau lebih dikenali sebagai  'Mat Jo', biarpun kini sudah berjawatan besar dan anak sulungnya kini menuntut dalam jurusan kejuruteraan mekanikal di Australia ... 

...  masih seperti dahulu.


Semua tetamu dihidangkan BBQ, ikan, udang, sotong dan daging.


Berikut, rakan kami, pembekal fillet ikan talapia, juga pemilik beberapa motosikal berkuasa tinggi.


Tidak hairan jika rakan kami ini tidak berhenti menjamu selera, it was a marathon and it shows!


"Tengok anak kita,  mereka lebih gemar berbahasa Inggeris, kita semua bercakap dalam bahasa Melayu," usik Mat Jo.

                             

Kenyataan itu disambut dengan hilai tawa. Apapun melalui pemerhatian saya, biarpun begitu, mereka anak anak amat menghormati orang lebih tua.


Nazri Juda, 46 tahun, berbaju biru (di atas), kini pemilik stesyen minyak di Seremban.

"Baguskan! Kalau sahabat kita, Azman Ali masih 'menjaga' smart tag. Kita minta top up percuma dan isi minyak di stesyen Nazri. Boleh travel ke seluruh negara kita," gurau Ayam spontan.


Isteri Nazri, Norzehan Daud ( gambar atas, tengah), juga pernah menuntut di KPP dan bekas pelajar Sekolah Tun Fatimah

Biarpun bertemu lebih 27 tahun lalu, gurauan mesra tetap kekal di kalangan mereka.

"Roze, minta air sejak sebab sudah banyak sangat minum air manis," celah Ayam.

Hahahahahaha! Yes bro, we are getting older but NOT old. Memilih jenis makanan dan minuman bersesuaian kini menjadi lumrah.

Begitulah kaedah orang tua dan datuk nenek kita dahulu.

Cuma kekadang hati masih berasa muda.


Apapun, selamat menyambut tahun baru 2013 kepada semua rakan dan pembaca blog ini. Terima kasih kepada Huzainey dan Roze kerana sudi mengundang saya dan tetamu ke rumah. 

Semoga persahabatan kita semua berkekalan.


4 ulasan:

  1. Ada satu gambar tak de kat sini. Gambar Ahli Silap Mata tengah buat pertunjukan. Untuk Mak Bapak ada Konsert, untuk Anak Anak ada Magic Show

    BalasPadam
  2. Salam. AYAM merupakan senior saya setahun sewaktu di seremban dulu. what a small world!

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.