Saya telah menulis 3 entri berhubung kegiatan pendedahan maklumat peribadi pemilik kad kredit dan debit institusi perbankan di Malaysia kepada pihak ketiga, bermula pada 26 Disember lalu.
Berikut link entri terbabit untuk rujukan pembaca.
Kira-kira jam 9.30 pagi tadi, saya menghubungi Bank Negara Malaysia, BNM dan cuba unutk bercakap dengan kakitangan Jabatan Komunikasi Korporat tetapi gagal kerana panggilan tidak berjawab setelah berulang kali didail.
Barangkali mereka terlalu sibuk atau berada jauh dari gagang telefon di pejabat. Panggilan seterusnya disambungkan kepada BNM Telilink dan saya berpeluang bercakap dengan kakitangan bertugas.
"Saya membuat panggilan ini di atas kapasiti sebagai blogger," ujar saya.
Petugas terbabit berkomunikasi secara berhemah sekaligus berjanji akan memaklumkan informasi disalurkan kepada pegawai atasannya untuk saya dihubungi kembali.
Terima kasih.
Mengapakah saya mengambil inisiatif itu? Supaya kita semua sebagai pemilik kad kredit atau debit atau keduanya tidak terus diperdayakan oleh pekerja SEBILANGAN agensi telemarketing.
Saya ingin BNM berkongsi fakta khususnya dengan semua pembaca blog ini serta masyarakat, apakah antara langkah penguatkuasaan berkesan dilaksanakan terhadap bank tempatan bertujuan mengekang maklumat sulit perbankan pelanggan tidak didedahkan kepada pihak tidak bertanggungjawab?
Saya ingin BNM berkongsi fakta khususnya dengan semua pembaca blog ini serta masyarakat, apakah antara langkah penguatkuasaan berkesan dilaksanakan terhadap bank tempatan bertujuan mengekang maklumat sulit perbankan pelanggan tidak didedahkan kepada pihak tidak bertanggungjawab?
"Mendedahkan maklumat peribadi pelanggan bank kepada pihak ketiga satu kesalahan," ujar kakitangan Telelink BNM saya hubungi.
Hemat saya, majoriti pelanggan bank mengetahui fakta itu namun kegiatan pendedahan memperdayakan pelanggan masih terus berlaku.
Bersama kita nantikan respon daripada BNM.
* Kekadang berasa hairan, sebilangan berkunjung bertandang ke blog ini sekadar untuk meninggalkan komen bertujuan mengecam dan mencerca BUKAN melontarkan komen membina. Why reading after all? Anyway, this is what some people call as love and hate relationship, barangkali :) You hate but you still love reading it.
* Kekadang berasa hairan, sebilangan berkunjung bertandang ke blog ini sekadar untuk meninggalkan komen bertujuan mengecam dan mencerca BUKAN melontarkan komen membina. Why reading after all? Anyway, this is what some people call as love and hate relationship, barangkali :) You hate but you still love reading it.
seperti komen saya sebelum ini,Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) telah dikuatkuasakan pada 2010. Malahan kami pihak majikan juga tidak dibenarkan mendedahkan maklumat pekerja kepada pihak ketiga (contohnya bank) yang lazimnya membuat panggilan bagi pengesahan pekerjaan seseorang pekerja seandainya pekerja terbabit memohon pinjaman/fasiliti kredit. Bagaimana dengan mudah pihak bank 'menjual' data pelanggan kepada pihak lain? tidak ada penguatkuasaan kah????
BalasPadammaaf.. mungkin saya masih baru dan tidak tahu saluran yg betul.. tetapi macam mana kita boleh semak dan mengetahui samada telemarketer tersebut benar-benar dari syarikat yang sah dan polisi yang dijual juga sah.
BalasPadamIni cerita lama yang entah bila akan selesai kadang2 terfikir mungkin akan tiada jalan penyelesaiannya. Ada akta tetapi bagaimana pulak penguatkuasaannya? Selagi bernama manusia, selagi nafsu menghantui diri semua ini tak akan berhenti. Seperti biasa bila ada permintaan pasti berlaku penawaran... Ada duit semua jalan.
BalasPadamTerima kasih bro atas inisiatif sekurang-kurangnya pihak BNM akan buka mata sikit, cari penyelesaian.
assalam ....
BalasPadamoleh kerana blog saudara mazidul menjadi tumpuan awam ....
mungkin .. saudara mazidul boleh memulakan inisiatif meletakkan link link ke laman web yg berkepentingan supaya orang awam boleh mendapatkan info atau maklumat berkaitan ....,
kekadang org melemparkan rasa kurang senang dlm blog saudara mazidul bukan sebab tak nak memberi komen membina/nasihat .... tetapi sekadar meluahkan pandangan tentang apa yg berlaku ...... :)
Salam... panjangkan skit, baru baru ini saya ada berjumpa dengan agen Pelaburan dari salah sebuah Bank yang ada membuat akaun pelaburan "MUTUAL FUND" - dia terus terang memberitahu saya yang memang ada maklumat "BAKAL PELANGGAN" di sediakan di pejabat - kira hendak atau tidak sahaja maklumat itu di gunakan terus.. manakala sumbernyer pula adalah dari pelbagai sumber.. bank dan sebagainya.. di dapatai dengan harga yang cukup murah... 1 lembaran hanya berharga di bawah RM 50.00 ... semacam satu pelaburan yang boleh mendatangkan pulangan yang lumayan.. kalau 1 lembaran RM50.00 x 10 lembaran = RM500
BalasPadamRM500 x 10 orang = RM 5000 sehari... jadi... dimana "BAIFA"?
SMTI
BalasPadamInilah Aku
"Sebuah daripada bank..."
BAFIA - BANKING AND FINANCIAL
INSTITUTIONS ACT [BAFIA] 1989
Salam,
BalasPadamMungkin tuan Mazidul boleh juga berkongsi dan laporkan isu ini di facebook BNM sebagai salah satu inisiatif?
satu tindakan yg bagus.BANkami
BalasPadamAssalamualaikum..
BalasPadammmg masa yang sesuai perkara ini di bawa ketengah kerana hari ni saja saya telah di psiko oleh agent telemarketer yang kononnya dr BSN PRU takaful link with aia or AIG ...bila kita menolak secara baik, dengan menjelaskan yang kita tak berminat, telemarketer tersebut telah membuat miscall lebih 50 kali terhadap no phone saya sehinnggakan terpaksa memblock no tersebut. dalam pada saya telah block no tersebut, lebih dr 2okali saya menerima call dr 3 no berlainan...iaitu 032761500,20366855,20366222. Budak lelaki telemarketer ni dah psiko saya dengan membuat call then bila kita pick up call , 3 second dier letak...selepas itu saya cuba bertanyakan pegawai polis di sebuah balai di selangor adakah saya boleh membuat aduan terhadap gangguan ini, pegawai itu menyatakan, aduan boleh di buat tapi sekadar utuk mmbuat aduan ke skmm..
Jika anda google nombor2 ini, sudah terlalu lama nom2 ini menipu pengguna.
Selamat Tahun Baru 2013
BalasPadamterbaikla bro buat aduan kepada bank negara... harap2 mereka mengambil serius perkara ini
BalasPadamhttp://buasirotak.blogspot.com/
Assalam. Lagi sekali sy ingin beri komen kat blog anda kerana amat geram dng attititude telemarketer ini kera mereka semakin dan amat berani membuat perang psikologi terhada pengguna. Ini kerana , Pada hari kedua , hari bekerja,mereka masih lagi mengganggu saya dengan membuat miss call pada telefon no saya. Biarpun saya telah memblock no2 mereka, tapi saya masih mendapat sms notification. Sesungguhnya mereka semakin berani, Saya telah panjangkan masalah ini ke SKMM dan membuat aduan dan mereka juga telah panjangkan ke BNM.. Sy pun tak pasti selepas ini akan dipanjangkan kepada siapa. Ia seolah2 tiada penguatkuasaan undang terhadap mereka ini sehingga mereka terlampau berani bertindak sedemikian rupa.
BalasPadamSMTI
BalasPadamSuami saya punya masalah yg hampir serupa.. stlh membaca kes ini di blog ini, hati saya tergerak utk menyemak statement kad kredit suami saya. Mmg amat mengejutkn bila ada charge insurance sbyk rm220 sebulan yg tlh mula di charge pd bln nov baru2 ini..
BalasPadamStatement bln nov tertera charge rm440 (okt n nov). Dr apa yg diceritakan dr suami saya, dia menerima 1 panggilan dr bank berkenaan dan mengatakan bank tersebut ada promosi insurance utk pemegang kad kredit secara percuma.. berulang kali suami saya bertanya adakah ianya percuma.. dan si pemanggil menjelaskan tiada sebarang charge dikenakan.. kerana itulah suami saya setuju . Hari ini sudah berulangkali kali kami menghubungi bank berkenaan utk penjelasan tetapi pegawai yg dihubungi hanya b'janji bahawa mereka akan menghubungi kami semula.. sehingga kini tiada feedback yg kami terima..
Update status skmm forward aduan to Bank negara.
BalasPadamBank negara baru saja return call.. memberitahu bahawa bank negara tidak ada hak untuk solve isu telemarketer penipu.Ini kerana tidak berdaftar dgn Bank negara..she suggest to make a police report,, walhal saya telah menelefon polis dan polis memberitahu tidak ada action yang diambil untuk kes sperti ini, Laporan hanyalah untuk digunakan jika aduan disalurkan ke skmm, seperti polis pass to skmm, and skmm pass to bank negara..bank negara suggest to call bank terlibat tapi saya dah call hotline pru bsn and mereka mencdangkankan untuk make a police report .sini tolak sana, sana tolak sinun., sinun tolak sinin..
bila saya simpulkan apa y di cakapkan oleh staff BNM, kesimpulannya , dok rotate kat situ je la sebab xkan ade action even kalo buat research since 2009 benda mcm ni dok jadi...then bank negara bg suggestion to pass kat kementerian perdagangan...mcm mana nak report tu bank kalo they all claimed they are from different bank...kalo stkat call je bile cakap x nak, ok lagi , ni tahap psiko org, apa kes... Then sgt tidka professional staff BNM apabila kiter memberitahu pendapat kita, mereka putuskan talian begiitu sahaja. Mungkin kerana saya hanyalah rakyat biasa yang tidak perlu di hormati, talian diputuskan begitu sahaja