Ribuan kenderaan melalui jalan berhampiran pasaraya Giant Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor. Setiap hari, lori, kereta, van, motosikal dan basikal menggunakan laluan utama ke Persiaran Surian terbabit.
Laluan pejalan kaki di sebelah turut digunakan secara rutin oleh orang ramai.
Mereka semua hanya mampu memandang.
Saya perhatikan lebih sebulan jalan berlubang dan berlopak digenangi air dibiarkan tanpa diperbaiki.
Lopak air dilanggar dek pelbagai kenderaan membasahi ruang digunakan oleh pejalan kaki.
Sewaktu merakamkan gambar di atas, saya berpeluang melihat situasi di lokasi terbabit secara lebih dekat dan teliti. Air bersih kelihatan mengalir ke luar dari bahagian tepi simen di bahu kiri jalan.
Barangkali berlaku kebocoran saluran paip air bersih di bawah tanah.
Berikutan itu air bersih terbazir begitu sahaja ...
Tidak hairanlah sehingga kini, penduduk tinggal di beberapa apartmen di kawasan sekitar masih lagi tidak mendapat bekalan air percuma seperti dicatatkan dalam manifesto Pakatan Rakyat sebelum Pilihan Raya ke 12.
Air terbazir bukan sehari atau seminggu tetapi lebih daripada tempoh itu.
Jika Barisan Nasional kembali memerintah negeri Selangor, usah biarkan kejadian sama berlaku tanpa sebarang tindakan.
Pembaziran amalam syaitan.
Saya berasa amat hairan mengapakah masalah kebocoran paip itu masih tidak dapat ditangani dengan kadar segera.
Adakah pengguna jalanraya terpaksa menunggu sehingga kucing bertanduk? Sedangkan keadaan jalan seperti itu berkemungkinan membahayakan keselamatan orang ramai.
"Minggu lalu, penunggang motosikal terjatuh di situ, saya sempat membantu dia," ujar Razali Harun.
Saya, bersama kru Penyingkap Fakta, Razali, Boy serta Datuk Shafik Rizal Shaaban minum di restoran mamak berhampiran awal malam tadi.
Turut bersama kami di premis sama, lelaki di bawah.
Dia bukan Faizal Tahir.
.... tetapi Joe, 28 tahun, artis berkebolehan meniru gaya bercakap individu dikenali ramai termasuk Datuk Dr.Haji Mohd Fadzilah Kamsah.
Pasal jalan rosak dan berlubang ni dh jadi perkara biasa ntk kami yg tinggal d persiaran puncak jalil dan persiaran lestari perdana..ada yg kemalangan dan koma dh pon.
BalasPadamsy dh penat buat aduan pd mpsj, sekali aduan 1 je lubang di tampal..tak kan kawasan tu ada 100 lubang sy nk kena buat aduan 100 kali..letih macam ni.. ingatkan dekat pru ni dpt la kami jln baru tp harapn tinggal harapan je..
Pasal jalan rosak dan berlubang ni dh jadi perkara biasa ntk kami yg tinggal d persiaran puncak jalil dan persiaran lestari perdana..ada yg kemalangan dan koma dh pon.
BalasPadamsy dh penat buat aduan pd mpsj, sekali aduan 1 je lubang di tampal..tak kan kawasan tu ada 100 lubang sy nk kena buat aduan 100 kali..letih macam ni.. ingatkan dekat pru ni dpt la kami jln baru tp harapn tinggal harapan je..
Saya harap pihak mazidul dan krew pergi ke pahang jalan gugusan bera, bawa sekali dato sabri parlimen bera, tengok jalan disana dah bepuluh tahun masih macam tu ada lubang tampal xde lubang pergi korek tampal balik bubuh paip dah berapa banyak kemalangan dah berlaku di jalan tersebut
BalasPadam