Awal malam tadi sewaktu dalam perjalanan pulang, saya dan rakan terserempak kemalangan jalanraya.
"Pemandu kereta cuba membuat pusingan-U dan kemudian bertembung dengan motosikal Yamaha RXZ 135 itu," ujar lelaki berdiri di sebelah saya.
Ambulan dari Hospital Sungai Buloh tiba dan kakitangan bertugas terus memberikan rawatan kecemasan. Kaki mangsa berusia 17 tahun dipercayai berketurunan Indonesia itu kelihatan cedera parah.
"Motosikal dia menggunakan tayar sotong, botak pula di bahagian tengah," ujar rakan mangsa.
"Tayar sotong?," soal saya.
"Untuk speed," balasnya.
Saya terlihat kad pengenalan dan lesen memandu pemandu kereta terbabit dalam kemalangan itu dan . sewaktu merakamkan gambar, terdengar perbualan saya percayai kenalan penunggang motosikal.
"Ayah penunggang motosikal itu tadi pengsan melihat keadaan anak dia manakala ibunya tergaman dan menangis. Saya dengar anak mereka tiada lesen menunggang motosikal," katanya.
"Oh! Ya ke?," celah saya.
"Alah! Kawan saya pemilik motosikal BMW 1200 CC, enjin jenis boxer, pun bukan ada lesen B full, pakai lesen biasa sahaja," dakwanya.
"Tidak ada masalah?," tanya saya lagi.
"Yalah, dia kata kalau tengok motosikal besar, lazimnya pihak berkuasa berfikir ... motosikal besar dan mahal, masakan pemilik tidak mampu untuk mendapatkan lesen B full," katanya.
"Saya pasti, mungkin sebilangan penunggang sahaja, bukan semua. Saya pernah berjumpa dengan presiden kelab motosikal, Ride to Right. Beliau memiliki institut untuk latihan advance riding di Pulau Pinang dan katanya, pemilik motosikal berkuasa tinggi diwajibkan memiliki semua dokumen, cukai jalan dan lesen B full jika ingin menjadi ahli," jelas saya.
Mangsa kemudian dibawa ke hospital Sungai Buloh diiringi oleh ayahnya, bercakap dalam loghat Indonesia.
hurm... bahaya sebenarnya motor ni..salah atau tak, tetap sakit.. kalau motor yang standard pun bila2 boleh eksiden, inikan pula motor yang dah diubah sana sini..risiko dia lebih besar
BalasPadam
BalasPadamSA rasa kan bro.. isu perlesenan harus diupdate contoh memperbaharui lesen 5 tahun sekali maksud sa ambik ujian jpj sekali lagi.. kerana pemandu mudah lupa... dan wajib check kereta di puspakom setahun sekali ker... sekadar pandangan...
SMTI - Bahaya menunggang/memandu dengan laju. memandu/menunggang laju haram hukumnya kalau memudaratkan.
BalasPadamKalau di area sg buloh contohnya dan juga di area yang ramai pendatang Indon; berhati-hatilah .. ramai diantara mereka yang menunggang motorsikal tanpa lesen. Kalau kita terlanggar mereka atau mereka melanggar kita; kot mana pun .. kita yang rugi.
BalasPadamtayar sotong = slicks?
BalasPadam