Sabtu, Disember 08, 2012

WTF! ADA PERKHIDMATAN UNIFI TETAPI SAYA MENGGUNAKAN CELCOM BROADBAND UNTUK MENULIS ENTRI INI (UPDATED)


Saya mula menggunakan perkhidmatan Unifi TM di rumah sejak Ogos lalu berikutan servis jalur lebar Stremyx TM kurang memuaskan. 

Baca nukilan saya di sini

Minggu lalu, saya menghubungi talian bebas tol TM 1-300-88-1221, bukan sekali tetapi empat kali kerana talian internet gagal berfungsi.

Jawaban diberikan oleh kakitangan khidmat pelanggan mereka telah saya jangka dari awal.

"Encik kena tunggu 24 jam dan kami akan memaklumkan kemudian dan aduan encik telah dimaklumkan kepada technician"

Aduan pertama dibuat pada jam 12.15 malam dan untuk itu saya disyaratkan menunggu sehingga jam  sama pada keesokkan harinya. Bagaimanapun, atas keperluan untuk menggunakan talian internet, saya menghubungi TM pada jam 10 pagi, 12 tengahari dan jam 5 petang sehari kemudian.

Pelbagai jawaban saya terima.

Panggilan 1 :

"Kami telah menghubungi nombor telefon bimbit diberikan tetapi panggilan tidak diangkat" 

Ya! Ya! Telefon bibit saya gunakan berharga murah tetapi tidak pernah gagal mencatatkan sekiranya terdapat missed calls

Panggilan 2 :

"Technician kami sedang melakukan kerja pembaikan di luar rumah. Kalau masalah tidak selesai, technician akan datang ke rumah. Bagaimana talian internet sekarang ini?," soal kakitangan kedua.

"Masih tidak boleh digunakan. Mengapa techincian terbabit tidak terus menghubungi saya untuk memastikan samada talian sudah ok atau tidak sedangkan dia dikatakan melakukakan kerja baik pulih berhampiran rumah saya? Malah saya pula berusaha menghubungi TM, bukan TM update saya berhubung status talian," kata saya.

Dia terdiam.

"Boleh saya dapatkan nombor telefon bimbit technician itu?," tanya saya.

"Tidak boleh encik, ini prosedur. Pihak kami akan berhubung dengan technician," balas kakitangan wanita itu.

Saya akur.

"Beginilah. Jika sebagai pelanggan, saya berasa diperkotak-katikkan, InsyaAllah saya akan berkongsi pengalaman seperti ini di blog. Namun usah bimbang, barangkali  tidak ramai membaca blog saya,  setakat ini hit blog itu hanya lebih kurang 10.8 juta sahaja," jelas saya.

Panggilan 3 :

Lebih menarik lagi, baca kenyataan berikut sebagai respon kepada panggilan saya pada jam 5 petang.

"Tempoh aduan encik belum lagi genap 24 jam," ujar kakitangan khidmat pelanggan TM.

"Baik, sekarang ini jam 5 petang. Tepat jam 12.15 malam ini, genap tempoh aduan saya 24 jam. Maksudnya, kakitangan TM akan menghubungi saya sebelum waktu itu? Andai tidak, maksudnya, cik menipu saya. Oh! Saya ada satu lagi soalan, technician TM kerja sampai jam berapa?," balas saya kepadanya tanpa meninggikan suara.

"Jam 5 petang encik," balasnya ringkas.

"Baiklah," jawab saya.

Mujur sebelum jam 6 petang hari sama, saya dihubungi oleh technician bertugas dan memaklumkan saya, dia akan berkunjung ke rumah.

Wow! Dalam perbualan panggilan kedua, kakitangan khidmat pelanggan TM memberitahu, saya tidak boleh berhubung terus dengan technician namun ternyata kenyataan itu bercanggah.

Ketika dihubungi technician, saya berada di luar rumah dan sedang berkongsi kemahiran pengucapan awam bersama anggota dan pegawai polis di Damansara, klik di sini

Apapun saya sempat memaklumkan technician terbabit, anak sulung saya berada di rumah. Saya kemudian difahamkan, dia melakukan configuration terhadap peralatan komunikasi Unifi di rumah dan masalah diselesaikan dalam tempoh singkat.

"Ucapkan terima kasih kepada technician tadi?," soal saya kepada anak.

"Ya, ayah. Dia kirim salam," balasnya.

Hari ini masalah sama berulang lagi. Talian internet Unifi gagal berfungsi.

Sewaktu panggilan untuk membuat aduan pertama, jam 10.44 pagi  tadi, saya dimaklumkan, kakitangan TM sedang melakukan pemeriksaan secara online. Arahan kakitangan untuk membantu memulihkan talian secara online juga gagal memulihkan talian internet.


"Encik kena menunggu dalam tempoh 24 jam untuk dihubungi oleh technician kami. Tolong sediakan duit RM50 sekiranya masalah tidak berhubung dengan soal teknikal," ujar kakitangan wanita menjawab panggilan.


Bayaran servis Unifi, RM149 sebulan. Maksudnya kos sehari penggunaan servis wifi terbabit, kira-kira RM5. Jika 2 hari servis tidak digunakan akibat kerosakan, saya kerugian RM10. Rakan saya juga pengguna Unifi di Puchong, Selangor, mengadu berhubung talian internet di rumahnya gagal berfungsi sejak seminggu lalu.

Adakah TM akan memberikan rebet RM35 kepadanya? 

Andai kata pembaca juga pengguna Unifi dan berpenglaman sama seperti saya lalui, sila catatkan komen di sini.

Terima kasih.

Tidak salah kita meluahkan rasa ketidakpuasan hati sebagai pengguna kepada TM.

Saya masih menunggu technician TM untuk datang membuat pemeriksaan ... pada masa sama terus menggunakan khidmat jalur lebar Celcom untuk mengemaskini entri ini :)

UPDATE

Saya membuat keputusan memanggil technician Unifi saya kenali (bukan dihantar melalui Customer Service TM) dan mengupah mereka untuk melakukan pemeriksaan pada kira-kira jam 5 petang.

Tuntutan untuk melaksanakan pelbagai tugasan harian menggunakan internet tidak membenarkan saya untuk menunggu 24 jam.

"Lampu DSL tidak menyala, nanti kami periksa kabel di luar rumah," komen mereka.

Beberapa minit kemudian, talian internet pulih.

Hanya selepas jam 7 malam, TM menghubungi anak saya di rumah, bertanyakan status talian.

61 ulasan:

  1. ada masa mula2 masuk 3 bulan lepas...masalah sama gak...sekarang siarah Hypp TV plak macam VCD rosak...complen ckp diorg mmang tgh ada masalah sedang perbaiki...ni seminggu dah sama je..sakit ati mcm ni

    BalasPadam
  2. sy bru pasang seminggu lepas..hari ke-5 guna modem padam terus. segala perkhidmatan out. trus call CS..msa tga on call prepaid sy habis. tp cs yg sama call balik. seperti mana janji akan setel dlm tempoh 24jam. tengahari esoknya technician call n nk dtg rumah untuk check. proseder mcm biasa. TM akan kenakan rm50 kalau mereka cek n didapati kerosakan bukan brpunca drp mereka. Mslh solve sbb adapter modem yg rosak. Mereka tukar yg baru...haha..tengok la beberapa bulan lagi ok ke tak.. nasib abg Mazidul kurang baik la kot.....

    BalasPadam
  3. Bang, Unifi support memang level 0 kata TM nak jadi world class corp. tp bagi support level 0 susah lah. Unifi support tak kerja weekend plak tu, weekdays je.

    BalasPadam
  4. Saya punya UNIFI kalau ada masalah saya bagi 5 bintang kepada TM kerana dapat mneyelesaikan tak sampai 24 jam itu report yang pertama, repot kedua 24jam abis, buat repot baru selsai dalam 5 jam, bagi saya TM bertindak dengan pantas bermula dari help desk mereka sehinggalah ke teknisyennya, maklumlah kalau kerosakan sedikit hanya dengan meresetkan akaun sahaja akan selesai dalam masa yang singkat, kalau kerosakan yang teruk akan memakan masa yang lama pulak, namun pegawai khidmat pelanggan TM amat profesional melayan aduan pelanggan. Jadi 5 bintang saya bagi kepada bahagian khidmat pelanggan TM.

    BalasPadam
  5. TM service memang teruk...unifi ke stremix ke..dua2 service teruk...nk masuk.line slow...tp part payment laju pulak...pasang line kat opis...kejap ada kejap xde...dah xleh sabar...tutop tp tetap kena charge sbb kontrak....makan duit haram dorang ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bro line slow camne tu? slow byk kategori.. klu amik streamyx 384kb pastu komplen slow pun satu hal. Bayar nk murah tp servis nk laju agak2 la. slow kt opis klu pc sharing smpi 10 biji, pastu 10 biji dok layan download ape ke hal nye.. Huhuhu..

      Padam
  6. rasa rasanya inilah entry yang saya rasa amat berguna pada saya sebab TM Net memang tahu caj saja..servis kurang...sampai dekat sebulan baru okey...

    BalasPadam
  7. banyakkan lagi entry pasal TMNet..biar dorang tahu WE CARE A LOT..tq bro

    BalasPadam
  8. Aku pengguna Streamyx lepas tu UNIFI, tiada apa apa masalah besar pun dengan servis TM, hallo kawan2 TM dah berpuluh tahun sebagai pengendali perkhidmatan talian ataupun jalurlebar takkan mereka ni masih lembab lagi kot, jangan kerana sedikit masalah terus mengkondem TM lembab seluruhannya. UNIFI benda baru tentu ada sedikit masalah timbul bergantung kepada keadaan. Tapi bukan terus menghukum mengatakan TM makan duit haram pulak. Jadilah pengguna yang bertimbang rasa. ok .

    BalasPadam
  9. Bang Mazidul,

    Saya memang dah lama angin dgn TM ni. Saya hanya guna fixed line je. Sekali tu tel umah rosak tak de dial tone.. buat complain..sy siap remark kat operator tu yg mintak masalah diselesaikan dgn segera sbb rumah saya ada ibu sy yg OKU (yg lumpuh dan tak reti guna henset dn maid). Saya juga sound setiap kali hujan lebat dn ribut petir, mesti tel rumah akan rosak/tak de dial tone.

    dh lebih 24jam, bila saya hubungi semula dn beri no ticket aduan, alangkah terperanjant bila dia kata, no tiket dh tutup bermakna kes selesai. Angin saya sbb tel umah masih tak de dial tone tapi blh pulak dia tutup tiket aduan. dah le saya tunggu dekat sejam utk dapat bercakap dgn operator (line busy). Mau saya tak sembur diaorng. saya tanya, napa tak hubungi saya dn cek samada line dh ok ke belum. suka2 je tutup aduan. dah le tu...lepas dh puas saya sembur, dia kata dia akan buka semula no tiket tu.

    lepas tu saya komplen pakai email dan tanya boleh ke saya dapt reimburse balik kos saya tel utk buat aduan (bukan sikit, banyak tu sbb tunggu lama kat talian dan juga utk sembur diaorg). TM jawab tak de polisi utk mereka reimburse kos pelanggan yg buat aduan..

    saya heran, kenapa TM tak ikut style TNB, kalau operator mereka sibuk, sistem akan pickup no tel kita dan mereka akan hubungi kita semula. ni tak..saya kena tunggu lama. geram sungguh saya dgn TM.

    BalasPadam
  10. saya pun ada masalah juga dgn internet connection cuma, ini bukan dari TM, sebab apa bukan dari TM? Sebab TM tidak berani nak masuk sebab, mereka bagi alasan haritu sebab takut kecurian kabel, tak ramai orang hendakkan talian TM. Okay, sebelum memasukkan talian internet, stremyx and so on, kena masukkan tiang dan kabel dlu kan, so that is why dorang tak nak masukkan sebab takut kecurian kabel dan tak nak menanggung risiko. Okay, fine, saya pun dah putus asa, bukan apa, dalam zaman yang bukan main hebat dengan internet sana-sini, di bandar Besar yang sudah ada UNIFI dan di kampung saya dalam Daerah Raub (kampung Jenud) masuk tidak mempunyai talian kabel TM. Memang kampung saya ada Kampung Tanpa Wayar tetapi it does not do any justice. Kalaulah dana yang membuat KTW tersebut digunakan untuk memasukkan kabel TM, kan bagus. Tidaklah saya teragak-agak untuk mengundi. Sekarang, saya sudah teragak-agak untuk mengundi siapa. Hurrmm..

    Dan sekarang saya menggunakan Celcom, dan connection Celcom hanya EDGE/GPRS di mana ia TERAMAT PERLAHAN. Diluar sana, mereka menggunakan 3G, HSPDA dan yang laju2, saya masih menggunakan EGDE/GPRS. Kesian. Apa lah nasib. Namun, apa boleh buat, saya tetap gunakan connection Celcom Broadband EDGE/GPRS. Takde apa yang saya boleh buat.

    maafkan saya Encik Mazidul, saya hanya ingin menyatakan ketidakpuashatian saya. Saya ada blog cuma, itu tidak cukup untuk membuatkan orang lain tahu akan masalah saya. Mungkin hanya suara saya yang saya ada, suara kecil namun, mintak-mintaklah ia didengari.

    Jikalaulah Celcom menguatkan kekuatan pemancarnya, nescaya, lebih ramai orang akan menggunakan Celcom broadband.

    Sekali lagi, maaf.

    Terima kasih.

    BalasPadam
  11. as salam... saya dh rasa mcm mna jwb call customer mrh2... hmmm kdg2 manusia ni x fikir, yg jwb call org lain, yg baiki line org lain.. so biasanya Customer service ni, dia akan check report, dan tgk apa tindakan dr juruteknik. untung nsb dpt juruteknik yg bgus, dia siap call cust. utk confirmkn blik.. tp mslh slalunye berlaku bile juruteknik x buat kerja btl2.. bygkan x pasal2 customer service kne mrh.. ( sy la tu dulu).. tp kenyataannya mmg unifi ni bnyk prob. biasanye yg jwb call unifi semua org yg dh kering ht, mknnye bile kna mrh dh x rs pe2 dh.. sy pon gne streamyx, 4mb, ok, laju. yg penting xde limit. so b4 nk ambil unifi mmg kne pk btl2.. bnda baru, mmg bnyk prob, sdgkn streamyx yg dh lma pon still ada prob... heeeeeee

    BalasPadam
  12. Alamak kerana line TM tak masuk pun nak tukar selera mengundi pulak...alahai sikit sikit nak tukar...alahai....TM tu syarikat telekomunikasi abang oiiii, tak dak kene mengena dengan mengundi sapa papa yang perintah pun TM tu TM jugak la mungkin kalau bertukar kerajaan TM telekom malaysia akan bertambah terok...

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam encik melayu..TM adalah dulu dikenali sebagai Jabatan Telekom n then kuar dari GOV..

      Padam
  13. Saya pun pernah mengalami kerosakkan talian internet saya. Tapi tak pernah mengalami masalah berkaitan dengan kelewatan. Memang, after sales support TM hanya beroperasi waktu berkerja sahaja untuk pelanggan internet mereka. Tapi, jika Tuan Mazidul tidak berpuas hati dengan tahap perkhidmatan yang diberikan, adalah lebih baik Tuan Mazidul membuat aduan di saluran yang betul. Mungkin juga, pihak TV3 boleh mengambil jalur lebar TM sebagai satu topik dalam rancangan mereka. Contoh, dalam majalah 3. Setidak2nya ia dapat memberi informasi kepada penguna berkenaan perkhidmatan jalur lebar mereka. Jangan lah kata pekerja TM makan duit haram pula. Sebaiknya, semak dulu kontrak penjanjian semasa melanggan perkhidmatan ini. Kalau tak setuju, jangan ambil perkhidmatan tersebut. Aduan berkaitan perkhidmatan boleh diaju terus ke pihak TM melalui TM Point.

    BalasPadam
  14. salam,
    Saya bukan pengguna Unifi, baru bercadang tapi jika ini cara mereka melayan pelanggan, rasanya elok saya lupakan mereka. Apatah lagi saya pernah alami pengalaman hampir serupa ketika menggunakan servis streamyx.

    Pada ketika itu, hampir kerap saya berhubung dgn technician. Akhir bila saya minta technician sampai pesan saya bahawa saya akan hebahkan hal ini dlm akhbar kerana dah hampir sebulan saya x dpt guna servis, terus masalah blh selesai.

    BalasPadam
  15. Salam satu Malaysia kepada semua. Sebenarnya masalah dgn internet perkhimatan TM ini sememangnya belum ada kesudahan. Saya pelanggan internet TM sejak dari 2004 sampai sekarang. 2/3 tahun pertama seolah-olah kita meminta sedekah dari dia orang. Tapi semenjak saya berpindah ke kawasan lain setakat ini kalau rosak pun mereka dapat menyelesaikan masalah kurang dari 24jam. Kalau dikaji kebanyakkan masalah adalah berpunca kerana kabel x dapat menampung kapasiti pengguna setempat yang sentiasa meningkat. Kadang-kadang "customer service" pun banyak buang masa kita saja. Last-last check port dari sana yang bermasalah. Encik Mazidul cuba kemukakan issue mengenai " BIL ELETRIK" di mana pembacaan meter tidak dilakukan setiap bulan dan bil angaran dibuat ikut sesuka hati. Banyak antara kita tidak perasaan yang TNB buat duit dengan meter anggaran. Encik Mazidul tolong check issue ini mungkin kena siasat sedalam mungkin.

    BalasPadam
  16. bila nak cover isu kamera AES bro? baru tgk majalah 3 tadi. fuh!

    BalasPadam
  17. ada yg xpham kot....24 jam TM akn attend report...penyelesaian masalah berpunca dpd kerosakan..(kalau kerosakan minor cepatla,kalu major problem??? cable kena curi???? xkan 24 jam???-nk kena tau kt mana cable kena curi/bpe panjang/cable apa)TM kena selesaikan masalah di luar dulu(side TM) kalu xde pape baru rumah customer...masa buat report ada diberitahu..alahai internet kita ni x macam KOREA sbb deyrang cipta fiber cable utk telekomunikasi...untung ada...kalu x suka...mmm..ada lain lg provider...org jenis x sabar jek call deyrangnya customer service marah2...(cam xde otak)..nseb bek depa penyabar..sbb tu ada istilah "sediakan payung sebelum ujan"...kepada bro mazidul harap bersabar...entri anda mmg bgus...lau sape2 nk intenet perfect leh duk KOREA..maybe SINGAPORE??? kui..kui..kui...

    (post aku bukan nk sebelahkan TM - produk deyrang taula depa nk settle camna..
    -wassalam-

    BalasPadam
  18. Cube kalau servis tnb mcm tm. Agak2 apa jadi pada masyarakt? Mentaliti sykt telekomunikasi, x amik serius dgn servis yg dijanjikan. Duit nak...servis hampas. Utk berlaku adil, kenapa sistem bil x rationalise dn kurangkn harga bayaran bulanan sbg penalti kiranya servis mereka interupted. Baik x de line maupun kelajuan yg djanjikan x smpi. Ingt berkat ke duit yg sykt dpt skrg ni? Servis x beri cas tetap sama...kat akhirat...semua board, top mgmt, senior2 mgmt hadap le. Nmpk mcm remeh tp renungkn le. Sykt janji tp x deliver...ramai yg akan tuntut kat akhirat.

    Klu elektrik terputus 5minit pnya ramai yg maki hamun tnb... kdang2 member techncn tnb citer, br je blackout...smpi kat site..dh kena maki...renungkn le..

    BalasPadam
  19. so far hamba pakai unifi ok je... jarang OFF pon... x de masalah pon..

    kat kampung, pakai streamy da nk lebih 5 tahun, tpi 2 kali je wat report... saye pon heavy usage..

    disbbkan unlimited, jgn la abuse modem anda.. t rosak, salahkan TM padahal sndiri yg seksa modem tu..

    BalasPadam
  20. Assalamualaikum W.B.T...
    Saudara Mazidul,maaf jika ini tidak berkaitan dengan topik cuma saya hendak bertanya,apakah motif di paparkan aksi superbike di dalam M3 semalam..adakah untuk menjatuhkan riders SBK di pandangan mata umum ataupun ianya untuk kempen keselamatan jalan raya ataupun perlunya AES di dalam negara ini..mohon pencerahan saudara kerana saya ada terdengar bunyi bunyi yang tidak sedap di dengar dari mulut bikerz tentang paparan semalam..mungkin sahabat sahabat saya akan menyusul selepas ini untuk bertanyakan hal yang sama..saya mohon pencerahan yang amat cerah dari saudara mazidul sebelum kami bikers masuk sini dan serang dengan pertanya dekat blog saudara..terima kasih..

    BalasPadam
  21. Azlan, jurukamera dan saya hanya menjalankan tugas dan merakamkan visual.

    Jika motosikal ditunggang laju, itu faktanya, sama jika ditunggang perlahan, itu jiga fakta.

    .. dan memaparkan visual itu tidak melanggar undang-undang penyiaran di negara kita unless jika dibuktikan sebaliknya.

    BalasPadam
  22. SMTI- bang, decoder tu, elok kalau direndam dalam air kolah, pastu bolehlah panggil technician tu datang ke rumah. Pastikan tiada air menitik dari dalam decoderr tu ye.

    BalasPadam
  23. aritu aku ada rosak gak kat umah, aku call pagi dlm kul 9pg, siap dia ajar mcm² dulu nk tahu apa kerosakan, xboleh diselesaikan, dia cakap nanti dia htr ke bahagian operation yang akan dtg check dkt umh, dlm kul 12tghari tu dh ada org call nak datang check. xder masalah pun mazidol ni cakap. cepat dan tangkas je kerja dorang. dh kul 1230 tghari aku dh boleh pakai balik service, ari weekend plak tu dorang kerja, aku pun pelik la ngan segelintir manusia ni. nk baiki service cepat, nk bayar bill belum tentu cepat. kalau xder TM tu pastinya korang xdapat guna internet dlm malaysia ni, sb yg aku tahu semua service internet dlm malaysia ni dari TM pastu syarikat komunikasi lain sewa. guna brukband pun lagi teruk, duk kl xpe ada line, duk kg, hampeh xder line pun...slow nk mampos...bersyukurlh dgn apa yg ada. dh kalau xnak service tu, potong je line yg korang xsuka tu...habis cite.

    BalasPadam
  24. Saya pernah menghadapi madlah dengan streamyx di Kerteh yg mengambil masa hampir sebulan. Bila call talian 100 tu jawapan yang sama diberi, "kami akan hantar technician utk check" sampai hari yang ke-18! Saya cadangkan bro Mazidul buat laporan ke SKMM dan minta rebate dari TM utk setiap hari perkhidmatan tidak dapat digunakan.

    BalasPadam
  25. Baru 5bulan guna unifi, buat masa ni xde masalah. pernah sekali je line down, tel dorg mlm tu, pagi esok technician tel nak dtg, tp sy keje, esok tel lagi, lusa tel lagi, sy minta dtg lps keje dlm jam 7PM, 6.57PM technician dah dtg, katanya sepatutnya dia dah blk tapi tetap singgah rumah saya. sgt komited! TQ Technician En. Azmi

    BalasPadam
  26. Assalamualaikum w.b.t
    Saya harap saudara M.A.S dapat memberi jawapan kepada semua sahabat bikers sama ada apa yang di tayangkan dalam M3 itu adalah realiti secara tidak sengaja sikap sesetengah bikers di atas highway ataupun apa yang di paparkan itu hanyalah lakonan propaganda semata mata..saya harapkan kejujuran dari pihak saudara dalam memberikan jawapan ini..jika jawapannya lakonan saya harap saudara dapat memohon maaf secara terbuka kepada semua bikers kerana apa yang di paparkan mencacatkan pandangan orang awam kepada bikers..jika jawapannya tidak,ianya realiti secara tidak sengaja,Insyallah saya akan menjemput sahabat saya bertandang ke sini..
    Terima Kasih.

    BalasPadam
  27. quote:
    help desk/TM service memang teruk...

    aku agak la..
    diaorang ni kurang latihan/kursus kut..
    biasanya mcm tu la..
    apabila nama naik gi kursus..
    berebut2 cari alasan !!

    BalasPadam
  28. sekurangnya jujur jugak , tunjuk download celcom broadband = 0.13kbps .. yang UNIFI punya share la sama ... boleh jugak tolong buat promosi

    BalasPadam
  29. salam.
    sy juga pernah mengalaminya..tp sy pakai streamyx..
    1.strymx sy berapa kali kena potong (tp sy bayar ya setiap bulan tanpa gagal)
    2.kalu buat report, dia sambung sana, dia sambung sini..(byk sgt bahagian, tp masih x settle walaupun tempoh panggilan melebihi sejam)
    3.sy sudah gunakan strmyx hampir 2 thn, TM masih caj saya sewa telefon (sepatutnya pakej strymx tiada sewa telefon)
    4.sy sudah beberapa kali membuat aduan di kaunter, (sebab bil tinggi melampau n masalah kena potong line)dan mereka telah buat pelarasan, tetapi masih lagi ada caj sewa n lain2 caj yg xsepatutnya
    5.perkhidmatan di kaunter juga lembab dan tidak mesra
    6.sy jadi stress dgn kedatangan bil bulanan dan rasa nak sue ajer TM ne..

    hanya meluahkan..terima kasih.

    BalasPadam
  30. Salam En. Mazidul,
    Saya Amin Ashaari, wakil dari jabatan Media Sosial dan Digital TM. Kami harap talian internet En. Mazidul sudah kembali beroperasi pada tahap yang memuaskan dan kami meminta maaf atas segala kesulitan yang dihadapi.

    Di sini kami ingin mengambil kesempatan untuk memaklum kepada En. Mazidul bahawa TM ada akaun Twitter khas untuk membantu pelanggan-pelanggan kami melalui medium Media Sosial. Jadi jikalau En. Mazidul ada masalah dengan talian internet atau apa-apa sahaja yang bekaitan dengan TM sila hubungi kami di @TMConnects di Twitter. Semua pertanyaan dan aduan yang dibuat kepada @TMConnects akan dijawab dengan kadar segera.

    Sekali lagi kami meminta maaf atas segala kesulitan yang En. Mazidul hadapi.

    BalasPadam
  31. Amin Ashaari, terima kasih di atas komen membina.

    Perkhidmatan talian internet ketika ini, baik.

    Untuk pengetahuan, dua rakan technician saya panggil ke rumah menyelesaikan masalah dihadapi dalam tempoh kurang 30 minit walhal kakitangan Customer Service TM saya hubungi berulang kali tetap mengatakan "Encik kena tunggu 24 jam".

    Oleh itu, saya sangggup mengupah mereka berbanding menunggu masa lebih lama. Maklumlah, buruh kasar seperti saya memerlukan talian internet untuk bekerja.

    Terima kasih.

    BalasPadam
  32. hmmmm...kdg2 geram bila situasi mcm tu jd kt kiter....dan bukan setakat TM je, ade lg beberapa syarikat yg melibatkan teknikal ni melayan pelanggan mcm tu...byrn nk kt wat cpt2...kdg2 tu br terlewat sehari dh kene potong...nk smbg siap cas lain plak lg...tp servis yg dorg bg, hampeh.....kdg2 aduan telah pun dibuat beberapa kali tp biasa lah...jwpnye semua x memihak pd kita...kdg2 kecewa sbb servis yg kita nk gunakan semangnyaamat diperlukan....

    BalasPadam
  33. Salam En. Mazidul,
    Internet memang penting di zaman serba moden ini dan kami amat memahami hakikat itu. Alhamdulillah talian En. Mazidul sudah kembali pulih dan kami berharap tiada ladi kerumitan selepas ini. InsyaAllah.

    Seperti yang saya maklum tadi, kami sentiasa mendengar di Twitter @TMConnects jikalau En. Mazidul ada pertanyaan atau perlukan bantuan segera. Kami akan berusaha menyelesaikannya.

    BalasPadam
  34. saya pergi ke tm center teluk intan untuk membuat aduan kerosakan talian dan streamyx serta membuat bayaran bil. perkhidmatan sgt mesra gitu, masuk je layanan yg diberi amat baik dan sy sgt berpuas hati. tindakan pembaikan juga pantas.

    BalasPadam
  35. korang ingat sorang technician disdiakan untuk sekor customer ke? keter bru bli pn kdg2 ad poblem ,,,pkirr sndiri la

    BalasPadam
  36. mintak abg mazidul bongkar suma pasai telekomunikasi ni....dr tm sampai la ke maxis mmg perkhidmatan truk.....kata negara maju tp bab komunikasi truk gila.......

    BalasPadam
  37. Salam bro Mazidul,
    tahniah la sebab posting ni dapat perhatian dari TM. Sebagai pengguna kita ada hak untuk menyatakan ketidak puashatian kita kepada sesuatu servis. Cuma hak nak dapat rebate sebab internet tak leh pakai je yang TM tak nak bagi. Terima kasih atas posting yang menghighlightkan masalah pengguna TM.Sebagai bekas pengguna Streamyx, saya pun pernah merasa masalah yang sama juga. TM patut lebih banyak 'aksi' dari lebih banyak 'cakap'. Bil sudah bayar fixed bulan2 la dey!!

    BalasPadam
  38. Saya pengguna Unifi dah setahun lebih. Masalah paling lahanat adalah bila call service center. Dia punya nak angkat call ada kot 10 minit. Tu nasib bek. Aku pernah record 20 minit pun ada. Tapi record tu dah hilang bila aku tukar HP len. Tggu 24 jam tu adalah biasa bagi mereka.

    Pernah terputus 3 hari tak berinternet. Betul gak, kalau 3 hari tak leh pakai internet adakah Unifi akan rebetkan 3 hari tu. Aku rasa jawapannya lancau lu la gue nak rebetkan bila takde internet.

    BalasPadam
  39. assalam en. mazidul, sy pengguna unifi hmpir 3 thun..mmg ade problem connection..tp kite jugak kene tau ape puncenye..luckily my husband is a technician yg biase bekerja dgn mesin2, satu hari dia rase modem unify tu trlalu panas.jd, km gunakn cooler pad yg diletakkan dibwh modem.alhamdulillah, it works very well..sy bg tahu dgn org tm yg sy buat mcm tu n diorg pon terkejut..so, there is the sollution finally..cubalah, mana tahu..sbb biasanya klu benda tu panas sgt it cannot function very well.ni lah yg biasa unify users hadapi..jazakallah..

    BalasPadam
  40. da nama customer service.. mestila layan karenah customer kan.. ak customer service dan aku respect cust yg ada berILMU DAN berpengalaman bercakap dgn customer service untuk apa2 servis la kan.. sebab.. bila dorang xtau.. dorang NAk explanation.. why why why.. cube korang tnya balik customer service kenapa kenapa kenapa untuk itu ini.. then.. ada jawapan..
    cth.. knp internet saya asyik down down down jer..? kenapa kena tgu 24 jam..? kenapa call center unifi kena bayar plak..? kenapa internet saya asyik sloowwww GILLEERRR,,? knp kena bayar RM50 lak bila salah saya...? cer tnya dorang.. MESTI ada jawapanya.. yg luah2 cnie jus luahan je.. TANPA explanation.. selagi itu masih xrasa puas hati lol... mana2 pekhidmatan disediakan di MALAYSIA mesti ada yg xpuas hati.. sebab TIADA pemahaman yg lengkap dan cukup.. malu bertanya sesat jalan seperti pepatah org lama..

    BalasPadam
  41. as salam bang..wlpon sy xpkai unifi..tp hanya streamyx, ttp lebih kurg ja kes mcmni..masalah hnya berada di modem/router terbabit, ttp CS TM mmg mcm xtahu apa2...lg satu, bila techinian yg dtg ke rumah pon rekomen pasni call depa truih..xpayah kol CS tu..depa xtaw apa2...
    2nd part is bab unifi ni mmg masalah..masalah apa?masalah fiber..iaitu Fiber Optic yg dgunakn sbg medium penghantaran data utk unifi ni..fiber ni mmg sensitif..n utk servis yg lancar..maintenance pon kna la baguih..sbb tu kita byk dgq komen kt Malaysia ni "1st world infrastructure but 3rd world maintanence" sekian terima kasih..hnya sekdar berkonsi..TQ

    BalasPadam
  42. salam mazidul,

    saya ada pengalaman 15 kali buat aduan tentang unifi ni..dah 5 kali tukar router..and setiap unit item lain2 pun dah ditukar..

    Ada sekali tu diatas kesilapan technician dia, saya kena bayar bil tambahan RM500.. mengamuk saya dibuatnya..

    Akhirnya terpaksa saya emel aduan, cc kepada top management. Tak sampai 2 jam..dapat panggilan khas dari pegawai TM. kes saya selesai.

    Persoalannya..tak kan nak kena tunggu report ke big boss baru nak bertindak pantas?

    BalasPadam
  43. Bro, saya pon pengguna Unifi tapi amin takda pon masalah yang macam bro cakap. mungkin masalah nie jadi sebab helpdesk yang tak membantu. Saya pernah tolong orang lain buat report talian tetap macam pengunjung tu cakap "call helpdesk" tapi tak membantu tapi cuba kunjungi kedai TM "TM Point" untuk aduan masalah insyaallah cepat settle. TM telah meningkatkan mutu service cuma kita yang tak perasan, kalau tak percaya tanya kawan2 yang pernah dapat kunjungan dari pihak TM dan mendapat bantuan dalam masa terpantas.

    Saya juga pernah mendapat lawatan staff TM bahagian sales pada hari ahad hanya untuk inform sistem unifi akan slow kerana sistem upgrade. Amin sekarang unifi saya makin laju tengok cerita online pon tanpa sangkut2 macam DVD Rosak.

    BalasPadam
  44. wsalam, baguslah kalau mcm tu..
    tapi......
    kalau ditanya mana ada customer servis yg akan reveal kes yang negatif..
    barangkali boleh check dgn TM Unifi, apa yg trjadi dgn kes kat Bukit Bandaraya Shah Alam... mustahil mereka akan lupa dgn kes saya.. cuba tanya mereka ingat lagikah laporan yang saya hantar ke top management. Bila laporan sampai ke top management barulah ada tindakan drastik. bukan stakat laporan email n telefon, saya dah wat aduan face to face di kedai tm.. tapi harammm berbulan bulan xda tindakan.


    sampai bila nk kena guna direct deal dgn top management baru nak cepat ambil tindakan? been there done that! sekian.

    BalasPadam
  45. salam semua,

    bagi saya apa jenis produk ka, perkhidmatan ka, semua ada pro dan cons. yang paling kita semua tak sedar adalah KUASA PENGGUNA. dalam akta perlindungan pengguna, dalam website KPDNKK pun ada diwar-warkan KUASA PENGGUNA ini. gunakan lah. macam mana nak guna? sila la buat carian maklumat, takkan itu pun saya nak ajar. hehe..ok...salam sekali lagi..harap maaf kalau terkasaq bahasa na...

    adam

    BalasPadam
  46. anda boleh daftar secara online di laman web www.daftarunifionline.com


    jimat minyak..........

    BalasPadam
  47. Sekarang sy ada masalah unifi. Sy call talian bebas tol lepastu dia sruh masukkan no telefon rumah yg unifi tu sy xpakai fon tu..sebab mcm rosak je kan..so sy xtau no telefon rumah sy skg..mcm mana nk contact unifi ni..aduhai :'( dah seminggu dh mcm ni. Sy terpksa guna mobile internet maxis skg. Damn la

    BalasPadam
  48. Salam.sy nye unifi pun prob,lampu optical dia jd warna merah and no choice kna call cust service. The technical officer suruh i buat tu buat ni but the prob cannot solved so they give me a report number and later will ask technician utk call and fix appoinment.sy buat report pada jam 4ptg 8 Jun 2013 and arini masih tiada feedback dari unifi.bila saya call lg cust service,dorg suh tgu spi esok pulak.Memang perlu kesabaran yg tinggi kerana kitabtidak dapat menonton tv,membuat panggilan pun mgunakan telefon hset krn talian ttp out and home bisnes sy terganggu kerana tidak dapat online.Kalau pun esok,mslh ini dpt diselesaikan, apakah gantirugi yg pihak TM boleh bagi untuk cover beberapa hari ni??

    BalasPadam
  49. S A L A M S E M U A
    Saya sebenarnya pelajar praktikal TM di Politeknik. Sebenarnya kita tidak tahu apa masalah di luar sana sama ada masalah kerja mereka atau masalah luaran. Disini saya kan ceritakan pengalaman saya yang A N D A S E M U A tidak tahu. Pada pengalaman saya, report untuk U N I F I problem yang paling tinggi adalah rumah K O N D O M I N I U M,
    A P A R T M E N T (lebih dari 5 tinggat/senang citer rumah ade Lif) dan juga bangunan tinggi. Ini kerana bangunan jenis ini menggunakan sambungan telefon/internet jenis
    H A L F copper, H A L F fiber (VDSL) B U K A N menggunakan cable fiber optik 100%. Ini kerana masalah mungkin disebabkan wire ring (copper) pada bangunan. Sama lah macam wire ring elektrik, tak kan nak salah kan TNB sedangkan masalah itu pihak management bangunan yang bertanggungjawab. TUGAS TM ADALAH MEMASTIKAN SAMBUNGAN INTERNET/TELEFON SEMPURNA SAMPAI KE BILIK MDF (kalau rumah kondo ada kt underground/tempat parking kerete) dan MODEM,ROUTER & SET UP BOX UNIFI DI RUMAH PELANGGAN. Bagi yang rumah yang demikian, kalau nak BAGUS SANGAT, upah C O N T R A K T O R fiber. Suruh dier pasang wire FIBER OPTIK dari rumah sampai underground (MDF)

    BalasPadam
    Balasan
    1. semua kegagalan TM untuk provide service sepatutnya disusuli dengan diskaun, baru pelanggan tak marah...

      Padam
  50. K E P A D A N U R U L (komen diatas saya)
    masalah OPTICAL berwarna merah disebabkan masalah wire ring FIBER dari underground hingga tiang (Distribution Point) bermasalah ATAU wire ring FIBER dari tiang (Distribution Point)hingga ke rumah pelanggan (FTB) bermasalah. Masalah pada wire ring FIBER dari underground hingga tiang (Distribution Point) memerlukan masa lebih kerana staff TM memanggil pihak kontraktok (procedure) untuk membaik pulih atau mengganti kan wire ring FIBER yang rosak. KALAU ANDA NAK TAHU PIHAK TM MENYEDIAKAN INTERNET/TELEFON BUKAN BUAT WIRE RING FIBER/COPPER SATU MALAYSIA. Itu semua kerja kontraktor. Samalah macam TNB. TAK KAN TNB yang buat wire ring satu malaysia nie. Die memastikan perkhidmatan nya dapat di gunakan

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau dah tau fiber tuh rosak awat tak ganti cepat2 dah pelanggan talipon banyak kali sampai ngamuk2 .... sampai... bukan tak bayar benda bayar...kalau internet free tak pk gak... tak ganti terus aku pon tak kisah..kalau saudara kata sama mcm tnb kenapa servis tak mcm tnb... kalau tnb boleh lakukan kenapa tm tak boleh lakukan.. nk kata syarikat cap ayam bukan cap ayam taraf international... ada nama.... adakah ini salah satu langkah tm untuk menjimatkan kos????

      Padam
  51. dah naik menyampah dengan servis talian internet kt malaysia nih mana2 pon sama semua janji palsu.... biler kita tak bayar ugut sana sini macam along mintak utang.... tapi servis mcm SAMPAH.... tolong laa berita nih masuk tv 3... kata malaysia menuju kearah negara maju... nak maju macamana kalau internet pon dah mcmn...

    BalasPadam
  52. Keluhan Pengguna UNIFI (TELEKOM ) Sungai Petani
    >Sudah 32 hari saya order REMOTE CONTROL UNIFI ( RM25) tapi masih belum sampai. TM POINT Sungai Petani kata stock dari KL belum sampai.

    >32 hari tu kira lama jugalah, kalau REMOTE TU ( Hand made ) pun sepatutnya sudah siap.

    >Pesan saya kepada PENGGUNA UNIFI , kalau REMOTE CONTROL nak rosak,kena order 60 hari sebelum ia benar benar rosak.

    Tahniah TELEKOM MALAYSIA kerana kes lambat ini.
    Subri Abdul Ghani 0124825589

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.