Sebelum ini ramai pernah mendengar kes rumah peminjam wang daripada ceti haram, Ah long, disimbah cat merah. Pelbagai notis ditulis kata-kata kesat turut ditampal di pagar rumah atau laluan ke rumah peminjam bertujuan menjatuhkan maruah mereka.
Saya difahamkan, sebilangan Ah long kini mengubah kaedah pemberian pinjaman.
Semalam, sewaktu minum di restoran, secara berkebetulan, saya terserempak dengan lelaki berusia 31 tahun, mendakwa dirinya Ah long.
"Sekarang banyak senang. Kita tidak perlu ugut orang. Tidak payah simpan orang punya kad pengenalan kalau takut orang tidak mahu bayar balik itu wang dia pinjam. You tengok, kalau kita bagi pinjam RM10,000, tiga orang lari, kepala banyak pening dan kita rugi. So paling banyak kita bagi pinjam, RM2,000. Ambil dia punya barang berharga dulu, macam handphone atau komputer tablet, harga mesti lebih daripada RM2,000 dan kemudian baru kita berikan dia cash," katanya.
"Kalau peminjam lari?," tanya saya.
"Lari? Larilah! Dia punya barang, kita jual, itu wang kita mesti dapat balik. Kalau boleh jual sikit mahal, boleh dapat untung juga," jawabnya.
"Berapa banyak untung bila bagi orang pinjam wang?," soal saya.
"Tiga puluh lima percent," balasnya.
Maksudnya, jika RM1,000 dipinjamkan, Ah long akan mengutip RM1,350 andai peminjam membayar kembali wang ah long.
SMTI - Ahlong ni kira ambik suntung sikit je, bank-bank ternama lagi BESAR PUNYA AH LONG. Cuba kira harga kereta dipasaran dan jumlah wang yang kita kena bayar tiap bulan sampai habis. Harga rumah pun mcam tu juga. Bank ambik untung 200%. Riba'.
BalasPadamNota:- Belilah barangan dan hartabenda secara tunai, amalkan menyimpan demi masa depan, bukan berhutang seumur hidup. Amalkan hidup sihat tanpa hutang.
SMTI
BalasPadamNampaknya Ah Long sekarang ini telah mula menggunakan konsep bank - ada cagaran. Kalau bank, perlu ada cagaran jika dirasakan kurang mampu. Dengan Ah Long, mampu atau tidak, cagaran untuk membantu mereka meraih lebih banyak keuntungan.
BalasPadamAdakah ini akan menyukarkan lagi pihak berkuasa membanteras perkara ini atau skim Ah Long akan mati secara sendiri bila semakin kurang orang ada cagaran nak buat pinjaman. Mungkin ada kaedah lain pula mereka akan fikirkan...
kalau yg tiada letak cagaran tp tak dapat bayar macam mana???
BalasPadambagaimana pula yang pinjam ahlong tanpa letak cagaran..bila tidak dapat bayar bunga secara mingguan apa tindakan yang boleh kita buat??report polis ke atau ada cara lain...
BalasPadam