Selasa, Disember 18, 2012

YA ALLAH! AYAH PATUT MEMBUAT SUJUD SYUKUR



"Tolong tengok laman sesawang Score A. Google www.scorea.com," pinta saya kepada anak sulung, Muhamad Afif Faiq, 14 tahun.

"Ok," balasnya.

Afif mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR dua tahun lalu dan kini menuntut di sekolah cemerlang di Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Saya kemudian menyerahkan dua kad Score A kepada Afif  dan adiknya, Muhamad Azard Faez, 11 tahun, bakal menduduki peperiksaan UPSR tahun hadapan.


Sebaik berpeluang menggunakan perisian Score A terbabit, Azard mula mencuba menyelesaikan beberapa soalan Matematik dalam bentuk set.


"Azard sudah membuat dua set soalan Matematik. Satu set ada 15 soalan dan akan membuat latihan tubi set ke tiga. Subjek Sains, Azard selesaikan satu set," ujar Azard dua jam kemudian.

"Ya Allah! Ayah patut membuat sujud syukur," perli saya.

Dia tersenyum lebar, nakal.

Sebelum ini, amat sukar untuk anak bongsu saya itu mentelaah pelajaran. Dia lebih gemar bermain Black Shot.


Tidak hairan jika abang dan rakannya tersenyum sinis sewaktu melihat dia cuba menyelesaikan soalan Matematik Score A.

"Afif telah membuat 6 set latihan Matematik dan dua set soalan Sains. Selepas selesai menjawan setiap set, kita submit dan kemudian berpeluang melihat peratusan soalan dijawab betul dan salah. Bagi jawaban salah untuk subjek Matematik, kaedah penyelesaian dan jawaban betul diberikan. Selain latihan untuk subjek Matematik dan Sains, latihan untuk subjek lain seperti Bahasa Melayu, Kemahiran Hidup, Sejarah, Geografi dan English pun ada," kata Afif.

"Score A ini lebih kurang macam tuisyen tetapi tanpa cikgu. Jadi tidak ada masalah kelas ditangguhkan, kalau cikgu tidak datang," celah Azard. 


"Satu lagi, kita boleh membuat latihan secara lebih selesa di rumah mengikut waktu sendiri tetapi harus mempunyai disiplin," tambah Afif.

Saya perhatikan, Azard juga sempat menerangkan kepada rakannya, Dzulhazreen Hassan mengenai perisian digunakan.


Sebelum ini, saya pernah menerangkan kepada Afif dan Azard berhubung perbezaan ketara di antara ilmu dan wang.

"Jika kita ada RM10 dan kemudian diberikan RM5 kepada sesiapa, baki di tangan kita berkurangan, tinggal RM5. Ilmu berbeza. Andai dikongsikan bersama orang lain, ilmu tidak luak pada diri kita dan berpeluang dimiliki oleh orang lain," ujar saya.

Saya berharap pesanan itu akan sentiasa terpahat di minda mereka, biarpun pada waktu saya tiada lagi di dunia ini.

Kita semua harus mengakui hakikat, melalui teknologi, kaedah pembelajaran anak boleh LEBIH dipermudahkan dan pada masa sama Score A membenarkan ayah atau ibu memantau keputusan latihan anak mereka dari jarak jauh dengan menggunakan kemudahan internet.

Jika berminat untuk mengetahui bagaimana Score A mampu membantu pembelajaran anak, sila hubungi Puan Sabina Ramlee di talian 019 381 6422.

3 ulasan:

  1. Saya setuju, perkongsian ilmu perlu diterapkan diminda anak-anak. Bukan sahaja ilmu tidak luak, malahan berkongsi ilmu secara tidak langsung membantu si pemberi ilmu mengukuhkan lagi ilmu yg ada di dalam dirinya

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.