"Bro, marilah minum," kata kru Penyingkap Fakta 666, Razali Harun.
Dua hari lalu, Razali mempelawa ketua kumpulan paranormal dikenali di Singapura melalu mesej di Facebook.
"Di mana?," soal Angah Soulhunterz.
Nama sebenar anak sulung daripada tiga beradik itu, Shaiful Saad, dilahirkan di Kampung Marsling, Singapura.
"Kota Damansara," balas Razali secara bergurau.
Petang semalam, kira-kira jam 6 petang, Angah tiba di LCCT. Saya dan Razali kemudian menjemput anak muda berusia 35 tahun itu di lapangan terbang.
Jam 8.30 malam kami singgah di restoran mamak untuk membasahkan tekak.
Angah mula terbabit dalam kajian kes paranormal sejak 7 tahun lalu. Selain Malaysia, dia bersama 12 lagi ahli kumpulan itu berpengalaman menjalankan tinjauan di beberapa negara lain termasuk Indonesia, Vietnam dan Jepun.
"Di awal pembabitan, Angah sendiri pernah duduk di liang lahad digali semula di Banten, Indonesia. Saya dikafankan, disiram air kapur barus dan setelah dua jam setengah terlentang, tiba-tiba muncul makhluk kelihatan seperti kepala dilengkapi usus di luar di hadapan mata. Saya tergamam, pengsan, sebaik terjaga, Angah berada di katil di rumah dan sebahagian daripada tubuh Angah seperti lumpuh," ujar lelaki masih lagi belum berpunya itu.
"Minum apa?," soal saya bersama Razali.
"Teh 'O' manis," balasnya.
Di Malaysia, kita memesan teh 'O' tanpa perkataan 'manis'. Berbeza negara, berlainan juga nama digunakan untuk minuman sama.
Jam 8.30 malam kami ke Pizza Hut di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor untuk meraikan hari ulang tahun anak saudara saya.
Angah bercerita panjang berhubung kegiatan dilakukan selama ini bersama ahli kumpulannya di Singapura.
Hampir jam 12 malam, kami kembali semula ke restoran mamak dan Angah diperkenalkan kepada dua lagi kru Penyingkap Fakta, Azayusrin dan Boy.
"Kru Angah, lima belas orang akan datang ke Malaysia pada 15 Disember ini dan InsyaAllah akan menjalankan tinjauan serta rakaman bersama kru Penyingkap Fakta. Visual terbabit akan digunakan untuk penerbitan DVD berdurasi 120 minit akan dipasarkan di Singapura," jelas anak muda bersikap merendah diri itu.
Hakikatnya, pengalaman diraih oleh kru Penyingkap Fakta dan ahli Soulhunterz Production terlalu jauh berbeza, bak langit dan bumi.
Namun saya percaya, semangat kami setara.
Apapun, saya dan kru ingin mengucapkan selamat datang kepada semua ahli Soulhunterz Production. Saya yakin, setiap kegiatan dilaksanakan secara ikhlas berlandaskan minat mendalam, InsyaAllah mampu membuahkan hasil terbaik.
Itu harapan kami semua.
ni rancangan untuk apa ye bro?
BalasPadamsiapakah gadis dibelakang kanak2 berbaju kuning itu? manis skali.. :)
BalasPadamtak semua org sanggup menempuh pengalaman dikafan dan berbaring dalam liang lahad macam bro angah tu...
BalasPadamhttp://buasirotak.blogspot.com/
SMTI
BalasPadam