Khamis, Januari 31, 2013

SUMBAT LOBAK KE DALAM KEMALUAN ANAK

Kes berlaku di Utan Aji, Kangar, Perlis, sejak setahun lalu ini saya anggap amat pelik dan tidak berperikemanusiaan. 

Remaja perempuan berusia 13 tahun, mendakwa sering dicabul oleh ayahnya berusia 46 tahun.

Selain dipaksa berbogel sebelum kemaluan dan payu dara diraba dek ayah sendiri. Lelaki sepatutnya melindungi dia itu juga menyumbatkan lobak merah ke dalam kemalauan anaknya sambil visual dirakam menggunakan telefon bimbit.

Hasil rakaman kemudian dijual kepada rakan lelaki itu.


Klik di sini untuk membaca berita penuh.

Mengapakah ayah gadis itu tergamak melakukakan perbuatan terkutuk dan amat menjijikkan?

3/27

Sebelum Himpunan Kebangkitan (bukan semua) Rakyat pada 12 Januari lalu, pihak penganjur telah mempersetujui 27 syarat ditetapkan oleh pihak polis.

Klik di sini untuk membaca syarat terbabit.

Syarat ke 21 secara jelas lagi nyata mencatatkan panganjur harus memastikan tiada kanak-kanak berusia di bawah 15 tahun dibawa ke perhimpunan. Syarat itu juga telah dipersetujui oleh penganjur.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad, kemudian mengesahkan 3 syarat telah dilanggar, klik di sini mengikut Seksyen 4(2) Akta Perhimpunan Aman 2010 dan Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Kini polis sedang cuba mengenal pasti identiti mereka di bawah seperti disebut oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Salleh.


Klik di sini.

Jika mengenali mereka, sila berhubung dengan pegawai penyiasat,ASP Tonny Lunggan di talian 014 622 5262.


PRODUK TERBAHARU DANOK


Ramai rakyat Malaysia gemar ke Danok, Thailand untuk membeli-belah mungkin kerana bandar terbabit terletak di sempadan dua negara termasuk warga emas.


Barangkali mereka berkunjung ke bandar itu untuk memakan somtam atau sup kuku. 


Selain daripada pameran coli berwarna-warni untuk dijual kepada pelanggan wanita berminat, Danok kini mempunyai produk terbaharu ditawarkan.


"Sekarang ini ramai pelanggan suka membeli pistol gas, lebih hebat dan berbahaya," dakwa peniaga gerai saya temui.


Sebelum ini peniaga di Danok menawarkan 'pistol cicak', senjata replika menggunakan peluru bebola plastik kepada pelanggan Malaysia. Kini senjata itu tidak lagi popular kerana muncul pula 'pistol gas'.


Senjata replika di atas berharga di antara RM200 dan RM1,000 di pasaran terbuka di Danok bergantung kepada jenis serta kualiti. Pistol terbabit menggunakan gas di dalam tabung untuk melancarkan peluru bebola besi . Melalui pengamatan saya, pelbagai jenis senjata dijual hampir menyamai rupa pistol asli jika dilihat dari jarak dekat.


Apapun perlu saya maklumkan, memiliki senjata replika seperti itu bersalahan dengan undang-undang di Malaysia.

Mengapa?

Kerana senjata replika terbabit antaranya boleh disalahgunakan oleh penjenayah untuk merompak dan menyamun.

Lebih menarik, barangan digunakan oleh pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia turut berlambak dipasaran  Danok. 


Rabu, Januari 30, 2013

PERDANA MENTERI MALAYSIA, DATUK SERI ...

Saya berpeluang berbual bersama bekas kakitangan kerajaan sewaktu makan malam di Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Satu daripada soalan diajukan oleh beliau amat menarik perhatian saya.

"Jika Datuk Seri Anwar Ibrahim berpeluang menjadi Perdana Menteri Malaysia, selepas Pilihan Raya Umum 13, selepas dia, siapakah pula bakal memegang tampuk pemerintahan negara kita?"


Hakikatnya, PKR tidak mampu memenangi kerusi majoriti jika tidak bergabung bersama PAS dan DAP.

Begitu juga PAS dan DAP.

Untuk bertarung dalam pilihan raya, ketiga-tiga parti terpaksa bergabung bertujuan untuk menumbangkan BN.

JIKA ...

Ya, itu perkataan menggambarkan kebarangkalian tetapi bukan muktamad. JIKA Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekaligus berjaya menakluk Putrajaya seperti didambakan, lambat laun dia terpaksa menyerahkan jawatan nombor satu itu kepada timbalannya.

Mungkin wakil PAS bernasib baik dan menjadi Perdana Menteri. Selepas itu siapakah pula bakal menjadi pemimpin bakal menerajui Malaysia?



Saya memohon pembaca blog ini, berkongsi pandangan secara membina ... Jika ingin melalut  dan meroyan, tidak perlu memazirkan masa menaip komen. Saya hanya ingin membaca respon profesional dan bijak biarpun tidak menyebelahi Barisan Nasional.

Apakah terlintas di fikiran jika 10 tahun dari sekarang, kita terbaca kenyataan di akhbar berbunyi ..

'Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Lim Guang Eng ...'

Selasa, Januari 29, 2013

KISAH GURAMI

Tengah malam semalam sebelum melelapkan mata, saya terpaku seketika mengkagumi fenomena alam.

Anak ikan Gurami di dalam akuarium kelihatan amat lemah.


Semakin lama, ikan itu kelihatan tidak berupaya mengapungkan diri, barangkali akibat kesakitan dialami.


Spontan, terfikir ...

Apakah mampu saya lakukan sebagai manusia untuk membantu ikan itu? Saya perhatikan ikan lain di dalam akuarium sama,  sihat berenang cergas.



Saya terus memerhati ...

Anak ikan Gurami terbabit menjadi semakin tidak bermaya namun tetap berusaha mengapungkan dirinya.


Pada waktu sama, ikan Sebarau dan Patin kelihatan gembira berenang ke hulu ke hilir dan cuba menghampiri anak ikan Gurami. Sebelum ini, saya pernah terlihat dua spesis ikan sungai itu menelan anak ikan kecil. 

Hanya ekor mangsa kelihatan terjulur keluar dari rahang pemangsa.


Apakah anak ikan Gurami sedang tercungap-cungap bakal menjadi mangsa seterusnya? Perhatikan mata ikan di bawah, bak menagih simpati agar diselamatkan.


Bak di ambang kematian, tiba-tiba kejadian aneh berlaku. Tiga ekor ikan Gurami dewasa kelihatan berkumpul.


Tatkala  patin cuba menghampiri anak Gurami, ketiga-tiga Gurami dewasa bertindak pantas bak berlumba, berenang menghampiri Gurami kecil dan mengelilinginya.


Bersilih-ganti, anak Gurami disentuh menggunakan muncung sekalgus dikawal dek dua daripada tiga Gurami dewasa.


Tanpa disedari, lebih sejam saya berdiri sambil merakamkan gambar gelagat empat ikan tebabit. Sebelum bergerak ke Bagai Serai, Perak semalam, saya dapati anak ikan Gurami itu kembali sihat dan berenag seperti biasa.

Alhamdulillah.


Klik di sini

Ahad, Januari 27, 2013

SAYA DARIPADA TM ... ATAU SAYA AGEN DILANTIK OLEH TM?


Kira-kira jam 6 petang, pintu rumah diketuk bertalu. Pintu dibuka oleh anak saya dan dia kedengaran bercakap dengan seseorang. Saya kemudian terlihat kelibat gadis berseluar hitam dan bertudung di muka pintu.

"Saya daripada TM (Telekom Malaysia)," katanya.

Gadis berwajah manis itu, berusia 22 tahun dan bekas penuntut  Kolej Segi, Kuala Lumpur.

"Adakah awak sudah memaklumkan pengawal keselamatan di pintu masuk sebelum naik turun, mengetuk rumah penduduk di apartmen ini?," soal saya.

"Tidak," balasnya ringkas.

"Ada baiknya, awak pergi dahulu ke pos pengawal dan perkenalkan diri sebelum mengetuk rumah penduduk," kata saya.

"Saya masuk ikut pintu hadapan," balasnya.

"Ok tetapi untuk bekerja di sini, tolong maklumkan kepada pengawal keselamatan. Memasuki kawasan perumahan ini dan memaklumkan pengawal keselamatan untuk awak berkunjung ke setiap unit rumah di sini, adalah dua perkara berbeza," jelas saya secara tenang.

Dia kemudian beredar.

Spontan saya terfikir, adakah TM memang mengarahkan kakitangannya bertugas di hari cuti hujung minggu biarpun jam menunjukkan 6 petang.

Beberapa minit kemudian, saya kemudian menemui 2 pengawal keselamatan bertugas di pintu keluar masuk ke apartmen.

"Saya nampak dua gadis masuk tetapi ingatkan mereka ingin pergi ke rumah saudara-mara," kata pengawal.

"Saya meminta dia melaporkan diri di pos pengawal, adakah dia datang ke sini?," tanya saya lagi.

"Tidak," balas mereka.

Sejam kemudian,  mereka berdua masih lagi tidak keluar dari kawasan apartmen. Saya menunggu bersama 4 pengawal keselamatan sambil duduk berborak. Kira-kira jam 7.15 malam, kami terlihat kelibat seorang daripada kakitangan TM terbabit dan mendekatinya.


"Daripada mana?," soal saya sambil diperhatikan oleh pengawal keselamatan bertugas.

"TM," balasnya.

Dia menghulurkan tag nama kepada saya.


Dia dinasihatkan agar melaporkan diri terlebih dahulu sebelum memasuki dan menjalankan tugas di kawasan perumahan berpagar.

"Maaf, saya tidak tahu. Saya sedang mencari rakan saya, dihubungi tetapi tidak dapat," ujarnya.

Dia kemudian melangkah keluar pada jam 7.23 malam.


Kurang 10 minit, gadis pertama saya temui kelihatan sedang menaiki tangga blok apartmen berhampiran. Tanpa berlengah dia dipanggil oleh pengawal keselamatan.

"Awak daripada TM?," soal saya.

"A'ah," katanya.

"Tujuan datang ke sini?," tanya saya lagi.


"Untuk check line internet, kalau ada masalah," balasnya.

"Bukankah sepatutnya TM tahu siapakah pelanggan mereka di kawasan ini?," tanya saya lagi.

Dia gadis petah berkata-kata biarpun kelihatan sedikit gabrah. Katanya dia memasuki kawasan apartmen pada kira-kira jam 5 petang.

"Tidak juga, kekadang customer tidak menelefon balik, tidak memberikan feedback kepada Telekom sebab mereka semua buzy. Sebab itu TM menghantar kami untuk check balik, takut kalau ada problem, masalah," katanya.

Gadis itu berkomunikasi secara beradap tanpa meninggikan suara. Dia mengepit fail mengandungi beberapa borang.

"Tadi masa awak datang ke rumah, saya hanya meminta awak pergi sebentar, berjumpa dengan pengawal keselamatan, maklumkan kehadiran awak, itu sahaja," komen saya.

"Sebab saya mencari kawan saya," celahnya.

Tidak saya duga, dia mengambil masa lebih sejam untuk mencari rakan sekerjanya sedangkan mereka berdua mempunyai telefon mudah alih.

"Sepatutnya, datang ke pondok pengawal dan maklumkan kami," celah pengawal keselamatan.

Perbualan kami, saya rekod menggunakan perakam suara berjenama Sony.

"Sorry," katanya.

"Kad nama ini sesiapapun boleh buat," kata saya.sebaik melihat tag nama terkopek di pegangnya.


"Memanglah, sebab saya belum hantar lagi ke pejabat untuk digam balik," balasnya spontan.

Dia kemudian melangkah keluar melalui pintu utama sambil tersenyum.


Beberapa minit kemudian, saya terlihat gadis sama berdiri di luar pagar, tidak jauh dari pintu  masuk bersama 3 individu, saya percayai rakan sekerjanya. Lalu saya berjalan ke arah mereka.

Tiba-tiba saya dihampiri, lelaki bertubuh agak tinggi ...

"Saya manager mereka," katanya.

"Tidak mengapa, jika begini kaedah dipraktikkan oleh TM, saya akan tuliskan di blog ...," balas saya.

"Kau berlagaklah!," jerkahnya.

Lalu dia beredar, berang.

Barangkali dia tidak mengetahui saya mula menulis blog sejak lebih 4 tahun lalu dan kini menggunakan TM Unifi,  membayar hampir RM150 sebulan untuk perkhidmatan internet ditawarkan.

"Bro, kalau tidak berpuas hati, mari ke sini, tidak perlu menjerit dan melarikan diri," kata saya.

Mungkin memang begitu tabiat  kakitangan TM, kenyataan itu terlintas di benak fikiran saya..

Pada masa sama, saya membayangkan, mereka datang ke lokasi menggunakan kenderaan TM tetapi ternyata telahan itu jauh meleset. Lelaki itu kemudian berjalan laju menuju ke arah kereta Proton Wira diparkir di bahu jalan sebelum anak buahnya memasuki kenderaan sama.


Selepas mereka beredar, saya meneliti kembali gambar dirakamkan.


Ops! Apakah hubungkait di antara TM dengan Appco Direct Sdn. Bhd?

Pantas sama menggunakan perkhidmatan Google untuk mencari jawaban.

Antara informasi saya temui, klik di sini dan di sini. Lebih menarik, cuba baca di sini dan di sini.

Apapun, saya hanya sekadar membaca, bukan menghakimi.

Kepada TM, mungkin lebih molek sekiranya, kakitangan Appco Direct Sdn Bhd diarahkan supaya mengikut peraturan sebelum petugas memasuki kawasan perumahan berpagar. Saya akur, bekerja untuk mencari rezeki tidak bersalahan dengan undang-undang tetapi harus dilaksanakan secara teratur agar tidak menimbulkan syak wasangkan di kalangan masyarakat.

Awal malam tadi, saya dihubungi individu berusia 39 tahun dan berkongsi pengalaman bertugas di syarikat terbabit.

"Saya masuk kerja pada jam 12.30 tengahari, siapkan semua dokumen untuk hari itu dan kemudian keluar makan sehingga jam 2 petang. Di antara jam 2 dan 4 petang, kami diajar dan dilatih mengenai cara untuk berkomunikasi dengan prospek. Pada jam 4 petang, kami keluar ke beberapa kawasan perumahan telah ditetapkan oleh majikan.

Kami diberitahu, hanya dibenarkan mengetuk rumah prospek di antara jam 4.30 petang dan 7.30 malam sahaja. Selepas jam 7.30 malam, penghuni boleh mengemukakan aduan jika mereka berasa terganggu berikutan kunjungan kami. Apa kami lakukan hanya mendapatkan application daripada orang ramai sahaja, tidak langsung membabitkan barangan jualan atau application fees dan setiap 3 bulan kami diberikan tugasan berbeza.

Ketika itu, saya melakukan tugasan untuk Maxis, kad kredit Standard Chatered, Domino's Pizza dan syarikat minyak BP. Apabila kami sampai di pintu rumah prospek, kami akan memanggil "Hello, saya daripada Maxis/Standard Chartered Bank (bergantung kepada tugasan)". Biasanya, penghuni rumah akan membuka pintu jika mendengar kami daripada syarikat besar dan kami memakai t-shirt Polo tertera lambang syarikat terbabit.

Apabila penghuni membuka pintu, kami memberitahu tujuan dan menekankan, kami bukan daripada syarikat jualan langsung," katanya.

"Dalam kes TM Unifi ini, apakah tujuan sebenar petugas mengikut pandangan awak?," soal saya.

"Untuk menambahkan bilangan pelanggan. Appco Direct Sdn Bhd dilantik sebagai agen jualan produk dan petugas cuba mendapatkan pelanggan untuk TM. Petugas berkunjung ke rumah prospek dan menerangkan kepada mereka informasi berhubung produk," balasnya.

"Bagaimanakah kaedah pengiraan komisyen?," tanya saya lagi.

"Sewaktu melakukan kerja untuk Maxis, saya diberikan RM25 untuk setiap application approved,  syarikat mendapat RM75. Kini, saya tidak faham mengapakah tugasan itu dikaitkan dengan 'fraud', klik di sini, sedangkan kami tidak pernah menipu prospek," balasnya.

Apapun, saya tidak menuduh kegiatan terbabit membabitkan penipuan tetapi kaedah  mendapatkan pelanggan itu tidak kena pada waktunya. Lagipun, tidak salah jika petugas terbabit memaklumkan kepada pengawal keselamatan sebelum mengetuk dari pintu ke pintu rumah prospek di hari hujung minggu.

Kepada pengurus lelaki menjerkah saya, dengan ini janji ditunaikan. Usah pula cuba menakutkan penduduk atau prospek di kawasan lain andai mereka cuba menyingkap fakta sebenar.

Ops! Seperkara lagi, tolog gunakan ayat ...

"Hello, saya wakil agen dilantik oleh TM ..."

Itu fakta dan usah cuba mengelirukan prospek.