'Longkai', istilah digunakan untuk mereka bertugas membantu menunda kenderaan terbabit dalam kemalangan jalanraya.
"Bolehkah saya ikut malam ini?," soal saya kepada 'Sham'. .
Adi, 32 tahun, bertugas sebagai longkai lebih 18 tahun di Lembah Klang.
"Boleh, sekejap lagi kita jumpa," balasnya melalui telefon bimbit.
Hampir jam 12 malam, saya dan Sham memberhentikan kereta di tepi Lebuh Raya Persekutuan, berhampiran Batu 3, Shah Alam, Selangor.
Dua kenderaan terbabit dalam kemalangan, bergesel sesama sendiri, membabitkan pemandu Cina dan lelaki berasal dari Nigeria, Afrika.
Penumpang Nissan Cefiro, wanita tempatan, Thailand dan tiga warga Nigeria. Seorang daripada lelaki terbabit berusia 33 tahun, mabuk teruk sehinggakan tidak mampu untuk bangun.
"I need water! Water! Water!," katanya.
"Saya isteri dia dan kami baru pulang daripada meraikan ulang tahun kelahiran anak saudara di Kepong. Dia minum alkohol berlebihan. Saya baru sahaja memeluk agama Islam, berasa malu apabila suami saya begini," ujar wanita berketurunan India cuba menenangkan suaminya.
"Kita hantar mereka pulang ke rumah, jom!," ajak Sham.
Lelaki mabuk itu kemudian dipapah oleh dua rakannya sambil mulut mereka membebel, bising. Kira-kira jam 12.34 malam, kami tiba di apartmen agak terpencil di Denai Alam, Shah Alam. Pasangan suami isteri terbabit menaiki kereta bersama saya dan Sham manakala 3 rakan mereka dibawa oleh seorang lagi longkai, mengekori kemderaan kami dari belakang.
Bau arak menusuk hidung, Sham pantas menurunkan cermin tingkap kenderaan.
Bau arak menusuk hidung, Sham pantas menurunkan cermin tingkap kenderaan.
"Sial betul! Lelaki Nigeria duduk di belakang, dimarahi oleh girlfriend dia, perempuan Thailand itu. Dia cuba memujuk dan dalam pada itu, sempat beromen di tempat duduk belakang kereta saya. Saya sergah. Please respect me! Barulah mereka berhenti," ujar rakan Adi.
Selesai dengan tugasan itu, kami beredar.
"Bagi setiap kemalangan, jika pemilik kenderaan ingin membuat tuntutan insuran, harus ada laporan polis, gambar kenderaan, lakaran kasar kedudukan kenderaan di lokasi kejadian dan keputusan kes," jelas Sham.
Tidak dapat disangkal, longkai biasanya berhadapan pelbagai kejadian aneh tidak diduga sewaktu melaksanakan tugas mereka khususnya pada waktu malam.
"Saya hendak membawa Mazidul ke lokasi dikenali sebagai 'jambatan putus' di Lebuh Raya Persekutuan berhampiran Petaling Jaya. Banyak kemalangan maut berlaku di situ. Sebelum ini, ramai longkai memakir kenderaan mereka di lokasi sama pada waktu malam sambil menunggu jika berlaku kemalangan. Menariknya, tempat itu didakwa 'keras'. Pernah seorang anggota polis bertugas sebagai juru gambar tertinggal barang dan berpatah kembali selepas mayat mangsa maut dihantar ke hospital. Sebaik tiba, dia terlihat kelibat lembaga hitam sedang menyedut darah mangsa di atas jalan. Apabila dihampiri, lembaga itu menghilangkan diri. Sejak kejadian itu, tiada longkai berani untuk berada di situ lagi," kata Sham.
Saya kemudian merakamkan gambar di lokasi sama pada jam 2.25 pagi.
"Masih ada lagi ke bapok menjual bontot di Sunway Mentari?," soal saya kepada Sham.
"Jom kita tengok," balasnya bersemangat.
Sebaik tiba di lokasi, Sham memandu kenderaan lebih perlahan manakala saya cuba merakamkan gambar dalam suasana samar hanya diterangi lampu beberapa restoran dan pusat hiburan. Lebih 20 pondan dan beberapa lelaki tempatan kelihatan mundar-mandir dan berdiri di lokasi terbabit.
Berikut gambar saya rekodkan pada jam 2.54 pagi.
Puluhan kali diserbu oleh pihak berkuasa namun ternyata usaha itu tidak langsung mendatangkan kesan kepada kegiatan songsang mereka.
"Lelaki berdiri di dalam gelap itu menjual mereka kepada pelanggan," bisik Sham sambil memandu.
Saya difahamkan terdapat sebilangan lelaki tulen 'menyimpan' pondan telah menjalani pembedahan jantina untuk memuaskan nafsu mereka. Barangkali bilangan wanita di Malaysia telah berkurangan ...
Kami kemudian bergerak ke Subang Jaya dan terserempak dengan kereta MyVi dipandu secara berbahaya dan melulu.
"Mabuklah," ujar Sham.
Kereta bak tidak terkawal, bergerak dari kiri dan kanan tanpa dijangka. Berulangkali pemandu membrek dan sesekali berhenti secara tiba-tiba buat beberapa saat di tengah jalan.
"Kalau pemandu seperti ini terbabit dalam kemalangan, dia mati, puas hati tetapi kalau dia terlanggar pengguna jalanraya lain, mereka mati, tidak adil," kata Sham.
"Hah! Tengok! Dia terlanggar pembahagi jalan dan kelihatan percikan api, mujur keteta masih mampu dikawal," jerit saya.
Akhirnya kenderaan itu dipandu masuk ke kawasan perumahan dan hilang dari pandangan kami.
"Jom kita ke lokasi 'keras' kedua," pelawa Sham.
Saya bersetuju.
Lokasi itu terletak di Shah Alam, berhampiran dengan kilang Proton.
"Hampir setiap bulan, kemalangan berlaku di lokasi digelar 'jambatan maut' oleh longkai. Hampir setiap bulan pemandu maut di sini samada di atas jambatan atau di bawah. Bulan Januari belum lagi," ungkap Sham.
Tanpa ditanya, dia membuka cerita.
"Sebelum ini, longkai merakamkan gambar pegun kenderaan terbabit dalam kemalangan tanpa sengaja merekodkan gambar entiti aneh," katanya.
"Entiti aneh?," soal saya spontan.
(Klik di sini untuk menempuh pengalanan berbeza)
"Ya, kelihatan lembaga berpakaian serba putih, bermata merah dan berambut panjang bak berdiri berhampiran tiang ini," jawabnya.
Tanpa berlengah, saya merekodkan gambar tiang dimaksudkan oleh Sham.
Apapun, kepada semua pengguna jalanraya, berhati-hati sewaktu memandu. Nyawa sendiri dan ahli keluarga tiada galang ganti.
Terima kasih kepada Sham kerana sudi berkongsi pengalaman bersama saya dan pembaca blog ini.
seram...& menarik....
BalasPadamSMTI
BalasPadam