Rabu, Januari 02, 2013

PARANORMAL TOURS

Program K2K, 4 dalam 1 bakal dilangsungkan dengan bayaran minima. Diskaun istimewa ditawarkan kepada pemilik baju kemeja Penyingkap Fakta.

Klik di sini untuk menelitu maklumat lebih terperinci.


Kepada individu atau syarikat berminat untuk menaja kos pembelian peralatan elektronik tambahan untuk digunakan oleh kru Penyingkap Fakta sewaktu melaksanakan tinjauan, sila hubungi dan berbincang dengan Razali Harun di talian 016 231 5812.

Win win situation, itu konsep kami praktikkan.


Maklumat berhubung syarikat dalam bentuk iklan akan dipaparkan di blog Penyingkap Fakta, tempoh paparan bergantung kepada nilai tajaan disumbangkan. 

Penyingkap Fakta, kru mempunyai minat sama, hampir 2 tahun menjalankan tinjauan ke lokasi didakwa berpuaka. Kami hanya memaparkan fakta kepada pembaca dan sama sekali tidak mencipta entiti digelar 'hantu' untuk tatapan pembaca blog dan menakutkan mereka.


Pada masa sama, kru kami juga sedang merancang untuk mengendalikan paranormal tours di seluruh negara. Tinjauan bakal dilangsungkan itu bertujuan untuk mengajak orang ramai menimba ilmu berhubung kajian kes paranormal didakwa sering berlaku sekaligus bersama mencungkil fakta kejadian.

InsyaAllah, elemen ilmu berhubung dunia jin juga akan dikongsikan oleh golongan ilmuan bersama peserta berminat.

Lazimnya kita berasa takut kerana tidak mengetahui fakta sebenar berhubung kejadian dialami. Oleh itu, tidak hairan, pada waktu malam, tunggul kayu boleh disangkakan hantu. Cerita itu kemudian disebarkan di kalangan masyarakat setempat dan menakutkan ramai.  


Baca kisah tinjauan kami di sini.

Menyingkap fakta kejadian, hobi kami dan hobi itu ingin dikongsikan bersama masyarakat. Bagaimanapun dalam setiap tinjauan, tiada kompromi mengenai isu keselamatan. 

That is our first priority.

Kepada individu, lelaki atau perempuan, berminat untuk menjadi kru TETAP Penyingkap Fakta, sila klik di sini.

1 ulasan:

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.