"Dia dilaporkan baru sampai di sini kira-kira tiga hari lalu dan tinggal bersama beberapa pengawal keselamatan di apartment berhampiran. Mangsa berusia 44 tahun dan berasal dari Kedah," ujar Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed.
Mayat lelaki Melayu terkujur di atas jalanraya berhampiran motosikal ditunggang sebelum nyawanya diragut. Kejadian berlaku berhampiran Gugusan Dahlia, Seksyen 8, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
"Pada mulanya kami ingatkan bunyi mercun dan kemudian terlihat mangsa dihempap oleh motosikal, kaki sebelah di atas motosikal, sebelah lagi di bawah. Saksi terlihat kereta berwarna gelap melintas di kawasan berhampiran selepas bunyi tembakan kira-kira lima das kedengaran," tambah lelaki sama.
Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 9 malam tadi. Mangsa ditembak di tangan kanan dan dada mengakibatkan penganggur terbabit maut di tempat kejadian.
Berkebetulan, dua anak lelaki saya berusia 11 dan 14 tahun turut berada di lokasi untuk merakamkan gambar biarpun hujan turun semakin lebat.
Saya terangkan kepada mereka berdua, sewaktu terbabit mengendalikan program 999, saya kerap tidak berpeluang bersama mereka kerana sibuk membuat pelbagai liputan kes jenayah seperti senario disaksikan oleh mereka di hadapan mata.
"Apakah motif kejadian?," soal anak sulung saya.
"Lazimnya polis tidak akan mengesahkan motif kerana mereka terlebih dahulu harus menyiasat kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu secara terperinci," balas saya.
"Ayah, tadi adik cakap dia bosan berdiri dalam hujan," sambungnya lagi.
"Adik ingat, masa kita sampai tadi, ada adengan tembak-menembak ke? Macam dalam wayang?," usik saya.
Anak bongsu saya tersenyum sambil duduk di belakang kenderaan sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah.
Barangkali mereka berdua tidak mengetahui itulah antara pengalaman harus ditimba oleh setiap wartawan membuat liputan kes jenayah dan kami mengetepikan perasaan takut dan bosan. Tugasan itu dilaksanakan samada pada waktu matahari terik, hujan lebat atau di tengah malam sejuk, gelap gelita.
Saya berasa bersyukur kerana telah menempuh semua pengalam getir dan manis itu.
Anda baru sahaja membaca berita belum lagi disiarkan di akhbar atau televisyen secara terperinci.
Sila klik di sini.
Anda baru sahaja membaca berita belum lagi disiarkan di akhbar atau televisyen secara terperinci.
Sila klik di sini.
SMTI: Harap motif pembunuhan dapat diketahui dan kes dpt diselesaikan dengan segera..:)
BalasPadamKagum ngan abang & adik..:) dah ader aura ayah kt situ..:))
tak suka jer bunuh...
BalasPadammalaysia sekarang dah mcm negara barat...betapa murahnya harga sebuah nyawa....
biasanya la..
BalasPadamini je puncanya...
1.. kes hutang/dadah..
2.. cemburu teman wanita/dendam lama..
mungkin jugak tersilap sasaran !!
Senario pembunuhan menggunakan sejata api semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. setuju dengan simplesam7 yang mana ia merupakan diantara penyebab lazim berlakunya kejadian ini, namun apakah ada potensi ianya disebabkan oleh kebarangkalian "Secara Rambang"? Menembak secara kebetulan sebagaimana kejadian bersiri? pembunuh bersiri.. apakah ia satu kemungkinan?
BalasPadamnampaknya kes pembunuhan senjata api makin berleluasa..
BalasPadamKota damansara semakin banyak jenayah berlaku...
BalasPadamDi gugusan kemboja 1 di tangga tinggi sebelah kuil hindu selalu terjadi kes samun...sasaran nya perkerja asing yang selalu mengguna kan tangga itu selepas pulang dari kerja..baru baru ini 2 orang bangladesh di samun dan cedera di belasah..sebelum ini pun ramai yang telah jd mangsa...dan baru baru ini juga seorang pemandu teksi telah di samun 2 orang lelaki..2 lelaki terbabit menahan teksi nya di traffic light seksyen 6 berhampiran uptown di kota..kemudian di samun di pelangi damansara..kes gaduh jangan cakap lah...dan satu lagi kisah baru baru ini, kisah ini bukan berkaitan jenayah tetapi kisah pelik...seorang pemandu teksi yang saya kenali mencerita kan teksi nya di tahan oleh seorang wanita berpakain hitam tudung pun hitam di kampung selamat pada tengah malam,,wanita itu meminta pemandu teksi itu menghantar nya di tanah perkuburan kota damansara...pemandu teksi tu cakap nak pergi mana tngah2 malam ni di tanah perkuburan ni..wanita itu cakap mahu pulang kerumah..wanita itu suruh pemandu teksi masuk ke kawasan perkuburan itu..tp pemandu teksi tu hanya turun kan wanita tadi di tepi jalan sahaja kerana tak sedap hati..mmg ada rumah di tanah perkuburan tu tapi rumah penjaga kbur..tak kan lah waniita berkebaya hitam dan cantik pulak tu anak pnjaga kbur kate pmandu teksi tu...wallahualam
macam mana penjenayah boleh dapat senjata api dengan sewenang2nya? mohon pihak berkuasa siasat dengan segera.
BalasPadamhttp://buasirotak.blogspot.com/
salam, tlg jgn ckp yg x elok pd arwah pakcik sy, lau anda seme di tempat sy ape rase lau arwah pak sedara anda di kutuk mcm nih, arwah pakcik sy bukan penagih bukan jgk berhutang dgn sape2 byk citer x btol lam paper, tlg sedekahkan al fatihah ye thanx, kite pon 1 hari nti mati tp kite xtau kite mati lam keadaan ape kan, pakcik sy byk tlg owg mase hayat die..
BalasPadam