Kisah derita bak sudah jatuh ditimpa banyak tangga ditempoh oleh Faizada Aldam, 23 tahun, amat menarik perhatian saya. Dia mendakwa, ditahan oleh polis dalam operasi di RAWANG, Selangor, kira-kira 3 tahun lalu.
Faizada berkata, polis memberkasnya biarpun dia telah mengemukakan salinan surat kelahiran kerana didakwa memiliki dokumen palsu.
Melalui pengalaman saya menyertai ratusan operasi, lazimnya polis harus merujuk status dokumen mereka ditahan kepada kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara atau Jabatan Imigresen. Dalam erti kata lain, pihak polis tidak mempunyai maklumat terperinci untuk mengesahkan status kewarganegaraan Faizada.
... KECUALI jika dia mempunyai rekod jenayah lampau atau suspek sedang diburu oleh polis.
(Klik di sini, jika ingin menempuh pengalaman berbeza)
Dia kemudian ditahan selama 14 hari di pusat tahanan Imigresen sebelum disumbat ke Penjara Kajang selama ENAM bulan.
Membaca kenyataan Faizada, metimbul pelbagai soalan di minda saya. Tidakkah kakitangan Imigresen melakukan pemeriksaan lebih teliti untuk megesahkan identiti sebenar Faizada? Adakah dia tidak langsung membuka mulut sewaktu berada selama 2 minggu di pusat tahanan Imigresen dan kira-kira 180 hari di penjara? Mungkinkah haknya untuk bersuara dan menghubungi keluarga di Johor dinafikan oleh pihak berkuasa?
Lebih malang lagi, Faizada kemudian dihantar ke Tanjung Pinang, Indonesia dan mendakwa terpaksa berteduh di masjid sebelum dikahwinkan dengan lelaki berasal dari Lombok.
Baca kisah getir dilalui oleh Faizada di sini.
Jika semua dakwaan Faizada benar, polis, Jabatan Imigresen dan Jabatan Penjara harus memberikan penjelasan berhubung kes ini.
aik.... pelik... die punyer ckp mmg mcm indon ke?
BalasPadamtak logik dah besar panjang IC tak ada.....hhmm..
BalasPadammmg pelik kesnya ini
BalasPadambukan sehari ditahan tp sampai 6bulan
x logik pun ada..takkan xde sapa cari dia hilang?
entahlah
Cam tak logik plak..tp boleh dikukuhkan klu buat liputan tv ni.mane pergi ic die?
BalasPadammak ayah die tak cari ke?
knp x buat report polis pasal kehilangan?majikan die tak bgth fmily ida ni ke pasal penahanan tu?
macam tak betul saja cerita dia ni, memang tak lojik , takkan kaum keluarganya tiada mulut untuk bercakap semasa kes ini berlaku..tak betullah..
BalasPadamkalau benar dia ' teraniaya' memang KECOH lerrr pihak yang berkenaan .. yer lerr .. di tahan selama 6 bulan, di hantar ke Indon sampai ' terkahwin/ di kahwin kan dengan lelaki LOMBOK !! Tapi memang pelik .. takkan tak ada laporan orang hilang .. selalu gambar si polan di war-warkan merata .. ermmm .. ntah le ..
BalasPadamSMTI..apa kisah budak perempuan ni..kenapa tunjuk surat beranak?. Mana pergi mykad dia. Lama dah kes ni dari tahun 2009. Pelik2. umur dah 23 tp masih pakai sijil lahir. Lagilah kepelikan di situ.
BalasPadambaru terjumpa artikel yang berkaitan dengan budak ni yang keluar tahun lepas..
BalasPadamhttp://ibn75.wordpress.com/2012/04/29/anak-perempuan-menghilang-ke-lombok/
sepupu saya penah kena mcm ni. sebab hujan,dia berteduh bawah jambatan kat klang. ada sekumpulan warga indo yang berada ditempat y sama. tiba2 polis dtg serbu. tgkp semua org termasuk dia. 2hari kt lokap. walaupon dh di beritahu dn dh tunjuk ic,polis tgkap jugak. dan dia tak dibenarkan utk call family pon. kitorg kat dah risau sgt kt rumah. tp hairan,kenapa kena tahan sampai 2hari? bukan ke boleh terus cek ic tu betul ke palsu dgn cepat. klu tak,ape gne wat ic y ade cip la bagai..
BalasPadamSMTI
BalasPadamwallahualam, saya hanya ingin berkata yang terlintas dalam fikiran saya bila membaca kisah dr sinar johor dan blog Sofian, entah kenapa hati saya berat mengatakan mangsa sekadar hanya mereka cerita sehingga tiba dilombok, jauh pada firasat saya , sebenarnya memang mangsa berkahwin dan lari berhijrah kelombok ( spt kes kes yg biasa kita dengar) sebab kerelevenannya macam agak tidak rasional ditahan dirawang, dipenjara sehingga 6 bulan, dihantar keindonesia, duduk masjid, seorang makcik jumpa dan dikahwinkan. . .
BalasPadamMAAF ANDAIAN SAYA INI HANYALAH PADA PENAAKULAN SAYA YANG TERBIT USAI MEMBACA.