Gambar di atas saya rakamkan di kedai serbanika terletak di Seksyen 27, Shah Alam, SELANGOR.
Saya dihuhungi dan dijemput beberapa penduduk di sekitar premis terbabit untuk meninjau sendiri penjualan pelbagai perhiasan bertulis ayat Al-Quran di kedai di bawah.
"Kedai ini sebenarnya didirikan di kawasan parkir. Pekerja, warga Myanmar dan Thailand, tiada warga tempatan," ujar Bob, 42 tahun.
Bob dan beberapa rakan bersama saya, tinggal di kawasan perumahan tidak jauh dari premis perniagaan terbabit.
Saya perhatikan, majoriti pelanggan kedai itu juga warga Myanmar.
Kami kemudian berjalan ke bahagian belakang kedai dan berikut antara gambar saya rakamkan.
Ayat Al-Quran dicampur-adukkan dengan replika patung manusia disalib.
"Pada ketika itu, patung replika manusia disalib diletakkan di atas bingkai gambar ditulis ayat suci Al-Quran dan kemudian saya asingkan," katanya.
"Awak ugama apa?," soal saya kepada seorang daripada pekerja.
"Buddha," balasnya.
Kami kemudian bergerak ke kaunter pembayaran dan menemui wanita warga Myanmar di bawah.
Lain sungguh cara pemakaiannya ...
"Taukeh bangsa apa?," soal saya.
"Cina," balasnya.
"Boleh call taukeh sekejap, cakap kita orang mahu jumpa," celah Bob.
"Dia tidak mahu datang," balas wanita itu.
Hairannya, tidak pula saya melihat dia cuba menghubungi taukehnya.
Berhadapan kaunter, saya rakamkan gambar berikut.
Sebelum ini barangkali ramai antara kita membaca butiran berhubung tindakan peguat kuasa Jabatan Agama Islam dan Kementerian Dalam Negeri menyerbu premis menjual makanan bukan milik orang Islam tetapi menggunakan kalimah Allah untuk menarik perhatian pelanggan beragama Islam.
Bagaimanakah pula status premis ini? Premis dikatakan bukan milik peniaga Islam tetapi menjual perhiasan ditulis kalimah Allah dan Rasul? Adakah tindakan itu dibenarkan?
Jika dibenarkan, , adakah kita semua merestui kaedah barangan terbabit dipamerkan?
Tolong saya untuk menghebahkan kandungan entri, mungkin pandangan bernas boleh dikongsikan oleh pembaca dan golongan ilmuan di sini.
Diharapkan pada masa sama, penguat kuasa Jabatan Imigresen Selangor sudi mengambil inisiatif untuk memeriksa dokumen perjalanan dan permit pekerja petugas di kedai itu.
Aduh,sembarangan betul...
BalasPadamApa yang harus kita buat?? yang peliknya mcm mana tempat pakir boleh dijadikan premis perniagaan??? Selangor Oh Selangor!!!???
BalasPadamTuan, maaf=>Salam.
BalasPadamTuan minta pautan dlm blog tuan. Sy senaraikan blog tuan dalam SENARAI BLOG SANTAI DAN PANAS. Blog sy revolusifikiran.blogspot.com blog santai "Gambar-gambar dan Fakta-fakta yang menarik" Terima kasih kerjasama tuan
SMTI
BalasPadamApa jabatan agama islam selangor buat? Tindakan segera perlu diambil untuk menangani masalah ini.
BalasPadamBANkami
en mazidul..kalau boleh tolong la becakap dengan tauke dia tu..mana dia dapat ayat2 suci al-quran tu...dari supplier mana...tak boleh sesuka hati macam tu.. :( lepas ni we should have guideline how to put/display our kitab.. at least must be put in higher place...
BalasPadamLeftenan Adnan: ni semua Khir Toyo dulu buat bisnes tempe..
BalasPadamSaya percaya tauke di blkg kedai ni mesti orang cina. Bangsa ini sekarang makin berani menduga sensitiviti orang Islam krn kita asyik bertengkar sesama sendiri. Lawat dan baca http://yaayyuhalwalad.blogspot.com/
BalasPadamasalkan ada market dorang akan jual je yer, dorang anggap sbg barang dagangan semata-mata.. isk isk.. kena amik tindakan ni, tp nnt kuar pulak debate dan dalil2 yg membenarkan benda ni berlaku.. isk isk jangan la politikkan agama.. mohon isu ni dibincangkan dalam tv alhijrah kat rancangan 'isu akidah'..
BalasPadamkadang2 tindakan dorang ni macam sengaja nak mencabar orang2 Islam tau..
BalasPadamSmti-Melampau ni.
BalasPadam