Polis Pulau Pinang kini sedang memburu 7 Orang Kena Tahan, OKT terbabit membelasah 4 anggota polis Unit Pengiring Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara dan kemudian memboloskan diri susur keluar Pantai Bersih berhampiran Lebuh Raya Lingkaran Luar, Butterworth menggunakan van polis.
Akhbar Sinar Harian memaparkan gambar 7 OKT dikehendaki oleh polis. Menurut Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Rahim Hanafi, mereka, penjenayah terbabit dalam kes bunuh dan rompakan berkumpulan.
1. Mohd Sharimy Md Nor, 28 tahun.
2. Farid Akhtar, 24
3. Mohd Khairul Nizam Abdul Rani, 25
4. Hasmizani Harun, 37
5. Hisham Abdul Rahman, 39
6. Mohd Fairuz Adam, 31
7. Mohd Noor Mustafa, 28
Penjenyah menaiki van terbabit dilapor berpura-pura bergaduh sesama sendiri dan kemudian menyerang anggota polis menggunakan serbuk lada serta merampas kunci gari lalu meloloskan diri.
Persoalannya, daripada manakah sumber mereka memperoleh serbuk lada itu? Sedangkan mereka meringkuk di dalam lokap polis sebelum dibawa ke mahkamah.
Lebih menarik, 2 daripada 9 OKT sedang dibawa ke Kompleks Mahkamah Butterworth itu tidak melarikan diri dan ditahan polis. Saya percaya, hati mereka itu tidak cukup kering untuk membuat keputusan nekad seperti OKT lain di dalam van sama.
Semua gambar di atas, koleksi dipaparkan oleh akhbar Sinar Harian, Kosmo Online, Harian Metro dan Utusan Malaysia.
Klik di sini.
Klik di sini.
apakah ada campur tangan dari orang dalam berhubung isu ini?
BalasPadamDari mana sumber serbuk lada itu diperolehi?
PDRM seharusnya memastikan tindakan yang tegas terhadap anggotanya sekiranya benar ada unsur2 yang tidak diingini..
Siasatan lanjut dan terperinci harus dijalankan segera bagi memulihkan kredibiliti PDRM di mata rkyat..
SMTI - Pelik Tapi Benar.
BalasPadampersoalan saya, tahanan dikategorikan merbahaya, tapi dibawa dgn van biasa aje, dgn 4 org polis tanpa senjata. ini SOP polis ker? pemerhatian saya di shah alam, pagi2 selalu ada lori polis double door lagi tu akan iring tahanan besama 2 kereta polis ke mahkamah. mmg patut pengiring2 tu disiasat. siasat sekali pegawai yang membenarkan tahanan itu dibawa dgn cara begitu.
BalasPadam