Rabu, Januari 30, 2013

PERDANA MENTERI MALAYSIA, DATUK SERI ...

Saya berpeluang berbual bersama bekas kakitangan kerajaan sewaktu makan malam di Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Satu daripada soalan diajukan oleh beliau amat menarik perhatian saya.

"Jika Datuk Seri Anwar Ibrahim berpeluang menjadi Perdana Menteri Malaysia, selepas Pilihan Raya Umum 13, selepas dia, siapakah pula bakal memegang tampuk pemerintahan negara kita?"


Hakikatnya, PKR tidak mampu memenangi kerusi majoriti jika tidak bergabung bersama PAS dan DAP.

Begitu juga PAS dan DAP.

Untuk bertarung dalam pilihan raya, ketiga-tiga parti terpaksa bergabung bertujuan untuk menumbangkan BN.

JIKA ...

Ya, itu perkataan menggambarkan kebarangkalian tetapi bukan muktamad. JIKA Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekaligus berjaya menakluk Putrajaya seperti didambakan, lambat laun dia terpaksa menyerahkan jawatan nombor satu itu kepada timbalannya.

Mungkin wakil PAS bernasib baik dan menjadi Perdana Menteri. Selepas itu siapakah pula bakal menjadi pemimpin bakal menerajui Malaysia?



Saya memohon pembaca blog ini, berkongsi pandangan secara membina ... Jika ingin melalut  dan meroyan, tidak perlu memazirkan masa menaip komen. Saya hanya ingin membaca respon profesional dan bijak biarpun tidak menyebelahi Barisan Nasional.

Apakah terlintas di fikiran jika 10 tahun dari sekarang, kita terbaca kenyataan di akhbar berbunyi ..

'Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Lim Guang Eng ...'

50 ulasan:

  1. Saudara Mazidul,
    Semua bangsa boleh jadi Perdana Menteri. Melayu, Cina, India atau apa-apa bangsa sekalipun kerana tidak tertulis di dalam perlembagaan bahawa bangsa lain selain Melayu tidak boleh menjadi Perdana Menteri (betulkan saya kalau saya silap). Itu secara akademiknya. Namun, secara peribadi saya mengharapkan Melayu kekal sebagai Perdana Menteri berdasarkan sejarah Tanah Melayu dan majoriti penduduknya. Jika kita lihat beberapa negara seperti Amerika dan India (sekadar menyebut beberapa negara)sudah mula mengamalkan dasar terbuka dalam memilih pemimpin mereka. Adakah kita juga bersedia seperti mereka?

    BalasPadam
  2. Kenapa saudara tinggalkan ulasan dgn berkata Lim Guan Eng?Sedar tak bhw umno selama ini bergabung dgn MCA&MIC utk menang majoriti..begitu jg parti pembangkang skrg..persoalan slps Anwar siapa tidak terlalu penting bt ms ini..menumbangkan Umno/BN menjadi keutamaan no "WAHID"..utk pengetahuan saudara n para pmbc sekalian..dlm Pas ada ramai golongan muda yg mampu memegang jwtn PM slps Anwar..Jgn terlalu risau tentang itu..yg sy risau skrg ini ialah SPR,JPN,n Bdn2 krjaan ln bersekongkol utk membntu memenangkn Umno/BN..

    BalasPadam
  3. Untuk membolehkan Datuk Seri Lim Guang Eng menjadi Perdana Menteri Malaysia, DAP mesti menang besar kerusi parlimen.

    Melihat rekod jumlah kerusi yg DAP bertanding selama ini, mungkin 100 tahun lagi kot ?

    BalasPadam
  4. Mergie, mengapakah Lim Guan Eng? Kerana Lim antara pemimpin begitu lantang meminta keputusan Majlis Syura berhubung penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi Melayu.

    Itu belum lagi dilantik menjadi Perdana Menteri.

    BalasPadam
  5. yg sy risau skrg ini ialah SPR,JPN,n Bdn2 krjaan ln bersekongkol utk membntu memenangkn Umno/BN..(kenyataan dari saudara mergie..adakah saudara mempunyai bukti yg kukuh terhadap dakwaan tersebut?kalau ada sila kemukakan..sbab sy sbagai rakyat malaysia nak juga tahu...andai betul SPR bersekongkol mungkin sy perlu tukar undi sy PRU nnt..jgn hnya skadar pndai bercakap dan menuduh...Malaysia dah aman damai maju di bawah pemerintahan BN..sy duduk di kawasan yg dperintah PR..kawasan MB selangor..tapi kelibat MB hnya akan klihatan bila hal2 bkaitan kpentingan beliau shj..jd lah manusia yg bersyukur..jgn ikut tlunjuk individu yg sggup menggadai kesucian agama demi kepentingan politik dan nak raih undi...)

    BalasPadam
  6. 'Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Lim Guang Eng.. secara peribadi harap ia tak menjadi kenyataan..namun begitu saya sedih terdapat segelintir bangsa sendiri yang tak menyedarinya..

    BalasPadam
  7. Mergie, kenapa harus menuduh SPR, JPN dan jabatan kerajaan lain menolong memenangkan BN/UMNO? Tuduhan anda tanpa bukti ye... kalau jabatan2 berkenaan menolong BN/UMNO, kenapa PAS/PKR/DAP menang di Kelantan, Selangor dan Perlis? Sila buang sifat prasangka buruk anda.

    1) "dlm Pas ada ramai golongan muda yg mampu memegang jwtn PM slps Anwar".

    Acu sebut sikit nama2 golongan muda yang mampu memegang jwtn PM selepas anwar? Adakah adam adli termasuk dalam salah seorang calon?? haha...

    2) "persoalan slps Anwar siapa tidak terlalu penting bt ms ini"

    Kenapa anda kata tidak penting? Tanggungjawab PM sangat besar. Jawatan PM bukan seperti jawatan CEO di sebuah syarikat. Kita sebagai rakyat harus memilih calon PM terbaik untuk menerajui negara. Jangan kerana taksub, negara kita yang tergadai seperti Singapore. Mohon maaf, saya melihat orang Melayu disana ditindas-tindas di tanah air sendiri. Hak istimewa Melayu hilang begitu sahaja. Mahukah kita menjadi seperti mereka? Sekarang kita masih mempunyai hak di tanah sendiri. Tapi jangan kerana tersilap pilih, hidup kita, anak cucu kita nanti merana.

    Lihat saja di tanah arab. Dulu, mereka sibuk memperjuangkan untuk menukar pemimpin sedia ada. Tapi apa yang berlaku? Adakah hidup mereka semakin baik? Tidak.... hidup mereka semakin teruk dan pihak luar pula datang mengambil kesempatan. Mahukah kita melihat negara kita juga seperti itu?

    Maaf andai en.mergie dan pembaca terguris hati dan tidak bersetuju dengan pendapat saya. Saya hanya berkongsi pendapat. Tak salah berdebat secara sihat.

    BalasPadam
  8. Salam.....Bagi Saya tak kiralah bangsa apa yang memimpin ( PM ), tetapi Beliau mestilah beragama Islam dan pengikut Ahli Sunnah,tidak melakukan maksiat , ternampak bersih dan meperjuangkan hak Allah yang Esa dengan darahnya sendiri tanpa rasa takut dengan Rakan kongsinya dalam politik..... selain dari ciri2 diatas boleh beeelaah....

    BalasPadam
  9. assalam ....

    rasanya sesiapapun boleh jadi PM ....

    tetapi mampukah mereka "berfikir" cara seseorang PM mentadbir negara ??

    yaa ... memang ramai calon ... tak perlu ada akademik tinggi asalkan tetiba "bergelar" ustazah ... ustad ... YB "hero rakyat" ... dsb .. dah leh dahh angan angan jd PM ...

    tetapi mampukah mereka "berfikir" cara seseorang PM mentadbir negara ?? huhuhuhu ...

    BalasPadam
  10. Kalo ikut teori umno, dap dan plr akan menjadikan malaysia macam singapura.. Ikut mca & gerakan pula, malaysia akan mengamalkan hukum hudud. Oleh yang demikian, jika pakatan rakyat menang, malaysia akan jadi macam singapura yang melaksanakan hukum hudud! Eh!!!! Macam menarik jeee..

    BalasPadam
  11. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  12. Saudara, bagi saya sesiapa pun selepas Anwar, [jika PR menang] biarlah masa yang menentukan. Sama juga sewaktu pemerintahan Tun Mahathir dulu. Tak pernah pulak kita sibuk nak fikir siapa yang akan jadi PM seterusnya. Hanya sekadar tengok kepada siapa timbalan PM sahaja tidak cukup. Sebab Anwar pun pernah jadi TPM tapi tak jadi PM plak kan?

    Saya juga tidak kisah siapa pun orang yang akan jadi PM. Tetapi beliau haruslah seorang yang lebih mengutamakan rakyat berbanding diri serta keluarganya sendiri. Juga yang dapat mentadbir harta negara dengan saksama. Bermakna, semua orang dapat merasa keuntungan, bukan hanya sebahagian rakyat sahaja merasa kesenangan itu. Saya juga berharap PM yang akan dtg akan memastikan tiada lagi keluarga yang layak masuk rancangan 'Bersamamu', tiada lagi kisah keruntuhan moral remaja untuk dimuatkan di dalam '999' dan tiada lagi isu-isu yang boleh dilaporkan di dalam Aduan Rakyat. Yang paling penting, PM yang selepas ini perlu lebih pandai daripada seluruh rakyatnya dari segi keagamaan. Biar dia yang menjadi imam. Biar dia menjadi sumber rujukan rakyat jika ada masalah berkaitan agama. Kalau boleh PM yang hafal Al Quran seperti Mohd Morsi.

    BalasPadam
  13. Saya turut mengulas mengenai topik ini dengan mengemukakan analisa mudah berpandukan kedudukan semasa parti-parti politik BN dan PR. Dijemput baca dan buatlah penilaian sendiri.

    Artikel: Realiti sebuah majoriti"
    http://diaridrsepet.blogspot.com/2011/12/edisi-pgu-keperluan-suara-majoriti-di.html

    BalasPadam
  14. Tak mustahil jika lelaki itu menjadi PM untuk masa akan datang. Yang penting bukan Melayu bersatu, Muslim perlu bersatu, jgn jadi seperti negara Arab, mereka bergaduh / bunuh sesama sendiri.

    Paling utama, sebagai orang Muslim, penuhkan diri dengan ilmu, bukan mendemonstrasi / komplain sana sini. Barulah muslim menjadi kuat & boleh memimpin.

    BalasPadam
  15. saya risau jawatan Yang Dipertuan Agung pon akan ditukar oleh puak puak ni sekiranya mentadbir negara... anak cucu saya nanti camner???

    BalasPadam
  16. Selepas Anwar Ibrahim, Azmin Ali akan menjadi "second in-line" kerana popularitinya, kredibiliti dan karisma beliau yang ckp kuat. Melihat akan latar belakang pendidikan dan pengalaman dalam berpolitik beliau, beliau (azmin ali) boleh memikul tugas sebagai PM dengan baik. 'third in line' pula mungkin nurul izzah ataupun shamsul iskandar (ketua angkatan muda PKR), namun mungkin peluang lebih kepada shamsul iskandar kerana melihat akan latar belakang pakatan parti yg sememangnya akan mendahulukan lelaki dpda perempuan dlm memilih pemimpin.

    Selepas itu,kita lihat siapa yang pernah menjawat jawatan menteri pelajaran dan menteri pertahanan smasa tampuk pemerintahan kerajaan pakatan. Mungkin tidak masuk akal, tapi menurut rekod, itulah yg berlaku dalam kabinet sejak merdeka. pemimpin dari dap dan pas tidak akan mendapat mandat yg cukup untuk meletakkan calon mereka sbagai peneraju pakatan justeru menjadi PM.

    Pas menurut rekod juga, sememangnya akan keluar dari pakatan sekiranya agenda mereka tidak dicapai sekiranya pakatan memegang tampuk pemerintahan.

    Namun, menurut Tun M melalui blognya menyebut BN akan menang pada pru akan datang, namun dengan majoriti yg tipis dan perpecahan antara kaum melayu akan meruncing.

    BalasPadam
  17. Encik Mazidul, khabarnya pada PRU kali ini, DAP akan kehilangan kerusi di Parlimen dan DUN. ini kerana parti mereka mungkin akan di kategorikan sebagai tidak sah. SPR dan ROS mungkin akan menggugurkan semua pencalonan oleh DAP kecuali mereka bertanding atas tiket bebas.

    Pada pandangan saya, selepas DS Anwar, ramai lagi yang berwibawa dan ada sifat sifat pemimpin yg sepatutnya, InsyaAllah.

    Gunakan politik untuk Islam, bukan Islam untuk politik.

    BalasPadam
  18. Hakikatnya, PKR tidak mampu memenangi kerusi majoriti jika tidak bergabung bersama PAS dan DAP. Untuk bertarung dalam pilihan raya, ketiga-tiga parti terpaksa bergabung bertujuan untuk menumbangkan BN.<---ayat mazidul ni seolah2 BN tu takder bergabong dgn mana2 parti komponen...bistu MIC MCA bagai tu apedia?? kalo berani cuma lawan atas tiket UMNO je...dapat 2/3?

    BalasPadam
  19. Unknown : maksud saya, kerajaan di Singapura la. Dimana hak orang2 Melayu di Singapura sekarang? Jika di Malaysia, kita masih mempunyai kedaulatan, hak kita masih terjaga.. anak melayu diberikan kuota besar untuk memasuki U. anak melayu diberikan kuota besar untuk bekerja di agensi kerajaan. anak melayu ditaburkan dengan pelbagai keistimewaan. Kenapa kita nak hapuskan hak kita sendiri?

    Ok, fine.. jika Anwar memerintah negara, pastikah negara kita akan menjadi lebih baik dari sekarang? Pastikah dia memperjuangkan hak-hak orang Melayu? Pastikah dia akan melaksanakan hukum hudud? Manifesto pilihanraya di Selangor hanya tinggal manifesto. Tabur janji palsu kepada rakyat sebelum pilihanraya. Bila dah menang, semua senyap... pangkat dah dapat, duit dah dapat. kerja tak buat.

    Saya pernah hidup dibawah kepimpinan PAS di Terengganu. Apa saya dan keluarga dapat sepanjang 5 tahun PAS disana? Tiada pembangunan... tiada apa-apa. Yang saya nampak pintu gerbang didirikan disana-sini. Adik bongsu saya dihalau dari sekolah tadika kerana dikatakan menggunakan dewan kampung. 2minggu adik tidak ke sekolah. Akhirnya satu keluarga yang baik hati menyewakan rumah mereka untuk dijadikan tadika. Apa jadi dengan dewan itu? Semak-samun, lalang... cermin pecah. dewan tidak digunakan langsung dan menjadi sarang penagih dadah.

    Kebetulan pada masa itu saya bekerja di salah sebuah kedai karpet melayu disana. Saat PAS dapat memerintah di Terengganu, semua karpet berwarna biru dan merah yang dihamparkan didalam masjid, ditukar kepada warna hijau. Bila ditanya kenapa tukar, jawapannya,

    "Rasa macam sembah BN pulak kalau sujud atas karpet biru."

    Habis, kalau tukar karpet hijau, rasa macam sujud PAS kah? Kita solat untuk sujud pada parti ke atau ALLAH SWT?

    Saya berani bersumpah dengan nama ALLAH SWT, tiada apa yang saya reka di dalam cerita di atas. Ini pengalaman saya sebagai rakyat Terengganu yang pernah berada di bwah takuk pemerintahan PAS. Cukuplah sekali saya melihat kerakusan gila kuasa ahli-ahli PAS. Cukup.

    Anda mungkin belum terkena.. jangan bila dah terkena, baru nak menyesal. Pepatah ada menyatakan, sesal dahulu pendapatan. sesal kemudian, tak berguna.

    BalasPadam
  20. yg sy risau skrg ini ialah SPR,JPN,n Bdn2 krjaan ln bersekongkol utk membntu memenangkn Umno/BN (pernyataan mergie) .
    Mengapakah begitu singkat pemikiran anda.. jika hendak berdebat dgn anda sudah pasti tidak ada penghujungnya jika anda mengamalkan sifat pemikiran sempit sebegini.. sy merupakan pengundi atas pagar dan tidak menyokong mane2 parti.. bagi saya kedua2 parti ada baik dan buruk.. taip kaedah menggunakan fitnah & huru hara bukanlah satu perkara yg baik. jika seperti anda kata diatas, mengapa PR boleh menang selangor, kelantan, kedah, penang, & perak pada PRU12? dan pilihan2 raya kecil yg lain selepas2 itu? jika betul seperti apa yg anda ungkapkan itu.. lebih baik beri 100% kemenangan kerusi pada BN.
    hakikatnya org yg pemikiran dangkal seperti anda lah yang merosakkan keamanan & kedamaian negara kita. Ingin jadi seperti negara2 ARAB? fenomena 'arab spring'? lihatlah mereka, sehingga kini masih lagi bertelagah & bertelagah.. mengapa? kerana rakyatnya tidak bersatu..
    Sy paling tidak boleh terima apabila PAS sudah pandai menjual agama (kalimah Allah). subhanallah.. tidakkah mereka takut akan Allah. jgn nnt satu ketika, paderi dtg mendekati org Islam dan berkata 'Mengapa anda tidak mengikut ajaran kami?, bukankah tuhan kami & kamu itu sama yakni Allah?' fikir2 kan lah

    BalasPadam
  21. Berkemungkinan Nurul Izzah, Rafizi dan beberapa pemimpin pemimpin melayu di dalam parti Keadilan dan PAS sendiri. Mereka layak, cuma tidak di layak kan. Kepentingan melayu mestilah di jaga selari dengan perlembagaan yang ada sekarang. Itu kehendak kaum melayu.

    Secara peribadi, saya lihat kerajaan yg ada sekarang sudah banyak lari dari perjuangan itu. Jauh dan semakin jauh. Satu contoh shj, Berapa baki tanah rizab melayu yang tinggal selepas lebih 50 tahun BN/UMNO memerintah? Berapa byk yang telah digadai kan oleh mereka mereka yang dipertanggungjawab kan untuk menjaganya?

    Pak menteri dan anak beranak kaya raya dan semakin kaya. Malah yg disabit kan atas kesalahan rasuah pun masih lagi kaya, duduk rumah goyang kaki. Kenapa tak undang undang negara diubah agar pesalah rasuah dari kerajaan ini di rampas hartanya dan dipulang kan kepada rakyat dan negara?

    Memang diakui banyak yang rakyat dapat dari kerajaan, tetapi hakikat rakyat boleh dapat lebih dari itu sebenarnya. Kepayahan rakyat sehari hari harus diambil tahu. Saya tak tahu mana satu Pak Menteri yang hidupnya susah kerana berkorban untuk rakyat. Keselesaan boleh tetapi jangan melampau. Anda (kerajaan) sebenarnya adalah pekerja untuk rakyat. Mandat telah diberi untuk tadbir dan urus segalanya untuk rakyat dan negara, Bukan tadbir untuk kepentingan dan kemewahan sendiri.

    BERUBAH ATAU DIUBAH!

    BalasPadam
  22. Rasanya ramai calon dalam PAS boleh menggantikan anwar selepas itu. Jangan dilihat pada DAP sahaja.

    Tanpa perubahan kempimpinan atasan, tidak akan ada perubahan drastik untuk peringkat bawahan.

    DAP tidak akan menjadi isu.Tidak perlu meletakkan LIM sebagai aspek utama. Seolah-olah tiada lagi mereka yang cerdik pandai dalam PAS dan PKR.

    BalasPadam
  23. Saya hanya memberi pandangan dari pemikiran sya yang hanya mengaji setakat SPM.

    Bagi saya sesiapa sahaja yang menjadi PM tidak akan menjadi masalah. Apa yang menjadi masalahnya bila sahaja bertukar PM yang melibatkan pertukaran parti bermakna dasar-dasar kerajaan juga akan berubah. Apa yang dapat menghalang dari beubahnya dasar-dasar sedia ada. Apabila berubahnya sesuatu dasar bukan senang untuk kita mengubah kembali kepada asalnya. Di US bertukar kepimpinan dasarnya tetap sama. Mereka masih memperjuangkan dasar sedia ada. Agak2 kat Malaysia ni kalau bertukar kepimpinan dasar yang melibatkan keistimewaan orang Melayu kan kekalkah?

    BalasPadam
  24. Komen Edlin sangat bodoh. Admin tolong buangkan. "BN tu takder bergabong dgn mana2 parti komponen..." apa punya ayat la ko ni!

    BalasPadam
  25. saya setuju dengan komen saudara hafez...mengapa hanya bangsa melayu sahaja yang boleh menjadi perdana menteri?...sedangkan negara kita diduduki pelbagai bangsa dan agama...persoalan nya sekarang ialah, andai kita mempunyai kuasa untuk memilih seorang perdana menteri..pilih lah dari segi beliau releven atau pun tidak untuk memegang tampuk pimpinan negara...dan bukan nya mempersoalkan agama dan bangsa...kenapa saudara mazidul cuba menimbulkan perkara yang racist...kenapa tak sebut nama lain selain Lim Guan Eng?..ramai nama lain selain Lim Guan Eng...apa motif?

    BalasPadam
  26. Encik Mazidul.

    Saya seorang yang non-partisan. Pada saya pilihanraya 5 tahun sekali, jadi kalau kita x puas hati dgn parti pemerintah kita tukarlah kpd pembangkang. Jika 5 tahun berikutnya pembangkang x perform kita tukarlah balik. Siapa pun perdana meneteri memang tidak termaktub dari segi bangsa cuma pada amalan di Malaysia sekarang, ketua bagi parti yang mendapat sokongan paling banyak ialah UMNO jadi tentunya dipilih dikalanagan org Melayu. Bg pembangkang pula setakat ini mereka mencalon org yg paling berpengaruh. Jika DSAI dah tak ada nanti, saya rasa mereka pilih ketua parti yg mendapat undi terbanyak dalam coalition mereka. Saya cuma percaya part permerintah sekarang bukan seperti parti pemerintah dahulu DAN parti pembangkang sekarang bukan seperti pembangkang dahulu. Terima kasih

    Undi adalah rahsia.

    BalasPadam
  27. Persoalan PKR tidak boleh bersendirian, Umno juga tidak boleh bersendirian, tentang pengganti Anwar pula, tiada masaalah, siapa pun boleh yg penting, ketelusan, anti rasuah, jujur dan bijaksana, Amerika di tadbir oleh org kulit hitam walau pun majoriti org kulit putih,Malaysia juga boleh begitu yg penting memenuhi kreteria yg di khendaki.......

    BalasPadam
  28. Lucu sungguh baca entri Mazidul ini.

    Mungkin Mazidul lupa, maklumlahkan Melayu Mudah Lupa bahawa UMNO pernah serahkan kepada Ling Liong Sik untuk memangku jawatan Perdana Menteri selepas UMNO diisyhtiharkan sebagai sebuah pertubuhan haram oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Februari, 1988.

    Masa itu Pakatan Rakyat belum ada ye.

    Dan oh ye, masa itu Perdana Menterinya ialah Tun Mahathir bukan DS Anwar Ibrahim.

    Hahaha...luculah kamu ni Mazidul..

    BalasPadam
  29. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  30. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  31. Kenapa Anwar? walaupun sokong PR, saya tak sokong Anwar...Anwar hanyalah serpihan dari Umno... Kalo tak kena pecat, memang Anwar masih dlm Umno...
    Harap yg jadi PM, biarlah dari PAS, tp bukan Mat Sabut la...

    BalasPadam
  32. Hakikatnyer kerjasama antara UMNO n MCA n MIC telah terjalin sejak dulu lagi..tapi kenapa Pakatan sibuk nak tiru2 cara BN.. bukan kah dulu Pas pernah cakap kafir jika berkerjasama ngan kafir..memang ckp tak serupa bikin..nak sgt memerintah dah tak ingat ape yg pernah diucap dulu..???

    BalasPadam
  33. Anda semua pilih melayu atau islam sbg PM. Katakanlah ditakdirkan Allah Lim Guang Eng menjadi PM dan memeluk agama islam bolehkah anda2 semua menerimanya.

    BalasPadam
  34. Salam.

    saya sokong kalu pm itu beragama islam.

    Unknown - boleh. tapi dia kena peluk islam bukan sbb untuk jadi PM. sbb untuk memimpin kita semua. dan kenalah dia peluk islam sebelum jadi PM. kalu setakat janji dah jadi PM baru jadi islam, itu dah silap niat dia. betul?

    pada saya keharmonian kini wajar dikekalkan, diharmonikan lagi. tolak provokasi melampau, tolak politik kotor. :)

    BalasPadam
  35. Bro Mazidul, saya ingin ajak tuan dan pembaca berfikir sejenak tentang negeri saya, Perak (Negeri tanah tumpah Bro Mazidul juga).

    DUN Perak ada 59 buah. PR membahagikan kerusi mengikut ketetapan 20 untuk PAS dan DAP, manakala PKR sebanyak 19.

    UMNO kekal dengan 34, khabarnya untuk PRU13 mungkin meningkat kepada 36.

    Andainya PR menguasai Perak, DAP tetap menjadi pemegang saham majoriti, sebab sokongan bukan Melayu khususnya Cina, memang bukan suatu yang mustahil untuk parti itu.

    Saya ingin maklumkan kepada Meggie, daripada tulisannya saya yakin dia dipengaruhi pembangkang yang amat nyata. Pendapatnya tentang SPR menunjukkan dia tidak tahu bagaimana SPR berperanan dalam pilihanraya.

    Saya pernah bekerja semasa petugas PRU, dan amat jelas, SPR bertindak secara profesional. Petugas diberi penerangan sejelasnya tentang fungsi SPR dan kami diarah tidak menyebelahi mana-mana parti semasa bertugas.

    Saya yakin, PR akan menggunakan isu SPR tidak bersih, salahguna kuasa dan seumpamanya jika mereka mengalami kekalahan dalam PRU13.

    Saya doakan agar Malaysia kekal diperintah oleh Melayu_Islam.

    Biarpun UMNO ada kelemahannya, tetapi ia lebih baik dan berprinsip berbanding PAS.

    Insya-Allah, saya tidak akan lagi mengundi Nizar Jamaluddin untuk DUN Pasir Panjang.

    BalasPadam
  36. Dalam 10 tahun lagi jika konflik antara umat Islam dan bangsa Melayu tidak di selesaikan jawatan Perdana Menteri TIDAK WUJUD lagi.

    Yang ada ialah JAWATAN PRESIDEN yang akan memegang kuasa eksekutif penuh. Malaysia akan menjadi REPUBLIK. Negeri-negeri seperti negeri PERAK tidak akan wujud lagi. Akan menjadi WILAYAH atau Provinsi.

    Mufti-mufti negeri tidak akan ada lagi malahan MUFTI REPUBLIK RAKYAT MALAYSIA jawatannya pun tak ada kerana peruntukkan atau belanjawan
    untuk kegiatan keagamaan adalah bertentang dengan prinsip-prinsip republik.

    Pejabat-pejabat agama di bawah Sultan/Raja pun tidak ada lagi melainkan hendaklah di tadbirkan secara wakaf menurut setempat. Duit gaji Umam dan duit pencuci tandas masjid kenalah bergantung kepada amalan hibah dan sedekah (charity)sebab peruntukkan tidak akan ada. Mana nak ada Negeri bersultan pun dah tak ada.

    Pernikahan boleh di batalkan oleh Mahkamah Sivil jika ada yang menuntut kerana Perkara 121 (1)(A) tidak boleh wujud dalam PERLEMBAGAAN REPUBLIK. Kerajaan boleh megambil tindakan kepada mana-mana ibu-bapa yang mengkhitan anak-anak lelaki dan perempuan mereka kerana bertentangan dengan Prinsip-prinsip Declarations of Human Rights.

    Oh ya satu lagi penjualan daging khinzir dan tidak halal tidak perlu di buat kaunter khas lagi dan tidak perlu di label atau petunjuk TIDAK HALAL kerana ianya satu diskriminasi di dalam perdagangan. Yang perlu ialah section atau kaunter Khas untuk produk-produk Halal sahaja untuk golongan "istimewa" iaitu pengamal tegar Islam yang masih tidak mahu berubah dan berasimilasi dengan prinsip-prinsip Republik .

    BalasPadam
  37. Salam Bro,

    Kebanyakkan penyokong PR hanya berhujah berdasarkan persepsi dan ceramah politik yang didengar semata tanpa membaca. jelas mereka malas membaca dan cuma suka baca blog yang remeh dah lemah

    BalasPadam
  38. SMTI-Pada pendapat saya, sesiapa pun boleh memegang jawatan Perdana Menteri, asalkan orang itu Muslim, dan memenuhi sifat-sifat pemimpin terbaik dan terpuji dan sentiasa mencontohi Rasulullah S.A.W.

    Antara ciri-ciri kepimpinan Baginda ialah:
    -Bertanggungjawab
    -Adil
    -Berfikiran jauh
    -Bekerja secara berjemaah dan berkumpulan
    -Terbuka dalam menentukan keputusan
    -Tegas dan tetap pendirian
    -Mesra rakyat
    -Pengorbanan

    Insya Allah, ramai yang bijak dan boleh berbuat sedemikian di luar sana. Tidak kira apa juga kaum, yang penting pemimpin terpilih mestilah Muslim.

    Wallahuaklam

    BalasPadam
  39. Salam ,
    Kalau lah Lim Guan Eng jadi PM lepas tu dia nak ke bagi semua keistimeaan lagi untuk orang Melayu .SPR pun akan di kuasai beliau ,keistimewaan Islam pun tak ada lgi .Masa tu Gereja pun terpampang perkataan Allah ...sedih sangat rasa kalau betul-betul terjadi .Semoga Islam terus bertakhta di bumi Malaysia

    BalasPadam
  40. orang kerajaan tak pernah bersekongkol dengan mana-mana pihak, Selangor, Kedah, Kelantan, Pulau Pinang adalah buktinya.

    BalasPadam
  41. Jika anda semua rasa kerajaan boleh ditukar-tukar anda semua silap, jika pakatan rakyat memerintah, diaorang akan buat ala republic...pemerintahan selamanya....

    BalasPadam
  42. Siapa selepas Anuwar Ibrahim bukan persoalannya. Persoalannya sekarang mampukah ketiga tiga parti utama pakatan rakyat berkerjasama jika mereka memperoleh Putrajaya. PKR, PAS dan DAP punya dasar dan prinsip yang jauh berbeza. Usah negara kita menjadi seperti Mesir yg masih teraba raba selepas kejatuhan Presiden Hosni Mubarak sudahlah. Perdana Menteri selepas PRU 2013 nanti tidak mampu memenuhi permintaan semua kaum jika tiada sokongan kukuh dari semua pihak.

    BalasPadam
  43. Ramai yang tak kisah sapa nak tadbir negara selepas Anwar.. membandingkan pulak dengan zaman Tun Dr. Mahathir. Selagi BN memerintah, rakyat semua yakin, orang Melayu beragama Islam lah yang bakal menjadi PM dan TPM. Tapi bila PR memerintah, orang tertanya-tanya...
    Ramai yang kata PAS banyak pengganti. Oklah memang ada sorang dua dalam PAS boleh diharap tapi adakah DAP setuju kalau orang PAS jadi PM??? Selama ini, PAS tak pernah menunjukkan penguasaannya ke atas DAP dan PKR (menjadi ketua dalam PR sepertimana UMNO dalam BN)walaupun aku percaya tenaga PAS paling banyak menyumbang dalam setiap pilihanraya. Oleh itu, selagi PAS tidak lead ini PR, selagi itulah aku sbg rakyat biasa terpaksa berpegang kepada UMNO untuk mentadbir negara.

    BalasPadam
  44. Berdasarkan 3 perkara di bawah, saya tidak akan mengundi individu di atas:

    1) Statement di BBC bahawa undang-undang anti-Gay di malaysia (dan undang-undang Islam) ialah 'archaic' yakni purba dan perlu diubah.

    2) Statement dia yang menyokong semua usaha kepada keselamatan Israel, yang menghalalkan pembunuhan umat Islam palestin.

    3) Statement dia yang menghalalkan penggunaan nama Allah di dalam kitab Injil bahasa Melayu.

    3 perkara di atas ialah 'tip of the iceberg' dan jika dia berkuasa maka bahagian bawah iceberg itu yang lebih besar akan muncul.

    BalasPadam
  45. Tahniah kepada Saudara Mazidul kerana, membuka satu ruangan yang amat berguna kepada pembaca blog beliau untuk memberi ulasan tentang politik, terutama politik semasa yang nyata kini amat hangat diperkatan. Isu politik dan pentadbiran sesebuah negara amatlah penting kerana implikasinya kepada rakyat jelata akhirnya.

    Sesiapa yang kita rasa layak untuk menjadi wakil rakyat diperingkat DUN and Parlimen kita yang pilih.

    Corak pemerintahan dan kuasa memilih adalah ditangan kita. Kita mahukan pemimpin yang jujur, ikhlas, tidak salah guna kuasa, tidak rasuah, tidak membazir wang cukai yang kita bayar.

    Kita lantik pemimpin untuk mentadbir negara dengan amanah. Kita yang lantik mereka. Jadi sesiapa yang jadi Perdana Menteri, Menteri, Menteri Besar dan sebagainya mestilah yang kita rasa boleh pegang amanah.

    Kalau tak AMANAH KITA TUKARLAH, sesiapa sahaja.

    BalasPadam
  46. assalamualaikum warahmatullah..parlimen baru dibubarkan..saya menghidu sentimen permusuhan di atas dasar politik kita.bahkan sahabat-sahabat rapat saya yang seislam lebih mengutamakan parti daripada ukhwah cinta kita sesama saudara islam. mungkin kata ini dianggap dogma non realistik,tetapi saya merasakan parti politik malaysia kita penuh kekurangan dan berbeza dizaman khalifah islamiah. bile dibawah PKR,merasakan pemerintahannya tak adil,bile dibawah BN merasakan ia pincang.ada ramai yang ikhlas dan jujur,tetapi ade ramai juga tidak tulus.sebagai seorang yang cintakan umat dan Rasulullah SAW, saya terima dengan syukur siapa memerintah tapi saya harapkan perjuangan islam tidak berhenti hingga akhir hayat.. ALLAHUKBAR.hanya kata-kata dari hati,tetapi kata-kata itu dakwah!

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.