Kira-kira jam 8.43 pagi tadi, saya kembali ke Signature Park, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor dan melakukan tinjauan ke dua berhubung penyambungan kabel elektrik kelihatan tidak sempurna.
Berikut gambar saya rakamkan sebaik tiba di lokasi.
Saya kemudian merakamkan gambar di dalam struktur layak digelar pondok menempatkan Main Switch Board untuk membekalkan tenaga elektrik sementara milik Tenaga Nasional Berhad, TNB itu.
Beberapa minit kemudian, tiga kakitangan TNB tiba di lokasi dan melakukan pemeriksaan setelah mereka menyapa saya secara baik.
Berikut, gambar lampu saya rekodkan pada jam 8.45 pagi, sebelum ketibaan mereka.
Sudah terang lagi bersuluh, kan?
"Switch it off," pinta kakitangan TNB, P. Selvaraj kepada rakan setugasnya.
Jimatkan tenaga elektrik! Lampu terbabit kemudian padam.
Saya, Selvaraj, Shan dan Steven kemudian bersama meninjau kaedah sambungan kabel elektrik disalurkan ke bangunan berhampiran.
Tidak lama kemudian, pengurus projek keluar dari bangunan dan mendekati kami. Dia keliihatan berbual dengan kakitangan TNB terbabit.
Menariknya, Pengurus itu turut diiringi oleh pengawal keselamatan.
Sewaktu mereka berbincang, saya merakamkan gambar pengawal keselamatan sama sebelum mengajukan beberapa soalan lazim kepadanya.
"Kamu berasal dari mana?"
"Seksyen lapan, Kota Damansara," balasnya dalam loghat seberang.
"Kamu orang Indonesia?," tanya saya lagi untuk kepastian.
Wajahnya kelihatan pucat lesi dan mendiamkan diri.
"Di Indonesia, dari mana? Sumatera? Jawa?," soal saya.
Dia terus membisu.
"Biar saya beritahu kamu, rakyat Indonesia tidak layak bekerja sebagai pengawal keselamatan di Malaysia., termasuk mereka berketurunan Indonesia kini berstatus penduduk tetap. Mengapa? Contohnya, andai berlaku kes jenayah di kawasan ini, kamu orang pertama akan melarikan diri sebaik polis tiba kerana kamu pasti menyalahgunakan permit kerja, jika kamu memiliki permit," jelas saya kepadanya.
"Pergi jumpa you punya bos, cakap ini TV punya orang ada sini, ambil gambar," ujar pengurus berdiri tidak jauh darinya.
Izinkan saya memperbetulkan kenyataan lelaki itu. Saya berada di lokasi terbabit BUKAN selaku wartawan TV3 tetapi cuma sebagai individu mengambil tahu berhubung kes mampu membahayakan keselamatan orang ramai. Tidak perlu menjadi wartawan untuk membuka mata dan peka kepada keadaan. Sesiapa sahaja berpeluang bertindak seperti saya lakukan, tanpa mengira kerjaya.
Perlahan pengawal keselamatan terbabit beredar. Ada baiknya dia mencari pekerjaan sah dilengkapi dokumen dituntut.
Untuk pengetahuan semua, hanya warganegara Malaysia dan rakyat Nepal SAHAJA dibenarkan oleh Kementerian Dalam Negeri untuk berkhidmat sebagai pengawal keselamatan di negara kita. Selain daripada itu, mereka bekerja secara tidak sah.
"Apa fasal mahu ambil gambar? Itu macam saya ambil gambar you lah," ujar pengurus projek dalam nada terusik.
Dia kemudian mengeluarkan telefon mudah alih dan merekodkan gambar saya.
Terima kasih.
"Silakan, tiada masalah," balas saya.
Namun juruelektrik berbangsa Melayu berdiri di sebelah kirinya, kelihatan tenang sebelum terjun keluar tembok simen untuk bertemu kakitangan TNB berdiri bersama saya.
Ops! Nasib baik kabel elektrik membekalkan tenaga 415 volt itu telah diputuskan bekalan.
Juruelektrik itu kemudian memperkenalkan diri secara sopan.
"Sebelum ini, ada pagar dan elektrik disalurkan secara sah, menggunakan meter, bukan dicuri. Bila pagar diruntuhkan, kabel ini sudah termasuk ke kawasan awam di sini. Kira salahlah. Nanti kita akan membina sky folding. Lagipun kita hendak terminate bekalan elektrik sementara ini tetapi sedang menunggu TNB untuk membekalkan meter di dalam bangunan. Dalam tempoh satu dua minggu ini, bangunan dijangka bakal mendapat Sijil Layak Menduduki, CF," kata juruelektrik itu.
Pengurus projek, mungkin marah meninggalkan kami.
"Baik, saya akan pergi ke pejabat untuk membantu. Apapun tolong perkemaskan sambungan kabel ini dan tuliskan satu perkataan penting di papan tanda, 'bahaya' dan letakkan pita merah, hazard tape di kawasan ini," celah Selvaraj.
"Jalan penyelesaian tetap ada. Saya datang ke sini, tidak meraih sebarang keuntungan pun tetapi cuma ingin memastikan tiada nyawa awam terancam. Memarahi saya bukan kaedah penyelesaian terbaik," bisik saya kepada juruelektrik itu.
Dia bersetuju.
Menurutnya, sebelum ini bekalan elektrik sementara disalurkan selama kira-kira 2 tahun kepada rumah pekerja kontrak, majoriti warga asing dan kemudian dirobohkan setelah projek pembinaan selesai.
Bravo TNB! kerana sudi melaksanakan langkah segera bagi menangani masalah dikemukakan oleh pengadu, blogger picisan seperti saya.
Terima kasih kepada Selvaraj, Shan dan Steven kerana bertindak secara profesional.
Ketika minum pagi bersama mereka bertiga di restoran berhampiran, saya kemudian dihubungi oleh kakitangan Ibu Pejabat TNB di Petaling Jaya dan memaklumkan antara tindakan telah diambil oleh kakitangan mereka.
Sewaktu beredar untuk ke pejabat, saya terlihat dua pekerja berada berhampiran pondok terbabit dan melakukan kerja.
Sewaktu beredar untuk ke pejabat, saya terlihat dua pekerja berada berhampiran pondok terbabit dan melakukan kerja.
Kira-kira jam 11.20 pagi tadi, Pengurus Cawangan TNB Kota Damansara, A. Sivanas, menghubungi saya.
"Terima kasih kerana sudi mengemukakan aduan kepada pihak kami. Bimbang juga saya, jika kanak-kanak berkebetulan melintasi kawasan itu dan terkena renjatan elektrik. Apapun saya akan mengeluarkan saman kepada pihak pemaju kerana membuat pemasangan kabel elektrik secara tidak selamat dan berkemungkinan menggugat keselamatan nyawa orang awam," kata beliau
Tq Sir, I really appreciate the action taken.
SMTI...
BalasPadamMinta jasa korang like: Like Gambar Amirah Banyak Banyak
dan saya pulak mengucapkan terimaksih kepada saudara Mazidul. Semoga Allah S.W.T mempermudahkan segala urusan saudara dunia dan akhirat.
BalasPadamSMTI
BalasPadamsmti
BalasPadamassalam ...
BalasPadambravo .. bravo ..... !!!
nunggu kes abg mazidul ...pasal "bnm- org jual insuran " lakk ... huhuhuhu
apakah kesudahannya...
kalo sume tempat ada wakil rakyat mcm Mazidul kn bgus.sume masalah di teliti scr pantas.bru pihak berwajib buat kje.nmpk sgt mereka takut dgn lensa kamera dan media.
BalasPadamTerima kasih semua kerana berjaya menyelesaikan satu masalah..
BalasPadam