Rabu, Januari 16, 2013

PARANORMAL TOUR MELAKA


InsyaAllah pada 9 dan 10 Februari 2013, kru tetap Penyingkap Fakta bakal melaksanakan tinjauan di beberapa lokasi terpilih di Melaka Bandaraya Bersejarah.

Tinjauan akan bermula pada jam 10 malam, 9 Februari.

Kepada pembaca berminat, sila hubungi Razali Harun di talian 016 231 5812. Penyertaan terbuka kepada semua berusia 18 tahun ke atas, lelaki dan wanita tetapi harus bergerak menggunakan kenderaan sendiri. Penyertaan rakyat Melaka dialu-alukan namun bilangan terhad untuk 15 orang sahaja (first come, first served basis). Semua diwajibkan memakai baju kemeja Penyingkap Fakta, dikenakan bayaran RM66 (termasuk harga baju) dan akan menandatangani borang disclaimer.

Peserta berpeluang merakamkan gambar di beberapa lokasi dikata menyeramkan. Di samping itu, mereka juga akan diberikan penjelasan terperinci berhubung fungsi semua peralatan elektronik digunakan oleh kru dan mencuba peralatan terbabit di sepanjang tempoh tinjauan. Minuman dan makanan ringan disediakan untuk semua peserta.

Hanya 7 kru Penyingkap Fakta akan bertolak ke Melaka dan bertemu peserta berminat di lokasi bakal kami tetapkan kelak pada jam 9 malam.

Makanan dan minuman kru ditaja oleh Restoran Melaka Kitchen. Kepada pihak berminat untuk menyumbang tajaan tambahan, sila berhubung dengan kru kami, Razali dengan kadar segera. 

Ikuti perkembangan tour dirancang ini di sini dan kegiatan kami di sini.

4 ulasan:

  1. Andai kata ade yang kene rasuk, boleh terus pulih masa tu juga ke??? takut gak kan tibe tibe susah kene kawal

    Minta jasa korang like: Like Gambar Amirah Banyak Banyak

    BalasPadam
  2. Smti- saya percaya cerita ini sebab ia juga terjadi kepada saya semasa berumur 2 tahun. Ibu saya kata saya suka bermain di tiang seri rumah arwah datok. Menurut imam yang mengubat saya, ada seorang nenek yang tinggal dalam tiang seri itu, dan nenek tu mula mulanya menyelamatkan saya dari makan bangkai cicak. Rumah datuk tu pun dah dirobohkan dan diganti rumah batu.

    BalasPadam
  3. tolong siasat ape yg sedang berlaku di UITM lendu melaka skarang ni...dengar kabar semakin serius..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.