Khamis, Februari 23, 2012

AIRMATA FARIS MENGALIR SEBAIK MENUTUP MATA

Faris Nur Daniel meninggal dunia selepas 22 minit saya menulis entri ini.

"Engkau hendak pergi ke hospital?," soal rakan saya Mossen Mohamad melalui telefon.

Bak orang mengantuk disorong bantal, saya menerima pelawaan itu. Jam 11.33 kami berdua menuju ke Sime Darby Medical Center, Subang Jaya, Selangor.


Untuk rekod, saya, Mossen dan ayah arwah Faris, Shamrulismawi Ismail, pernah menuntut di kelas sama sewaktu di institusi pengajian tinggi.

Jam 11.40 pagi tadi, kami tiba di Neonatal Intensive Care Unit, NICU. sebilangan sanak saudara terdekat Sham dan isteri, Zuraine Mohamad, sudah berada di lokasi sama.

Suasana sugul menyelubungi ruang NICU.


Saya dan Mossen kemudian bertemu Sham untuk mengucapkan takziah. Ketabahan tergambar jelas di wajahnya.

"Dua puluh tiga hari Sham?," soal saya.

"Dua puluh tiga hari aku tidur di luar unit itu," balas Sham.


Beberapa minit kemudian saya melangkah masuk ke bilik jenazah ditempatkan. 


Lebih 3 minggu Faris bertarung nyawa akibat HLH, barah darah, dia kemudian menghembuskan nafas terakhir tepat pada jam 10.05 pagi tadi.


Selepas menerima berita Faris berada dalam keadaan kritikal, saya menghantarkan pesanan ringkas kepada Sham.

'Ayah dan ibu tolong reda dan relakan sepenuhnya jika Faris harus pergi'

Ketika Sham dan keluarga menguruskan proses kenderaan penghantaran jenazah ke rumah, saya sempat menghampiri Zuraine, duduk di atas katil.

"Takziah. Kita semua tidak mahu melihat dia terseksa," hanya kenyataan itu terpancul dari bibir saya. 

Airmata kelihatan tidak berhenti mengalir di pipinya.

"Pada mulanya, kami memang terasa berat untuk melepaskan dia tetapi akhirnya reda dengan ketentuan Allah. Faris pun barangkali berada dalam keadaan sama. Sebaik dia menutup mata, airmata kelihatan mengalir di pipinya," jelas Zuraine. 


Sebagai ibu, tentunya Zuraine bersedih. Hanya naluri ibu memahami sepenuhnya perasaan wanita berusia 38 tahun itu.


Tepat jam 12.26 tengahari tadi, jenazah Faris dibawa keluar untuk dihantar ke rumah keluarganya.


Jenazah kini berada di Jalan Pulut Lumur, U10/76J, Alam Budiman, Seksyen U10, Shah Alam, Selangor dan akan dikebumikan selepas waktu Asar hari ini.

Kisah Faris bakal dipaparkan dalam program Malaysia Hari Ini, MHI, esok. Terima kasih kepada Penerbit Eksekutif MHI, Alfian Kaus kerana sikap prihatin beliau.


Di syurga Allah tempat mu, Faris.

128 ulasan:

  1. Bahagialah di sana, anakku.

    Kepada Sham dan Zuraine, tabah dan redhakanlah sepenuhnya.

    BalasPadam
  2. innalillahiwainnailaihirojiun , takziah buat family adik faris , smoga roh adik faris dicucuri rahmat. alfatihah ~

    BalasPadam
  3. Kisah adik Faris buat hati saya tersentuh...amat-amat..
    Teringat waktu kehilangan anak saya suatu ketika dulu...dan saya amat2 memahami perasaan ibu Faris..salam Takziah buat keluarga Allahyarham..
    Al Fatihah

    BalasPadam
  4. Allahu akbar ...
    bergenang air mata ku tatkala membaca entry ini ...

    Alfatihah untuk mu Adik Faris ...

    BalasPadam
  5. Al-Fatihah..jika berkesempatan, Insya'allah ke Alam Budiman.

    BalasPadam
  6. Al-fatihah buat arwah.biarlah dia pergi dengan tenang.ada hikmah disebalik semua ini

    BalasPadam
  7. Takziah kepada kedua ibu bapa faris..semoga redha dengan ketentuan ilahi..semoga arwah faris tenang abadi disana..sama-sama kita hadiahkan Al-Fatihah kepada Faris...

    BalasPadam
  8. Innalillahi wainna ilaihirrojiun....mungkin inilah yang terbaik untuk semua.daripada arwah terus menderita sakit.berbahagialah siibu dan sibapa kerana kalian telah menjalankan tanggungjawab dgn sebaiknya.....tempatnya telah disediakan diSana...dan dia juga telah sediakan tempat untuk kalian disana.....

    BalasPadam
  9. Innalillah..berakhir sudah penderitaan adik Faris.Insya Allah dia akan menanti ibubapanya di syurga..

    *Abah saya sakit di kampung..saya tak dapat nak balik..=(

    BalasPadam
  10. faris seperti sedang tidor....
    para malaikat telah siap sedia untuk menyambut beliau...
    yang pasti Syurga adalah tempat untuk beliau...

    BalasPadam
  11. ALFATIHAH UTK ADIK FARIS & TAKZIAH UTK KELUARGANYA...:(

    BalasPadam
  12. Allahhuakbar... airmata saya tak mampu nak menggambarkan kesedihan, syurgalah tempatmu Faris...

    BalasPadam
  13. Alamat
    No 1, jalan pulau lumut u10/76j
    Alam budiman, seksyen u10
    Puncak Perdana

    copy from abah FB

    BalasPadam
  14. Alamat
    No 1, jalan pulau lumut u10/76j
    Alam budiman, seksyen u10
    Puncak Perdana

    copy from abah FB

    BalasPadam
  15. salam takziah buat keluarga ini..
    saya speechless
    al-fatihah...

    BalasPadam
  16. Allahuakhbar...redakanlah pemergiannya kerana ini yang terbaik, ketentuan Allah melangkau perancangan manusia.

    BalasPadam
  17. Allahuakhbar....ketentuan Allah melebihi perancangan manusia. Redalah dengan pemergiannya kerana kita juga akan menyusul...

    BalasPadam
  18. allahuakbar.. tak terucap rasanya... saya dapat merasakan betapa kosongnya jiwa si ibu... walupun reda... sampai akhir nyawa takkan berhenti sesaat mengingatinya... itulah jiwa seorang ibu...

    BalasPadam
  19. i made the contribution this morning and came back and just knew about the news of faris thru kak queenie's blog. My condolences to faris's family. Faris will be good taken care of in his god's hands.

    BalasPadam
  20. Alfatihah buat adik Faris...
    semoga keluarga tabah dan redha dengan pemergian nya...tempat Nya sekarang adalah yang terbaik dari segalanya...

    BalasPadam
  21. Mengalir air mata.. sebak sangat baca n3 nih.. moga Arwah tenang di SANA..

    BalasPadam
  22. innalillahiwainnailaihirojiun
    syurga itu sempurna buat mu anak...

    BalasPadam
  23. allahuakhabr...berat mata memandang, berat lagi yg menanggung ..
    takziah sekali lagi...

    BalasPadam
  24. Al-fatihah buat adik faris...airmata saya tiba2 mengalir....Sedih tidak tertahan...Allah lebih menyayanginya...

    BalasPadam
  25. Inalillahi wainnailaihi rajiun.. tiba2 saja airmataku mengalir deras.. Aku punya 9 orang anak, 2 orang telah di panggil Allah sebelum dia dapat melihat alam fana ini... Aku pernah ada pengalaman membesarkan anak yang mengalami sakit jantung berlubang kongenital.. pengalaman yg sukar yg pernah ku tempuh.. membesarkan anak sebegini perlu banyak kesabaran dan kekuatan..Ahlamdulillah anak ku itu kini telah dewasa dan akan mendirikan rumah tangga dlm masa terdekat ini..segala2nya dlm perancangan Allah..Adik Faris tetap basah dlm ingatan ku..

    BalasPadam
  26. innalillah...
    tak sanggup dah tengok adik faris nih lebih terseksa dengan kesakitan yang dia tanggung

    BalasPadam
  27. Takziah pd En sham & fmily .. semoga roh nye tenang di sisi YANG ESA..

    http://www.afazilzura.com/2012/02/air-mata-rakyat-malaysia-melimpah-ke.html

    BalasPadam
  28. Takziah pd En sham & fmily .. semoga roh nye tenang di sisi YANG ESA..

    http://www.afazilzura.com/2012/02/air-mata-rakyat-malaysia-melimpah-ke.html

    BalasPadam
  29. Harap familynya tabah...

    Takziah dan Alfatihah...

    BalasPadam
  30. Ya Allah..tabahkan hatimu wahai ibu..
    air mata yg baca ni pun seorang ibu..
    Anak sakit cktpun xboleh kawal airmata ni dripada jatuh..

    Takziah,,brt mata mmndg brt lagi bahu mmikul..Syrga tempatmu naak!

    BalasPadam
  31. Dari tadi saya menanti entri terbaru yg akan ditulis diblog ini... betul kata en mazidul " hanya naluri ibu mengetahui sepenuhnya..."

    moga zuraine tabah dan redha atas ujian ini... jaga kesihatan dan kandungan baik2..semoga seluruh ahli keluarga sabar dan tabah.. Faris menunggu di pintu syurga...

    Al-Fatihah..

    BalasPadam
  32. al fatihah.tabahkan hatimu wahai keluarga faris.tapi kalau nurul tak taulah mcm mana nak tabah=(

    BalasPadam
  33. Allahuakbar...tidak terdaya menahan airmata ini....

    BalasPadam
  34. Allahuakbar..tidak tertahan air mata ini dari mengalir....

    BalasPadam
  35. mungkin itu yg terbaik utk faris..

    salam takziah kpd keluarga arwah..Alfatihah

    BalasPadam
  36. terima kasih di atas usaha murni saudara mazidul; mengambil gambar2 dan mengupdate setiap yg berlaku selama ini; Al-Fatihah utk arwah

    BalasPadam
  37. takziah utk keluarga juga al fatihah utk arwah adik faris...

    air mata menitis tak berhenti baca ntry nih..

    BalasPadam
  38. Takziah utk saudara Sham & family. Dgn berkat janji Allah, anak ini akan menunggu ibubapanya di syurgaNya nanti...

    BalasPadam
  39. innalillah...dn alfatihah...sejak tau pasal faris...hari2 sy bukak wall abg sham utk tau keadaan faris dn tiap kali tu mengalir airmata ni...terlalu sedih...

    BalasPadam
  40. Maaf saya tak boleh baca entry nie... Tengok gambarnya saja, mata saya dah berair... Takziah untuk kedua ibu bapa Faris... Sesungguhnya Allah lebih sayangkan dia...

    BalasPadam
  41. Allah telah menjanjikan tmpt yg paling indah utkmu Faris...dan disana juga Faris akan menanti Ibu dan Bapanya dengan senyuman dan suatu hari nanti mereka akan bersama semula...Alfatihah....:(

    BalasPadam
  42. takziah diucapkan.mengalir air mata saya tatkala membaca entry ni.

    takziah diucapkan.

    BalasPadam
  43. mengalir air mata sebak membaca entry ini.. al-fatihah moga rohnya tenang disana....

    BalasPadam
  44. al-fatihah..syurga tempatmu nak..sebak hati melihat penderitaanmu

    BalasPadam
  45. Takziah...
    Al-Fatihah..
    sebak didada bila baca n3 di blog member td.. terus saya terjah cini..

    BalasPadam
  46. innalillah... semoga ibu dan bapa arwah tabah hadapi dugaan ni. Semoga Allah beri kekuatan pasa pasangan ni. Sy juga tak dapat tahan diri dr menitiskan air mata tatkala membaca bagaimana arwah bertarung nyawa selama 23 hari tu tadi. Mungkin ini yg terbaik buat arwah supaya dia tak terus menderita. Ya allah... pastinya tak tertanggung sakitnya buat si kecik ni. insya-Allah, pastinya tempat arwah di syurga. Amiinn...

    BalasPadam
  47. Allahuakbar...hanya naluri seorang ibu yg memahami hati seorang ibu...Al fatihah..damailah engkau di sana Faris.....memamg tak tertahan air mata...

    BalasPadam
  48. Takziah buat keluarga adik faris...Al fatihah buat adik faris..TErsentuh bila membaca entiri ini..

    BalasPadam
  49. Al Fatihah buat keluarga adik faris.. Takziah dari kami sekeluarga...Sayup dan terharu dengan entri ini..

    BalasPadam
  50. salam takziah buat keluarga adik faris. Sangat tersentuh hati membaca kisah adik faris. Smg segala penderitaan berakhir, segala kesakitan terhenti setelah bertemu Allah. Inilah yang terbaik untukmu syg. Tunggu ibumu di syurga ye.

    Al-fatihah.

    BalasPadam
  51. al fatihah buat adik faris
    syurgalah tempatnya..

    BalasPadam
  52. Syurga tempat mu adik faris...semoga parents faris tabah menghadapi dugaan allah ini.. Janji allah tu pasti...al fatihah

    BalasPadam
  53. Takziah Kepada Sham dan Zuraine, Semoga Roh Faris dicucuri rahmatNya...al-fatihah...

    BalasPadam
  54. Adibah Noor - Terlalu Istimewa

    Ku tak tergambar wajahmu
    Sinar mata itu
    Lirik senyumanmu
    Pesona yang membelai
    Wajahmu bercahaya
    Memberi bahagia
    Tiap yang memandang
    Hati jadi salju

    Kau terlalu istimewa
    Kasih dan sayangmu terpancar
    Seikhlas tiada batasan
    Terus membara
    Terkilan rasa jiwa
    Ingin ku lihat mu dewasa
    Apa daya
    Tuhan lebih menyayangimu

    Ku pasti kau berbahagia
    Duduk di sampingnya
    Mendengar cerita
    Sekadar rahsia

    Tak tertanggung rindu…
    Mendengar suaramu…
    Tawa mengusik jiwa…
    Oh…

    BalasPadam
  55. salam, Al fatihah pd keluarga arwah. semoga keluarganya tabah.

    Harapan sy pd Maz dan penerbit rancangan MHI dpt kupaskn lebih lanjut penyakit HLH. sy juga dpt tahu bahawa anak perempuan sulung En. Sham juga pernah critikal tahun lepas. Adakah penyakit yg sama atau sebaliknya. Sy juga buat research dan dpt tahu yg HLH byk memyerang kanak-kanak.

    BalasPadam
  56. Al Fatihah buat Adik Faris. Hati ibu mana tak sedih, meleleh air mata baca entry ini:(

    BalasPadam
  57. Semoga dia tenang di sana...marilah kita semua sedeqahkan al-fatihah untuk si kecil kesayangan Allah ini..

    Tq untuk saudara Mazidul sebab publish tentang arwah...

    Rasa tak terungkap lagi dengan kata-kata melihat segala penderitaannya...

    BalasPadam
  58. ya Allah.. Innalillah. sebak saya baca cerita blogpost ini.. sebagai ayah saya simpati dengan apa yang telah berlaku, Allah itu maha besar, takziah saya ucapkan, saya sedekahkan Al-fatihah juga kepada adik faris. :((

    BalasPadam
  59. Al - Fatehah untuk keluarga Faris

    In the name of Allah , the Entirely Merciful, the Especially Merciful.

    The Entirely Merciful, the Especially Merciful,

    Sovereign of the Day of Recompense.

    It is You we worship and You we ask for help.

    Guide us to the straight path

    The path of those upon whom You have bestowed favor, not of those who have evoked [Your] anger or of those who are astray.

    aminnnnnnnnnnnn....

    BalasPadam
  60. Alfatihah..
    Khusnul khatimah air mata itu..
    Syurga tempatmu nak..
    Tak terbendung kesedihan tatakala baca kisahmu..

    BalasPadam
  61. ya Allah...seperti saya sendiri yg mengalami situasi ini sampai airmata keluar...takziah buat keluarga arwah Faris...Al Fatihah untuk adik Faris...

    BalasPadam
  62. Takziah utk keluarga Allayarham adik faris. semoga tabah menerima ketentuan Allah. Insya Allah syurga pasti utk arwah faris. Al-Fatihah.

    BalasPadam
  63. al-fatihah utk arwah..
    semoga dai tenang disana..sgt2 sedih

    BalasPadam
  64. Al Fatihah.. air mata saya tak henti mengalir setiap kali membaca cerita tentang arwah adik faris..

    hari ni saya terlambat tau tentang pemergian arwah.. ermmm

    Semoga kedua ibu bapa arwah tabah dan kuat menghadapi dugaan ini.. ingatlah Allah lebih mengetahui dan menyayangi kita...

    saya merasai kesedihan yang ibu faris rasai... kuatkan hati ye kak..

    Syurga tempatmu Faris sayang...

    BalasPadam
  65. Al-Fatihah dan takziah buat keluarga adik Faris..

    BalasPadam
  66. Al-Fatihah. Salam Takziah kpd family arwah adik Faris. Syurga tempatmu :)

    air mata menitik nitik keluar dri mata ini.

    BalasPadam
  67. Mungkin ini terbaik untuk adik Faris. Daripada dia terseksa mengalaminya, dan kita pilu melihatnya. Doakan kesejahteraan untuk rohnya. Moga dia juga mendoakan untuk ibu dan bapanya yang tidak putus2 menaburkan kasih sayang pada insan yang kecil ini. Al Fatihah..

    BalasPadam
  68. Al-Fatihah...Semoga aman disana wahai Faris. Luluh hati membaca kisah. Bagai nak roboh dada menahan sebak.. Buat si ayah dan si ibu, tabahkanlah hati. Setiap rancangan Allah ada hikmahnya. (Pergh, x disedari, gugur juga airmata). Buat arwah Faris, doa kami sentiasa bersamamu, nak...

    BalasPadam
  69. AlFatihah... Faris bahagia di sisi Nya... Buat Ibu dan Ayah Faris... tabahlah... Insya Allah, kita semua akan ke sana juga...

    BalasPadam
  70. alfatihah
    moga allah merahmati roh adik faris..

    pastinya adik faris menanti dengan senyuman bila di akhirat menyambut ayah dan ibu...serta semua kaum keluarganya

    BalasPadam
  71. AlFatihah untuk Arwah Adik Faris. Jujurnya.. saya juga seorang ibu... memang hati ibu akan kosong+sepi+sebak memacam rasa... tapi... sebalik ketentuanNya... hati ibu terpaksa merelakan pemergian si anak mendahului...daripada melihatkan keseksaan si anak... hati ibu mana tak sedih dengan pemergian si anak. Hope parents dan keluarga tabah menghadapi dugaan dariNya. Takziah dari saya.

    BalasPadam
  72. berakhir sudah derita si anak kecil ini..Surgalah tempatmu Sayang..Tunggulah kedua ibubapamu nanti di SANA..Al-Fatihah

    BalasPadam
  73. x tertahan dibuat nya sebak air mata sentiasa mengalir ...moga keluarga aruah tabah...allah lebih menyayangi aruah farish...

    BalasPadam
  74. alfatihah buat faris...dan buat en. sham sekeluarga semoga tabah menghadapi ujian dariNya....

    BalasPadam
  75. mohon share beberapa keping gambar di blog saya.

    BalasPadam
  76. Al-Fatihah..semoga rohnya dicucuri rahmat..sebak dadaku.Allah sayangkan Faris dan ibu bapanya

    BalasPadam
  77. al-fatihah...moga arwah adik faris tenang di sana... salam takziah untuk keluarga arwah...

    BalasPadam
  78. AL-FATIHAH BUAT ADIK FARIS DAN TAKZIAH BUAT KELUARGA DAN SAUDARA-MARANYA.redha dan iringilah pemergiannya dengan doa yang pasti perjalanannya dipenuh dengan cahaya,cahaya kemenangan,cahaya kegembiraan dan cahaya kebahagiaan kerana syurga sedang menanti kehadiran si kecil,ceria dan tabah menghadapi setiap penderitaan yang dilalui sebelum ini..mohon share gambar dalam blog ini..tq

    BalasPadam
  79. Anak kecil yang meninggal dunia akan menjadi syafaat untuk kedua ibu dan bapanya di akhirat nanti. Redhakanlah pemergiannya, hanya Allah yang lebih mengetahui segala sesuatu.
    Al-fatihah.

    BalasPadam
  80. alfatihah...semoga ayah dan ibu faris terus reda dan tabah....

    BalasPadam
  81. Alfatihah..
    Air mata Khusnul khatimah...
    Syurgalah tempat abadi mu wahai anak kecil...

    Takziah buat keluarga muga tabah dan terus kuat...

    BalasPadam
  82. Innalillahi wainnalilla hirrojiun. Salam takziah kepada keluarga adik Faris

    BalasPadam
  83. semasa membaca entri ini airmata tak henti2 mengalir. semoga ibubapa faris tabah menghadapi dugaan ini. Pasti syurga menanti mu faris. Al-Fatihah.

    BalasPadam
  84. Al-fatihah..Takziah buat family adik faris.. Allah sayangkan Faris..

    BalasPadam
  85. Al-fatihah... Takziah buat keluarga adik faris.. Sebagai seorang ibu, saya amat memahami bgaimana perasaan pn zuraine skrg ni kerana saya jg pernah merasainya 7 bulan yg lalu, semasa kehilangan anak sulong... Namun sebagai umat Islam kita terpaksa akur akan ketentuan Tuhan kerana setiap apa yg berlaku pasti ada hikmahnya... Semoga anak kita tergolong dikalangan org2 yg soleh dan menunggu kita di pintu syurga nanti..Amin

    BalasPadam
  86. Tears roll over my cheeks seeing all those pictures of Faris. He's an Angel that God has sent to be with the couple for a while. They have done their best to keep Faris alive and it's time for his departure. I could only console myself that he's set free and don't have to go through any pain anymore. May you rest in peace, little soul. :(

    And deepest condolences to the entire family.

    BalasPadam
  87. tamat sudah sebuah derita, syurga buatmu nak, insyaallah.

    BalasPadam
  88. al-Fatihah...
    tahziah kpd klrga arwah adk Faris...
    smoge klrga arwah tabah menggdpi hr2 yg seterus nyer...

    *sebak cahya bce ttg arwah...

    BalasPadam
  89. Sedih membaca warkah ini... apatah lagi ibu bapa si anak kecil ini.. moga diberikan kekuatan dan semangat untuk mereka berdua.. Al-Fatihah untuk arwah adik Faris..

    BalasPadam
  90. Al fatihah.. takziah kpd sluruh keluarga arwah adik faris.. mmg menyayat ht.. Allah lebih menyyangi mu...

    BalasPadam
  91. alfatihah...
    sedihnya... airmata sy turun dgn lajunya..

    BalasPadam
  92. Al-Fatihah dan takziah buat keluarga adik Faris..
    Airmata saya tak mampu nak menggambarkan kesedihan....
    Syurgalah tempatmu Faris...

    BalasPadam
  93. innalillahiwainnailaihirojiuunnn...

    Allah lebih menyayanginya dan keluarganya..

    Faris akan menunggu ayah bondanya di Sana.. Insya-Allah..

    BalasPadam
  94. saya tak dapat tahan air mata tatkala entri ini berakhir... :'(

    alfatihah...

    BalasPadam
  95. assalamualaikum....sedihnya bila mama membaca n3 ni...al-fatihah buat adik faris...:(

    BalasPadam
  96. Al-Fatihah.. itu yg trbaik buat arwah.. kebahagiaan dia menanti ibu dan ayah di syurga. Alhamdullilah.. rezeki si ibu dan ayah ada yg membantu mereka di sana nanti..

    BalasPadam
  97. Salam takziah.syurga jua tmptmu wahai faris..al fatihah.

    BalasPadam
  98. Salam takziah.syurga jua tmptmu wahai faris..al fatihah..

    BalasPadam
  99. takziah buat keluarga adik faris. relakan pemergian beliau. syurga lah tempat bagi kanak2 sudi itu AMIN

    BalasPadam
  100. takziah buat keluarga adik faris..saya jg baru kehilangan ibu tercinta akibat barah payudara.di syurga Allah tempat mereka...Aminnn....

    BalasPadam
  101. Takziah kepada keluarga arwah. Sy seorg yg mahal air mata tp x dpt thn juga bila bc entri ni. Syurga untukmu nak. Allah menyayangimu

    BalasPadam
  102. Al fatihah.. takziah kpd sluruh keluarga arwah adik faris.. mmg menyayat ht.. Allah lebih menyyangi mu...

    BalasPadam
  103. Allahu akbar ...
    bergenang air mata ku tatkala membaca entry ini ...

    Alfatihah untuk mu Adik Faris ...

    BalasPadam
  104. Al Fatihah..
    saya dapat tahu kisah adik Faris ni smlm... tp tidak dapat membaca kisahnya penuh disebabkan line internet yg sgt low..
    dan ketika ini.. bru saya dapat membaca keseluruhannya..

    air mata saya tidak berhenti mengalir dari mula sy baca entry yg mula2 smpai entry terakhir dari blog nie..

    saya tidak pernah ada anak..
    saya tidak pernah jadi ibu..
    sy tidak pernah rasa sakit..
    tp apa yang dipandang sangat sayu, pilu tidak tergambar melalui kata2...
    diharap keluarga tabah menghadapi ujian ini..
    kami yang memandang hanya mampu sedekahkan Al-fatihah kepada Arwah.

    Syurga tempatmu sayang!

    BalasPadam
  105. ~al fatihah...~ saudaraku.. moga tenang disana.. amin...~

    BalasPadam
  106. X sanggup melihat arwah menderita kesakitan...dan biarlah arwah tenang disana bersama Penciptanya....buat abah dan ibu kuatkan semangat ...Dia menunggu kalian di pintu syurga....Alfatihah...

    BalasPadam
  107. membaca entry ini dengan linangan airmata tanpa henti..

    semoga keluarga adik faris redha dgn pemergiannya

    semoga arwah adik faris tenang di sana

    BalasPadam
  108. tahniah utk keluarga arwah adik faris,


    anakmu sedang menunggu kalian di pintu syurga...

    BalasPadam
  109. salam takziah.. Al Fatihah.. terasa naluri ibu di usik perasaan..

    BalasPadam
  110. as salam,

    nak mintak kebenaran utk post link ni kat facebook boleh?

    BalasPadam
  111. al-fatihah
    Tersentuh naluri saya sebagai seorang ibu melihat wajah comel yang terbujur kaku.
    Semoga dirimu aman bersemadi di sisi yang maha esa. amin .....

    BalasPadam
  112. Innalillahiwainnailaihirrojiun..Semoga sayang faris tenang di sana.. Allah SWT sentiasa memeliharamu di sana.. Syukur Alhamdulillah hilang segala kesengsaraanmu sayang. Hanya Allah SWT yang layak untukmu.. Syrga Allah tempatmu

    BalasPadam
  113. Innalillahiwainnailaihirrojiun..Ya ALLAH..Engkau tempatkan lah Arwah adik Faris ditempat2 yg mulia serta bersama2 golongan yg Engkau Redhai dan seperti mana yg telah Engkau janjikan..Al-fatihah

    Nukilan ikhlas dr hati sy yg bernama Aswan Bin Othman dari Shah Alam...ketika membaca artikel ini..mataku telah menjadi kabur akibat airmata aku yg tidak mampu untuk menahan kesedihan tentang permergian Arwah adik Faris..Ya ALLAH...berikan lah kekuatan untuk ibu dan bapa Arwah adik Faris...Amin Ya Rabbalalamin...

    BalasPadam
  114. Innalillahiwainnailaihirrojiun. takziah kepada kedua ibu bapa arwah Faris. Semoga Allah kurniakan kesabaran untuk menghadapi cubaan ini.
    al-Fatihah

    BalasPadam
  115. Al-Fatihah...bergenang air mata sy bila membaca kisah ini. Sungguhpun sy antara rakyat Malaysia yang bekerja di luar, sy mengucap salam takziah buat keluar arwah Faris.

    Allah maha mengetahui akan perkara yang kita tidak pernah ketahui...

    BalasPadam
  116. Sbg seorang ibu saya amat sedih membaca kisah arwah ini. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Takziah utk keluarga arwah dan al-fatihah utk arwah adik faris. Allah lebih menyayangimu syg..insya allah syurga tempatmu

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.