Sebilangan manusia menganggap berada di dalam tahanan polis lebih selamat. Di jel atau penjara, pemberi pinjam hutang tanpa lesen, 'Ah Long', tidak mampu untuk mendesak mahupun mengugut peminjam.
Namun Ah Long kekadang bertindak secara bijak, mereka kemudian menganggu keluarga peminjam.
Kes ini berlaku seperti diceritakan oleh blogger, Kak Jee di entri terkini beliau, klik di sini.
Semua harus tahu, Seksyen 506 Kanun Keseksaan, bersabit ugutan jenayah. Maksudnya, jika sesiapa melontarkan ugutan berbaur ancaman terhadap tubuh badan atau harta benda, tindakan boleh dilaksanakan menggunakan Seksyen terbabit.
"Aku pecah muka engkau kalau tidak membayar hutang"
Kenyataan itu satu contoh ancaman terhadap tubuh badan.
"Aku bakar rumah engkau kalau tidak membayar hutang"
Itu contoh ancaman terhadap harta benda.
Jika Ah Long mengeluarkan kenyataan seperti di atas atau apa jua ayat berbentuk ancaman terhadap tubuh badan atau harta benda, mangsa boleh membuat laporan polis.
Sebelum ini, majoriti kita pernah membaca di akhbar atau menonton kes ahli keluarga terdekat seperti ibu dan isteri peminjam wang Ah Long bertemu Datuk Michael Chong.
Mengapa?
Mengapa mereka mengadu kepada beliau? Kerana mangsa sekaligus berpeluang memberikan penjelasan menggunakan media. Mangsa cuma ingin menyatakan, mereka bukan peminjam sebenar lalu mengapa harus menjadi buruan Ah Long?
Sebaik tersiar di media, kes terbabit akan menjadi tumpuan sekaligus menarik perhatian pihak polis. Saya percaya, Ah Long menjadi kecut perut untuk meneruskan pemburuan mereka selepas itu. Untuk rekod, MCA dan UMNO mempunyai Biro Aduan, berfungsi membantu kes bersabit Ah Long.
Ah Long memberi pinjam wang dengan bunga berlipat kali ganda kerana bunga itu kaedah mereka meraih keuntungan. Tidak hairan jika mereka sedaya-upaya cuba mengutip wang pinjaman. Apapun kaedah mereka gunakan itu bercanggah dengan undang-undang perbankan di Malaysia. Oleh itu, kita tidak pernah mendengar Ah Long menyaman peminjam di mahkamah kerana gagal menjelaskan pinjaman. Saya juga berasa amat yakin, Ah Long tidak sanggup membunuh keluarga terdekat peminjam hanya kerana sejumlah wang dipinjamkan. Wang boleh dicari tetapi jika mereka diberkas kerana membunuh, Ah Long akan berhadapan hukuman gantung sampai mati.
Percayalah, Ah Long juga takut mati.
Cuma mereka bijak menciptakan tekanan sekaligus memalukan peminjam serta ahli keluarga. Jika Ah Long di Malaysia benar-benar hebat dan berani, mengapakah sebelum ini mereka sekadar berani menyimbah cat ke kereta atau rumah peminjam sahaja? Firasat saya, jika mereka berani mati demi untuk mengutip semua wang dipinjamkan, mengapa tidak dibaling rumah mangsa dengan bom tangan atau tembak sahaja peminjam?
Jawabannya mudah. Jika peminjam mati, 100% mereka tidak berpeluang mendapatkan kembali wang dipinjamkan.
Sekaligus, saya yakin Ah Long terbabit tidak tergamak untuk mencederakan terutama ibu mengandung anak kembar.
Jadi, berikut saranan saya.
1. Suami mangsa lambat laun harus cuba menjelaskan wang dipinjam.
2. Isterinya harus membuat laporan polis berhubung kes dihadapi jika membabitkan Seksyen 506 Kanun Keseksaan. Pergilah bertemu pegawai polis untuk meminta nasihat dan pandangan. Saya yakin, dalam hal ini, polis akan membantu secara telus.
3. Dapatkan bantuan Datuk Micahel Chong, MCA atau lebih molek Biro Bantuan UMNO untuk menarik perhatian media. Sebelum ini mereka telah menolong ramai mangsa seperti wanita diperkatakan.
4. Selepas melahirkan anak kelak, carilah pekerjaan seperti biasa dan pastikan sentiasa berhubung dengan balai polis terdekat. Ah Long sebenarnya terikat dengan undang-undang dan mereka juga gentar dengan tindakan pihak polis. Di Malaysia, tiada siapa kebal dari tindakan undang-undang.
5. Panjatkan doa kepada Allah agar diri diselamatkan di dunia dan di akhirat. Percayalah, Allah itu memakbulkan doa insan teraniaya.
6. Anak kembar di dalam kandungan itu tidak bersalah dan terbabit dalam kes ini. Lahirnya mereka ke dunia ini mengundang rezeki Allah.
'JENAYAH MEMBAWA PADAH'
Isi kandungan dan cadangan yang bagus ni bro. Amat bersetuju.
BalasPadamAh Long ni semua 'act' je lebih.
Terima kasih Mazidul. Tetapi Kjee tak pasti samada wanita ini diburu Along. Dia kata 'penagih hutang'. Tetapi rasa2nya suaminya itu meminjam dengan Along Melayu kot. Wallahualam.
BalasPadamsmti..
BalasPadamterima kasih abg mazidul, info yang sangat berguna.Saya baru tau... TQ.
BalasPadamAnda free, meh jenguk tinta midonz pulak
Saya pernah jumpa biro aduan umno tetapi hasil "0" ,no respon or feedback at all mengenai child abduction to overseas. Xkan nak jumpa biro MCA pulak!
BalasPadamSMTI, terima kasih.
BalasPadamAwang, abduction, penculikan. Setiap kes diklasifikasikan sebagai culik wajib ada permintaan wang tebusan. Justeru, kes lebih berat seperti itu harus dirujuk kepada polis.
BalasPadamSila komen mengikut skop.
MAzidul , maaf komen bukan mengikut skop. Tetapi hubungkait mengenai bantuan polis \ biro aduan. Child abduction related - unauthorized custody of a child without parental agreement and contrary to family law ruling http://en.wikipedia.org/wiki/Child_abduction. Did police report \ even Malysia court cant do nothing because Malaysia not part of Hague convention.
BalasPadamterimakasih.
T.kasih abg mazidul for info.
BalasPadamSMTI..Info yang menarik
BalasPadam