Saya mempunyai ramai kenalan di Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ, sejak beberapa kali mengikuti operasi bersama kakitangan penguatkuasa pihak berkuasa tempatan terbabit sebelum ini.
Semalam, saya menghantar pesanan ringkas, SMS, kepada seorang daripada pegawai penguat kuasa MBPJ berbunyi ...
'Salam Tuan. Apakah status lesen driving range? Memang dibenarkan beroperasi tanpa jaring keselamatan ke? Kasihan kami, bola terbang pada bila-bila masa boleh membunuh. Anak saya masih kecil Tuan'
Sebenarnya saya menghantar SMS bercorak rayuan itu bukan bertujuan untuk melindungi diri sendiri sahaja tetapi semua pengguna jalanraya di bawah.
Di atas, gambar jalan utama, berhampiran pasaraya Giant Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Jalan terbabit berjarak kurag 10 meter dari bahagian tepi driving range dilaporkan mula beroperasi TANPA jaring keselamatan lebih 1 bulan lalu.
Maklumat awal behubung bahaya driving range secara terang-terangan menggugat keselamatan orang ramai itu saya catatkan di entri ini.
Jam 8.54 pagi tadi saya menghubungi Inspektor Penguat Kuasa MBPJ, Suleiman Abdul Rahman di pejabat beliau.
"Nama saya Mazidul Akmal Sidik, saya ingin mengetahui status lesen driving range itu. Adakah dibenarkan beroperasi oleh MBPJ biarpun tanpa menggunakan jaring keselamatan?," soal saya.
"Kita kena periksa terlebih dahulu dan kemudian saya akan menghubungi Mazidul balik," balas beliau.
Itu jawaban klise.
Kambing jika mampu berkata-kata, juga mampu melontarkan komen sama. Pelik, setelah sekian lama beroperasi, sukar benarkah untuk menjawab soalan dilontarkan oleh blogger picisan seperti saya?
Untuk rekod, sehingga entri ini ditulis, tiada sebarang perkembangan dimaklumkan oleh Suleiman kepada saya. Adakah dia telah berusaha menghubungi Unit Perlesenan MBPJ dan merekodkan fakta diperlukan?
Tidak berpuas hati dengan kenyataan Inspektor terbabit, saya kemudian bertindak menghubungi pegawai Unit Perhubungan Korporat MBPJ dan berpeluang becakap dengan M. Selvarajah.
"Encik boleh membuat laporan kepada Unit Aduan," ujarnya.
"Kenyataan rasmi sepatutnya dikeluarkan oleh Unit Perhubungan Korporat sebab kenyatan unit ini boleh mewakili MBPJ. Lagi pun saya bukan hendak membuat laporan. Saya hanya ingin mengetahui apakah status sebenar lesen driving range itu?," balas saya.
Terus-terang, saya amat benci disepak bak bola sepak apabila mendedahkan kegiatan berbahaya kepada orang ramai membabitkan bola golf itu.
Selvarajah kemudian mencatatkan nombor telefon mudah alih saya namun sehingga pejabat MBPJ ditutup petang tadi, saya masih belum dihubungi.
Justeru, pada jam 6.14 petang tadi saya sekali lagi menghantar SMS kepada pegawai penguatkuasa terdahulu.
'Tuan, jaring keselamatan itu diperlukan atau tidak?'
Berikut balasan saya terima kira-kira 2 minit kemudian.
'Perlu. Kita (penguat kuasa) telah memberikan notis dan kompauan'.
Berikutan kekurangan butiran terperinci, satu lagi SMS saya hantarkan kepada beliau.
'Notis memberhentikan dia orang memukul bola dahulu ke? Tarikh penguatkuasaan, hari ini?'
SMS terbabit dijawab pada jam 6.21 petang tadi.
'Notis untuk memberhentikan aktiviti'.
Di bawah, SMS terakhir saya hantarkan sebelum mengucapkan penghargaan terima kasih kepada beliau.
'Terima kasih banyak Tuan. Jasa mu dikenang. Nanti tidak perlu media mengeluarkan kenyataan 'Wartawan Majalah 3 terbunuh dek hentakan bola golf hehehehehe'
Biarpun kenyataan itu hanya sekadar usikan tetapi bahana mampu menimpa jika masalah timbul tidak ditangani dengan kadar segera. Amat tidak molek mendengar rintihan mangsa dibawa ke hospital sekiranya bola golf tertanam di sisi kepala.
Kan?
Biarpun kenyataan itu hanya sekadar usikan tetapi bahana mampu menimpa jika masalah timbul tidak ditangani dengan kadar segera. Amat tidak molek mendengar rintihan mangsa dibawa ke hospital sekiranya bola golf tertanam di sisi kepala.
Kan?
Ketika ini, saya masih kepenatan setelah 4 hari terbabit dalam proses suntingan paparan Majalah 3 berjodol 'Emas Hidup', bakal disiarkan pada jam 9 malam, Sabtu, 11 Februari ini. Maka saya tidak mempunyai masa terluang untuk meninjau samada operasi driving range terbabit telah diberhentikan atau sebaliknya.
Kekadang saya berasa terlalu hairan, demi untuk mengaut keuntungan, sebilangan pihak tergamak mempertaruhkan nyawa orang ramai.
Difahamkan driving range itu milik syarikat gergasi, bukan kepunyaan penjual burger berketurunan Melayu disaman oleh penguat kuasa MBPJ kerana berniaga tanpa lesen di kaki lima minggu lalu, di lokasi terletak kira-kira 1 kilometer dari driving range diperkatakan.
Saya hanya bak semut kecil.
Justeru kepada semua pembaca, sila hebah sekaligus kongsikan pendedahan ini di dinding Facebook agar menjadi pengajaran kepada semua pemilik syarikat gergasi di Malaysia. Sebagai rakyat negara berdaulat kita ingin memberitahu, mereka juga tidak terkecuali dari tindakan undang-undang dan penguatkuasaan.
Justeru kepada semua pembaca, sila hebah sekaligus kongsikan pendedahan ini di dinding Facebook agar menjadi pengajaran kepada semua pemilik syarikat gergasi di Malaysia. Sebagai rakyat negara berdaulat kita ingin memberitahu, mereka juga tidak terkecuali dari tindakan undang-undang dan penguatkuasaan.
Biarpun pemilik syarikat terbabit barangkali mempunyai wang berkoyan, nyawa makhluk sekecil semut sekalipun tidak mampu mereka ganti dengan kekayaan apatah lagi nyawa manusia.
Tekan butang SHARE di bawah, terima kasih.
Kemaskini
Jam 7.38 malam tadi, saya dimaklumkan oleh rakan berkunjung ke lokasi, driving range terbabit masih beroperasi.
Maksudnya, notis dikeluarkan oleh MBPJ tidak diendahkan.
Kini saya benar-benar berasa terbunuh kerana pendedahan ini kelihatan seperti mencurah air ke daun keladi.
betul ke keluar notis...atau wayang saja...kalau betul bermakna driving range tersebut mendapat perlindungan undang2 dari pihak tertinggi dalam negeri selangor..
BalasPadamSaya mmg stuju. Semua wayang je tu. Ada la tgn2 besar kt ctu. Dh diorg punya, ada berani ka majlis nk terminate. Hihihi, sendiri mau ingat la. Klu dh ada yg mati, br puashati
PadamBiasa la tu. Diorg kn suka main wayang
PadamMereka menunggu ada yang mati, maka barulah ada tindakan akan diambil. Kalau tidak mereka akan kata 'tidak membahayakan....'. :(
BalasPadambetul ke notis telah dikeluarkan?
BalasPadamatau hanya sekadar untuk mengelak sms seterusnya daripada saudara..
Berbahaya juga ni.
BalasPadamMemang merbahaya kalau dah macam ni.
BalasPadamsmti...
BalasPadam'curah je getah keladi atas kepala diorang tu...'
Agaknya tuan punya driving range tu 'seseorang' kut... Tu yg payah nak ambik tindakan, padahal boleh je lepas MAS buat aduan ke sana diorang turun padang, tengok apa yang tak kena...
BalasPadambro.... good jobs..
BalasPadamsatu lagi kesian aku tengok bebudak yg baru nak blajar niaga jaualburger asyik kena usung jer barang diorang oleh MPPJ kat situ. yg pelik nya kedai makan kat area situ simply jer guna tepat letak kereta utk buka meja makan, maybe sbb kedai2 tu ruang dah penuh dgn gerai2 kecil kat dalam, jadi ruang parking la yg jadi mangsa.
mmg sakit mata dan sakit hati sbb mmg akan sesak sangat area tu terutama sebelah petang.
Kalau MPPJ tak nak ambil tindakkan, mungkin sebagai penduduk setempat boleh membuat laporan di balai POLIS... Lagi pun keadaan ini memang boleh mengugat keselamatan orang ramai.
BalasPadamIngin melihat paparan khas diblog En.mazidul berkenaan peniaga kecil malayu (penjual nasi lemak,goreng pisang dan lain-lain) jerih pahit mereka berurusan dengan Majlis perbandaran,dihalau,dirampas,disaman dan lain-lain lagi.berniaga adalah punca rezeki mereka..mohon lesen belum tentu dapat...di anggap haram di tanah sendiri...rakyat asing mudah la pulak berniaga..mengapa ya...
BalasPadamBro, ini semua bikin panas hati je sebab aduan dan pertanyaan disepak sana sini macam bola.
BalasPadamKasi gegar je pejabat mereka.