Jumaat, Februari 17, 2012

HUKUM ANAK MENGGUNAKAN GOOGLE

Majoriti kita biasa mendengar kisah anak dirotan oleh ayah kerana melakukan kesalahan.

"Ayah aku rotan, sakit gila ooooo, berbirat betis aku," ujar anak.

"Kau menangis ke tidak?," soal rakan karibnya.

"Tidak, aku tahan," balasnya.

Sebilangan anak menganggap hukuman berakhir sebaik mereka dirotan. Justeru, timbul persoalan, adakah anak sedar mengapa mereka dihukum sekaligus berazam tidak akan melakukan kesalahan sama?

Tiada jawaban objektif untuk soalan itu.

Segelintir ayah dilaporkan berasa sayu sebaik melihat anak dirotan sewaktu mereka tidur. Barangkali terfikir, adakah hukuman rotan dilaksanakan berpatutan dengan kesalahan dilakukan oleh anak mereka?

Dalam kes itu, kesalahan, dianggap perlakuan negatif dibalas secara negatif, anak dirotan. Perbuatan merotan, dianggap hukuman turun temurun di kalangan masyarakat kita. Ayah mungkin pernah dirotan oleh datuk sebelum dia merotan anaknya. 

Lebih menarik, isteri selalunya menganggap suami, juga ayah, sebagai individu dipertanggungjawabkan untuk menjatuh sekaligus melaksanakan hukuman kepada anak.

"Kalau kamu degil sangat, tidak mahu mendengar cakap emak, emak akan beri tahu Nanti ayah rotan kamu!," tegas isteri.

Lazimnya begitulah.

Sekaligus anak melihat ayah sebagai penghukum di dalam rumah tangga dan posisi itu digunakan berulang kali oleh sebilangan isteri untuk cuba mengekang tindakan tidak terkawal dek mereka.

Jika diperhatikan secara teliti, emak jarang dapat dipisahkan dengan sikap gemar berleter. Marah ibu dan cubitan mereka kekadang tidak begitu dienda dan dirasai oleh anak. Mengapa? Ibu, perempuan, dalam garang mereka, masih terpancar sinar kasih sayang. Manakala majoriti ayah pula sering dilihat sebagai individu bersifat tegas. Justeru tidak hairan, jika anak melakukan kesalahan lebih kuat degupan jantung mereka ketika berhadapan dengan ayah. 

Jelingan tajam ayah sahaja kekadang lebih daripada mencukupi untuk anak berasa diri mereka sudah dihukum berbanding bebelan bingit emak bak tidak berkesudahan.

Isteri harus faham, anak kekadang memiliki keupayaan seperti lipas. Analoginya, berikutan terlalu kerap disembur racun sama, lipas mampu membina immunity system tersendiri lalu menjadi 'kebal' berbanding keadaan sebelumnya. Justeru, dalam tempoh tertentu, jenis racun semburan digunakan harus ditukar jika ingin melihat lipas lebih mudah mati.

Hakikatnya, kita semua tidak pernah terniat membunuh anak sendiri tetapi sekadar bertujuan untuk menyedarkan mereka, bagi setiap kesalahan dilakukan, ada hukuman setimpal. Namun kita tidak harus lupa, anak terlalu kerap dirotan juga berkebarangkalian akan membina immunity system mereka sendiri. Sehingga ke satu tahap, rotan itu hanya bak 'lauk' bagi mereka.

Selain merotan, kita sebenarnya masih mampu menghukum anak. Menghukum mereka secara positif dan barangkali mampu membuahkan hasil lebih positif.

"Begini, seperti kamu lihat, rotan ada di dalam genggaman tangan ayah dan ayah boleh melibas kamu sekarang. Kamu hendak dirotan ke? (senyap). Kalau ayah rotan, percayalah, betis kamu akan berbirat, bengkak dan sakit. Berikutan kesalahan telah kamu lakukan, itulah sepatutnya hukuman setimpal untuk kamu terima (senyap dan perhatikan wajahnya). Bolehkah ayah rotan kamu sekarang? (lazimnya, anak akan spontan tunduk dan menggelengkan kepala). Kalau begitu, ayah hendak meminta tolong daripada kamu. Pergi gunakan Google, cari maklumat tepat tentang Mat Kilau. Siapa dia? Di manakah dia dilahirkan? Siapa Tok Gajah kepada Mat Kilau? Kumpulkan semua fakta dan dalam tempoh 24 jam, kamu akan berdiri di hadapan ayah dan semua ahli keluarga kita dan kongsikan fakta sejarah itu. Lagi besar kesalahan kamu, lebih rumit tajuk ayah berikan"

Hukuman itu bukan sahaja berguna untuk anak menambah ilmu berhubung sejarah malah bermanfaat kepada semua di dalam keluarga.

24 ulasan:

  1. hehe bagus sekali cadangan tu, kalau macam tu mesti bapaknya seorang geek

    BalasPadam
  2. waaaa..menarik sgt cadangan ni..hehehe...superlike bro mazidul

    BalasPadam
  3. betul! sokong! cara cerdik untuk mendidik. sangat terilham, mengeksploitasi teknologi sebagai bentuk hukuman yang menjana minda anak. gila best

    BalasPadam
  4. betul! sokong! cara cerdik untuk mendidik. sangat terilham, mengeksploitasi teknologi sebagai bentuk hukuman yang menjana minda anak. gila best

    BalasPadam
  5. idea yg bagus.. kita suruh mereka google tok gajah,harap2 jangan pula ada yg lebih kreatif pergi google Gum Gajah...

    BalasPadam
  6. tak pernah terfikir tentang hukuman begitu... bolehlah di praktikkan nanti... :)

    BalasPadam
  7. ok juga...kadang x sampai nak rotan cuma cakap2 je ...elok juga macam tu

    BalasPadam
  8. idea hukuman yg sangat positif. igt nk try lah nnt kt rumah. nak denda anak dengan minta dia hafal 50 perkataan bahasa perancis ker jepun ker. hehehehe :)

    BalasPadam
  9. Dalam sebuah hadith, Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seorang anak telah mengenal kiri dan kanan, ajarlah dia bersembahyang“.

    Nabi Muhammad SAW menyuruh kita ajar anak solat sejak dari umur 7 tahun dan pukul kalau tidak solat bila umur 10 tahun.

    Diriwayatkan daripada Amr bin Syu’aib, daripada ayahnya, daripada datuknya r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). (Hadis riwayat Abu Daud)

    Sebab ini lah rotan tu wujud dalam budaya kita orang melayu islam tapi disalah gunakan untuk benda lain sbb anak yang tidak solat mmg susah untuk dibentuk akhlaknya untuk yang lain :)

    BalasPadam
  10. hukuman cukup kreatif dalam mendidik anak!

    hukuman bukan semestinya berbentuk kekerasan kan

    BalasPadam
  11. menarik sgt cadangan ni...bole apply kat anak2!!

    BalasPadam
  12. Bagus pendekatan itu!

    Manalah tau kerap sangat anak buat salah, maka sekerap itulah dia kena jadi membentangkan fakta di depan keluarga & secara tdk langsung akan terbina keyakinan diri di dalam pengucapan awam.

    Haaaa... Dah beso nanti setakat nak jadi Mufti/Imam Masjid/Cikgu/Pensyarah/Wartawan/Perdana Menteri & pelbagai jawatan lagi di mana cara kerjanya adalah berhadapan dgn org ramai tu pastinya alah bisa tegal biasa - tidaklah berpeluh satu badan.

    BalasPadam
  13. Sokong!Saya dulu zaman 1980's kena cili kat mulut sebab bergadoh dgn kakak sebot perkataaan bodoh je. Alhamdulillah, we end up as a good & successful human being :) Ibu bapa lebih tahu yg terbaik utk anak2 mereka.

    BalasPadam
  14. wow! boleh guna idea ni utk anak saya...thanks bro!

    BalasPadam
  15. abg mazidul,
    maaf mencelah...saya tak tahu bagaimana nk email pertanyaan saya ni.pg td rakan saya parking dihdapan sebuah bengkel kereta & sebentar td rakan saya dapati kereta dia telah dialih.pekerja bengkel telah kopak pintu & alih kereta dia. wlpn dia da pasang balik (setelah sy tinggikn suara) tp didapati sudah x sempurna. boleh ke dia buat report polis??

    BalasPadam
  16. SMTI.Susashnya nak mendidik anak-anak di zaman sekarang ini.

    BalasPadam
  17. anak kecik saya kadang2 pun tak makan saman juga. nak rotan baru umur 5tahun. marah lebih2, kita pulak yg high pressure. so, saya cakap, setiap kali awak ulang kesalahan yang ibu sudah bagi nasihat, satu alat permainan awak akan ibu gadai kat kedai (sebenarnya sorok/kunci dlm stor), didahului dengan permainan yang paling awak sayang. biasanya, dek takut kehilangan alat permainan, anak saya akan jaga perangainya. next time, bolehlah saya praktikkan cadangan Mazidul ni bila anak saya dah cekap menggogle.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.