Jika membeli rumah, pembaca pasti terbaca phrasa 'lease hold' atau 'free hold'. Majoriti kita jarang mengambil kira berhubung status tanah rumah dibina.
'Lease hold' bererti tapak rumah dibeli, 'hak milik sementara' atau dipajakkan sementara manakala 'free hold' bermaksud, tanah lokasi rumah dibina itu hak milik kekal (bebas).
Pemilik rumah berstatus hak milik kekal, biarpun membeli hartanah dengan harga lebih mahal, tidak perlu gusar kerana tapak rumah itu berkebarangkalian terlalu kecil untuk dibangunkan di masa hadapan.
Situasi berbeza didepani oleh pembeli rumah lease hold.
Saya difahamkan, tempoh pajakan bergantung kepada keputusan kerajaan negeri melalui Pejabat Tanah dan Galian.
Lazimnya tapak rumah dipajakkan selama 99 tahun namun pemaju berhak membangunkan tapak perumahan biarpun tempoh itu belum berakhir.
Kes berlaku di Kampung Kerinchi boleh diambil sebagai contoh jelas, baca perinciannya di sini.
Lebih malang apabila wujud campur tangan parti politik dalam kes itu.

Saya dimaklumkan, tapak unit rumah kos rendah, dibeli dengan harga di antara 37 dan 42,000 berkebarangkalian besar untuk dibangunkan jika lokasi tanah terbabit strategik.
Tahun lalu, penghuni rumah kos rendah 2 bilik di Jalan Jelatek, Kuala Lumpur contohnya ditawarkan pampasan RM250,000 untuk mengosongkan unit mereka diami. Sebilangan penduduk membantah jumlah itu dan kemudian dilaporkan berkesudahan dibayar pampasan mengikut nilai semasa hartanah, RM100,000, selepas kes dirujuk kepada Pejabat Tanah dan Galian.
Baca perincian kes di sini.
Saya percaya, majoriti penduduk di dua penempatan terbabit berbangsa Melayu dan bukan hidup mewah. Malah di Malaysia terdapat banyak lagi perumahan kos rendah lain berstatus lease hold. Biarpun kita tidak akan hidup menongkat langit, cuba bersama kita fikirkan, apakah bakal terjadi kepada anak cucu kita kelak?
Adakah mereka juga bakal 'diusir' dengan kaedah pemberian pampasan?

Harga hartanah semakin hari semakin meningkat, itu fakta. Telah terbukti, walaupun tempoh pajakan 99 tahun, pada bila-bila masa, pemaju berhak untuk memindahkan penduduk mengikut kuasa diperuntukkan kepada mereka dan kerajaan negeri.
Semalam, saya difahamkan oleh sumber boleh dipercayai, Pilihan Raya Umum ke-13 bakal berlangsung dalam tempoh 6 bulan tahun ini, berkebarangkalian besar pada bulan Mei ini.
Molek benar, jika kini, bakal pengundi mula bersuara, memohon parti memerintah setiap negeri, menjamin tapak rumah mereka dikekalkan.
UMNO terkenal dengan moto perjuangan Dahulu, Kini dan Selamanya tetapi pembeli rumah berstatus lease hold, berbangsa Melayu, tidak mampu menjamin anak cucu mereka kekal di rumah bakal diwariskan.
Kongsikan buah fikiran anda berhubung hal ini.

Sangat bersetuju dgn artikel ini. saya tak faham kenapa perlu adanya title leasehold. kenapa tak beri je freehold. tanah adalah anugerah Allah. Pemerintah Negeri/Negara hnya wakil untuk mentadbir. Pemerintah tak de hak langsung pn ke atas tanah tu. Jadi timbul persoalan sistem british ini yg masih diguna pakai. patut dh lama hapus dah.
BalasPadamu r getting 'centric'. I like.
BalasPadammari kita pakat2 boikot saja yg jenis lease hold. biar kontraktor sangap nak jual rumah tak laku2. yg dah terbeli lease hold, dapatkan surat jaminan daripada kerajaan negeri & pejabat tanah musim2 pilihanraya ni. woha...
BalasPadamSaya difahamkan juga pemilik rumah status pajakan akan membayar premium setelah tamat tempoh pajakan.
BalasPadamPatutnya/logiknya kita dah beli rumah, milik kitalah kan! Tak perlulah status-status...
Pada waktu ini tiada maknanya status hak milik kekal atau pajakan.(Hakikatnya berbeza dan penting)
Kita boleh cakap tak boleh bantah....akhirnya
Kerajaan nak ambil/guna pada bila-bila masa sahaja boleh...kerajaan dengan kekuasaannya boleh dengan segera meminda undang-undang. Lihatlah permasalahan KG BARU. Cukup terbukti status tiada makna.
Suatu waktu dulu tanah rezab melayu tak boleh pindah milik (jual) pada bukan melayu. Kalau kerajaan nak ambil kena ganti sama luas tanahnya. Namun atas kekuasaan kerajaan, di pinda undang-undang : boleh di miliki bukan melayu atas nama pembangunan. Dan melayu ketika itu rasa seronok dapat jadi jutawan! Tapikan...duit, apalah sangat...kejap je habis. Lepas tu melayu yang berkenaan tu, tanah tak ada duit dah habis...akhirnya..
akhirnya suatu hari nanti kita akan dapati tanah melayu (Malaysia) ini akan seperti palestin(sekangkang kera) ....yang luas akan dimiliki bukan melayu dan warga asing.
Pun begitu...
Pemilik rumah status hak milik kekal juga pada bila-bila masa terpaksa dengan berat hati memberi laluan ke atas nama pembangunan dengan pampasan yang tiada sama nilainya 'sentimental value' rumah miliknya.
Kesimpulannya perlu digubal satu rang undang-undang atas pemilikan rumah dan tanah yang termaktub tidak boleh disentuh seperti hak raja-raja melayu.
Kalau saya jadi pemerintah saya akan pastikan 3/4 dari tanah Malaysia ini adalah hak milik melayu!
Rumah walau besar atau kecil tetap sama fungsinya...rumahku syurgaku.
Tanah walau kecil..tetap tanah warisan!
Tanah...rumah adalah identiti!
Memang sangat susah hati nak beli rumah sebab kalau boleh memang nak cari Free Hold tapi sekrg ni banyak sgt lease hold...
BalasPadamsebab fikirkan hal nih lah maka saye buat keputusan beli rumah status freehold di Sepang sbb tu je freehold yang saya mampu beli walaupun jauh yg amat sangat dr KL.
BalasPadamsalam.
BalasPadamberkenaan isu leasehold atau freehold ini, bermula dari tahun 1984, apabila pindaan terhadap kanun tanah negara 1965 dibuat, tiada lagi tanah dibenarkan untuk diberi milikan selama-lamanya kecuali dalam beberapa keadaan khas yang dinyatakan dalam undang-undang tersebut.
yang kedua, tanah yang berstatus freehold juga sebenarnya tidak terkecuali daripada dibuat pengambilan untuk tujuan pembangunan. walaubagaimanapun, undang-undang telah menetapkan bahawa tidak ada harta yang boleh diambil tanpa pampasan sewajarnya diberikan.
ketiga, berkenaan bayaran premium yang dibangkitkan oleh ros, bayaran premium itu adalah untuk pemberimilikan semula tanah tersebut setelah tamat tempoh pajakan. situasinya begini, apabila suatu tanah diberimilik dengan status leasehold telah tamat tempoh pajakannya, tanah tersebut secara automatik terkembali kepada kerajaan negeri. pemilik asal berhak untuk memohon semula tanah tersebut manakala kerajaan negeri pula berhak untuk memberimilik kepada orang lain yang memohon tanah itu selain dari tuan tanah terdahulu.walaubagaimanapun, kebiasaannya kerajaan negeri akan memberi semula kepada tuan tanah terdahulu atas sebab diatas tanah tersebut telah ada rumah tuan tanah terdahulu dan sebagainya. apabila berlaku pemberimilikan semula inilah premium dikehendaki dibayar kerana identiti tanah tersebut telah bertukar. ianya dikira sebagai pemberimilikan baru. suatu suratan hakmilik baru (geran) akan didaftarkan dengan nombor hakmilik yang berbeza kerana suratan hakmilik terdahulu telah dibatalkan apabila tempoh pajakan tamat.
keempat, berkenaan tanah rizab melayu, undang-undang dalam enakmen rizab melayu (berbeza mengikut negeri), menetapkan bahawa tanah rizab melayu tidak boleh dipindahmilik, diberimilik, dibuat sebarang urusan kepada bukan melayu. tetapi sekiranya kerajaan merasakan suatu tanah rizab melayu perlu dibangunkan dimana pemajunya adalah bukan melayu, undang-undang membenarkan perizaban tanah tersebut dibatalkan dan satu tanah yang sama keluasan dan keadaan dengan tanah yang dibatalkan perizaban itu hendaklah diisytiharkan sebagai kawasan ganti kepada tanah yang telah dibatalkan perizabannya serentak dengan pembatalan perizaban.
sekadar berkongsi maklumat, terima kasih :)
Sy menyokong kenyataan 'campur tgn utk kepentingan politik dan suku sakat'. Masalah leasehold atau freehold tdklah sgt kritikal. Kita patut mencontohi negara jiran kita Brunei dlm hal mewariskan kpd anak cucu. Masalah nya skrg kaum melayu jugaklah yg menjual tanah kpd bangsa lain tetapi setelah dibgn kan kaum melayu jugak yg tidak berkemampuan utk membeli blk hartanah yg di bgnkan. Sedih. Kaum melayu memohon loan di bank segala urusan susah, kita lihat kaum lain yg masih muda sudah berkecimpung dlm perniagaan ada yg mampu menyewa kedai di kawasan hot area. Dr mana modalnya dtg? Kaum lain cagaran pun tdk diperlukan oleh bank..kaum melayu xder cagaran xblh pinjam.
BalasPadam