Selasa, Februari 28, 2012

KERETA DIHEMPAP POKOK ... PEMANDU ...

Jam 4 petang tadi, hujan lebat, kilat sambar menyambar.


Kira-kira sejam kemudian, saya dihubungi oleh penduduk Seksyen 7, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

"Bang, kereta abang saya kena hempap dek pokok," ujarnya.

Pantas saya bergerak ke lokasi.


Jika dilihat keadaan kenderaan ditimpa kemalangan itu, saya pasti ramai pembaca meneka pemandu mengalami cedera parah. 

Namun dia hanya cedera ringan di tangan.


"Masa itu hujan lebat dan saya ternampak pokok di hadapan tumbang. Saya perlahankan kereta dan kira-kira 2 saat kemudian, pokok lain menghempap kereta saya. Tangan saya cedera akibat terkena cermin depan pecah," ujar Izwan Zulkifli Rosli, 38 tahun.

Berikut pokok pertama rebah ke bumi, kira-kira 10 meter di hadapan.


Berikut pula, pokok kedua menghempap kenderaan dipandu oleh Izwan.


"Syukur! Syukur! Saya terselamat, barangkali kerana doa ibu," ujar ayah kepada 3 anak itu.

Berulang kali dia menyatakan kesyukurannya kepada Allah, biarpun tangannya masih berdarah pada ketika itu.


"Saya membaca blog Mazidul tentang arwah Faris, sedih," katanya.

Tidak disangka, dalam keadaan sebegitu dia masih sudi berkongsi pengalamannya bersama saya.

"Kali ini kisah awak pula akan masuk blog," balas saya.

Perhatikan keadaan kereta Perodua Kancil milik ahli perniagaan itu.


"Mujur tiang elektrik itu tumbang dahulu dan sekaligus menongkat pokok, jika tidak pasti akibatnya lebih buruk. Apapun umur awak memang panjang," kata saya.

Pantas Izwan meneliti tiang dimaksudkan.


"Kalau kita langgar pokok dan tumbang, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ akan saman kita tetapi dalam kes ini, kita boleh claim dari MBPJ," ujar adik Izwan.

Barangkali ramai tidak mengetahui fakta itu.

8 ulasan:

  1. Salam semua
    Serious bang boleh claim dari MPPJ?

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum,
    Alhamdulillah beliau hanya cedera ringan. Kalau tengokkan pokok yang tumbang tu...fuhhhhh!

    BalasPadam
  3. Eh.,, betul ke kita boleh claim dari MBPJ dalam kes ini. saya baru tahu.

    BalasPadam
  4. dekat Pinggiran Subang pun ada pokok tumbang, memang lebat betul hujan & angin pun kuat... Kepada pemandu tersebut, Alhamdulillah anda masih selamat. Besar sungguh rahmat MU.

    BalasPadam
  5. betul - kalau pokok tumbang semasa hari hujan kena kereta - kita bole claim dgn Majlis - tapi pokok yg memang mereka tanam la... klu pokok pelam kat depan rumah kita sendiri + tanam sendiri - takde makna nye... ;p

    BalasPadam
  6. boleh claim...? takde la risau sangat nak parkir kereta lepas ni...

    BalasPadam
  7. salam....sy nk bertanya....jika berlaku dalam zoo negara bagai mana....memerlukan sgt bantuan ini....

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.