Jumaat, Februari 03, 2012

MAMPUKAH PKR MERAIH UNDI PENDUDUK PPRT SEKSYEN 8 KOTA DAMANSARA?

Johor sekian lama dikatakan kubu kuat Barisan Nasional.

Di Muar, Johor, saya dedahkan kes penjualan DVD cetak rompak secara terbuka pada 27 Januari lalu. Lima hari kemudian premis sama beroperasi semula.


Hari ini saya menerima  2 gambar dihantar penduduk Muar.


Dalam erti kata lain, pendedahan saya lakukan tidak mengira lokasi samada diperintah oleh Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat, PKR.

Petang tadi, saya sekali lagi berkunjung ke Projek Perumahan Rakyat Termiskin, PPRT Seksyen 8, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Saya kemudian menemani kru program bual bicara TV3, Malaysia Hari Ini, MHI, Nor Hidayah Mohamed Fadzil dan Mohd Izwan Ibrahim ke Blok D perumahan sama.

Sebelum itu, saya sempat mendedahkan keluh kesah dan kedaifan hidup majoriti penduduk di kawasan sama, baca di sini.



"Bayangkan, saya anak 3 orang, kalau lif rosak 2 minggu, selama itulah saya terpaksa turun naik menggunakan tangga. Bukan rendah, kami tinggal di tingkat 12, apabila hendak membeli barang makanan, saya terpaksa turun, suami bekerja di Tesco Mutiara Damansara. Kalau tidak turun, kebuluran kami anak-beranak. Bila hendak menghantar anak ke sekolah, saya kena turun tangga lagi," ujar Nur Fitri Chik Ni. 


Airmata ibu itu bergenangan, mungkin mengenangkan untung nasib diri dan keluarga sebagai penduduk PPRT.

Kami kemudian menaiki lif ke tingkat 13.

Lihat reaksi spontan Hidayah, antara cemas dan keliru sebaik lif mula bergerak.

"Tengok lantai ini," usik saya.

"Tidak mahu," balasnya ringkas.


Saya mampu membaca perasaan wartawan muda itu sebaik melihat keadaan lif kami naiki bersama beberapa penduduk.


Menaiki lif untuk ke tingkat atas bak menyabung nyawa.

Sebaik menjejakkan kaki di tingkat 13, saya terpandang ...


Perlahan saya mendekati dua kanak-kanak terbabit dan melihat sudut pandangan mereka.


Wow! Gayat! Tambahan pula apabila melihat besi penghadang telah reput dan hanya diikat menggunakan tali.


Hemat saya, 'perangkap maut' itu mampu mengorbankan nyawa pada bila-bila masa sahaja.


"Kami memang bekas penduduk setinggan dan kemudian dipindahkan ke sini. PPRT, orang miskin. Ingatkan bila PKR memerintah, nasib kami lebih terbela tetapi sejak 5 tahun kebelakangan ini sebaliknya berlaku. Tidak hairan jika sekarang ini sudah kedengaran desas-desus, majoriti penduduk tidak akan mengundi PKR dalam Pilihan Raya Umum ke 13," rungut lelaki enggan identitinya didedahkan.

Saya dapati penempatan itu amat uzur. Kawasan di sekitar lif gelap tanpa lampu. Gambar di bawah saya rakam menggunakan flash

Jika tidak hanya kegelapan terserlah.


Berikut gambar direkod tanpa flash di sekitar lif dan rumah penduduk di tingkat 13.


Begini pula keadaan tangga digunakan penduduk untuk turun naik sekiranya lif tidak berfungsi.


Saya difahamkan, penempatan itu diuruskan oleh kerajaan negeri Selangor dan diselenggara syarikat dilantik.

"Baru baru ini semasa rumah ini terbakar. Tiada bekalan air, pasukan Bomba dan Penyelamat terpaksa mendapatkan air dari rumah jiran di sebelah," keluh S. Ganesan.


"Ramai berkata, PKR baru sahaja memerintah, kira-kira satu penggal, berikan parti itu peluang," celah saya.

"Peluang? Kalau masalah asas seperti lif, bekalan air dan lebih lebih lagi keselamatan nyawa penduduk PPRT gagal ditangani, bagaimanakah PKR mampu hendak memerintah negara?," soalan diajukan kembali.

Saya terdiam.

Itu antara luahan hati rakyat, saya sekadar pencerita berlandaskan fakta disingkap.

Secara tiba-tiba saya teringatkan wakil rakyat, ADUN  Kota Damansara, Dr. Nasir Hashim.


Di manakah beliau ketika rakyat memerlukan bantuan?

Barangkali Dr. Nasir berasa terlalu gayat untuk mendaki tangga ke tingkat '13' untuk bertemu pengundinya jika lif tidak beroperasi.

InsyaAllah pagi nanti MHI akan menyiarkan berita lengkap berhubung keluhan penduduk PPRT terbabit.

Terima kasih kerana sudi menampal entri ini di laman Facebook

19 ulasan:

  1. Bang, Pakatan Rakyat memerintah Selangor diketuai oleh PKR sebab ADUN PKR lebih ramai berdanding DAP dan PAS.

    PKR adalah parti, Pakatan Rakyat adalah kerajaan. Aku pun tak suka PKR. parti setahun jagung tapi tamak berebut kerusi dan meja. Aku undi Asal Bukan PKR.

    BalasPadam
  2. Kasihan pada mereka yang kurang berupaya untuk naik turun tangga.

    Tolonglah pihak berkenaan, janganlah ada diskriminasi. Bantuan dan penyelenggaraan perlu disegerakan untuk menangani masalah ini.

    Takkan nak tunggu dah banyak kes baru nak tangani?

    BalasPadam
  3. Ambik gambar bebanyak then direct jumpa MB. Biar MB taji YB DUN tu! Politicians samada buruk banyak atau buruk sikit. Kita tiada pilihan. Satu buaya, satu harimau.

    BalasPadam
  4. bezanya la penduduk pprt dgn penduduk kaya di damansara... penduduk kaya di jaga penuh kasih sayang... beza dr segi jalan-raya dan kecantikkan di sekelilingnya... ada kah penduduk pprt ni bukan rakyat mesia dn juga kerana mereka tak bayar cukai sebyk penduduk kaya membyrnya itu kerana di layan sebegitu teruk sekali.. dan adakah kerana itu nyawa mereka dan anak2 mereka juga tidak berharga spt mana nyawa org2 kaya dikawasan situ juga...

    BalasPadam
  5. PKR bakal bungkus bro... Bercakap (membangkang) memang mudah tapi bila dah jadi pemerintah baru tau..

    BalasPadam
  6. Kakak bj oren tu naik turun tingkat 12 pakai tangga pn bdn gemuk gak hihi..

    BalasPadam
  7. SMTI - Rasanya tak mampu, PKR, DAPig dan sekutu akan kalah teruk, mungkin 'Undi Kesian' yang tinggal. Kenyataan saya ini berdasarkan kajian ayang baru saya buat sejak 6 bulan lepas sebelum melarikan diri ke Pejabat Pegawai Tinggi Kanan Junta.

    BalasPadam
  8. SMTI....senyum sinis bila baca entri ini...bak kata sebuah lirik lagu.. "kini baru kau sedar...." :)

    BalasPadam
  9. cuba tanya penduduk, sejak bila berlakunya masaalah mereka? selepas kerajaan negeri diambil alih atau memang sudah berlaku sebelum kerajaan sekarang memerintah? itu persoalan yang perlu juga pembaca semua ingin tahu juga...

    ...hanya pandangan saya sahaja...

    BalasPadam
  10. kenapa sokong PKR selama ini, mereka sibuk kutuk kerajaan, sibuk berpolitik, bohong sana, bohong sini, kebajikan rakyat dibawah naungan mana lagi dipeduli..katakan tak nak kepada PKR pada pru 13

    BalasPadam
  11. Semoga segera dibaiki.
    Jangan sudah terhantuk baru hendak terngadah.

    BalasPadam
  12. assalamualaikum. 2 orang makcik saya tinggal di sini tetapi blok yang berlainan. setiap kali saya datang, masalah pertama saya ialah fobia utk naik lif ke tingkat 17. memang menakutkan. apatah lg mereka yg hari2 menggunakannya. sekadar berkongsi.

    BalasPadam
  13. jadi kalau tukar kerajaan negeri selangor lepas ni PPR akan bertukar jadi lebih baik?

    heh. cukuplah dengan kisah toyol. 50 tahun dah sebelum ni apa yang diorg buat? takkan lepas 3 tahun lif boleh karat macam tu sekali?

    aku cadangkan baik kau pergi report straight ke pejabat menteri besar. dekat2 pilihanraya ni, mesti boleh dpt apa2.

    BalasPadam
  14. PR atau BN bukan persoalan pokok, persoalan pokok ialah amanah... kepada para pemimpin, bekas pemimpin dan tidak lupa juga bakal pemimpin, ingatlah, kami memilih anda bukan untuk dijulang2, bukan untuk dipuji2. kami memilih anda untuk memimpin, menjaga dan membela kami dalam mengharungi kehidupan di dunia dan jika mampu, hingga ke akhirat juga insyaALLAH... jika kuda pun dapat duduk dalam keadaan yg lebih selesa kat Malaysia ni,kenapa rakyat yg tinggal di PPRT x bole? mereka pun ada hak mengundi ape...

    BalasPadam
  15. Kesian....daif.....selfish.

    Kesian pada penduduk, daif sgt keadaan rumah dan bngunan, selfish sungguh pihak bertanggungjawab. Banyak lagi rumah pangsa (Kos sederhana, Kos rendah) menerima nasib yg sama. Sya baru je beli rumah kos sederhana di subang bestari dan belum sampai 3 bulan dok sama, pemaju dah lepas tangan.

    BalasPadam
  16. rumah sewa saya di taman dato harun, betul-betul di tengah bandar PJ.. baru-baru ini lift tidak berfungsi hampir dua minggu sehingga hari ni. Saya sudahlah duduk di tingkat 15, mengandungkan anak sulung, hari-hari panjat 15 tingkat untuk pulang ke rumah. beranak atas tangga la juga nanti..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.