Tidak sampai 12 jam Faris Nur Daniel, 6 tahun, disemadikan, saya terlihat iklan insuran di atas.
Tujuan pengiklan barangkali baik dan berbentuk fakta.
Tetapi saya memohon dia menjaga sensitiviti dan perasaan keluarga Faris, ibu dan ayah baru saya kehilangan anak bongsu tersayang kira-kira 13 jam lalu.
Airmata mereka masih belum kering dan tanah kuburnya masih merah.
Airmata mereka masih belum kering dan tanah kuburnya masih merah.
Mungkin syarikat insuran membenarkan teknik sebegitu demi untuk ejen meraih imbuhan?
Is it all about sales?
Baca juga respon ejen insuran di sini. [ komen telah dipadamkan ]
Is it all about sales?
Baca juga respon ejen insuran di sini. [ komen telah dipadamkan ]
Apapun, saya meminta jasa baik pengiklan itu untuk menarik balik iklan terbabit secara terbuka. Saya hanya meminta, jika dia enggan menunaikannya, terserah.
Apa pula pandangan pembaca?
Berikut, satu daripada komen dicatatkan di ruang komen di bawah.
'As salam.. Demi menghormati keluarga arwah serta atas permintaan ramai pihak, segala posting mengenai arwah telah pun ditarik balik.. Terima kasih atas teguran & pandangan saudara-saudari sekalian.. Yang baik kita jadikan tauladan & yang buruk kita jadikan sempadan.. Ibu bapa arwah sangat bertuah kerana anak yang dijemput awal oleh Allah sebelum baligh akan menanti ibu bapanya dipintu syurga.. Segala yang baik datangnya daripada Allah & yang buruk datangnya dari diri kita sendiri..'
Klik di sini.
Berikut gambarnya profilnya.
Apa pula pandangan pembaca?
KEMASKINI I
Berikut, satu daripada komen dicatatkan di ruang komen di bawah.
'As salam.. Demi menghormati keluarga arwah serta atas permintaan ramai pihak, segala posting mengenai arwah telah pun ditarik balik.. Terima kasih atas teguran & pandangan saudara-saudari sekalian.. Yang baik kita jadikan tauladan & yang buruk kita jadikan sempadan.. Ibu bapa arwah sangat bertuah kerana anak yang dijemput awal oleh Allah sebelum baligh akan menanti ibu bapanya dipintu syurga.. Segala yang baik datangnya daripada Allah & yang buruk datangnya dari diri kita sendiri..'
Komen terbabit dilontarkan oleh individu mendaftarkan nama sebagai 'Ina'.
Klik di sini.
Berikut gambarnya profilnya.
Perkara pertama terlintas di minda saya, siapakah individu ini?
Hantu?
Untuk rekod, saya juga mempunyai kenalan terbabit dalam penjualan pelbagai jenis insuran.
Berikut komen dihantarkan kepada saya awal pagi ini melalui pesanan ringkas.
'Saya membaca blog fasal iklan itu. Laporkan sahaja kes ini kepada Prudential sebab Prudential is very strict on agent's ethics, boleh kena tarik license dia selama-lamanya'.
Ingat, selain daripada etik, Melayu kaya dengan adat.
Alhamdulillah, suami kepada ejen insuran terbabit sudi berkongsi sedikit maklumat di ruang komen entri ini.
Terima kasih.
'Kepada semua yang marah dengan Pn Zalina diatas statement tentang arwah Faris, saya harap dimaafkan kerana beliau telah pun menarik balik dan meminta maaf kepada semua pihak termasuk keluarga arwah. Saya juga marah dan kecewa, tapi apa niat dia bukan nak mengaut untung sebenarnya. Saya juga mencadangkan kepada Pn Zalina kalau perkara ini di anggap serius pergi jumpa keluarga Arwah untuk meminta maaf.
Di pagi jumaat yang mulia ini kita bermaaf-maafan sesama kita semua. saya sebagai suami kepada Pn Zalina memohon maaf sekali lagi kepada semua yang terlalu marah dengan Pn Zalina. Saya sudah menegur dia dan saya pun tak sangka dia buat statement begitu. Walau apa pun saya juga begitu sedih diatas pemergian adik Faris. Saya yang menyuruh Pn Zalina menarik balik statement itu dan meminta maaf kepada semua pihak.
Saya harap semua pihak memaafkan kesilapan yang dibuat oleh Pn Zalina.
Di pagi Jumaat ni juga kita bacakan surah yassin untuk arwah. Saya juga menyuruh Pn Zalina membuat tahlil di pejabat dia pagi ini bersama rakan sepejabat. Saya juga telah membaca yassin selepas solat subuh tadi untuk adik Faris. Kita sama-sama mendoakan semoga arwah adik Faris ditempatkan di SYURGA.
Al-Fatihah...'
Berikut kenyataan ayah arwah Faris, Sham.
'Saya sekeluarga sudah maafkan Pn. Zalina. Semua di jemput datang ke majlis tahlil malam ni hingga ahad di surau raudatol firdaus, alam budiman Puncak Perdana'
KEMASKINI 2
Alhamdulillah, suami kepada ejen insuran terbabit sudi berkongsi sedikit maklumat di ruang komen entri ini.
Terima kasih.
'Kepada semua yang marah dengan Pn Zalina diatas statement tentang arwah Faris, saya harap dimaafkan kerana beliau telah pun menarik balik dan meminta maaf kepada semua pihak termasuk keluarga arwah. Saya juga marah dan kecewa, tapi apa niat dia bukan nak mengaut untung sebenarnya. Saya juga mencadangkan kepada Pn Zalina kalau perkara ini di anggap serius pergi jumpa keluarga Arwah untuk meminta maaf.
Di pagi jumaat yang mulia ini kita bermaaf-maafan sesama kita semua. saya sebagai suami kepada Pn Zalina memohon maaf sekali lagi kepada semua yang terlalu marah dengan Pn Zalina. Saya sudah menegur dia dan saya pun tak sangka dia buat statement begitu. Walau apa pun saya juga begitu sedih diatas pemergian adik Faris. Saya yang menyuruh Pn Zalina menarik balik statement itu dan meminta maaf kepada semua pihak.
Saya harap semua pihak memaafkan kesilapan yang dibuat oleh Pn Zalina.
Di pagi Jumaat ni juga kita bacakan surah yassin untuk arwah. Saya juga menyuruh Pn Zalina membuat tahlil di pejabat dia pagi ini bersama rakan sepejabat. Saya juga telah membaca yassin selepas solat subuh tadi untuk adik Faris. Kita sama-sama mendoakan semoga arwah adik Faris ditempatkan di SYURGA.
Al-Fatihah...'
KEMASKINI 3
Berikut kenyataan ayah arwah Faris, Sham.
'Saya sekeluarga sudah maafkan Pn. Zalina. Semua di jemput datang ke majlis tahlil malam ni hingga ahad di surau raudatol firdaus, alam budiman Puncak Perdana'
Kalaulah anak dia sendiri yang kena, dia nak tak guna gambar anak dia untuk buat promotion macam tuh...?
BalasPadamThis is not about prudential, tp agent yg x bermaruah...
BalasPadamMungkin tak ada masalah.. beliau tauke insurans. Sepatutnya sensitiviti harus dijaga walaupun tidak ada kaitan persaudaraan dengan Pn Zalina. Apa yang perlu adalah Pn Zalina perlu menjaga sensitiviti orang supaya lebih dihormati.
BalasPadamYa Allah, kalau iye pun nk buat promotion jangan lah ambil gambar-gambar Faris ni, sepatutnya dia kena dapatkan izin dari keluarga arwah
BalasPadamassalamualaikum bro mazidul, walaupun saya mempunyai medical card utk isteri & anak2 yg nilainya agak besar. Saya amat benci dengan "iklan" tersebut.
BalasPadamSepatutnya semua rakyat Malaysia kena ambil insuran. Benda ni tak perlu digembar-gembur mahupun diiklankan apabila lepas terjadi benda macam ni. Di USA, agak sukar untuk pesakit admit ke hospital jika tak ada insuran untuk cover kos perubatan. Tapi di Malaysia ni sangat senang untuk admit walaupun tidak mampu dikemudian hari. Namun siapa yang akan susah,?kita juga kerana tak mampu untuk memberi perubatan yang lebih baik. Anda fikir la sendiri.
BalasPadamKurang ajar..uncivilised..tak berhati perut n very selfish!!!
BalasPadamsekadar pandangan:
BalasPadam1) jika dia benar mahu gunakan gambar anak orang lain semata-mata utk poket sendiri.. adakah dia ada membantu family org lain itu sblum ini?
2) mmg kita perlukan insurans demi masa depan tapi tidak perlu menggunakan dan menghiris hati family yang masih bersedih..
3) ada minta izin ke nk guna gambar seseorang? boleh tak klu family dia saman?
astaghfirullahazim..ada org macam ni?? tak sensitif langsung!! ada ke patut dijadikan bahan iklan utk insurans..klu anak dia mcm mana??
BalasPadamvery unethical punya ejen insuran. harap2 ejen ni dpt pengajaran yg bersesuaian dlm hidupnya (cover dia besar, sure she can deal with it).
BalasPadammemang individu ni tak berhati perut.. janganlah nak lakukan dia punya insuran dengan cara sebegini, ibarat menangguk di air yang keruh..
BalasPadammemang la fb to social network, tapi adakah disebabkan tu boleh ambil gambar sesuka hati? dah tentu-tentu akaun fb tu didaftar atas nama individu, jadi kalau gambar yang di upload tu tentulah tuan punya fb tu berhak ke atas gambar-gambar tu.
dan daripada komen tu, cara dia bercakap macam lah pasangan suami isteri ni takde cover insurans LANGSUNG. Hello, ejen insurans yang kejam, diorang memang ade beli insurans, cuma tak cukup untuk menampung kos rawatan sahaja.
Itulah dia kalau bercakap tanpa berfikir~
memang individu ni tak berhati perut.. janganlah nak lakukan dia punya insuran dengan cara sebegini, ibarat menangguk di air yang keruh..
BalasPadammemang la fb to social network, tapi adakah disebabkan tu boleh ambil gambar sesuka hati? dah tentu-tentu akaun fb tu didaftar atas nama individu, jadi kalau gambar yang di upload tu tentulah tuan punya fb tu berhak ke atas gambar-gambar tu.
dan daripada komen tu, cara dia bercakap macam lah pasangan suami isteri ni takde cover insurans LANGSUNG. Hello, ejen insurans yang kejam, diorang memang ade beli insurans, cuma tak cukup untuk menampung kos rawatan sahaja.
Itulah dia kalau bercakap tanpa berfikir~
Duit bukan segala-galanya..mara sampai taktau nk type ape.
BalasPadamInilah namanya mengambil kesempatan, bukan menolong. Masih ada lagi rupanya manusia sebegini, ingatkan dah pupus dah dengan munculnya arus kemodenan.
BalasPadamSaya anak lelaki yg sebaya dgn arwah. W.pun saya telah belikan dia medical card, ia bukan guaranti utk sembuhkan penyakit...
BalasPadamLg pun setiap insurance ada limit, kalau 23 hari dah mencecah 100k, brape lama limit tu boleh bertahan?
Arwah suami saya brain cancer patient, kos rawatan kanser amat mahal, kami pernah habiskan limit medical card arwah dlm masa 3bln shj... Yes, medical card byk membantu tp kita kena ingat hidup mati kita bukan disebabkan medical card. Medical card cuma usaha kita dlm menghadapi kos hospital yg makin tinggi. PPUM, HUKM, HUSM bukan 100% hospital kerajaan. Kita masih perlu byr kalau admitted ke sana...
Lagipun kita beli insurance mengikut kemampuan masing2..
salam ernie,
Padambenar skali tulisan puan - kita jgn cakap besar sgt tentang duit ni.! bila kena kt kepala kita baru tau!
Ini tulisan saya kt satu forum.. yg jugak membincangkan perkara ini , dan rata2 tak bersetuju dgn cara mamat boyak ni.
~~
orang insurans ni.. gini laa.. macm2 taktik.! kalau ko di nampak macam alim2..diguna point agama..
kalau ko nampak geng huhaahuhaa.. di guna point hiburan.
tapi.. yg paling gampang antara semua perangai ni - inilah! yg tak sensitif langsung.. menangguk di air keruh!
cuba nak mencari keuntungan pada 'malang' orang lain..
kalo aku jadi bapak faris ni (ami).., 1st skali.. aku tampar dulu mamat ni! kurang ajar.. nk meniaga x bertempat. lagi sadis - aku saman aje mamat ni.. sbb pandai2 guna gambar anak dia utk tujuan keuntungan dia.. dan aku seret skali prudential ni.. sbb membenarkan ejen dia guna cara paling keji sebegini utk cari pelanggan!
utk maklumat korang.. aku pun penasihat pengurusan kewangan dan risiko serta wasiat.., tapi..tak pernah lagi aku kejar orang.. atau saja nak cari orang dgn menggunakan kisah2 malang orang lain. aku fikirkan.. kalau aku di tempat orang tu.., malah aku sendiri pernah 'kehilangan' anak sendiri yg meninggal stillborn.. aku tau peritnya perasaan tu.
dan jawapan mamat tu (korang tgk laa kt fb dia - orang hentam dia ..dia jawab mcm mana) - mmg lah menunjukkan dia ni jenis hantam koromo..! dan tiada sensitiviti langsung! kalau korang nak tau - bidang ni ada etika nya! dan antara etika nya.. tak boleh langsung mengusik sensitiviti masyarakat dan menggunakan kisah malang orang lain sebagai bahan utk mencari pelanggan. aku rasa korang boleh report orang mcm ni.. dan lesen dia utk jual takaful boleh di tarik balik. cuba lah check.. , buat2 jumpa.. mintak proposal dari dia.. dapatkan bukti.. dan kasi report.
inilaa dia produk budak2 yg belajar tak abis.., keje tak dapat.. tapi nak kaya cepat.. dan dapat pulak galakan dari boss kt atas agensi manager yg ajar - kita mesti muka tebal.. kita mesti tak sensitif.. kita mesti langgar saja..utk dapat sales! Yang di tayangkan pada muka budak2 baru diaorang.. kereta mewah.. bmw.. merc.., rumah besar..! dan di tunjuk pulak.. dia pun muda2 dah pakai segala benda2 tu.. abis.. budak2 ni mcm gorgon yg saiko.. pergi keluar cari sales.. sampai jadi macam mamat boyak ni!
Inilah orang yg sama dok dalam MLM-MLM tu.. takkira siang malam pagi petang call orang sanasini..trick orang utk join dia.
jauhkan diri anda dari berurusan dgn orang2 mcmni.. target mereka duit anda! mereka janjikan coverage yg bukan2 .. pada hrga yg anda sebenarnya takmampu.. ! atau kadang anda tak layak pun ! yg mereka nak..duit anda., lepas anda sign aje.. mereka hilang! bila masa anda perlukan betul2 insurans tu.. mereka takde pun nkbantu. skarang - kita ramai2 doakan **mamat boyak ni..
semoga tuhan tu cepat tunjukan dia.. tak kira betapa besar coverage insurans kau tu - kalau Allah kata - 'kun faya kun..'.. nk jadi..jadi jugak!! takde makna duit besar mana tu pun!
kesian aku golongan begini.. duit punya pasal.. apa pun tak kesah.. orang kutuk pun.. dia boleh tidur happy lagi.. takde rasa bersalah!
** mesti ada yg konfuse apsal aku tulis mamat - walhal yg post gambar adalah perempuan - sebenarnya - gambar ni turut di gunakan olehmamat ni..- macam satugroup laa ni.. sama2 jual prudential eh? sama-sama belajar ukm eh? hampeh lu!
jgn konfuse - baca sini utk tengok macma mana angkuh nya mamat ni jawab komen2 orang ramai kt fb >> http://goo.gl/lRKoM
salam sejahtera, sebab itulah saya tak suka bila agen insurans membuat panggilan. bila kita kata kita tak nak (dengan cara baik) dia cakap kita macam macam... memang segelintir manusia ni hanya memikirkan keuntungan untuk servis pelanggan. bila cukup pelanggan di bawah seliaan mereka, mula la, bila nak claim payah, call tak angkat, sms tak jawap, email tak jawap. macam macam alasan padahal premium dibayar
BalasPadamSalam En Mazidul,
BalasPadamSaya ingin bertanya pd si ejen... Itu saja kah yg mampu dia lakukan? sales sales juga, hati2 dgn kata2 biarlah kena pd cara & masanya... Mungkin anda boleh kaya dgn jual Insurans tp klau melalui penilaian sy anda seorang yg miskin HATI & PERASAAN... Insurans tidak boleh beli nyawa!
salam sejahtera, sebab itulah saya tak suka bila agen insurans membuat panggilan. bila kita kata kita tak nak (dengan cara baik) dia cakap kita macam macam... memang segelintir manusia ni hanya memikirkan keuntungan untuk servis pelanggan. bila cukup pelanggan di bawah seliaan mereka, mula la, bila nak claim payah, call tak angkat, sms tak jawap, email tak jawap. macam macam alasan padahal premium dibayar
BalasPadamsalam..
BalasPadamerm..xterkata bila bce iklan tue..smoga Allah buka hti dy..bahawa insuran bkn sgala2nya.. ajal maut dtgn tuhan,.siapa kte hendak menentukan..btoll perlu iktiar..tp terbukti parent arwah jgk dah iktiar bkn hye 0 shaje,,
nk berniaga pon, please la secara berhemah + beretika sikit.
Isk isk..tak tau nak kata apa, blom kena kat batang idung sendiri kot..huhu..anak saya nama sama..umur pun sama ngan Faris ni..sedeh sungguh..baru je kelmarin tau pasal ni..tau2 Allah lebih menyayangi dia. Al Fatihah buat arwah..takziah buat keluarganya.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamPrudential jual produk takaful islamic tapi marketing tak ikut garis panduan yang islam tunjukan.
BalasPadamlimit 4 juta konon boleh blah la mcm la setahun tu boleh claim 4 juta. Medical kad tue boleh sembuhkan penyakit ke??
tak bertamadun langsung.
As salam.. Demi menghormati keluarga arwah serta atas permintaan ramai pihak, segala posting mengenai arwah telah pun ditarik balik.. Terima kasih atas teguran & pandangan saudara-saudari sekalian.. Yang baik kita jadikan tauladan & yang buruk kita jadikan sempadan.. Ibu bapa arwah sangat bertuah kerana anak yang dijemput awal oleh Allah sebelum baligh akan menanti ibu bapanya dipintu syurga.. Segala yang baik datangnya daripada Allah & yang buruk datangnya dari diri kita sendiri..
BalasPadamSatu je yang mampu saya cakap....KURANG AJAR!!
BalasPadambelum sampai masa dia, bolehla dia menongkat langit. takut dah kena ke dia nnt, tak cukup muka nak cium rumput!! apa punya ejen insuran? wotak tarok mana? iman?
BalasPadamsmti..
BalasPadamvery unethical. saya lihat ejen insurans tu menggunakan gambar kanak2 sebagai profile picture fb. bermakna beliau mungkin juga seorang ibu. saya juga ibu. tapi saya amat hairan dgn sikap beliau yg seolah2 tidak berperasaan, tiada sensitivity seorang ibu. but who am i to judge her anyway? cuma itu lah yg saya fikirkan kali pertama saya lihat profile beliau.
BalasPadamapa pun, beliau ADA memohon maaf atas keterlanjuran beliau dgn iklan insurans tu. saya fikir mungkin beliau tidak berfikir panjang semasa buat iklan tu atau beliau hanya fikir duit/untung ketika itu. jd terpulanglah kepada keluarga arwah dan org ramai untuk memaafkan beliau
Allah itu maha adil...satu hari nanti mungkin kena kat keluarga dia pulak....
BalasPadamKepada keluarga arwah, takziah... Allah lebih menyayangi arwah faris.....
BalasPadamMedicalcard tu bagus.. cuma MASA tak kena !!!
BalasPadamPrudential GAGAL mendidik anak buahnya menjadi lebih BERPERIKEMANUSIAAN !!
dan..penjual tu GAGAL berfikir waktu bila dia patut menjual insurans tu !!! Mengeksploitasi gambar anak org lain diatas kesedihan/penderitaan org yg baru kehilangan anak tak lebih dr 12 jam adalah sesuatu yg MENJIJIKKAN !! Fikir sebelum bertindak bro !!
sungguh tak sopan...mencari rezeki dengan cara yang TAK BERHEMAH.....bonggok
BalasPadamminta maaf saya cakap kekadang agent ni pun saya tak suka, perlu ada sensitiviti...kalau setakat nak guna gambar utk menceritakan keperitan tak apalah ini digunakan untuk sales kemudian siap tulis kemampuan seseorang.... kalau kena kat kita macam mana.... sedangkan saya sendiri setiap kali melihat gambar arwah pasti saya sedih inikan pulak keluarganya....Al-fatihah
BalasPadamZalina tu.. Dia dah tarik balik posting asal.. Syukran... Saya berkesempatan msg kat dia lepas u up blog entry about her.. berkat doa kita, hayinya telah terbuka utk menarik semula penulisannya..
BalasPadamPada pandangan saya beliau menggunakan kaedah 'soft selling' ttp tidak kena pada tempatnya.
BalasPadamPara peniaga, walau kecil & sebesar mana pun perniagaan anda, walau apa pun yg anda niagakan, nasihat saya usahlah menangguk di air keruh.
Berjual-beli tanpa paksaan adalah etika peniaga yg baik. Kalau sudah rezeki kita tidak akan ke mana.
embarrassing
BalasPadamKepada semua yang marah dengan Pn Zalina diatas statement tentang arwah Faris, saya harap dimaafkan kerana beliau telah pun menarik balik dan meminta maaf kepada semua pihak termasuk keluarga arwah. Saya juga marah dan kecewa, tapi apa niat dia bukan nak mengaut untung sebenarnya. Saya juga mencadangkan kepada Pn Zalina kalau perkara ini di anggap serius pergi jumpa keluarga Arwah untuk meminta maaf.
BalasPadamDI pagi jumaat yang mulia ini kita bermaaf-maafan sesama kita semua. saya sebagai suami kepada Pn Zalina memohon maaf sekali lagi kepada semua yang terlalu marah dengan Pn Zalina. Saya sudah menegur dia dan saya pun tak sangka dia buat statement begitu. Walau apa pun saya juga begitu sedih diatas pemergian adik Faris. Saya yang menyuruh Pn Zalina menarik balik statement itu dan meminta maaf kepada semua pihak.
Saya harap semua pihak memaafkan kesilapan yang dibuat oleh Pn Zalina.
Di pagi Jumaat ni juga kita bacakan surah yassin untuk arwah. Saya juga menyuruh Pn Zalina membuat tahlil di pejabat dia pagi ini bersama rakan sepejabat. Saya juga telah membaca yassin selepas solat subuh tadi untuk adik Faris. Kita sama-sama mendoakan semoga arwah adik Faris ditempatkan di SYURGA.
Al-Fatihah...
AL FATIHAH.. WAT ADIK FARIS...
BalasPadamHATI INI MENANGIS MEMBACA KISAH NYA.. SY ANTARA BERIBU LG ORG YG SAMA2 MHEBAHKAN BERITA INI... WALAU PUN SY SE ORG CONSULTANT MAA TAKAFUL.. tidak tergamak tuk sy guna kan gambar arwah tuk kepentingan diri sendiri... sy tau...ramai yg faham tentang kepentingan insuran.. mungkin ada yg tiada kemampuan tuk memiliki nya..oleh itu kepada pengiklan di ats..ada lah wajib tuk dia meminta maaf pada ibu dan bapa ALLAHYARHAM ADIK FARIS
jd lah manusia yg berperikemanusiaan skit, fkrlah tntg kesedihan keluarga arwah adik faris tuh... jgn lah sbb nk niaga sampai tulis sesuatu yg menyinggung perasaan...
BalasPadammanusia skrg semakin lupe adab susila bile terlalu sibuk nk kerja wang ringgit
mungkin tujuannya baik
BalasPadamcuma cara komunikasinya agak sedikit berunsur sensitif..
sekiranya perkara ni telah berlalu agak lama...dan nama Arwah adik Faris tidak digunakan.....
saya rasa mungkin lebih molek.....
Al Fatihah untuk adik Faris...
Takziah buat keluarganya....
semoga beliau sempat membetulkan kesilapan.
BalasPadama very gud morning guys. hope adik Farish will rest in peace, will pray for him and regarding the insurance agent i tink we should forgive her as she and her husband already apologize.its normal for human being to do mistakes and the main point is she already regret for wat she have done.hope we all can fogive her.thnks for giving oppurtunity for me to write down my oppinion Mr Mazidul
BalasPadamseriously, i have no words to describe the posting of that lady. Memang tujuan dia baik, but kenapa drag nama keluarga yang sedang bersedih?
BalasPadambila memikirkan ttg wang... semua cara dirasakan betul.. tanpa sedar dah terjerumus dgn hasutan setan secara halus.. jika ada wang sekalipun jika sudah tertulis ajal smpi maka kita tak mampu nak menolak.. itu namanya qada dan qadar.. bukankah dah wajib bg umat islam mempercayainya..??
BalasPadamalhamdulillah, kita sudah saling bermaafan. tahniah Mazidul serta Pn.Zalina & Suami
BalasPadamSaya sekeluarga sudah maafkan Pn. Zalina
BalasPadamSemua di jemput datang ke majlis tahlil malam ni hingga ahad di surau raudatol firdaus, alam budiman Puncak Perdana
Salam, puan zalina ni ok la sbb dh mintak maaf dan mengaku salah dia tp si azman boyak ni masih anhkuh dgn post dia seblm ni. Dia xrasa bersalah langsung..kitaorg penduduk Alam Budiman sgt terasa dgn tindakan beliau yg pathetic.. Tindakan susulan telah dan akan dibuat terhadap melaun nih dlm jangka masa terdekat. Sesiapa yg ada mengambil insurans ngan malaun nih baik tukar je agen (its ok to maintain with prudential)lain sbb tak mustahil dia akan guna gambar customer dia yg yerkena musibah utk dptkan cusyomer lain..nauzubillah
BalasPadambetul tu Sham..
Padamat least zalina dan husband dia dah mintak maaf pada semua pembaca dan ahli keluarga abah... dan 'abah' sendiri pun dah maafkan mereka. Ini sorang lagi ni.. man boyak ni.. dia yg lagi angkuh dgn statement dia smalam. takde satu pun permohonan maaf dari dia.
Just in case ada yg tak smpat baca komen man boyak ni - (dah kene delete, ni antara jawapan dia kepada komen2 kt FB dia - )
komen 1- "So sometime manusia ni perlu di INSAF kan dgn cerita2 or gambar2 yg menceritakan kisah sebenar apa yg berlaku dalam masyarakat. Takkan la pasal nak jaga hati org yg ditimpa malan itu, kita sbg sesama umat tak leh nak menyedarkan org lain. Apakah tanggungjawab aku sbg agent insurance dalam menyedarkan org lain. Adakah tugas aku sbg agent insurance so PATHETIC dalam menyedarkan org. Kalau diletakkan gambar org sihat, ada byk duit, ada rumah besar, ada banyak duit, tak pulak digelar Pathetic, sedanghkan letak gambar yg akan menyedarkan org ramai betapa pentingnya insurance dianggap pathetic.
Kalau kau merasakan pathetic sgt, terpulang pada diri individu. Even kalau mak si arwah ni nak saman agent insurance sebab gunakan gambar anak dia ketika sakit & meninggal, Silakan. & aku percaya mak dia pun merestui tindakan kitaorg coz dgn cara ini saja la dpt menyedarkan org ramai di luar sana yg masih TERTUTUP matanya, TERPEKAK telinganya, TERBISU mulutnya."
komen 2 :
"Kehilangan nyawa adik Faris dah ketentuan tuhan. Tetapi persoalan skrg adakah Pathetic sgt perbuatan agent insurance dalam memberikan sedikit pertolongan dari bentuk perlindungan medical bagi mengurangkan bebanan kos 100K bil perubatan itu. Adakah pathetic sgt agent insurance ini dalam meredakan kerisauan or kepayahan org yg terlibat dari segi bebanan kewangan sedangkan pada masa sama bersedih ke atas kehilangan anak tersayang. Aku rasa paling Pathetic giler2 kalau dah la kehilangan insan tersayang, ditambah pulak hutang beratus2 ribu menanti kemudian ari. Don't just say word Pathetic without think about other thing that relate to it. Dah besar panjang kan, so gunakan kewarasan akal fikiran utk bertindak."
komen 3 -
"Ello kawan, dah aku agent insurance/takaful, confirm2 la aku akan jual insurance. Takkan la aku nak jual kain kapan lak. Beli kan kain kapan utk kau boleh la..insyaallah aku akan belikan nanti.
Btw, napa perlu aku mintak permission penggunaan gambar. FB adalah social network, bukannyer private network. So perlukah aku mintak kebenaran & bayar royalti...come on use ur brain in a right way, jgn letak kat kepala lutut.
Rasanye kau tak faham sepenuhnya apa yg aku komen sehingga kau kata RM mengaburi otak...as I said I give people kesedaran akan kepentingan insurance...I educate people, I guide people, I sell protection to them...for living for sure perlukan RM but tak la sampai membuatkan aku Pathetic utk menyalah gunakan gambar org lain. Tak tahu la kalau kau bekerja di dunia ini seikhlas ati & RM is not ur concern. Come on don't be hipokrit, kita perlukan duit utk hidup, tetapi bukan hidup utk duit..guna otak kau utk fikir, bukan utk makan, minum, kencing,berak & tidur sahaja"..
fikir-fikirkan..
Salam, puan zalina ni ok la sbb dh mintak maaf dan mengaku salah dia tp si azman boyak ni masih anhkuh dgn post dia seblm ni. Dia xrasa bersalah langsung..kitaorg penduduk Alam Budiman sgt terasa dgn tindakan beliau yg pathetic.. Tindakan susulan telah dan akan dibuat terhadap melaun nih dlm jangka masa terdekat. Sesiapa yg ada mengambil insurans ngan malaun nih baik tukar je agen (its ok to maintain with prudential)lain sbb tak mustahil dia akan guna gambar customer dia yg yerkena musibah utk dptkan cusyomer lain..nauzubillah
BalasPadamsemua orang buat kesilapan....
BalasPadamPuan Zalina dan Suami telah pun memohon maaf atas keterlanjurannya sebelum ini. Bapa kepada Allahyarham adik faris juga telah memaafkan puan Zalina. Di pagi jumaat yang penuh rahmat ini marilah kita berlapang dada menerima kemaafan beliau. Buat Puan Zalina apa yang berlaku ada hikmah dan pengajaranya bagi kita semua..
BalasPadamkita hanya mampu merancang, namun hanya Tuhan mampu menentukan semuanya. insurance sebagai pembantu, namun ketentuan semua di tanganNya.
BalasPadamAlhamdulillah....semuanya diselesaikan dgn cara yg baik.Dan Al-fatihah buat allahyarham adik Faris.
BalasPadamOk guys, case closed. Hopefully this will be a lesson to all. Ambil yang jernih, buang keruh..everybody made a mistake..thats human nature..
BalasPadamsmti..
BalasPadammacam2 manusia...
niat puan zalina tu baik cuma mungkin tersalah taktik kot...
BalasPadamapapun buang yang keruh amik yang jernih...
hmmm, sy pun ejen insuran gak tp xde la cenggini. Do things at the right time. Mungkin dia x cukup ilmu lagi baru2 nk jd ejen. Bukan salah prudential or mana2 ins company. Dia sendiri yg unethical. Org2 mcm ni la yg Memburukkn nama ejen2 lain. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Patutnye bila baca buku sblm exam insurans dia dah tau ap ethic dia. Ini amik exam utk lulus je tp x dpraktikkn. Hrp2 lps ni dia insaf n tau ap dia dah bt...
BalasPadamAlhamdulillah...semuanya telah selesai...harap2 lain kali pn ina tu x lakukan kesilapan yg sama....moga dia akan lebih sensitif dgn perasaan org lain termasuk juga lah dgn kita semua....kerana mulut badan binasa....sama2 kita bermuhasabah diri di hari Jumaat ini...
BalasPadamKepada 'Abah' faris mohon diambil tindakan undang2 pada Man boyak yang angkuh tu supaya memberi pengajaran kepada orang2 lain.
BalasPadamkepada Man Boyak Ko tgk boleh tapi ko takde hak nak copy gambar dan mempergunakan gambar tersebut.
Salam
BalasPadamSaya sanjung sikap Pn Zalina dan suami. Kita hanya manusia biasa dan tidak lari dari melakukan kesilapan. Walaupun pada mulanya saya memang marah dgn posting tersebut, alhamdulillah segalanya diselesaikan dengan cara baik. Begitulah sebenarnya nilai-nilai murni yang menjadi asas kepada setiap orang melayu cuma kebelakangan ini nilai sebegini terlalu tiris dikalangan orang-orang melayu sendiri.
Namun demikian, sikap man boyak yang masih mempertikaikan tindakannya adalah satu tindakan yang amat bongkak dan sombong. Pada pandangan saya, kenyataan beliau hanyalah bertujuan 'menghalalkan' segala perlakuannya. Dalam islam, SEBAIK MANA pun tujuan sesuatu perkara namun ia tidak akan diterima sekiranya dilakukan dengan cara yang tidak betul - NIAT TIDAK MENGHALALKAN CARA. Dan perlu diingat, 'cara yang tidak betul' bukan hanya merujuk kepada perkara 'haram' tetapi juga perkara-perkara yang 'salah'. Maka dengan itu, amatlah besar harapan semua untuk melihat kenyataan maaf dari saudara man boyak sendiri terhadap keterlanjuran bicaranya. Tiada apa yang perlu dimalukan untuk memohon maaf, malah anda akan lebih dihormati apabila berbuat demikian dikala ramai pihak menghentam anda. Tiada siapa yang boleh lari dari melakukan kesilapan dan tiada siapa yang boleh menipu diri sendiri. Berlawan dengan diri sendiri adalah sesuatu yang sangat dahsyat dan menjadikan kita lebih ekstrimist. Oleh itu marilah kita buangkan yang keruh dan ambil yang jernih. Janganlah kita menghirup airmata mereka yang sedang berduka dan menambah pula kedukaan mereka dengan sikap serta perbuatan kita yang tidak bertimbang rasa. Bayangkan perkara yang sama terjadi kepada adik-beradik kamu, anak-anak kamu, bagaimanakah rasanya?
Dihari Jumaat yang mulia ini, saya menyeru umat islam khasnya dan orang-orang melayu umumnya untuk kita sama-sama bermuhasabah diri dengan perkara yang telah menimpa arwah adik Faris. Ramai diantara kita yang meluahkan simpati, menghulurkan bantuan, mendoakan segala kebaikan dan bermacam-macam lagi. Tidak dinafikan, ramai yang telah menjadi kenalan, ramai yang insaf, ramai yang menjadi penderma, ramaiyang berdoa dan bertafakur didalam solat,ramai yang kini 'alert' terhadap penyakit yang arwah hidapi,ramai yang kini lebih menghargai anak masing-masing, lebih menghargai kurniaan kesihatan yang baik yang Allah beri kepada kita semua, ramai yang lebih menghargai nilai kasih sayang terhadap ibubapa, isteri, suami, anak-anak,saudara-mara dan sahabat-sahabat, dan bermacam-macam lagi.. SUBHANAULLAH... besar sungguh hikmah yang Allah berikan. Dan Allah pilih adik Faris untuk menyampaikan hikmah-hikmah ini... bukankah terpilih adik Faris itu? Hanya syurga yang menanti adik Faris disana. Amin.
Kepada kedua ibubapa Faris, betapa saya amat memahami seberat-berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Semoga keluarga itu terus tabah menghadapi hari-hari mendatang tanpa adik Faris bersama kalian. Percayalah, setiap kejadian terlalu besar hikmahnya sehingga mungkin tak tercapai oleh akal fikiran kita untuk menilainya. Doa saya tidak akan putus supaya anda sekeluarga diberikan kekuatan iman dan taqwa menerima ketentuan ilahi ini. Wassalam.
manusia tak penah lari dari kesilapan.. alhamdullillah Allah membuka hati puan zalina untuk menerima teguran dan meminta maaf.. dan syukur juga kepada Allah kerana bukakan hati keluarga adik faris untuk memaafkan puan zalina.. sesungguhnya kita hanya manusia yg lemah..
BalasPadambuat peringatan kepada diri sendiri juga.. hati2 dgn ayat2 yg kita tulis/kluarkan, adik faris pergi menunggu ibubapanya di syurga kerana Allah lebih sayang dia.. bukan sebab tak cukup duit insurance.. ajal maut di tangan Allah.. hati2 menulis/bercakap moga Allah pelihara iman kita.. aminnn..
Kenapa mcm tu sekali nak jual insurans..??? langsung tidak menjaga hati keluarganya.. kubur arwah adik Faris masih merah.. Ya Allah Kau tabahkanlah hati kedua ibu bapa dan keluarga arwah adik faris.. aminn
BalasPadamBagus kalau dia sudah meminta maaf. Man Tempoyak tu memang tak dapek nak ditolong dah, mari kita semua jadikan keangkuhan dia sbg pengajaran sjpaya kita sbg manusia pun tidak angkuh dan buduh sebegitu.
BalasPadamSebelum thread blog ini di keluarkan, saya ada menegur ramai rakan insuran saya yang menggunakan gambar Arwah, apa yang saya dapat adalah makian dari sahabat2 insuran prudential berkenaan.
BalasPadamdengan adanya ulasn bro Mazidul ni, nampak gaya semua ulasasn telah di buang.. Tahniah Bro Mazidul.
To agen2 insuran, berniagalah secara berhemah. Jagalah sensitiviti masyarakat. Sekian
-krazl-
Assalamualaikum, saya Azman Boyak yang berkenaan...Saya menghormati pandangan setiap org di dalam laman blog ini. Seperti permohonan maaf secara terbuka yang telah dipost kan di wall FB saya... di sini sekali lagi dgn seikhlas hati ingin meminta kemaafan ke atas keterlanjuran tindakan saya. Kemaafan dipinta kepada ahli keluarga si arwah & sesiapa yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung. Segala yg baik dtgnya dari Allah Ta'ala & yang buruk datangnya dari manusia itu sendiri.
BalasPadamsetahu saya,medical card Prudential sehingga 1.5 juta, utk PruBSNTakaful sampai 2.5juta... mane de sampai 4juta?
BalasPadambukan ke PRUDENTIAL nye medical card sampai 1.5juta n PRU BSN TAKAFUL sampai 2.5juta, mane de sampai 4juta,mesti cmpny laen kot.
BalasPadamsaya teringat cerpen "Longnya Laku" karya Baharuddin Kahar yang saya mula membacanya pada tahun 1993, tapi masih lagi kekal dlm ingatan saya sehingga kini.
BalasPadamSaya nasihatkan ejen2 insurans terbabit dan semua pembaca blog ini untuk membaca cerpen tersebut, barulah kita akan mengerti harga sebuah kehidupan dan kematian...
Insurance bukan penyekat untuk kita (hambaNya) menemui ALLAH..Insurance hanya 1 usaha....
BalasPadam