Jumaat, Februari 24, 2012

BOLEH JAWAB ISU ARAK?

Kebelakangan ini, Jabatan Agama Islam Selangor, JAIS dilaporkan aktif menjalankan pelbagai operasi membanteras kemungkaran.

Pusat hiburan eksklusif diserbu, pelanggan beragama Islam didapati meminum arak ditahan dan dibawa ke masjid di Shah Alam.

Bagus.

Teruskan usaha itu.

"Molek benar jika JAIS sudah berani bertindak ke tahap itu. Sebelum ini, jarang kita mendengar penguat kuasa jabatan terbabit menyerbu pusat hiburan. Habis kuat pun menangkap orang berkhalwat dalam rumah dan di taman. Lebih elok, umat Islam bersubahat menjual arak, ditangkap sekali. Tetapi dalam pada itu, saya hairan. Majoriti pekerja kilang pengeluar arak terbesar di Petaling Jaya, contohnya, orang Islam. Tidakkah mereka juga boleh dianggap bersubahat dengan pengeluaran bahan haram di sisi Islam itu? Tengok pula 7-Eleven. Arak dijual tanpa masalah, sedangkan pekerja premis itu ramai orang Islam. Gadis bertudung ayu. Memang dia tidak minum arak tetapi kalau kita perhatikan, macam bersubahat menjual arak kepada pelanggan. Pelanggan ambil arak dari rak, kemudian serahkan kepada juruwang beragama Islam untuk transaksi pembelian. Macam mana ceritanya itu?," soal rakan.

Boleh jawab?

TOLONG HEBAHKAN, KITA TUNGGU, SIAPAKAH MAMPU MENJELASKAN ISU INI.

Membaca entri ini, beberapa kenalan dari Bangi, Selangor, menghubungi saya.

"Di Bangi, 7-Eleven memang tidak menjual alkohol. Kami komplen kepada Store Manager, lepas itu naik kepada Field Manager. Kalau tidak berpuas hati, komplen kepada Operation Manager. Akhirnya pihak pengurusan 7-Eleven membuat keputusan to pull out alcoholic drinks dari outlet di kawasan kami," jelas rakan.

Maksudnya untuk membanteras penjualan arak, kariah masjid dan penduduk harus bersatu hati, tampil menyatakan pendirian mereka.

Jika penduduk Bangi berjaya menyempurnakan misi mereka, mengapa tidak kita?

Saya juga difahamkan, 7-Eleven di Kelantan dan Terengganu, tidak memasarkan minuman beralkohol.


19 ulasan:

  1. Sudah jelas dalam Islam.Sapa2 shj yg terlibat dlm arak ni , mmg haram.

    Tak kira waima tukang pam minyak ke dalam van/lori arak sekalipun.

    Penerangan lanjut , blh dengar Ustaz Azhar Idrus punya ceramah.

    http://www.youtube.com/watch?v=V4jJFYDqqnI

    Wallahu'alam.

    BalasPadam
  2. Dulu lepas habes belajar, saya sempat kerja di 7 Eleven sekejap (1 bulan). Selalu kerja shift malam, biasanya stock up arak ni dibuat jam 7am pagi, saya tak tahan..Kita baru lepas solat subuh dan wuduk pun belum kering dah kena susun2 arak..

    I quit w/o notice.

    BalasPadam
  3. bkn macam bersubahat....mmg dh bersubahat pun...minum ke x minum ke, menjual n mengedar itu mmg dh haram hukumnya...itu sbb mufti x bg org islam kerja kat situ tp ada pulak yg marah....nk bela org kafir sbb x der org nk kerja...takut nti tutup...

    BalasPadam
  4. ALHAMDULILAH 7-11 Paroi Jaya, Matahari Height Seremban bebas minuman beralkohol...

    BalasPadam
  5. jangan kata 7-11 je, pasaraya yang ada seluruh Malaysia ni pun sama jugak..sampaikan kadang kadang tu kedai runcit milik melayu-islam pun ada jugak yang menjual arak..

    siapa kita nak tuding jari ?

    apa kata penjualan arak disediakan di satu premis yang hanya menjual arak, diuruskan oleh bukan orang islam bukan dijual secara terbuka bersama barangan lain.

    bukan nak menyokong arak pulak, tapi kalau difikirkan jalan terbaik, camtu la kot..

    BalasPadam
  6. Malaysia adalah negara Islam tetapi adakah anda sekalian tahu Malaysia adalah pengeluar ARAK terbesar di ASIA TENGARA dan macamana mau tutup ini cerita?

    BalasPadam
  7. macam mana pula dgn tuduhan pemimpin besar melayu yang terlibat dengan syarikat San Miguel.

    BalasPadam
  8. Smti- Di Kota Damansara, masih berleluasa bro, sebab YB lahanat taik kucing tak buat kerja. Dia cuma pandai demo jalanan hal Islam
    Dan Melayu dia tak tau.

    BalasPadam
  9. Kerana arak dijual di merata-rata tempat, nak carik kerja part-time pun susah. =( Nanti dikira bersubahat..

    BalasPadam
  10. Macam mana pula peramugari dan peramugara yg tuangkan arak dlm cawan..

    Mungkin inilah 1 Malaysia kot.Halal haram diketepikan..

    Starbuck pun ramai org Melayu yg baru kaya sedikit.Tak ruggetlah bisnes kat warung Mak Limah...Arak atas meja tak tahu siapa minum?

    Malam ni layan ceramah Ustaz Azhar Idrus di Masjid Bandar Tasik Puteri Rawang....

    BalasPadam
  11. dulu2 di kawasan perumahan tempat saya tinggal juga ada dijual arak di seven 7 secara terbuka, kariah masjid dan penduduk setempat komplen kerana di kawasan tu 100% melayu beragama islam, akhirnya pemilik tidak lagi jual selepas isu keluar dlm akhbar .....memangpun, bila kita bersatu, mereka akan tunduk juga

    BalasPadam
  12. Sapa suruh keja kat 7E..Aiman tak suruh. Kalau nak keja jugak cari tauke 7E kepunyaan org Islam..sbb dia mmg xblh apply lesen alkohol. Itu kilang carlsberg di shah alam tu tutup sajalah. Bunyi mmg kasar .. Tp isu mcm ni 100thn pun tak kemana kalau kita nak berbahas.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.