"Jomlah! Kita keluar sekejap minum di kedai mamak," pelawa rakan.
Wajahnya mula kelihatan resah biarpun bak tidak mendengar pelawaan itu.
"Tidak boleh. Kena balik rumah," balasnya dalam keadaan serba salah.
Ramai laki atau suami menampilkan reaksi sebegitu. Mereka takut bini atau isteri.
"Saya tidak takut bini, bini tidak takut dengan saya"
Lazimnya itu alasan lapok acapkali dikemukakan sebilangan lelaki tetapi hakikatnya mereka takut bini. Justeru timbul beberapa persoalan, adakah bini mereka terlalu garang bak harimau betina baru melahirkan anak? Jika suami keluar bersama rakan untuk berbual sebentar, sebaik pulang ke rumah, bini akan ganas menerkam dan membaham mereka sampai tinggal tulang? Adakah jika pulang sedikit lewat kerana bertemu rakan di kedai mamak, bini akan mengunci pintu lalu laki terpaksa tidur di luar muka pintu? Tidur di atas simen sejuk dan berkebarangkalian terlihat dek jiran tetangga.
Jika di dalam babak drama, semestinya jiran atau mereka menyaksikan kejadian terbabit akan melontarkan komen memedihkan untuk didengar ...
"Kes takut binilah itu"
Jadi mengapakah ramai laki takut bini?
Bini, usah keterlaluan atau terlalu beremosi. Laki seharusnya diberikan peluang untuk bertemu rakan dan sahabat. Laki itu manusia dan sekaligus harus sesekali diberikan peluang untuk bersama teman lelaki mereka, bukan lelaki gay. Jika laki keluar berfoya-foya, merangkul pinggang gadis pelayan pelanggan, GRO, ramping bak kerengga, itu kes berbeza. Andai laki keluar dari rumah memenuhkan tembolok dengan arak, itu juga kes harus diambil kira. Dalam 2 kes itu, bini harus menegur perbuatan laki mereka. Itupun setelah mendapat bukti sah, bukan sekadar mendengar buah mulut orang lain.
Oh! Ada baiknya saya kongsikan kisah menarik buat pengetahuan semua.
Kini beberapa kelab golf di Malaysia dibenar menggajikan KD warga asing. Bukan dari Nigeria atau berasal dari Afrika tetapi gadis tinggi lampai, rupawan dan manja.
"Saya pergi main golf," kata laki.
Dalam suasana terkini, bini harus spontan bertanya.
"Siapa KD?", bukan soalan "Awak main golf dengan siapa? Datuk mana? Tan Sri mana? Datuk Seri mana?"
Dilaporkan sebilangan KD berasal dari Filipina dan Indonesia, kini tidak lagi tinggal di asrama bersama rakan sekerjaya dan senegara tetapi mereka menetap di apartment atau kondominium mewah biarpun gaji diraih tidak seberapa. Itulah untungnya jika bijak menggoda sebilangan pemain golf berpangkat dan hidup mewah.
Gurauan dan kemesraan di antara KD dan pemain gold di padang, khabarnya mampu diheret ke kamar tidur.
Dahulu, orang tua berpesan, jika ingin tahu berhubung pergerakan bos, tanya pemandu mereka. Kini, jika ingin tahu pergerakan laki pemain golf, risik maklumat melalui kakitangan kelab golf. Hulurkan sedikit imbuhan, untung nasib, rahsia bakal didedahkan.
Dalam kes seperti itu, ada baik bini tidak terlalu kerap membenarkan laki menghabiskan masa 'bermain golf' terlalu lama. Bukan apa, bini harus berasa bimbang jika lubang golf bertambah bilangan, dari 8 ke 9 atau dari 18 ke 19 lubang.
Gambar dimuatnaik dari sini.
Saya tidak gemar menulis maklumat berdasarkan tanggapan maka informasi ini harus dinilai secara serius, itupun kalau laki pemain golf.
Apapun, laki menduakan bini dengan KD montok dan seksi, memang takut bini. Gentar andai rahsia 'kenakalan' mereka terbongkar lalu takut dihentak dek bini menggunakan club (kayu golf bahagian pemukul paling besar) sebaik pulang ke rumah.
Memang menyesal tidak sudah.
Dalam erti kata lain, kalau rekod laki itu jujur, usah takutkan mereka.
Itu pesanan saya kepada semua bini.
SMTI,
BalasPadamNasib baiklah suami bukan kaki golf ... dan bukan kaki lepak di kedai2 mamak...
SMTI...
BalasPadammuka lawa juga, tapi perut gelebeh!
SMTI
BalasPadammujurrrrrr....
laki mas pun bukan kaki golf ... dan bukan kaki lepak di kedai2 mamak...he3
mmg rami yg takut bini ni..especially yang de pangkat sebab most of yg takut bini ni jadi kaya dan berharta tumpang keturunan bini..hehehe..ada sorang dato umur da 80 tahun, gatai ya rabbi..berzina sana sini, sy tanya duit banyak rumah 6 juta tak kan lagi satu bini x mampu nikah..dato jawab..datin GARANG.., smaggup berzina sbb takut BINI..adoiiiii
BalasPadamBising membebel jee
BalasPadamambo ada kawan yg takut sgt dgn bini. lelaki macam ni pendapatannya tak banyak mana. bahkan lebih rendah dari bini. nak keluar kerjapun mintak duit belanja dgn bini!! apa saja urusan berkaitan duit, anak2 & kerjaya, bini yg kena buat keputusan sbb laki jenis ni tak sanggup nak susahkan diri cari duit lebih. kalau ada duit pun, hanya cukup2 utk dia sorang. bini keluar ke manapun dia tak berani nak tanya, takut sorruu miss! hebat kan?
BalasPadam1. Nak mengekalkan rumahtangga kerana anak dah ramai.
BalasPadam2. Nak mengelak bini dari membebel. (Bini membebel adalah perkara paling semak dalam hidup lelaki).
3. Mungkin ini mukjizat kaum wanita utk mengelakan suami buat perkara sia-sia di luar (Melakukan sesuatu yg sia-sia adalah satu dosa).
Tapi wanita yg tak boleh beranak takut kepada suami!
Ishhh al-kisahnyaaa...nasib le bt masa ni hanya badminton aje hobi hubby kita..huhuhu
BalasPadam#dlm berjaga2... :)
Salam Tuan Mazidul, memang ramai suami takut bini, tapi saya ini takut laki haha
BalasPadamhu hu dah lama tak main golf... insentif baru utk kembali pegang kayu golf...
BalasPadamSalam abg Mazidul,
BalasPadamkalu mcm ni punya KD...
sy pun nak berjinak2..
di padang golf la..
awal mula..
nak daftar di pusat latihan golf..
slain tu nak tumpang tanya..
ada x...
sapa2 kat sini nak jual set golf..
kira 2nd hand udah lerr...
kihkihkih...
pandangan say kalau suami dh mmg gatal tak perlu main golf pun ...mereka akan cari jln utk menggatal... dan ttg isu suami takut bini tu... bukan kpd takut bini tp sayang kan isteri tu... nk mengelak dg isteri berkecil hati dan bersedih...
BalasPadamSMTI
BalasPadamwow...lepas ni ramai bapak2 yg tak kaya pun berlagak kaya nak join main golf..ermmm putih gebus! ;P
BalasPadamsetuju dgn anti bohmau - sekarang ramai wanita berpendapatan tinggi berkahwin dengan lelaki rendah pendidikan/usia muda/kerjaya tak seberapa. tak setuju dgn the sniper - wanita tak boleh beranak takut kepada suami. yang penting, suami-isteri kena menghormati satu sama lain, bertolak-ansur dalam banyak hal. so, tidak timbul isu siapa takut kepada siapa.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamcuba bayangkan kalau isteri pulak yang cakap dengan suami : 'daddy sayang,mummy balik lewat sikit ye malam ni. ada hal nak lepak2 kedai mamak ngan member2 ofis. Bole ke?'
BalasPadamagak2 suami marah tak? suami bebel tak? mau suami akan cakp: ' mummy tak reti duduk rumah ke? anak sapa nak tengok'
Nak pulak anak masih kecik & menyusu badan... bini x bole & x da masa bersama kawan kepas kerja. sibuk nak kejar anak balik sekolah & masak. Tapi laki bole balik lewat???? ngeh3... saya tergolong dalam isteri yang akan bagi bebelan sepanjang hayat kalau laki balik lewat tiap2 hari semata nak lepak mamak dengan kawan. kalau bab kerja tak pa :)
cuba bayangkan kalau isteri pulak yang cakap dengan suami : 'daddy sayang,mummy balik lewat sikit ye malam ni. ada hal nak lepak2 kedai mamak ngan member2 ofis. Bole ke?'
BalasPadamagak2 suami marah tak? suami bebel tak? mau suami akan cakp: ' mummy tak reti duduk rumah ke? anak sapa nak tengok'
Nak pulak anak masih kecik & menyusu badan... bini x bole & x da masa bersama kawan kepas kerja. sibuk nak kejar anak balik sekolah & masak. Tapi laki bole balik lewat???? ngeh3... saya tergolong dalam isteri yang akan bagi bebelan sepanjang hayat kalau laki balik lewat tiap2 hari semata nak lepak mamak dengan kawan. kalau bab kerja tak pa :)
mak aih....kalau kedi mcm ni, mahu tak balik ghumah gamaknya iye dak. yg tak pandai main golf akan pakar tak lama lagi huhuhhu
BalasPadamsmti...
BalasPadamentry kali ni ramainya kaum hawa masuk...kenapa ya... hehehe
bukan takut bini... tapi sayang bini... nanti kalau bini merajuk lagi suami susah hati tau... ;p
BalasPadamsebelum nk lepak kedai mamak ke kedai kopi ke, cuba pikir.... "bini aku sempat ke rileks2 kat rumah dgn nk uruskan anak2 dan memasak? nak siapkan baju anak2 nk g sekolah lg esok pagi, iron baju kerja lagi. Awal ke bini aku tido tiap2 malam, lewat ke pagi2 dia bangun semata2 nak uruskan hal2 rumah, letih nya dia.. camne la dia tak membebel, aku pulak tak selalu tolong, sembang dengan dia pun jarang..."
BalasPadamKAKCIK..
BalasPadamsaya baru nak komen yg sama.
aduhai..sedih tengok gambar tu..tak sempat tarik napas kot.ehhe
jiejie... saya suka pandangan awak tu.. kita sama.. bebel demi kerukunan rumahtangga kan...
BalasPadamNavi...saya nk jual set golf WILSON segera,,,awak berminat???
BalasPadamSiapa cepattt dia dapattttttt!!!!!
BalasPadamEncik Mazidul,
BalasPadamSaya baru terjumpa blog ini.
Boleh buat satu kupasan isu mengenai boss yang sangat takutkan bini, sehinggalah biarkan bini masuk campur dan buat keputusan hal ofis sesuka hati. Ada pulak tu kuncu bini yang sentiasa report pasal hal ofis kat bini. Boss ikut sahaja segala arahan bini. Nampak jelas sangat ketakutan pada bini sebab bini boleh je maki dia depan semua orang. Hancur! Takkan percaya ini berlaku dalam gomen, bukannya syarikat sendiri!
KD aka sundal....
BalasPadam