Selasa, Februari 28, 2012

100 BOLA SEPAK PERTAMA DITERIMA (PROJEK FREE BALLS)

Ada bola sepak mahal, ada bola sepak tidak berapa mahal.

Tanpa mengira harga, bola sepak dilihat mampu menceriakan kehidupan ramai kanak-kanak tanpa mengira bangsa dan agama.

Baca pandangan saya berhubung Projek Free Balls di sini.

Pagi tadi sewaktu bersarapan pagi bersama kru 666 (klik di sini), Razali Harun, saya menerima berita gembira.

"Sahabat kita dari Melaka menyumbangkan RM1,000," katanya.

"Berapakah harga sebiji bola?," soal saya.


"Sepuluh ringgit pun ada bro," balas Razali.

"Berapa banyak bola kita perlukan?," tanya saya lagi.

"Sebanyak mungkin. Saya tidak sanggup melihat, jika waktu kita agihkan nanti, kanak-kanak terakhir terpinga-pinga bila kita cakap, bola sudah habis," jawabnya.

Semua kru 666 bersedia menjayakan projek istimewa ini. Sila like page Penyingkap Fakta 666 untuk mengetahui perkembangan projek ini.

Kepada pembaca ingin menyumbang, sila hubungi Razali di talian 016 231 5812.

TOLONG HEBAHKAN

4 ulasan:

  1. Bola yang bulat
    mengajar erti persepakatan,
    mendatangkan kegembiraan juga pertelingkahan.
    Bola itu simbol semangat, simbol kejayaan, simbol sebuah kehidupan.
    Ambil yg positif, hindari segala yg negatif.
    Mari bersama anugerahkan bola keriangan itu kpd yg tahu menghargainya.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.