Selasa, Februari 14, 2012

MENGAPA ANWAR IBRAHIM MASIH TIDAK MEMENUHI PERMINTAAN NIK AZIZ?

Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor mengeluarkan kenyataan beliau menyokong Israel di The Wall Street Journal. 


Beliau Ketua Umum Pakatan Rakyat dan PAS antara parti politik bernaung di bawah pakatan itu.

Hari ini, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, mewakili PAS MENGGESA Anwar Ibrahim menarik balik kenyataan itu.

Berita turut dimuatkan di Harakah Daily.

Ramai teruja berikutan tindakan berani beliau. 

Bukan sahaja saya tetapi ramai lagi barangkali sedang menunggu Datuk Seri Anwar melaksanakan permintaan ulama itu dan ramai lagi rakyat Malaysia demi menjamin maruah Islam di seluruh dunia.

11 ulasan:

  1. Saya sokong kenyataan Mursyidul Am dalam isu ini jika Anwar menyatakan sedemikian...kritikan membina subur dalam Pakatan...

    Berbeza di dalam bN...masih ingat lagi apabila Soi Lek mengaku dialah lelaki di dalam klip video lucah,pimpinan bN diam seribu bahasa malahan umNO bahagian di Johor membuat sokongan padu kepada Soi Lek...

    BalasPadam
  2. takkan dia terslh nk ckp sokong palestin tp terckp israel lak... huhui...

    BalasPadam
  3. Tak kiralah kita di dalam parti mana, ianya hanya ideologi. Agama tetap agama, jangan dipolitikkan. Mana2 parti pun pasti ada silapnya, cuma keterbukaan untuk mengakui kesilapan dan memperbaikinya harus ada dalam setiap individu mahupun parti.

    Mana2 yang tersasar kembalilah ke pangkal jalan atas nama agama, bangsa dan tanahair. Mana2 yang berada di jalan betul, teruslah beristiqamah dan jangan sesekali bongkak dengan apa yang ada. Oh ya, satu lagi... kalau kawan atau lawan kita buat silap, tegurlah dengan cara yang membina bukan dengan cara menghina.

    Hayatilah perjuangan Rasulullah S.A.W. kerana kita kini nampaknya sudah banyak benar menyimpang sungguhpun kita katakan kita cinta padanya sepenuh hati....

    BalasPadam
  4. masih tk setel lagi hal ni -_-' apa pendapat abg mazidul

    BalasPadam
  5. Anwar kekal pendirian, hormati Pas

    SHAH ALAM -
    "Saya hargai pandangan dan semangat sahabat-sahabat dari Pas, Majlis Syura Pas dan seluruh gerakan dakwah dan pertubuhan Islam yang berterusan membela nasib rakyat Palestin.

    "Ketetapan Pas yang menentang keras pencerobohan dan kezaliman Israel terhadap rakyat Palestin turut dikongsi oleh seluruh rakyat Malaysia," kata Anwar dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini.

    Pagi tadi, Anwar berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Nik Abdul Aziz untuk menjelaskan pendiriannya.

    Dalam kenyataannya hari ini, Anwar berkata, ia berbeza dengan adu domba Umno yang bermuka-muka dan mengambil kesempatan di atas sentimen kuat pro-Palestin di negara ini bagi matlamat politik sempit mereka.

    "Tatkala media Umno menyerang saya sebagai ejen Israel, Menteri Luar dari Umno secara terbuka mengesahkan kewujudan Israel berdasarkan penyelesaian dua negara di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

    "Manakala saya dituding mengkhianati aspirasi rakyat Palestin, Menteri Pertahanan dari Umno jugalah yang duduk berbincang dengan Menteri Pertahanan Israel pada tahun 2009, walaupun perkara ini cuba dipadamkan," katanya.

    Namun tambah beliau, rakyat tidak lupa bahawa pentadbiran Perdana Menteri bergegas melantik firma APCO yang turut diterajui Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Perlindungan dan Keselamatan, Agensi Keselamatan Israel dengan berpangkat Mejar Jeneral.

    "Malah, mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang terus menerus memfitnah saya pernah bertemu Perdana Menteri Israel dan menteri luarnya, Shimon Peres di Paris pada tahun 1994.

    "Pada masa yang sama sesuatu yang tidak dapat dinafikan pimpinan Umno bahawa Malaysia merupakan rakan dagang Israel ke-15 terbesar," katanya.

    Jumlah dagangan antara Malaysia dan Israel mencecah 667.6 juta Euro.

    Ahli Parlimen Permatang Pauh ini menambah, sikap bermuka Umno dalam isu Palestin bukanlah perkara baru dan oleh itu beliau jelas menyeru rakyat Malaysia supaya menumpukan tenaga membantu meringankan penderitaan rakyat Palestin.

    Menurut Anwar lagi, derita ditanggung setiap hari tatkala rakyat Palestin menyabung nyawa menyelamatkan diri dari serangan dan pendudukan tentera Israel.

    "Ini kenyataan kehidupan seharian seorang rakyat Palestin yang harus kita insafi," katanya lagi.

    Anwar berkata, sepertimana pertemuannya baru-baru ini di Doha dengan ketua Hamas Khalid Mashaal, sebelum termeterainya persetujuan bersama tersebut, beliau ulangi dokongan buat perjuangan rakyat Palestin, Hamas dan Fatah.

    Kata Anwar, pengiktirafan negara Israel tertakluk selagi mana rejim itu menghormati kedaulatan wilayah dan keselamatan rakyat Palestin.

    "Justeru adalah mustahak untuk kita sedari suara rakyat Palestin mutakhir ini adalah melalui Hamas dan Fatah sebagaimana yang tertera dalam persetujuan bersama Hamas dan Fatah di Doha hari ini.

    "Persetujuan tersebut antaranya mengungkapkan dokongan terhadap aspirasi rakyat Palestin, pengunduran tentera Israel dari tanah Arab, menghentikan keganasan dan memperakui kewujudan Palestin," katanya.

    Anwar juga menambah, seandainya perkara itu dihormati, maka kewujudan Israel akan diiktiraf.

    "Inilah juga semangat yang terkandung dalam kenyataan saya, pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin," katanya lagi. - Sinar Harian

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.