Rabu, Februari 15, 2012

KEMPEN FREE BALLS (SILA SEBARKAN)

"Pak Cik, boleh kami pinjam bola?," tanya sekumpulan anak kecil setelah mengetuk pintu rumah.

Saya anggarkan usia mereka di antara 9 dan 12 tahun. Secara kebetulan, ketika itu anak bongsu saya tiada di rumah.

"Ambillah," balas saya.

"Terima kasih pak cik," ujar mereka serentak.


Sebelum mereka melangkah pergi, spontan saya berpeluang terlihat keceriaan terpancar di setiap wajah kanak-kanak terbabit, hanya kerana berpeluang bermain bola sepak di padang pada petang itu.

Sekaligus saya terfikir, bukan semua ibu bapa berkemampuan untuk membelikan bola sepak berharga RM30 itu untuk anak mereka.

Bola dikongsi bersama dan ditendang 22 orang pemain di padang sama.

Lumrah, sewaktu berlaku perebutan bola di padang, barangkali sebilangan mereka bergaduh buat seketika tetapi kemudian berdamai kembali sebagai kawan. 

Itu semangat bola sepak.

Maksudnya, permainan bola sepak masih releven dilihat sebagai satu daripada kaedah terbaik untuk menyatukan ramai kanak-kanak sekaligus mencetuskan kegembiraan di hati kecil mereka.

Kita semua barangkali berpengalaman melihat bayi sedang merangkak sambil tertawa mengejar bola bergolek di atas lantai. Sebaik bola berhenti, dia akan cuba sedaya upaya menolak untuk menggerakkan bola terbabit berulang kali. Sejurus berasa penat, bayi itu mungkin akan tertidur dengan bola di dalam dakapannya.


Lihat betapa gembiranya bayi di atas hanya kerana sebiji bola di tangannya.


Bukan sahaja manusia, kucing juga dilihat gemar bermain bola biarpun haiwan itu tidak berupaya menggegarkan gawang gol di padang. Bak bayi, kucing juga suka mengejar dan menguis bola menggunakan dua kaki hadapan. Melihat gelagat kucing bermain bola, manusia lazimnya tersenyum gembira.

Hakikatnya, bola sumber kegembiraan kepada majoriti kanak-kanak di seluruh dunia.


Bermain bola, mudah.

Asalkan terdapat kawasan tanah lapang, biarpun tanpa memakai jersi berwarna-warni dan kasut but, kanak-kanak di dalam gambar di atas ternyata tampil gembira.  Bagi mereka, bergelumang lumpur, soal kedua.

Jika kita teliti, walaupun berbeza lokasi dan negara, bola berupaya menyatukan kanak-kanak di seluruh dunia sedangkan ramai orang dewasa berperang sesama sendiri hanya kerana berlainan ideologi.


Setelah berbincang bersama kru 666, kami berhajat untuk melancarkan Kempen 'Free Balls'. Maksudnya, kru Penyingkap Fakta akan berfungsi sebagai koordinator, menerima bola sepak sumbangan pembaca budiman, masyarakat bermurah hati atau syarikat korporat demi menceriakan kehidupan ramai kanak-kanak di Malaysia.

Bola dihimpunkan kemudian bakal diagih kepada kanak-kanak pelbagai bangsa di lokasi terpilih terutama di luar bandar termasuk anak orang asli.


Kami tidak mengharapkan sumbangan The Golden Ball seperti dicium oleh Cristiano Ronaldo tetapi sekadar bola mampu disepak dan menjadikan hari ramai kanak-kanak lebih bermakna berbanding sebelumnya.

Apakah pandangan pembaca berhubung ide ini? Sudikah bersama kami untuk menjayakan Kempen Free Balls?

Jika ingin menyumbang bola sepak atau wang tunai, sila hubungi 016 37 808 72 atau hantarkan emel ke razarro@yahoo.com. Sebarang cadangan atau komen membina, mohon dicatatkan di ruang komen entri ini.

Terima kasih.

JIKA PEMBACA TERBUKA HATI UNTUK MENYOKONG KEMPEN UNIK INI, SILA SEBARKAN ENTRI INI DI FACEBOOK, KLIK BUTANG 'SHARE' DI BAWAH DAN BERSAMA KITA LEBIH MENCERIAKAN HATI ANAK KECIL PENYAMBUNG GENERASI DI MASA HADAPAN

19 ulasan:

  1. SMTI
    Saya suka ide ini! Ia mungkin kelihatan 'kecil', tapi sangat 'signifikan' kepada anak2 itu.

    BalasPadam
  2. Salam..

    Sy sokong idea Tuan..sebiji bola dpt menyatukan ramai pihak wpun berbeza agama,darjat serta warna kulit serta umur..

    BalasPadam
  3. Saya pernah merasai zaman kanak2 berebutkan sebiji bola.Duit dikumpul untuk membeli sebijik bola,bila cuti sekolah kami berpakat membuat liga bolasepak untuk melawan pasukan sesama rakan2..1 pasukan 5 pemain..walaupun hadiah cumalah hamper dan makanan ringan,kami berasa puas kerana sukan bolasepak menyatukan kami sehingga sekarang.

    BalasPadam
  4. Button share kat Google+ boleh adakan tak. Thanks. :)

    BalasPadam
  5. salam abg mazidul.saya mintak izin share artikel pasal kempen 'free balls' nih boleh tak?manatau kalau ada kawan² saya di laman muka buku tu nanti sudi menderma utk kempen ni nanti

    BalasPadam
  6. saya sangat setuju dengan idea abg mazidul...saya nak follow program ni..walaupun saya tak reti main bola tapi sy suka tengok bola :)

    BalasPadam
  7. Salam.

    Saya sokong 100 %.

    Tambah lagi bagus,masa nak serah bola kpd yg terpilih tu,pesan sekali :

    "Main bola nanti jgn rebut2.Lagi cantik kalau tutup aurat.Lagi cantik sblm main bola,solat jemaah ramai-ramai."

    Saya doakan tuan dan pasukan tuan nanti dapat kekuatan untuk berdakwah sama dengan bantuan dari Allah SWT.

    Rizal,
    Seremban.

    BalasPadam
  8. Bro Mazidul, projek yang sangat1000x baik dan sempoi.. 100% FB shared!! Sayu saya membaca pos ni, bila rasa terkait mengenangkan zaman kecik2 dulu nak main bola, bola pancit pun main jugak tapi sebab semangat nak main bola mengatasi segala2 nya.. biarpun main atas simen.

    R'ain: saya akan bekerjasama dgn bro mazidul utk merealisasikan google+ share button. :)

    BalasPadam
  9. Saya sokong tempelan ini.

    Saya setuju dgn ulasan WAK.

    BalasPadam
  10. Saya akan sebarkan di halaman blog saya bang Mazidul.. :)

    BalasPadam
  11. http://linmdnoor.blogspot.com/2012/02/bersama-mazidul-projek-fb-projek-free.html

    *Moga impian anak2 menjadi kebanggaan kita..

    BalasPadam
  12. Anak bujang Yus (8thn) mmg kaki bola, n suami juga mmg layan minat dia, so bola2 yg dia nak kami beli. Mungkin kerana bola anak Yus ini kualitinya sedikit bagus, maka ramailah anak2 jiran yang akan datang ajak anak bujang main bersama mereka di padang. Setiap petang akan ada yg bertamu menanti anak bujang Yus balik drp KAFA utk bermain. Bila anak demam, mereka akan sedih krn tak dpt main, tp bila dihulurkan shj bola tu, wajah2 cemberut anak2 ini akan menjadi ceria.. perghhh..hebat penangan bola ni. Bagus bro Mazidul, hebat idea ni..

    BalasPadam
  13. Sokong dan saya dah sharekan ke fb saya MelakaInternational BikeFestival

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.