"Kerusi dua lapis," katanya kepada pekerja restoran Bestari Maju, di Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Melihatkan wajah dan gaya dia bercerita barangkali tiada siapa mampu menjangka, usianya kini mencecah 57 tahun.
Kak Jee, bekas wartawan, penulis skrip dan pelakon drama televisyen.
"Suami Kak Jee ini, Abang Pali muda dari Kak Jee, 13 tahun, Mazidul 12 tahun," ujarnya.
Turut serta bersarapan pagi bersama kami anak gadis Kak Jee, Nadia.
Kami bukan makan nasi lemak berlaukkan paha ayam dimasak rendang tetapi sekadar makan roti canai kosong sahaja.
Saya juga teringin benar mempelawa sebilangan pembaca blog ini untuk bersarapan pagi bersama tetapi adakah masa mereka? Sudikah?
Dalam kesibukan berpindah ke rumah baru, sama sekali tidak saya menduga Kak Jee sekeluarga sudi makan bersama.
"Dulu Kak Jee berkerusi roda selama kira-kira 2 tahun. Selepas itu diperkenalkan dengan produk 4life Transfer Faktor, sekarang ini Alhandulillah Kak Jee sudah mampu berjalan seperti biasa," ujarnya.
Suami Kak Jee kelihatan lebih pendiam berbanding dia. Nadia pula barangkali boleh diletakkan di tengah tengah, di antara pendiam dan petah berkata-kata.
Sewaktu kami rancak berbual, Pali berjaya menghabiskan 2 keping roti canai kosong serta 2 gelas teh ais.
Mari kita lihat ulang tayang aksi suami Kak Jee secara close up.
Nadia, pelajar jurusan Perbankan Islam pula lebih tertumpu mendengar celoteh ibu kesayangannya.
"Gambar hand phone Kak Jee, cantik," katanya.
Tenyata insan seni terbabit mampu melakukan tiga kerja dalam satu masa, multi tasking. Merakamkan gambar, makan dan berkongsi pelbagai cerita.
"Nanti bila free, datang ke rumah Kak Jee, kita bakar ikan, makan sama-sama," pelawanya.
"Lebih molek kalau sebelum itu, kita pergi dahulu ke Kuala Selangor, beli ikan segar dan bakar," cadang saya kepadanya.
"Kak Jee sekarang ini menjual acuan kuih jala. Ada antara pelanggan berkata betapa senangnya membuat kuih jala," terangnya.
"Kalau setakat acuan sahaja, kuih jalanya tidak dimasak, tidak berguna," gurau saya.
Kami ketawa bersama.
Saya perhatikan sejak dari kecil, sebilangan wanita contohnya gemar membeli pelbagai jenis pinggan mangkuk dan peralatan dapur lain tetapi kemudian hanya disimpan sebagai koleksi di dalam almari. Sewaktu makana bersama keluarga, masih menggunakan pinggan dan cawan lama.
Itu antara perkara bermain di minda saya pada ketika itu.
Saya kemudian bercerita megenai kegiatan tinjauan paranormal bersama kru 666.
"Emak memang penakut," celah Nadia.
"Kak Jee, kalau menonton TV, tiba-tiba keluar promo drama kisah hantu, mesti spontan Kak Jee akan menutup mata dan bertanya, sudah habis ke? Sudah habis ke?," kata ibu kepada 2 anak itu.
Lalu dia dihadiahkan sebotol minyak Kasturi Syifa', minyak telah diaurakan dengan bacaan Al-Quran.
"Lepas ini, balik semburkan minyak Kasturi Syifa' di dalam rumah banglo baru itu, InsyaAllah tiada gangguan," ujar saya kepada mereka sekeluarga.
Kekadang sebilangan manusia tanpa disedari hanya dihantui perasaan mereka sendiri.
Sesi makan pagi bersama kemudian bertukar menjadi kegiatan butter trade. Kak Jee menghadiahkan saya sekotak teh 4life Transfer Factor.
"Mazidul minum tahu, InsyaAllah boleh mengawal kandungan gula dalam darah. Ada juga pelanggan Kak Jee membeli barangan 4life Transfer Faktor mampu membantu pesakit kanser. Cara Kak Jee mudah, cuba dahulu, kapsul buatan Amerika Syarikat dijual dengan harga berpatutan, kalau berkesan dengan keizinan Allah, Alhamdulillah," ujarnya bak seorang kakak menasihati adik.
"Ini susu kambing, sedap. Ada collagen, baik untuk kulit," balas saya.
Kak Jee dan Nadia meminum susu kambing terbabit.
Wanita peramah itu kemudian bercerita mengenai tilam dan sofa baru dibeli di kilang Ah Chai.
"Memang murah, tilam dia, bila Kak Jee baring memang tidak turun (mendap), best," jelasnya.
Tanpa disedari jam tangan menunjukkan hampir jam 12 tengahari.
Hampir 3 jam kami berbual, ketawa dan bergembira sambil berkongsi pelbagai maklumat. Terima kasih Kak Jee dan keluarga kerana sudi meluangkan masa.
Baca coretan Kak Jee di sini.
Baca coretan Kak Jee di sini.
Lain kali kita bersarapan pagi, makan tengahari dan malam bersama.
It's on me.
SMTI
BalasPadamAsslamualaikum. Sy ingat pelakon ni...waktu sy masih kecik. Sy suka menonton drama2 melayu...kak jee selalu dapat watak ala2 perempuan kepoh...hahaha. Tapi lakonan kak jee best!
BalasPadamSaya masih ingat Kak JEE ni. Dulu pada tahun 1990-an (or 80-an?) beliau antara wartawan hiburan yang popular. Pernah juga berlakun 1,2 filem dan drama.
BalasPadamKakak kepada FAUZI penyanyi/pelakun/pramugara tu kan?
Syukur Kak JEE kelihatan bertambah ceria dan sihat.
ingatkan kak jee dgn uncle pali tu sebaya je..Alhamdulillah dia dah sihat skrang.hopefully tuan pun sihat selalu dan dpt berkhidmat utk msyarakat:)
BalasPadamInsha Allah.
seronok jugak catch up dgn kenalan pada waktu hujung minggu mcm ni. boleh bertukar2 barang lagi. :D
BalasPadamBila agaknya kita dapat 'berjumpa-jumpa' lagi, ya? Kakcik tahu, Sdr sibuk sangat sekarang. :)
BalasPadamSalam. Habis satu dunia tahu umur Kjee. hehehe. Selama ni Kjee menyamar kata baru 25 tahun. kahkahkah. amboi ada tanya Kjee ni kakak Ahmad Fauzee ke? Bukan kakak tapi adik.
BalasPadamAnyway Mazidul, jom kita sepetang di Red Box.
wah bestnyerr,kalau de sepetang or sepagi or semalam bersama k jee n mazidul , nk join..hehe
BalasPadamSMTI
BalasPadamLama jugak tak dengar cerita pasal JEE...dulu2 kalau drama yang Jee berlakon...kami mmg tak bergerak depan tv...minat sgt...gembira mendengar kabar yang Jee sihat semula..semoga beliau kembali menulis..
Kak Jee pelakon sitcom lemak-lemak satan berlada ke ni? Sitcom ni agak popular pada zaman 80/90 an.
BalasPadamikan bakar????? nak ikuttttt....
BalasPadambaru tau kak Gee ni adik pelakon ahmad fauzi tu.. huhu..
BalasPadam*sdr mazidul kita ajak sarapan pagi tu..ajak-ajak ayam ke atau ajak betul-betul ni?kang ader gk yg turun dr Penang ni kang..:))"