Isnin, Februari 06, 2012

MAKAN DAGING BUAYA

Barangkali sebilangan pembaca blog ini tahu, saya berada di Guangzhou, China di antara 3 dan 5 Februari lalu.


Lain padang, lain belalang. 

Masyarakat tempatan menganggap memakan juadah eksotik, daging buaya, belalai gajah, kumbang air, cacing dan ular Sawa, satu keistimewaan.


Tidak disangka, biarpun telah dikerat, sebaik diusik daging buaya masih bergerak.


Di Shiang Xia Jiu Guang Shang, saya memerhatikan senario biasa dilihat di negara kita.


Bezanya di Malaysia, mereka membawa beg selimpang dan memakai seluar berwarna hitam. Pengemis warga China juga merayau menagih simpati masyarakat.

Saya bertemu Ou Wen, 34 tahun, di restoran China Islam lalu menunjukkan silap mata kepadanya. Wang 100 Rimimbi (RM50) ditukar kepada RM10.


Tidak disangka, silap mata itu menarik minat ramai di jalanan.


Ketika hendak menjamu selera, saya bertanyakan soalan cepu emas kepada Ou Wen, rakan saya, Otto Lee, 44 tahun, menjadi juru bahasa.

"Ou wen kata, ramai orang Afrika di sini," ujar Otto Lee.


"Dia orang buat apa di sini?," soal saya.

"Rompak dan menipu orang tempatan," balas Otto Lee.


Saya kemudian terserempak pengemis wanita mengesut di jalanraya bersama bayinya.


Anak kecil berikut datang menghampiri saya dan ingin melihat gambarnya saya rakamkan.


Sebilangan penduduk Guangzhou juga tidak mempunyai tempat berteduh, berikut buktinya.


Gambar di atas dirakamkan ketika suhu di sekitar 10 darjah Celcius.


Di lorong di bawah, saya dihampiri beberapa remaja berusia belasan tahun ...


 ... dan menghulurkan kepada saya pelbagai jenis kad.

12 ulasan:

  1. Saya terfikir, di Malaysia seringkali pendatang2 warga China ditangkap terlibat dalam pelacuran, bagaimana pula senario sebenar di China ? Adakah aktviti tidak bermoral tersebut juga terdapat di sana ? melihat kad-kad yang diberikan pada bro tu menunjukkan macam ada...

    BalasPadam
  2. pelacuran adalah bisnes tertua di dunia.. dan bisnes ini wujud di seluruh dunia.. kalau di negara islam pun ada pelacuran, inikan pula negara yang bukan islam..

    BalasPadam
  3. restoran muslim di guangzhou ada arak tak? sewaktu saya melawat beijing dahulu, setiap kali saya berkunjung ke restoran halal/muslim, memang dia ada menjual arak.. saya bertanya tour guide muslim.. dia kata di beijing ramai orang (especially yg kerja petani) walaupun muslim akan minum arak sewaktu musim sejuk.. diorg perlu panaskan badan kalau nak buat kerja.. kalau tak, diorg tak boleh kerja kerana takde tenaga. ini boleh mengakibatkan diorg tak dapat duit dan takde makanan untuk dihidangkan kepada keluarga.. adakah senario sama ada di guangzhou?

    BalasPadam
  4. rs mcm ada gak. coz dulu masa pi training kt china di area beijing & shanghai biler pi kuar jln2 siang or mlm ada jer org china dok promote. di hotel pun bhy gak kdg2 diorg ni main terjah masuk ja. nk halau keluar punya ssh smpi kena minta tlg pggl org hotel.

    BalasPadam
  5. tertarik dengan kehadiran warga negro/Afrika tue je.. kt Msia pon byk buat onar..rupa2 kt luar negara pon sme.. {mgkin segelintir}..

    then kesian pulak dkt pengemis n anak tue. huhu

    syukur kat msia mash mampu ad ruang utk berteduh..Alhmdulillah..

    BalasPadam
  6. Ingatkan orang Afrika nie, kat Malaysia je buat hal... rupanya kat tempat lain depa buat kerja tuu jugak yea...

    BalasPadam
  7. wah bersihnyer di sana.kat pasar pom bersih, kat bwh jambatan pom bersih..seolah olah negara mereka semua tempat sangat bersih..tak macam negara kita.luar kfc pom dah kotor..

    bacaaan lain .
    gadis kita vs nenek kita dulu
    http://no92a.blogspot.com/2012/01/gadis-sekarang-vs-nenek-kita-dulu.html

    BalasPadam
  8. Remaja jadi Bapa Ayam?

    Getirnya kehidupan... Bertuah remaja kita, punyai Ibu & Bapa yg masih menyara makan, pakai & pelajaran.

    Bersyukurlah anak-anakku semua.

    BalasPadam
  9. saya pernah ke Guangzhou.. memang ramai mat hitam tunjuk lagak di sana.. pengemis pun ramai... malah ada yang tidur dan basuh/jemur baju (serta spender) di atas jejantas dengan selamba ;D

    http://littlemamadiary.com/guangzhou-travel-menyidai-seluar-dalam-di-atas-jejantas/

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.