Sabtu, Februari 25, 2012

COME! FOLLOW ME! I EAT YOU PAY

Petang semalam, saya bersama kru 666, Razali, Adam dan Farid minum petang di Sunway Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Tiba-tiba, pada kira-kira jam 7.30 malam, ketika kami ingin bergerak pulang, terlihat kelibat sepasang warga asing meminta sedekah dari beberapa pelanggan berbangsa Cina di restoran sama.


Sebaik menyedari gambar mereka dirakamkan, pasangan itu bergegas ke lokasi lain.

"Ingat mereka Farid?," soal Adam spontan.

"Betullah! Kita jumpa dia orang di Bangsar," balas Farid.

"Masa kami makan di gerai, datang pasangan tadi menghampiri. Kami cakap, kalau hendak makan, duduk, kami bayar. Lelaki itu kata, dia hendak makan di Restoran Syed, come! Follow me, I eat, you pay. Dia boleh cakap macam itu. Kami pun makan di gerai sahaja, melampaukan? Bila kami tidak bersetuju, dia siap marah kami bang," Adam mengadu.

"Betul pasangan itu?," tanya saya.

"Confirmed tetapi masa itu lelaki tadi berjanggut panjang dan pakaian dia tidak begitu kemas," balas Adam.

Pantas saya menyerahkan kamera digital kepada Farid dan dia kemudian mengekori pasangan terbabit. Saya dan Adam kemudian menyusul. 

Sebaik menghampiri wanita itu, saya melihat dia bercakap menggunakan telefon bimbit dan dimaklumkan suaminya berada di tandas restoran Cina berhampiran.


Spontan saya terfikir, mereka meminta sedekah tetapi mempunyai wang untuk membeli telefon bimbit dan kredit?


Apakah status mereka sebenarnya?

Sementara menunggu lelaki itu di luar restoran, isterinya cuba menyelinap, melarikan diri. Farid pantas mengekori dan merakamkan gambarnya.


Lelaki itu kemudian menghampiri kami.

"Pakistan, Pakistan," katanya.

"Eh! Eh! Sebelum ini elok dia bercakap dalam bahasa Melayu, hari ini tidak boleh pula?," Adam hairan.


Tanpa diminta, warga Pakistan itu menunjukkan kami paspotnya. Melalui maklumat tercatat, dia memasuki Malaysia menggunakan pas lawatan sosial berstatus pelancong.


"Datuk saya berketurunan Punjabi. Saya rasa, Punjabi suit dipakai dek bini dia tadi, kurang kurang harganya RM200," jangkaan Farid.

Kami bukan polis atau penguat kuasa Jabatan Imigresen tetapi sekadar rakyat Malaysia ingin menyingkap fakta di sebalik kejadian menimbulkan pelbagai persoalan.

Setelah cuba berkomunikasi tetapi ternyata sia sia, lelaki itu kemudian beredar mencari isterinya.

Jika sebelum ini, pengemis warga Myanmar, Thailand dan China didapati menagih simpati, meminta sedekah di negara kita, kini warga Pakistan menyalahgunakan dokumen perjalanan, terbabit sama.

Jika pembaca terserempak dengan mereka di lokasi berbeza, cuba rakamkan gambar dan hantarkan ke mazidulakmal@yahoo.com.

2 ulasan:

  1. Pelik betul saya. Hari itu di Bangsar dia pakai selekeh dan hodoh, busuk. Tapi di Kota Damansara smart dan hensem pula.

    BalasPadam
  2. Di pasar malam perumahan saya Pandan Jaya, selalu ada 2,3 kelompok minta sedekah. Duduk atas jalan tar saja.

    Agak mencurigakan, tapi saya langsung tak berani nak snap gambar (wpun keinginan tu sentiasa ada). Dengar khabar, ada van yang ambik/hantar. Tu yang saya agak takut...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.