Jumaat, Februari 10, 2012

MENGAPAKAH PERLU MENONTON MAJALAH 3 SABTU INI?

Sejak sebulan lalu, saya melaksanakan tugasan mencabar sebagai wartawan dan penerbit untuk menghasilkan paparan sejam Majalah 3. Puluhan jam diperuntukkan untuk membuat penyelidikan, panggilan telefon dan meneroka beberapa lokasi terpilih.

Pada masa sama, saya berpeluang berkenalan dan mengenal hati budi mereka tidak pernah saya temui sebelum ini.

17 Januari lalu, saya dibawa ke Alor Pongsu, Perak untuk menyusuri Sungai Kerian.


Menjelang tengah malam, di sungai dilaporkan berbuaya dan tebing ditumbuhi pokok dikatakan berpenunggu, Jejawi, saya melaksanakan tugasan.


Sesungguhnya bukan enteng memanjat pokok Jejawi biarpun banyak ranting dan akar tempat tangan berpaut. Debaran terasa sebaik saya dimaklumkan, pokok sama dihuni oleh kala jengking, ulat bulu, ular Punti, Sawa dan Kapak.


Saya teramat kagum menyaksikan tenaga, kegigihan dan semangat dimiliki oleh mereka bersama saya pada malam itu. Sungai Kerian gelap gelita dan kelihatan menyeramkan bagi saya, halaman permainan mereka buat sekian lama.


Dari Perak, pada 26 Januari 2012, saya bergerak ke Pagoh, Johor, mengharungi paya gambut dihuni pelbagai spesies reptilia berbisa.


Air paya gambut gelap digelar 'black water' kekadang mencecah ketinggian tahap pinggang, saya redah bersama mereka bersemangat kental.


Hati kecil berbisik, adakah langkah seterusnya, langkah terakhir saya? Pastinya pada ketika itu fikiran bergelumang dengan ketakutan dipatuk dek ular berbisa.


Jurukamera, Mohd Amran Mohd Yassin, demam seharian ketika kami menginap di hotel di Muar dan wajah 2 daripada mereka bersama saya, pucat lesi.

Hilang darah.

 
Kerana ini ...


3 Februari 2012, saya ke Guangzhou, China.


Pastinya bukan untuk membeli-belah.


atau menjamah pelbagai hidangan eksotik ...


Misi di China disempurnakan dan saya kembali ke tanahair 3 hari kemudian untuk melengkapkan suntingan visual selama 4 hari.

Hari ini paparan selama 44 minit itu sedia untuk dipersembahkan kepada semua pembaca. Jangan lupa untuk menonton Majalah 3, jam 9 malam, Sabtu, 11 Februari ini.

14 ulasan:

  1. ye, msti tgk... nk tgk yg cari ikan kt johor tuh... sbb ada pokok tanduk rusa yg cantik

    BalasPadam
  2. Menarik tengok promo kat tv....lama tak tengok rencana cenggini...

    BalasPadam
  3. SMTI :)
    insya Allah akan nonton esok mlm pak!

    BalasPadam
  4. HISH!!!

    gambar terkahir tu, hampir nak terkeluar biji mata saya! geli tau!!!!

    BalasPadam
  5. suatu promo yg bagus.Insha Allah akan menonton seisi keluarga:)

    BalasPadam
  6. nak tau paparan mazidul ke guangzhou ni, majalah 3 episod berapa?

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.